second blog

Wednesday, September 30, 2009

eww sumpah malu la wei !

ingat tak haritu aku ada shooting masa bulan puasa haritu ? sehari selepas aku masok 8TV Quickie. kan ? haaa inilah dia hasilnya. ya Allah , aku bukan seorang pelakon okey ? hanya layak menjadi pengarah sahaja.

anyway , thanks Elena and the gang sebab invite aku join production dorang ini. pengalaman tu berlakon dalam short film orang buat. lepas ni boleh buat short film sendiri yang lagi gempak and boleh lah ajak korang sekali kan ? *winks*

so tak nak cerita banyak. jom tengok !

Tuesday, September 29, 2009

Power Rangers Malaysia.




yeah.

kini aku dan 4 sahabat baik aku , Shy , Lubby , Paeh dan Zareen sudah bergelar Power Rangers Malaysia.

setelah puas berfikir tentang nama clan yang sesuai untuk kami berlima , memandangkan kami berlima selalu lepak bersama , akhirnya tercetus idea tentang Power Rangers. datang dari Lubby yang teringat apabila Paeh menyebut tentang Power Rangers didalam Facebook tempoh hari.

kami bukan Power Rangers yang menyelamatkan dunia. tapi kami Backpacking Power Rangers. haha

mari aku cerita sejarah perkenalan kami berlima.

Paeh dan juga Shy merupakan kawan sekolej. mereka pernah berkolej di MIAT bersama. pada ketika itu , Shy dan Paeh duduk bilik bersebelahan di hostel mereka.
Shy mengenali Elmi pula apabila mereka melepak sama di sebuah restoran di Nilai iaitu Restoran Sebelah Thai.
Shy lalu mengenalkan Elmi dengan Paeh semasa Rock The World tempoh hari.
Elmi berkenalan pula dengan Lubby di Myspace. cara perkenalan adalah amat kool , iaitu apabila masing-masing berbalas buletin mengenai blog.
Paeh pula berkenalan dengan Zareen menerusi Myspace juga. tetapi mereka dikenalkan oleh adik angkat Zareen.
kemudian Paeh mengenalkan Zareen dengan Elmi dan juga Shy semasa mereka melepak di Rockaway.
Lubby dan Shy pula tanpa segan silu berkenalan di wall Facebook Elmi.

sejak dari itu , mereka berkawan rapat sebelum pada suatu hari , mereka menyedari bahawa mereka mempunyai suatu kuasa hebat diantara diri masing-masing. mereka tidak boleh dipisahkan. jikalau tidak , mereka akan kehilangan satu sama lain. dan Zord akan berhabuk tak ada orang nak guna.

jadi mereka telah membuat keputusan untuk sehidup semati walau apa pon yang terjadi.

dan inilah mereka , dikenali serata Malaysia :

Power Rangers Malaysia !!

Elmi [Red Ranger]
seorang yang single dan available. masih belum berpunya. mempunyai kuasa mengedit video yang hebat serta boleh bertutur dalam dua bahasa sahaja. seorang yang agak pemalas dan juga agak selekeh. tetapi seorang yang memandang jaoh kehadapan tanpa menoleh kebelakang. hidupnya agak terurus kerana masih menetap bersama keluarga walaupun kerap berulang ke markas kecil Power Rangers Penang. oh dan juga , dia seorang yang agak kedekut. dipilih menjadi ketua kerana kehebatan matematik beliau yang jaoh lebih hebat dari orang yang hebat matematik.

Lubby [Pink Ranger]
seorang yang rajin didapur. tetapi kadang-kadang agak kegedikan sedikit. mempunyai gelak yang agak macam buat-buat sedikit. beliau seorang yang cerdik tetapi kerap juga ponteng kelas. kebolehan yang paling hebat beliau adalah makan ketam. seorang yang tidak kedekut , tetapi agak sensitif kerana kerap menangis bila diserang pihak musuh.

