second blog

Wednesday, December 31, 2008

dua kosong kosong lapan.

ingin sekali aku mengucap selamat tinggal pada tahun 2008 ini dengan menyambut dekat mana mana tempat yang boleh aku tengok percikan bunga api. kerana tahun 2008 ini terlalu banyak kenangan bagi aku. memang patot aku menyambutnya dengan hebat. tapi apakan daya , aku tiada kekuatan diri malam ini. hanya berupaya duduk dihadapan laptop sambil aku bercerita tentang tahun 2008 yang bakal mengundur diri ini.

walaupun aku banyak menghabiskan tahun ini seorang diri , tiada seorang kekasih disisi , tetapi aku tetap merasakan tahun ini merupakan tahun terbaik dalam hidup aku. aku dikelilingi orang orang yang aku sayang dan menyayangi aku. aku bersyukur kerana tahun ini aku makin peroleh ramai kawan. walaupun aku kehilangan beberapa kawan , tetapi kedatangan beberapa lagi muka baru , telah melupakan terus kehilangan tersebut.

tahun ini telah menampakkan perubahan ketara dalam top friend hidup aku dimana ranking nombor satu telah dirampas oleh shy daripada fendy. kehilangan fendy sejak beberapa bulan lepas telah membuat hubungan kami semakin rengang. tetapi sebelum saja kehilangan fendy , aku dikurniakan beberapa orang kawan yang semakin rapat dengan aku. salah seorangnya , shy. walaupun hubungan persahabatan kami tidaklah terlalu lama , tapi hubungan kami pantas menjadikan kami kawan paling baik. tapi fendy tetap menjadi kawan yang baik terhadap aku. tapi biarlah dia sedang hangat bercinta dengan kekasih dia itu.

tahun ini juga aku mula kenal dengan beberapa orang kawan yang baik terhadap aku. seperti ad , amy , jeju , ezza , nulu , zymn , sid , ming dan beberapa orang rakan yang lain. hidup aku bertambah corak warna. makin ramai tempat mengadu , tempat berteduh. terima kasih.

tahun ini juga telah merapatkan lagi hubungan aku dengan aiman , zuher , lihin , muaz , alep , asrol , moja dan juga najmi. semua ini disebabkan tertubuhnya bulan clothing yang ditubuhkan pada tahun ini juga. walaupun kehadiran bulan clothing telah mengurangkan aktiviti futsal kami , tapi hubungan kami tetap makin rapat , makin teguh.

disebalik baik baik kawan aku , terdapat juga catatan hitam pada list top friend hidup aku. seperti pada ketika aku bergadoh dengan din , rakan rumah sewa aku yang lama , dengan arif [paklah] , juga rakan rumah sewa yang lama , serta dengan afyq adik farah. tapi aku tetap dengan ego aku , aku tidak mahu berada di pihak yang kalah.

tahun ini juga banyak berita baik yang aku dapat , salah satunya adalah kehadiran bakal ahli keluarga baru dalam keluarga aku. aku bakal dapat adik lagi beberapa bulan. aku sudah lama mengimpikan seorang adik lelaki. aku amat berharap bakal dapat adik lelaki. walaupun jarak umur kami nanti amat jaoh , tapi aku tak kesah.

tahun ini juga banyak mengajar aku tentang erti nilai kekeluargaan. aku banyak menerima pengajaran dari kesilapan diri terhadap kedua ibu bapa aku. aku banyak berdosa kepada ibu bapa aku , terutama kepada abah aku. aku minta maaf. semoga tahun hadapan aku akan lebih matang menghadapi situasi yang lebih mencabar.

hari jadi aku tahun ini juga lebih bermakna dari tahun tahun sebelumnya. ini kerana aku dapat kedua dua wishlist hadiah hari jadi aku. sebuah kamera dan seutas jam tangan. terima kasih kepada umi dan abah. (:

pelajaran aku pada tahun ini ada naik turunnya. tapi alhamdulillah , di penghujungnya , berada di atas. harap aku dapat meneruskan impaknya untuk bergraduasi tepat pada waktunya tahun hadapan.

aku mengakhiri tahun 2008 ini dengan titik noktah yang baik. aku harap aku akhiri tahun hadapan juga dengan titik notah yang baik juga. insyaAllah. semoga tahun depan lebih bermakna. lebih indah untuk diselami. semoga kenangan kenangan manis 2008 ini akan terus berada dalam ingatan kita.

selamat malam 2008.

selamat pagi 2009.

aku bersama ad , noh , amy dan nulu ketika unzipped hujan

aku dan mereka yang ini semasa birthday aiman

berhari raya dengan mereka yang gila

hari raya 2008

zuher dan fendy

selepas facebook party 2008

merdeka 2008

majlis perkahwinan alif saadon

wani ardy di rantai art event 2008

umi , ayu dan dada di genting

sahabat paling baik , shy

apple , kawan paling baik dan disayangi

hari bintang jatuh 2008

camni cap ehh bersama shy


bakal bakal jurutera kapal terbang malaysia

Monday, December 29, 2008

pulang ke pulau pinang.

ahhhhh ! malas sunggoh aku mahu pulang ke sana. tekanan belajar. tekanan semester akhir. tekanan tiada duit. tekanan rendu nilai. haihh. naseb naseb. selamat kembali belajar. 21 credit hours tahu? belajar rajin rajin ya elmi?

semalam tengok wani ardy perform kat hartamas. ingat nak tegur dia , tapi aku sumpah malu gila. segan. lepas itu balik , menyesal. padan muka. siapa suruh jadi malu. wani cakap dia rabun-ness. tak nampak aku. tapi dia panggil aku budak sengal. sudah ada nickname. best kan?

tadi lepak sama kak fynn jamal. aku baru tahu yang dia tinggal di nilai selepas kahwin. dekat betul kawasan rumah dia dengan rumah aku. 10 minit sampai. harap harap lepas ini boleh selalu lepak sama kak fynn dan tri. lepas ini , aku mungkin tidak lepak dekat sebelah thai atau as-salam bistro lagi. aku nak lepak kat restoran kak fynn. kalau boleh , lepas habis belajar , nak part time dekat sana. boleh kan kak fynn?

aku sendiri tidak sangka dapat lepak dengan kak fynn. niat dihati hanya mahu ambil buku merah bersimbol hati untuk ming dan jeju. tapi sesampai saja kak fynn , dia tanya , nak terus balik atau nak minum dulu. tentu lah nak minum dulu. bukan senang nak lepak sama kak fynn yang terkenal.

lepak dengan kak fynn , sungguh banyak yang dicelotehkan olehnya. tak berhenti bercakap. sangat best. tak sombong. siap bagi nasihat yang best buat aku. dan juga buat jeju yang sedang dalam dilema hidup. aku harap ini bukan kali terakhir kak fynn memberi nasihat kepada aku. terima kasih kak fynn. (:

sebentar lagi , aku akan bertolak pulang ke penang. barang baru pack sikit. bodoh pihak pengurusan , buat hari pendaftaran hari cuti awal muharram. tolong hormat agama aku boleh tak? [pinjam ayat seseorang yang aku kenali].

jumpa kalian di pulau pinang. selamat tahun baru 1430 hijrah. azam baru , semangat baru , hidup baru. semoga tahun indah dihadapan.

Tuesday, December 23, 2008

bekerja di JB.

baru aku sedar bahawa scene indie JB dengan scene indie KL jaoh beza. itu pon lepas shy tegor aku. susah nak explain macam mana beza scene itu. korang kena pergi sendiri dan rasakan sendiri.

aku pergi ke sana hanya sekadar untuk menjual baju bajuan serta untuk melayan julie goes overseas. sepatotnya , budak budak JGO pakai baju bulan masa perform. tapi entah dimana silapnya , dorang tak sempat nak ambil baju kitorang. aku agak sedih juga lah. sebab semua budak bulan memang memuja gila JGO neh. kitorang memang harap sangat yang mereka boleh perform sambil pakai baju kitorang. tapi apakan daya. kita hanya merancang , tuhan yang menentukan.

seperti biasa , aku malas mahu type panjang panjang. biar gambar saja yang menceritakan kepenatan badan.

cuma satu yang mahu aku tekankan. lagu lagu JGO , bukan untuk mosh. lagu dorang agak tidak sesuai untuk mosh. tolonglah sila jangan mosh. aku nak layan gila tak boleh. terpaksa pergi sebelah pentas nak jadi gila. kalau nak mosh , mosh la lagu koffin kanser ke , lagu bittersweet ke. apa punya orang la. kesian aku tak dapat jadi gila.

ini dia hadi of laila's lounge perform untuk kali terakhir

dengan encik ant yang emsem

incik jazlan gila gilaan

pekerja makan gaji buta. ahaha


tengok saja?

makan makan


monche of julie goes overseas

rock the world 8.

one word , 'superb'. superb bukan sebab emcee yang punya banyak cakap ataupun list band yang perform. tapi superb sebab kawan aku dari segala pelusuk tempat datang. terima kasih kerana sudi berkenal-kenalan dengan kawan aku yang lain ya? aku amat tak sangka , kawan aku boleh lepak sama kawan aku yang lain. buleh layan mosh sama sama. buleh berpeluh sama sama. korang memang rawks !! kalah RTW8. haha kalau korang takde , sumpah RTW tu tak rawk. [ayat bodek kawan kawan].

terima kasih juga kepada kawan kawan yang datang dengan kawan kawan yang lain. buleh aku dapat kawan baru. yea !! tanpa korang semua , pasti aku tak dapat crowd surfing kan? walaupun dapat surf 2 setengah saat saja. haha

dalam kehangatan suasana , kemeriahan majlis , aku turut bersimpati kepada amy kerana kehilangan handphone. kesian dia , dalam handphone dia ada 400++ contact number. kalau aku , pasti patah tangan sudah.

aku tidak mahu cerita panjang. biar gambar saja yang menceritakan suasana kemeriahan RTW8.













terima kasih kepada shy , amy , jeju , tazo , capik , zuher , zymn , kawan zymn , sid , adik sid , ming , ad , faiz , eddy , bulat , moja dan hanis. amat rugi kepada sesiapa yang ketinggalan majlis. jumpa lagi si gemok , hitam , busuk , rambut besar , banyak cakap dan kotak ajaib. siapa pergi mesti paham. haha

Wednesday, December 17, 2008

selamat datang ke dunia elmicoklat !!

assalamualaikum..

disini ingin aku mengumumkan bahawa tiada lagi elmisukamkncoklat.blogspot.com , tapi ia telah ditukarkan kepada elmicoklat.blogspot.com.

alasan kerana aku tukar adalah kerana , aku tidak lagi mahu keluarga , saudara mara aku untuk tahu tentang blog aku lagi. aku tidak bebas untuk meluahkan perasaan aku. ada saja yang emosi nanti. aku harap , kepada sesiapa yang sudah mengetahui akan kewujudan blog ini , diam diam saja. tidak payah susah susah bagitahu orang lain tentang penukaran url blog ini.

aku sebenarnya ingin saja untuk buang teros blog aku ini , tapi atas pertanyaan ramai , aku tidak jadi buang. cuma menukar url saja. tidak aku sangka , hasil tulisan aku juga punyai peminat tersendiri.

ini adalah dunia penulisan elmi. disini aku bebas bercerita tentang apa saja. tolong jangan emo , tolong jangan naik angin. sila berambos kalau tidak mahu dengar cakap. sekian.

selamat malam.

Friday, December 12, 2008

telor.

tadi aku berjaya ditelor oleh miraj. tak sangka betol aku mereka boleh telor aku , sedangkan aku sudah amat berjaga jaga. nasib baik sebiji saja. kalau banyak tadi , menangis aku nak syampu.

apa apa pon , terima kasih miraj sebab telor aku. terima kasih juga pada asrol yang hebat berlakon tarik perhatian aku dengan bertanyakan tentang event rantai dan white shoes. terima kasih shy kerana berjaya mengelak perhatian aku juga. terima kasih kerry sebab temankan miraj beli telor. terima kasih aiman , zuher dan falihin sebab bersubahat. terima kasih banyak banyak. esok kalau kena telor atau tepung lagi , aku redha saja.

selamat hari jadi elmi. semoga panjang umur , murah rezeki , diramaikan kawan , dibukakan hati untuk belajar , dicemerlangkan result exam , disenangkan hidup , dilembutkan hati , ditenangkan jiwa , dicomelkan rupa , ditinggikan fizikal , dikuruskan badan , dihebatkan bersukan dan makin disukai ramai. amin.

Thursday, December 11, 2008

senarai sms birthday tahun lepas.

ini entry untuk menyenaraikan sms sms yang aku dapat untuk hari lahir aku tahun lepas.

afyq
'ak nk wish ko happy bday. da tue2 nh jgn bwt prangai.'

nurul syarfa
'askum. slmt hri lahir. moga panjang umo, murah rezeki, dpt gurl yang baek n setia, smge bjaya dlm hdup. moga apa yg d cita2kn tercapai.'

maliniey
'hye awk. hepi bday. may god bless u always. smge sukses slalu. take care.'

apple
'epi bday my dear!! moga pnjg umo+mrh rezeki.. jdh 2 nt2 la ye u.. tgu abes blaja. dh promise ngn i kn?hee.. nxt sem blaja leklok tau, jgn gedixw sgt nt dh msk itm. i xda nk tgk2 u dh..kiki..epi bday again! owh..yayang ikim slm kt u..frm mr+mrs apple..'

hafiz
'happy birthday bro. nite.' [dia ada hantar gambar.]

umi
'selamat menyambut hari lahir yg ke 19thn.. moga pnjg umo n murah rezki selalu.. sayang dr umi..'

lynda
'asslmlkum.. happy birthday - 19. semoga ko lbh gembira n ceria mlalui usia y smkn meningkat.'

kak swan
'hellooo.. nama beta swan. nama kamu elmi suka mkn coklat kn? beta dpt tau, ht ni kmu lahir.. maka beta ingin mngucapkan kpd kmu , slmt hari lahir.. smoga pnjg umo, dmurahkn rezeki, skolah biaq bijak.. cpt dpt gf bru lg 1.. ahax.'

eina
'hepy bday! hope awk lbih matang n hepi slalu. have a nice day.'[msg ini dipotong kerana ada sebab tertentu.]

kerry
'epy bday abg elmy..smoge bhagie slalu dsampng pape je.. hehe sori r lte wish.. mean btaw lambat.'

eswari
'ai zul hepi bday. many more returns of d day. smoga bjaya dlm smua bdang yg dceburi. jgn mudah putus asa n berusaha shgga berjaya. may god bless u always. tc.'