Paeh [Green Ranger]
beliau adalah pemilik sebenar Zord [kenderaan rasmi Power Rangers Malaysia]. merupakan seorang yang suka bangun pagi untuk melakukan kerja-kerja amal seperti pergi kerja untuk mendapatkan duit tambahan supaya Power Rangers ada duit untuk isi minyak dan juga bayar duit tol. kebolehan terbaik beliau adalah bermain skateboard tetapi beliau tidak boleh memakan makanan mentah seperti sushi. beliau juga memanggil nori yang membalut sushi itu sebagai Honda Civic.

Zareen [Yellow Ranger]
seorang yang menggilai The Times dan juga minat bermain keyboard. mengidolakan dimas hujan dan juga meminati lagu Coldplay yang bertajuk Yellow. seorang yang mempunyai 3 handphone yang berlainan tidak termasok jam Power Rangers yang boleh berkomunikasi antara Power Rangers. beliau juga merupakan Rangers yang paling berusia , atau lebih dikenali sebagai , paling tua.

Shy [Blue Ranger]
beliau merupakan Ranger yang paling kacak dan diminati ramai. kehebatan kuasa beliau adalah keupayaan membuat pihak musuh yang berjantina wanita untuk longlai dihadapan beliau. juga mempunyai rambut yang membuatkan pihak musuh ingin berdansa disko bersamanya. malang bagi semua peminat beliau , beliau serta Pink Ranger bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. oh by the way , beliau merupakan bakal abang ipar idaman ramai lelaki. kenapa ? tanyalah dia ! HAHA !

uniform pertama kami. gambar Rangers wanita belum ada.

warga bumi tidak perlu risau lagi. dengan adanya Power Rangers Malaysia , negara kita akan terselamat dari segala bencana. bak kata pepatah melayu zaman dahulu kala :

'Satu Remaja Satu Malaysia , Go Go Power Rangers !'

this one for zuzu rempit !

hah ,

i tau you memang tak pernah baca blog i. pemalas nak copy paste url blog i. dari dulu lagi. yang you tau cuma buat survey dekat buletin myspace je. HAHA!

gambar atas tu ingat lagi masa pergi lepak dengan Awanband dekat penang sana. masa tu kita merempit dua orang. sumpah kelakar bila tengok you tak reti pakai helmet. lepas tu paling tak boleh belah , bila you jakun gila naik motor. i baru bawak slow , you dah bising dekat belakang. gila.

aish , sem lepas selalu gila lepak dengan you. valentine pon kita keluar sama. sem ni je i tak ada transportation langsong nak ajak you keluar. cuma setakat terserempak terserempak je dengan you. cis.

tapi tak apa la zuzu bongek. nanti ada rezeki ada jodoh , kita keluar lagi.

HAPPY BIRTHDAY ZUZU !
semoga cepat-cepat jumpa calon bf. jangan asik duk add perempuan je dekat myspace tu. cari lelaki la weyh ! :p

p/s : tahun depan kumpul duit raya awal sikit tau zuzu nak buat topup supaya tak ada la you sms raya masa hari raya ketiga. senget. haha

Monday, September 28, 2009

enough is enough.

when i said , enough. itu memang betul-betul enough. dah malas nak fikir dah. buat sakit hati saja.

ingat aku ni apa ? penat kau tau tak ? haihh.

oh ya , dah hampir 20000 dah pembaca elmicoklat.blogspot ni. milestone lagi KATANYA ! walaweh. macam artis. haha

dah dah apa aku merepek ni ?

bye bye _______ ! [sila isikan tempat kosong]

woooooooot !!

okey.

tak ada cerita apa nak kongsi.

cuma nak cakap yang akhirnya , cik liyana jasmay sudah approve facebook. setelah beberapa kali percubaan add dia , akhirnya dia terperasan aku.

okey , boleh start ngorat.