mukhliz
'hepi bday bro !'

atiqah
'appy bday. smoga pnjg umo n murah rezeki'.

shifaa
'happy birthday to u...'

umi dora
'happy bday helmi.. semoga pnjg umo murah rezki n sukses selalu.'

abah
'abg.. happy 19th bday ya. smoga pnjg umo, murah rezki. cuma nak abang tahu , abah syg abg tau..'

abg pid
'hppy bday.. moga pnjg umo n murah rezki. celebrate ktne?'

hakim
'epi bday.. moga pnjg umo dan murah rezki. wat kenduri ke?'

fendy
'hppy bday emi. smoge pnjg umo n murah rezki eh.. nnt sediakan adiah ntok aku ye? hehe appy always..'

aneys
'happy birthday!! ko da tue! hehe'

aida
'dude. hapie birthday.'

munzir
'Allah selamatkan kamu zulhelmie yang ke - 19'

ija
'happy birthday dude !'

amrie
'ho ho hapy bday kt ko..lpas ni da bley tgk blue.'

yatie
'hepi bday ye org tue? bday aku ko x bg hadiah , jgn nk tuntut.'

kamarul
'hppy birthday.'

zahida
'hepi bday. mesti dpt bnyk adiah ni.'

aziera
'happy birthday.'

ida idora
'hepi bday bro.. smge pnjg umo n cpt dpt awek. huhu hmpir2 tlupe lak aku.'

abg wim
'hppy birthday brother ! a whole new exciting experience awaits you. strive hard and believe in your dreams. may Allah bless you and gain lots more in life.'

alep
'weh bday ko ke arini?' [macam si** alep neh]

amad
'hepi belated bday bro. wish u a happiness n well being in ur life'.

afiq
'epy belated bday.'

farhana
'happy belated birthday.'

erie
'sori x smpat wish bday ary tuh , crdt xde. hpy belated birthday.'

makngah
'happy belated birthday.'

huda
'happy belated birthday.'

ini saja sms yang aku terima tahun lepas. tidak banyak pon. tapi cukuplah yang tersayang semua sms.

Sunday, December 7, 2008

entry terakhir sebelom mencecah 20-an.

assalamualaikum ,

ini kemungkinan besar , entry blog saya yang terakhir sebelum saya mencecah umur 20. atau lebih cool disebut begini , 'ini mungkin merupakan entry saya yang terakhir semasa saya berumur belasan tahun'. pada ketika entry ini ditaip , saya berada di kampung halaman untuk menyambut hari raya aidiladha.

kepada teman teman yang ingin menyambut hari lahir saya , ini permintaan saya. saya mahu cupcakes boleh? please...... saya nak juga ikut trend masa kini. dapat cupcakes untuk celebrate birthday. pasti best kan?

seperti mana wishlist birthday saya tempoh hari , saya ingin seutas jam tangan dan sebuah kamera d40. kamera d40 sudah hampir pasti dalam genggaman. jadi yang tinggal hanyalah seutas jam tangan. siapa mahu beri? itu pon kita tak tahu. [pinjam ayat cerita los dan faun]

akhir kata , selamat hari raya aidiladha. dan selamat menepung saya. itu pon kalau dapat lah. ya? saya akan away buat beberapa hari. nanti kalau berkesempatan , saya update blog lagi ya?

selamat hari lahir in advanced , elmi.

aku sudah taken oke?

mood : bahagia dan happy dan rindu pada si dia.
waktu : 4.11 pagi.


tadi , aku propose dia untuk menjadi teman hidup dia. tanpa sejambak bunga , tanpa sebentuk cincin aku meluahkan keinginanku untuk menjadikan dia sebagai kekasihku. hanya secebis hati dan sepatah janji yang dapat aku berikan kepadanya tatkala itu.

dengan senyuman manis dibibir , dia menerimaku. melonjak hatinya menerima aku sebagai kekasih. hatiku? hatiku hanya mampu berbisik , 'penantian aku dikurniakan dengan seorang yang amat sempurna buatku , aku bersyukur padaMu'. hatiku bukan tidak melonjak , cuma hatiku cover macho sikit. (:

pada detik 3.45 petang tanggal 6 disember 2008 , aku dan dia bergelar sepasang burung merpati putih yang berterbangan beriringan kemana saja tanpa dapat dipisahkan. aku berdoa agar kisah yang bermula ini diakhiri dengan noktah bahagia.

sang coklat akhirnya bertemu sang strawberi. kehidupan baru bermula dengan penoh bahagia. sekalung perhargaan buat teman teman yang sentiasa berdoa untuk aku tidak kira waktu dan ketika.

aku akhirnya menemui bahagia.

Saturday, December 6, 2008

aku nervous.

sabtu
6 december 2008
3.51 pagi

aku gementar untuk lalui saat saat first date esok. doakan aku ya kawan kawan? aku ngantok. tidur dulu. tak sabar menanti hari esok.

Friday, December 5, 2008

seminggu.

jumaat
5 december 2008
6.14 pagi


hari ini aku rasa aku dan jeju macam dapat pahala yang banyak saja. menyatukan dua manusia malu yang mahukan sesama sendiri. tadi , aku dan jeju dapat membuatkan mereka mengaku yang mereka menyukai satu sama lain. semoga berbahagia hendaknya mereka berdua. tugas aku hanya sampai sini. selepas ini , pandai pandai korang lah ya?

klik sini untuk baca puisi yang direka oleh jeju untuk mereka.

sedang asyik chenta mereka mahu berputik , seorang lagi sepupu aku sedang hangat dilamun cinta. berpacaran di pavillion. aku amat cemburu melihat seorang demi seorang kawan , saudara , kenalan aku menemui cinta mereka. aku bila lagi? harap esok hari menjelma dengan cepat , agar dapat aku menemui seseorang. mungkinkah dia cinta hati aku yang aku cari selama ini? sama sama kita nantikan.

ketika aku sedang menulis entry ini , aku sedang amat mengantok gila. tetapi aku menahan mata semata mata untuk menghiburkan hati aku yang amat sudah tidak sabar untuk memegang kamera milik aku sendiri. yeah !!!

p/s : selamat hari lahir kepada fatin adik zuher.

Thursday, December 4, 2008

chenta hati elmi.

ini chenta chenta hati saya. maaf ada yang tiada dalam gambar. agak kelam kabut curi gambar dalam myspace dan facebook orang. mungkin terlupa dan mungkin banyak yang tertinggal. harap maaf.

kepada yang ada dalam gambar , kedudukan korang tidak menunjukkan aku sayang siapa lebih , siapa kurang. semua aku sayang sama rata saja. mungkin ada seorang kot yang aku sayang lebih. haha

nanti aku tag korang dekat myspace dan facebook ya kawan kawan. penat oh edit gambar ini. tak tidur aku dibuatnya. harap korang appreciate apa yang aku buat ini. jangan lupa aku sebagai seorang kawan , teman , sahabat , adik , abang , abang saudara , kekasih dan juga musuh.


aku sayang semua

much love ,
elmi.

Wednesday, December 3, 2008

sembilan hari lagi.

3 december 2008
1.43 pagi

hari ini aku sudah potong rambut. malas dah nak dengar bebelan umi suruh potong rambut. aku memilih untuk memotong rambut ala sam bunkface. sebab? sebab aku mahu jadi pengikut setia bunkface pula selepas ini. mana tahu nanti ada bunkface.org pula kan? haha siap ada 2 line tuh. jangan jeles haaa.

tadi shy belanja makan secret. mekaseh shy. sayang kau. susah susah saja belanja aku makan. (: tadi juga aku teman ayie pergi jumpa rynn. jeles aku bila nampak mereka pegang tangan. haihh.

semalam malam shy ada bagi software mixer lagu. aku sudah jadi addicted. mahu jadi DJ pula. selepas dapat tahu bahawa aku tiada bakat menyanyi.

aku macam tiada idea mahu bebel apa malam ini. mungkin sebab aku tidak cukup tidur kebelakangan ini. nanti nanti la aku update lagi.

p/s : kepada semua kawan rapat aku. tolong bagi gambar korang seorang seorang. aku mahu buat tribute gambar kawan kawan rapat aku. tidak mahu pakai gambar hijau itu lagi. ramai sudah jadi musuh.

Tuesday, December 2, 2008

kehadiran bulan december.

2 disember 2008
1.29 pagi

bulan terbaik dalam kalendar. sebab? sebab terdapatnya hari jadi aku dalam bulan december ini. oleh kerana itu , aku dapat merasakan yang kawan kawan aku semua sekarang tengah duduk perah otak untuk mendajal aku masa birthday aku nanti. aku serah diri la nanti. boleh? cari aku dekat banglo merah belakang pelita KLCC masa rantai art event. boleh ke macam itu? haha

semalam aku menghabiskan masa aku sehari suntuk dekat melaka. aku , aiman , shy , zek dan kery pergi kesana adalah semata mata untuk buka booth sempena gig charity di MMU melaka. sampai sahaja di sana , kami sedar yang kami telah ditipu oleh bunkface. gig start pada jam 8 malam , dan bukan 3 petang macam tertulis dalam myspace bunkface. kami pon membuat keputusan untuk melepak dekat bandar melaka bandaraya bersejarah.

aku teros sms jeju , suruh dia keluar rumah , join kami melepak. dia pon datang. kami jalan sampai patah kaki petang semalam. tapi puas hati sebab dapat berposing bergambar , dapat shooting episod baru 'camni cap eh !!'.

penat memang penat. tapi terima kasih banyak kepada jeju yang banyak membantu. dah macam tour guide dah jeju semalam. terima kaseh banyak jeju. sayang kamu.

sebaik saja jam 7 , kami bergegas ke tempat kejadian gig , MMU melaka. sampai saja disana , banyak booth yang sudah buka. ada la dalam 6 booth termasok bulan clothing. crowd boleh tahan ramai , band pon boleh tahan best. tapi busan sebab dalam gig kena duduk. haihh.

aku dan shy dah buat keputusan awal awal lagi. masa bunkface perform , aku masok tengok. dan masa seven collar perform , dia yang akan masok dan aku jaga booth. masa bunkface , kami semua masok layan bunkface ramai ramai. shy jaga booth ditemani 'kawan dia yang single' , sabrina. tapi masa seven collar perform , aku jaga booth seorang. SEORANG !! gila busan weh. tidak patot aku diperbuat begitu. kesian aku.

tapi apa apa hal pon , trip semalam memang enjoy gila. memang puas hati. terima kasih aiman. terima kasih jeju. terima kasih kery. terima kasih shy. dapat aku lupakan kisah memalukan aku di OIAM.

Sunday, November 30, 2008

10071.

ahad
30 november 2008
3.04 pagi


sumpah memenatkan. aku tiba di times square dalam jam 11 setengah. selepas print gambar dan fotostat ic , aku , miraj dan shy teros beratur. kami mula beratur dari jam 12.05 untuk register bagi mendapatkan nombor giliran.

setelah 6 jam beratur , kami akhirnya diberikan nombor giliran. nombor giliran aku , 10071. shy 10069. miraj 10075. sebaik sahaja kami ambil nombor kami , kami mendapati bahawa orang yang di audition baru nombor 9300. jadi hampir 800 orang kami perlu tunggu.

akhirnya kami di audition pada jam 11.45 malam di bilik audition nombor 4. jurinya ialah edris ex-manager VE. aku teros tampar shy , aku cakap , itu ex-manager VE. dah la shy nyanyi lagu ruffedge. semasa shy nyanyi , edris turut nyanyi bersama. siap gendang meja lagi. aku fikir , tentu shy dapat ke peringkat seterusnya.

selepas itu , tibalah giliran aku. aku menyanyikan lagu kasih berubah oleh ferhad. edris tiba tiba suruh aku bermula dari chorus lagu. aku terpinga sebentar. sumpah blur sekejap. damn ! kemudian , aku terdengar suara shy dibelakang memberi tunjuk ajar. aku teros start tanpa lengah. sumpah buruk. takde feel semua. hoishh. kejap lagi , edris tanya aku , 'awak minat hujan kan? tau lagu hujan? nyanyi please'. aku teros mendendangkan lagu hiba. kemudian aku berundur.

next contestant , aliff. budak yang baru kami kenal masa beratur panjang sebentar tadi. dia juga mempunyai minat yang sama seperti kami , iaitu acapella. apa lagi join la dia dengan kami. masa dalam bilik audisi , dia menyanyi lagu jay jay. aku tidak ingat nama lagu tersebut. dia nyanyi memang sedap gila. aku sendiri terpukau.

selepas itu , turn miraj. miraj nyanyi lagu soledad , lagu westlife. dia nyanyi pada aku ok. nak dibandingkan dengan aku , gila terok. haha

then kami pon dibawa keluar bilik. diluar , kami diberikan keputusan. ada 3 jenis keputusan. 'yes' , 'no' dan 'maybe'. kakak itu cakap , 'unfortunately , dalam group ini , cuma ada seorang saja yang dapat 'maybe'. yang lain harap maaf , terima kasih kerana mencuba'. kami semua ingat lelaki keturunan filipina yang memang vokalnya , hebat ! aku pon buka handphone , teros nak reply sms. kakak tuh pon sebut nombor yang dapat 'maybe'.

'100.......7..........1'.

sumpah aku terperanjat. kawan kawan aku dah ucap tahniah pada aku. aku sendiri tercengang. siap pegang nombor sendiri , tengok betol ke tak aku. padahal kat dalam bilik itu , aku paling hancur. mungkin sebab luck lagu hiba.

aku pon kemudiannya , mengikut seorang lagi ahmoi chantek ini , ke bilik audisi lain pula. kali ini , biliknya lebih besar. ada kamera. dan ada 2 orang juri. salah seorangnya syafinaz. yang bestnya , sebelom masok bilik , aku di interview oleh pihak 8tv. tanya aku 2 soalan. apa harapan untuk peluang kedua. dan apa perasaan dapat peluang kedua. kalau nak tahu apa aku jawab , tunggu saja keluar tv.

kemudian , aku dipanggil masok buat kali kedua. aku masok dan diminta nyanyi. aku nyanyi saja. tanpa segan silu aku nyanyi terabur. tidak sempat habis 1st verse , syafinaz cakap , 'terima kasih'.