*winks*

Saturday, September 26, 2009

jemput datang !

meh jemput datang. open house rumah aku jap lagi start pukul 4 petang. ada laksa johor. ada soto pedas yang buat moja dengan aiman berpeluh dan menangis tahun lepas. haha

jemput datang.

nak tau direction rumah , call aku ya ? credit takde nak sms dah. haha :)

video

Thursday, September 24, 2009

Eid 1430.

mesti korang bajet aku nak cerita pasal hari raya aku kan ?

oh tak.

aku malas nak cerita. kalau nak tau , boleh lah singgah blog ayu , lynn dan mean.

aku cuma nak describe tentang RAYA dari sudut aku.

bagi aku , raya ni macam hari berkumpul semua keluarga. berkumpul maksud aku , bukan berkumpul tengahari hari raya. tapi berkumpul dari malam raya lagi. sama-sama mengemas rumah , sama-sama masak rendang , bakar lemang , kacau dodol malah main mercun.

bila pagi raya , bangon pagi , pastu rebut-rebut nak masok bilik mandi. riuh. bila nak pergi sembahyang sunat raya , pergi ramai-ramai. meriah berbaju melayu. fuh. mesti best gilaaa.

malang bagi aku , aku tak dapat merasa semua tu.

sebab aku takde kampung. takde bakar lemang , takde kacau dodol , takde jugak lah main mercun. haihh.

kalau berkumpul pon , petang baru dapat berkumpul. mood raya kadang dah takde. sebab bila petang dah mengantok. kan ?

aku paling suka betul cara saudara mara aku beraya di singapore. tiap-tiap first hari raya , mesti berkumpul dekat rumah moyang aku. semua pasti datang berkumpul. yang paling best , kawan-kawan baik dorang akan jugak datang tiap tiap tahun. lepak dari pagi sampailah kemalam. gila kool. meriah je. fuh fuh.

mintak-mintak bila aku dah berkeluarga , ayu dah berkeluarga , dada dah berkeluarga , hezry dah berkeluarga , dorang semua akan tetap balik rumah umi dengan abah bila malam raya. aku tau kena bergilir , tapi biarlah dua tahun sekali ada berkumpul. amiiiinn.

haaa itulah dia maksud raya bagi aku.

bagi korang macam mana pulak ? mesti macam ni kan :

Thursday, September 17, 2009

cerita raya tentang kawan kawan [must read]

hah , ingat lagi raya tahun lepas ? entry malam raya aku. yang aku tujukan khas kepada semua ahli keluarga aku. tahun ini , lain sikit. aku nak buat entry raya khas untuk semua kawan-kawan aku yang telah memberi impak dalam hidup aku sepanjang tahun ini. yang nama tak ada tu , harap maaf lah , kadang kadang termiss satu dua nama. :) lagipon nama yang ada ni semua aku tengok dalam phonebook. kalau aku ada nombor phone korang , adalah nama korang dalam ni. haha

aku buat nama korang ni ikut turutan huruf. jadi tak ada lah yang nak duk berebut siapa nombor satu , siapa nombor last. korang semua sama rata baik dia dengan aku. tak boleh nak bezakan. untung betul aku hidup zaman facebook. ramai kawan aku dapat.

ok let's start !


ad
hah , aku nak mintak maaf kat kau , sebab setiap kali kau call , mesti aku macam tergesa-gesa nak letak telefon. tulah kau , selalu call timing salah. haha sorry wei. :)

afie
ha wei , sori kat u. sebab i ni kerja i selalu nak duk bahan u je. maaf la eh kalau u ada terasa apa apa.

afiq adli
aku nak mintak maaf kat kau kalau aku ada macam buat kau tersinggung ke apa ke. kalau aku ada guna motor kau sampai kau tak pegi kelas tu , maaf sangat. hehe

afyq othman
hah , aku nak mintak maaf dekat kau , sebab masa kau berlepas ke US , aku tak dapat nak hantar kat airport. lepas ni entah bila nak jumpa. hope kau raya dengan best kat US sana tu.

aiman
weiii , lately ni macam dah kurang sangat lepak dengan kau. sorry la busy sikit. kau tau aku tetap sayang kau kan ? haha

ainna
erm , i nak say sorry dekat u , sebab sekarang i macam jarang gila nak buzz ym u. almaklumlah , i busy sikit lately. hehe ym pon jarang online dah. sorry !