aku keluar saja , dia bagi keputusan. aku seperti diketahui , 'no'. lepas itu aku di interview sekali lagi. kali ini soalan nya ada 3. apa perasaan selepas gagal , apa yang silap , dan adakah ini titik noktah perjuangan seni aku. nak tahu apa jawapannya? tengok 8tv please. tapi sumpah memalukan. aku sendiri tidak sanggop nak tengok. siapa tengok dan gelak , sumpah aku tidak mahu kawan lagi dengan korang. :P

Saturday, November 29, 2008

yeah , audition bakal tiba !

sabtu
29 november 2008
4.08 pagi


aku nervous. aku gegel. aku tak mahu cerita. aku takot. yang aku tahu , esok aku pergi dengan shy , miraj dan muaz , beratur , nyanyi , balik. lepas tu semester depan dapat makan free satu hari , tazo belanja. yeah ! tapi aku akan cuba yang terbaik juga esok. mana tahu ada rezeki nak jadi penyanyi. boleh duet dengan hujan lepas ini.

tadi dat radiokar offer aku berlakon dalam video clip dia. aku pon accept saja. sebab aku pon tiada apa yang boleh dibuat pada hari tersebut. dapat masok beberapa saat pon jadi la. asalkan dapat tunjuk muka. haha

kepada strawberry hati yang dapat job model baru , tahniah ya? nanti photoshoot , chocolate boy nak ikot tau? mana tahu i boleh jadi model juga. baru best.

semua aku nak jadi. penyanyi , pelakon , model. ish ish ish. macam bagos saja aku ini. padahal belajar pon tak habis lagi. gila gilaan elmi ini. tolong sedar diri.

tolong doakan aku ya kawan kawan untuk esok. kalau lah aku menang sejuta. aku janji aku belanja siapa yang komen entry ini makan mahal mahal. yeah !

Friday, November 28, 2008

sudah ada yang menyayangi aku.

kehadapan mohd zulhelmie bin zullifan ,
kau tidak lagi bersendiri.
kau tidak lagi dibelenggu rasa sunyi.
kau tidak lagi sepi.
kau tidak lagi perlu mencari.

kerana ,
kau telah menjumpai.
kau telah memiliki.
kau telah dipunyai.
kau telah dicintai.

wahai strawberry hati ,
jangan sekali kau meninggalkan aku.
jangan sekali kau menjauhi aku.
jangan sekali kau membohongi aku.
jangan sekali kau melepaskan aku.

sang cinta ,
terima kasih kerna menemui aku kembali.
terima kasih kerna membuat aku gembira kembali.
terima kasih kerna membuat penantian aku berbaloi dengan kehadiran si dia.
terima kasih kerna membuka hati aku untuk kembali menyayangi.

si permaisuri ,
aku akan berusaha untuk menjadi seorang kekasih yang sempurna.
aku akan berusaha buat diri kau bahagia.
aku akan berusaha tegakkan mahligai yang bakal kita bina.
aku akan berusaha dan terus berusaha demi cinta kita.

yang tidak pernah mendalami cinta hakiki ,
elmi.

28 november 2008
4.53 pagi.

Thursday, November 27, 2008

elmi , sila buat pilihan.

khamis
27 november 2008
3.59 pagi


aku ada tiga pilihan untuk celebrate birthday aku tahun ini. pertama : pergi rantai art event dengan semua kawan kawan. kedua : pergi kenduri kahwin dekat muar dengan umi. ketiga : pergi sydney , australia dengan abah. aku perlu memilih. tapi aku lebih rela keluar ke rantai art event kot.

hari ini tiada banyak yang terjadi pada aku. aku banyak habiskan masa aku dengan sms dan ym dengan seseorang. aku happy.

dan aku harap liverpool akan menang kejap lagi supaya dapat layak ke last 16 champions league. You'll Never Walk Alone.

Wednesday, November 26, 2008

setahun sehari.

semalam cukup setahun aku sudah single. setahun. macam tak percaya. sekejap sahaja sudah setahun aku tidak ditemani siapa siapa. ada calon? ada yang berminat? cari saya di mana mana ya?

sehari berhujan di genting.

rabu
26 november 2008
4.13 pagi


tadi aku bersama keluarga aku dengan family umi dora pergi ke genting. saja tiada kerja. pergi hanya untuk enjoy sakan. tapi malangnya , hujan lebat dekat sana. jadi kami hanya berkesempatan untuk pergi indoor theme park yang sumpah busan. kami hanya tengok tengok saja. tidak mahu membazir duit.


setelah penat berjalan , kami pergi makan malam di bagan lalang. selepas itu balik. dari duduk rumah tidak buat apa apa. elok juga sesekali keluar hang out dengan family. aku pon sudah lama tidak keluar dengan family. selalu keluar dengan kawan kawan saja. terima kasih sebab gila gilaan bersama bemy ya adik adik? hehe

malam ini , seorang lagi kawan aku kehilangan boyfriend. haihh , apa la nak jadi. lepas satu , satu. harap tabah menghadapi dugaan. seperti aku selalu cakap , kumbang ada merata. ya?

sebentar tadi , aku dengan shy , ayu , lynn , ayie dan abg pid puas membahan afyq dalam conference ym. sumpah best gila dapat bahan dia. sebab aku benci dia. sila baca blog makian. (:


terima kasih lynn , mean , ayu dan ayie sebab tolong promote baju bulan sampai ke puncak genting. klik sini untuk ke myspace bulan clothing.

Tuesday, November 25, 2008

oh audition OIAM dah dekat.

selasa
25 november 2008
5.58 pagi


tinggal lagi berapa hari saja lagi. tadi practice ramai ramai , sebelom perform sorang sorang depan shy , miraj , muaz , ayie , lynn , mean dan ayu. sedangkan depan mereka pon aku menggigil nak nyanyi , inikan depan paul moss dan syafinaz? oh tidak. apa lah yang jadi nanti. aku pon tak nak ambil tahu.

hari ini aku agak penat , teman sepupu sepupu aku berjalan dekat mid valley tadi. nasib baik ada miraj dan shy. takde la busan sangat aku tadi.

aku sudah mula pandai rindu pada seseorang. aku tidak tahu , patotkah aku rindu pada dia. atau patotkah aku buang dia jaoh jaoh dari hidup aku. tepuk dada tanya hati fikir sendiri.

p/s : masok hari ini , sudah 4 hari aku tidak sentuh icon frozen throne dalam laptop aku ini.

Monday, November 24, 2008

budak noob makan ketam.

isnin
24 november 2008
5.02 pagi


tadi aku , shy , aiman dan zack pergi makan seafood dekat gelang patah , johor. zack order banyak makanan. salah satunya , ketam. aku dan shy jakun , tidak pernah makan ketam. jadi yang makan aiman dan zack saja. selepas habis makan , banyak lagi ketam tertinggal. jadi aku dan shy pon teringin nak makan juga ketam itu.

tapi ini yang terjadi. sebagai seorang noob , kami patah riukkan ketam ketam itu semua. isi hancur habis. berusaha nak makan , tapi dapat isi sikit saja. penat.


ini hasil kerja tangan aku


hasil kerja tangan shy


hasil kerja tangan zack


hasil kerja tangan aiman


ini untuk kawan kawan yang kena tinggal

tidak senang nak makan ketam ni rupanya. habis bersepah meja dibuatnya. apa apa pon , terima kasih kepada aiman yang belanja makan dan bawa jalan jalan.

nanti aku buat blog baru bersama shy. kami ada produce rancangan yang bertemakan video blog , 'camni cap eh !!'. nantikan kemunculan episod pertama. aku sedang edit video tersebut.

hari ini , aku sudah dapat belajar beberapa perkataan sarawak. terima kasih kepada farahain yang sudi mengajar. kamek sayang kitak.

Sunday, November 23, 2008

facebook party was just okey.

ahad
23 november 2008
6.30 pagi


takde ah meriah mana pon. tak macam event event lain. it was just okey. tapi kira okey la dari duduk kat rumah saja. dapat juga cuci mata. dapat release tension study dari hari tuh. dah la takde gig minggu ini. pergi event pon jadi laa.

hari ini genap lagi seminggu aku akan pergi audition one in a million. aku sudah amat teruja. dan juga amat nervous. belom pernah lagi pergi audition seumur hidup aku. ini first time. pengalaman baru. yeah !!

semalam , seorang lagi kawan aku break dengan boyfriend dia. musim agaknya sekarang ni. semua orang pon nak break. bawa bersabar. ada hikmah disebalik apa yang terjadi. doa saja yang boleh dipanjatkan. agar menemui kebahagiaan yang dicari.

Friday, November 21, 2008

i need YOUR help.

i need you to help me. yes. YOU ! please comment this entry. but you have to answer all the questions in your comment. can huh? please..... here's the questions.

1. Who are you?

2. Are we friends?

3. When & how did we meet?

4. Do you have a crush on me?

5. Would you kiss me?

6. Give a nickname and explain why you picked it.

7. Describe me in one word.

8. What was your first impression?

9. Do you still feel that way about me now?

10. What reminds you of me?

11. If you could give me anything what would it be?

12. How well do you know me?

13.When's the last time you saw me?

14. Ever wanted to tell me something but couldn't?

15. Are you going to put this on your blog and see what i say about you?

puisi malam.

jumaat
21 november 2008
5.37 petang


hari ini hari lahir apple yang ke 22. selamat hari jadi ya apple? semoga panjang umur dan semoga teros maju kehadapan. yeah !

malam tadi , aku dengan shy , muaz , zuher , aiman dan miraj melepak dekat tempat biasa kami melepak. banyak yang diperbincangkan kami. salah satunya adalah , lagu apa yang akan kami nyanyi untuk audition one in a million nanti. masing masing sudah punyai lagu yang ingin dinyanyikan. aku juga. cuma belum berlatih sehabis baik lagi. dapat lepas pergi next round pon jadi la. dapat tunjuk bakat saja cukuplah. ada rezeki , ada laaa. tiada rezeki , takpe. cuba naseb saja. i got nothing to lose.

semalam juga kami jamming acapella. sudah lama aku tidak join mereka jamming. semalam banyak juga lagu yang kami memekak. tapi yang paling best , masa shy main gitar , dan aku baca puisi spontan. puisi bertajok malam. aku dah lupa puisi yang aku baca semalam. tapi di akui , puisi itu penoh emosi.

tadi aku dikejutkan dari tidur oleh seseorang yang aku tidak sangka dia akan call aku. best juga borak dengan dia. malangnya , dia sudah berpunya. malang sungguh nasib aku.

on the bright side , aku masih single dan masih boleh bebas terbang kemana saja. kepada dua orang kawan aku yang baru ditinggalkan kekasih , tolong lupakan kisah lama. move on ! hidup ini bukan untuk seorang lelaki yang sudah tidak lagi menyintai kamu. hidup ini adalah tentang kamu. kamu tak perlu lelaki seperti itu. percayalah , bila kamu jumpa seseorang yang lain , kamu akan lupakan dia. sekarang , teros hidup. pandang ke hadapan. jangan jeling ke belakang. hidup tak boleh berundur. please.

Thursday, November 20, 2008

aku sudah sampai nilai.

khamis
20 november 2008
8.50 pagi

aku baru saja sampai dirumah. baru lepas mandi , baru lepas minum air panas. amat memenatkan perjalanan aku hari ini. mungkin kerana orang yang berada dalam koc aku tadi amat bising sehinggakan aku tidak boleh tidur lena.

seperti yang semua orang tahu , aku pulang bersama afyq dan aneys. kedua duanya kawan aku. aku yang mengenalkan mereka berdua. mereka kelihatan bahagia bersama. aku berasa gembira melihat keadaan itu. aku kenalkan mereka berdua pon kerana aku lihat banyak persamaan antara mereka berdua. tidak aku sangka mereka boleh menjadi bahagia seperti sekarang. terasa berat bahu kanan aku. seperti ditimpa pahala yang banyak. haha gurauan semata.

mereka pernah juga ingin membalas jasa aku dengan mengenalkan aku dengan kawan mereka. tapi semuanya tidak berhasil. bukan kerana apa , tapi sebab tiada keserasian bersama. afyq mengenalkan aku dengan raeezah , dan aneys mengenalkan aku dengan nazira. aku masih berhubung dengan mereka. cuma tidak serapat dulu.

aku doakan aneys dan afyq akan berkekalan sampai bila bila. nanti bila kahwin , korang wajib sebut nama aku. cakap aku yang kenalkan korang oke? dan bila korang dapat anak lelaki nanti , letak nama mohd zulhelmie bin mohd nor afyq. ahaha mesti cool kan?

p/s : untuk pengetahuan , aku ada lagi satu blog. explicit content blog. pandai pandai la cari. aku tidak mahu bagi tahu.

Wednesday, November 19, 2008

yeay , aku sudah mahu pulang !

rabu
19 november 2008
4.31 petang

aku pada ketika ini hanya menunggu masa untuk bersiap dan berambos dari penang yang ternyata amat membosankan ini. hanya menunggu detik. tick tock tick tock tick tock. oh bilakah mahu jam 6? aku sudah tidak sabar.

aku pulang ke kuala lumpur bersama teman rumahku , afyq. dia ditemani girlfriend dia , aneys yang ditemani kawan kawan dia. jadi aku akan amat memahami jika aku terasa macam keseorangan dalam tren nanti. takpe lah , aku pon sudah biasa.

esok pagi aku sampai nilai pagi. jadi aku sudah terbayang untuk makan tengahari dengan umi dan abah. sudah tidak perlu makan nasi bungkus lagi dah. yeah ! aku juga sudah tidak sabar mahu pergi beberapa event yang akan ada masa cuti ini. seperti rantai , rock the world dan beberapa gigs. aku dijangka akan membuka booth di event event tersebut. jemputlah datang ya?

aku terpaksa menulis setakat ini saja. aku mahu pack apa apa yang patot. esok aku tulis lagi. dan mulai esok , mungkin aku tulis pendek pendek saja. sebab maklumlah , hidup di nilai , jaoh berbeza dari hidup di penang. sekian. doakan aku selamat sampai di nilai.

Tuesday, November 18, 2008

aku sudah habis exam.

selasa
18 november 2008
10.10 malam

hari ini aku telah menamatkan segala kertas peperiksaan aku. aku tidak mahu bercakap mengenainya lagi. tunggu saja result keluar okey? titik noktah.

aku ingin bercerita tentang orang orang yang berfikiran sempit. tadi dalam facebook , ada seorang gadis yang aku kenali ini , dia tulis notes berkaitan ex-boyfriend dia. dia rindu kot dekat ex dia. aku tidak salahkan dia untuk merindui orang yang dia sayang. aku juga selalu merindui orang yang aku sayang yang pernah meninggalkan aku bertahun dahulu.

tapi bukan ini yang ingin aku kongsi bersama pembaca. tapi ada seorang lelaki ini. dia komen dekat notes yang ditulis si gadis ini. aku saja la menyampuk kat notes itu. aku tulis , 'takpelah , **** kan ade? hahaha'. niat aku hanya mahu bergurau. tiada niat serius atau menjatuhkan sesiapa. sumpah tak. tapi agaknya lelaki ini berfikiran kolot , dia teros marah aku. teros cakap 'dont point out someone if u are the one who were trying but failing !'.

aku tidak paham dengan manusia yang macam ini. takkan mereka tak tahu bila masanya bergurau dan bila masanya serius. kan? aku pon tahu yang dia tu merupakan salah satu kawan baik kepada si gadis itu. lepas itu dia dan kawan kawan dia teros membahan aku dekat situ. aku peduli apa. aku tahu aku dekat mana. biarkan saja orang begini. aku tak heran.

tapi orang yang macam ini tidak seperti kekasih seseorang itu. lagi tidak boleh tahan perangai dia. si gadis yang telah lama aku kenali , telah post status yang mengucapkan selamat hari jadi kepada mama dia. aku pon cakap la dekat dia , suruh dia kirim salam dekat mama dia. tiba tiba kekasih dia ni menyampuk , 'i love you my darling'. bongok ke apa? tiba tiba lari topik , saja nak bagi tahu satu dunia yang girlfriend dia milik dia. pergi jahanam sama girlfriend kau. aku bukan terhegeh pon dekat gf kau tu. stupidity. :P

maaf kepada sesiapa yang terasa. tiada niat untuk mencari pasal. hanya menulis sekadar menghilangkan bosan.

Monday, November 17, 2008

serabut !

isnin
17 november 2008
7.52 malam

aku serabut gila dengan apa yang aku sedang study. serabut serabut pon , aku yakin aku boleh score. sebab aku dah cover semua bab. aku dah sampai tahap tak tau nak belajar apa lagi dah. harap harap dapat jawab dengan cemerlang esok.

sampai sini saja tulisan aku hari ini. aku kena pergi sambong study. jumpa lagi esok.

julie goes overseas nak pakai baju bulan.

isnin
17 november 2008
5.30 pagi


oh aku amat teruja. budak bulan telefon aku tadi. mereka cakap , band julie goes overseas nak perform kat johor bahru nanti pakai baju bulan full set. aku agak teruja juga dengan berita itu. sebab aku agak meminati lagu lagu julie goes overseas. tunggu saja gig dekat johor bahru itu nanti. aku tak sabar.

hari ini aku banyak habiskan masa depan kertas , depan calculator dan depan pen. banyak mengira , memikir dan menekankan diri. haihh. aku amat berharap untuk balik nilai secepat mungkin. tensi aku oh !

pagi tadi syafiq pulang ke kuala lumpur. dia dijemput keluarga dia. tazo sudah pulang kelmarin. sekarang tinggal aku dan afyq berdua di rumah. kawan kawan lain juga ramai yang sudah pulang ke kampung halaman. aku bertambah tertekan bila dapat tahu ramai sudah pulang.

aku mahu pulang juga.

Sunday, November 16, 2008

next stop : thermodynamics !

ahad
16 november 2008
3.15 pagi

ini paper last aku semester ini , tahun ini. aku sedang mahu struggle gila gila dengan belajar subjek ini. subjek yang aku gagal semester lepas. aku tak mahu gagal lagi. aku akan berusaha ! yeah !

aku mahu cepat ambil paper ini. sebab aku dah tak sabar nak balik nilai. sudah la aku tak dapat pergi gig dekat menara kl esok hari. kepada bulan clothing yang pergi buka booth , kerja sunggoh sunggoh. tolong mosh untuk aku. tolong tengok julies dan bunkface untuk aku. oh tidak. aku melepas lagi tengok julies. sedangkan zuher sudah 3 kali tengok julies beraksi di atas pentas bulan ini. apakan daya , belajar punya pasal. aku terima saja hakikat ini.

tadi tengahari aku pergi tengok tengok harga D40 dekat komtar. agak murah harganya. tapi aku nak pergi tengok dekat plaza pudu juga. beesya gf e'one cakap e'one selalu beli gadget dekat situ. aku sudah amat tidak sabar mahu pegang D40 milik aku sendiri.

Friday, November 14, 2008

happy birthday cik wan !

selamat hari jadi diucapkan. semoga sehat selalu. dipanjangkan umur. dimurahkan rezeki. dinaikkan pangkat , nanti boleh belanja mcdonalds banyak banyak lagi ya?

mahu tahu lebih lanjut mengenai cik wan saya , klik dan baca sini.
terima kasih.

p/s : maaf cik wan , helmie tak ingat umur cik wan berapa dah tahun ini. 34? 35? atau masih 25?

aku nak luah isi hati boleh tak?

sabtu
15 november 2008
6.13 pagi

sejujurnya , aku sudah bosan hidup seorang diri tanpa kasih sayang seorang teman yang digelar seorang kekasih. aku tiada tempat untuk mengadu di kala aku perlukan tempat untuk mengadu selain umi aku. aku tiada sokongan di kala aku perlukan sokongan seorang yang sentiasa menyokong dari belakang. aku tiada seseorang yang boleh aku bermanja tidak kira waktu.

aku rindu waktu waktu aku punyai seseorang untuk aku membelai rambutnya. aku cemburu bila melihat remaja remaja lain yang sebok bermanja bersama pasangan masing masing. sedangkan aku? aku hanya bersendirian. aku hanya ada kawan kawan yang tidak mampu beri aku sedikit kasih sayang seperti seorang insan bernama kekasih.

sudah hampir setahun aku meninggalkan zaman berpasangan. kini aku maseh lagi sendirian tanpa teman. bukan aku tidak cari , aku cari. tapi tiada yang melekat di hati. kalau ada sekalipon , tak sempat kenal sudah ada yang tak kena.

bukan aku memilih. aku tidak memilih. tapi aku perlu memikirkan masa depan. adakah aku pasti untuk bersama dengan seseorang itu sehingga bila bila? aku sendiri tak pasti.

bukan aku memilih. tapi gadis gadis diluar sana yang terlalu memilih. sedikit cacat pada diri aku , teros tinggalkan aku jaoh jaoh. apa salah aku?

bukan aku memilih. secantik mana sekalipon gadis yang aku kenal , pasti ada saja tak kena di mata umi. bagaimana harus aku lakukan? takkan aku mahu teros bersama seseorang yang umi aku sendiri tidak suka. tiada berkat ibu bapa.

bukan aku memilih. cuma aku mahukan seorang yang menepati ciri gadis idaman. aku juga mahukan bahagia seperti orang lain. aku tidak mahu berpura pura.

bukan aku memilih. tapi pengalaman mengajar. aku tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. aku tak sanggop mengecewakan lagi lagi dikecewakan.

bukan aku memilih. cuma jodoh belom tiba. jodoh pertemuan ditangan Tuhan kan? serah saja pada takdir.

aku pasti akan teros menunggu dan teros tunggu tanpa segan silu. buat masa ini , biarkan saja aku dengan duniaku. dunia gila tanpa genggaman erat tangan seorang gadis bernamakan TEMAN SEJATI.

aku disini bukan mahu meminta simpati.
hanya meluahkan isi hati.
kalau kau rasa aku tak malu minta simpati.
berambos kau , dan jangan singgah blog ini lagi !

Thursday, November 13, 2008

sahabat nombor satu.


Mohd Nor Affendi Bin Norapi
29 september 1988

hari ini aku ingin cerita tentang kawan paling baik pernah aku ada , fendy. aku masih ingat saat perkenalan kami dahulu. pada hari pertama sekolah ketika di tingkatan dua , berlatarbelakangkan sekolah , di dalam pajero pakcik yang menghantar kami pulang ke rumah. fendy menegur aku sebaik kami melangkah masok ke dalam van.

fendy : nama kau siapa?
elmi : helmie. kau?
fendy : fendy.
elmi : oh. baru sekolah sini ke? tingkatan berapa?
fendy : aah. aku tingkatan 2.
elmi : oh sama lah. kau kelas apa? B ya?
fendy : aah. kau?
elmi : A.

mulai saat itu , bermulalah kisah persahabatan kami bertiga. seorang lagi alan. tapi aku tak mahu cerita mengenai alan lagi. ini cerita fendy. kemana saja kami pergi bertiga. kami susah dipisahkan. bagai 'three musketeers'.

aku dan fendy , kami selalu ada kena mengena dalam hal cinta monyet. sudah berapa kali aku dan dia bercinta dengan perempuan datang dari keluarga yang sama. seperti ketika aku bersama ida budak sentul. fendy selalu pula keluar dengan adik ida , ain namanya. ketika aku bersama hawa , fendy sibuk dengan adik dia juga. kami juga selalu menaruh harapan pada gadis yang sama. tapi kami tidak sampai bergadoh , malahan kami saling tolong menolong untuk mendapatkan seseorang gadis itu. budak nakal lah katakan.

saat kemuncak cerita tentang kami ialah masa aku mahu pindah dari rumah lamaku ke rumah lain. hanya berpindah taman. beberapa hari sebelum aku pindah , aku sms fendy.

'bro, lepas nie aku dah pindah. dah jaoh dari kau. dah takleh lepak sesama lagi dah , takleh main bola sesama lagi'.

esok paginya , di sekolah , fendy datang ke kelas aku. dengan air mata bergenang di mata , jelas nampak dia sedang begitu sedih.

'zul , semalam sms kau buat aku sedih oh'.

terperanjat besar aku dia menangis kerana perpindahan aku. padahal aku hanya pindah ke taman lain , bukan aku pindah negeri lain. aku pon turut serta menangis. disaksikan linda yang hanya mampu senyum sinis terhadap kami. nasib baik ketika itu , belom ramai yang datang ke sekolah. masakan tidak kami menangis , sebelom ini kami hanya menggunakan walkie talkie untuk berhubung. rumah kami dekat. tak perlu habiskan credit untuk sms. tiba tiba aku pindah. menangis la kena buang credit lepas ini.

penat menangis , selepas aku berpindah , rupanya hubungan kami makin rapat. makin makin rapat. membazir saja air mata. sehingga kini hubungan kami rapat. cuma selepas beberapa bulan lepas , kami agak renggang. mungkin kerana aku busy dengan bulan clothing aku.

semasa raya bulan lepas , aku ada ambil hati sedikit dengan fendy , tapi dia serta kawan kawan yang lain , terus memujuk aku dengan sehelai surat sulit yang akan aku publish dalam blog ini satu hari nanti. itu maksudnya dia serta kawan kawan yang lain amat menyayangi aku. terima kasih ya?.

akhir kata , aku berharap persahabatan aku dan dia akan berkekalan sampai bila bila. kerana dia merupakan kawan yang tidak mampu aku kehilangan. dia sahabat baik aku. aku sayang kau , fendy NORAPI. :)

p/s : aku harap kau baca entry ini. penat aku type. kau bukan selalu online pon. hehh.

Wednesday, November 12, 2008

aku mahu balik ! please...

rabu
12 november 2008

hari ini aku amat busy. busy study manufacturing processes. banyak gila yang perlu dibaca. ada 7 bab. masa kelas , datang , sign attendance , dengar sikit sikit bebelan encik kamal dan teros boleh balik. bila tiba masa nak exam , kaku seribu bahasa , tidak tahu nak baca pasal apa. esok exam pukul 2.15 petang. ada banyak masa lagi mahu study. harap harap boleh cover semua bab.

budak rumah semua dah hebat gila subjek ini. aku tanya sepatah , tenang saja mereka jawab dengan panjang lebar. kagum aku dibuatnya. iye la , mereka sudah mula study 2 hari lebih awal dari aku. aku punya exam berturut turut. kesian aku , dah tak mampu nak mengadap kertas nota lagi. aku dah naik jemu. nasib baik ada dunia internet.

esok malam mungkin main futsal dengan semua kawan rapat aku dekat penang ini. mereka kebanyakannya bakal habis exam esok. jadi mereka mahu enjoy sebelom pulang ke kampung halaman masing masing. aku hanya penumpang kepada hari enjoy mereka esok. hanya ingin menenangkan fikiran dari segala kekusutan belajar.

cepatlah habis belajar. aku sudah tidak tahan.

aku juga ingin mengucapkan selamat hari tua buat cik hanna yang aku kenal dalam dunia myspace. semoga terus gila gilaan dan semoga happy menjalani hari hari tua ya?

p/s : jangan lupa birthday aku bakal muncul tepat lagi sebulan. sudah sedia untuk beli hadiah?

Tuesday, November 11, 2008

oh tidak !

selasa
11 november 2008

tadi aku selamat mengambil peperiksaan akhir subjek calculus. aku dapat jawab sebahagian besar soalan yang diberikan kepada aku. 2 hari aku tidur lewat study sambil online. plus 2 hari lagi tidur lewat study gila gila. malam tadi aku tak tidur. hanya melelapkan mata sejam. study gila gila untuk paper tadi. harap harap lulus dengan cemerlang. aku malas nak repeat lagi. aku ulang , aku MALAS nak repeat lagi.

tapi tadi aku agak kecewa bila mengetahui yang carry mark calculus aku amat rendah. encik agos memang tak ada belas kasihan. tutorial yang bertimbun aku hantar , dia bagi markah penuh hanya 4 markah. manakala attendance aku yang mencecah 90 peratus hanya dia beri 3 markah dari 6. markah test dah la dia bagi sikit gila. kalau jawapan salah , jalan kira dia tak nak pandang langsung. humpph ! aku hanya redha kertas final aku tadi boleh backup carry mark aku. kalau tak , jumpa lagi semester depan ya MAT235 ?

semalam petang aku mengalami sakit kepala yang amat teruk. aku jadi risau kalau kalau aku tak dapat study untuk calculus. mujur tazo , capik dan afyq sanggop pergi belikan ubat dan makan malam untuk aku semalam. boleh aku study selepas berehat. terima kasih ya sahabat? nanti aku bagi hadiah dekat pet korang.

malam ini aku mahu tidur sepuas puasnya. dah dua hari tidur pagi aku diganggu alarm afyq. lusa aku ada paper , jadi esok mahu tungkus lumus study lagi. selepas paper calculus tadi , kepala aku ringan beban sikit. lepas ini paper tough minggu depan pula. thermodynamics. aku harap aku dapat score paper itu. insyaAllah.

p/s : aku dah tak sabar mahu pulang ke nilai.