alef
dengan kau , aku nak mintak maaf sebab aku macam selalu je menyusahkan kau. nak nak masa malam yang lepak kamar seni haritu. kau kena teman aku sampai lewat pagi. kesian gila. sorry wei !

along
hah along , along selalu emo emo dengan elmo. [omg rhymes !] mintak ampun mintak maaf kalau ada buat along tersinggung. along kakak yang paling best lah ! :)

amirah imanie
dengan u , i nak mintak maaf sebab masa dekat aussie dulu tu i sombong gila. haha :p

amy
dengan u , i nak mintak ampun mintak maaf sebab tak selalu komen blog u. boleh gitu ? gahaha rindu la wei nak ym sama u !

apple
dengan u , i rasa i paling banyak buat salah tahun ni. macam makin renggang je hubungan adik akak kita ni. sori la ple. sumpah i tak ada niat nak jaohkan diri i dari u. tapi sebab bf u dah ada dekat dengan u , i malas ah nak kacau u lebih lebih. sorry ple.

asrul
dengan kau , aku tau kau mesti banyak simpan rasa tak puas hati dengan aku. sebab asyik heret kau sana sini teman aku. banyak gila menyusahkan kau. haha sori sori. lepas ni janji aku buat lagi. kau tu jangan merajok lagi wei. kitorang ada je sini. cuma busy je. haha

azura
dengan u pulak , i nak mintak maaf sebab tak datang masa u perform dekat lepaq haritu. haha sengal. kalau tak mesti tambah dosa i duk bahan u. :p

bella
hah , dengan kau , kanda nak mintak maaf sebab selalu masa dinda mintak tolong kanda , mesti kanda tak boleh nak tolong. susah la wei bila tak ada motor. kanda janji , nanti kalau kanda ada kereta , takde hal bila bila boleh tolong dinda. asal ada duit minyak. haha

brella
dengan u , i nak say sorry sebab selalu ajak lepak tapi tak jadi. i tau u mesti bengang dengan i. sorry ye ? haha

capyq
dengan kau , mesti kau stok marah aku masa kita serumah dulu. aku macam suka sepah sepah. lepas tu aku selalu moody. selalu menyusahkan kau. sorry ye ?

ceghap
dengan kau , aku nak mintak maaf kalau aku terlupa nak downloadkan kau file file yang kau suruh download. lepas tu , kalau aku tak terupdate indie.my tu , sorry la. aku tak tau nak update apa. haha

dahlia
dengan u , i nak mintak maaf sebab selalu kacau u malam malam. lepas tu selalu ajak lepak lepas tu tak jadi. haha sori lah ! nanti lepak okey ? :p

dimas
aku tau , aku banyak menyusahkan kau masa kat bandung dengan jakarta. banyak gila kau belanja aku makan , bagi aku tempat tido semua. sorry lah kalau menyusahkan kau. lepas ni janji buat lagi. hahaha

emon
dengan kau , aku nak mintak maaf , kalau aku duk maki maki bila gurau sama kau. kau tau aku ni selalu camtu kan ? jangan ambil hati ok ?

erie
aku nak mintak maaf sebab aku macam dingin dengan kau. yelah , sejak pindah rumah , aku rasa macam kurang rapat dengan kau dah. sori kalau kau rasa aku sombong ke apa ke ya ?

ezza
hah , sorry wei za aku macam dah lama gila tak borak sama kau. lepas tu aku macam sombong sikit. aku tak sombong. aku busy je. haha

fadzreen
dengan kau , aku tau aku banyak susahkan kau. nak nak masa sem lepas. aku tak buat kerja masa buat final project. lepas tu masa kes farhana , kau ada je tolong aku semua. sumpah terbaik wei. :)

farahain
u , i'm sorry sebab apa yang jadi dulu. i tau i salah. sorry. (:

farlihin
hah , sorry wei selalu nak jamm tapi tak jadi. mesti kau bengang selalu kan ? haha

fd
wei senget ! sorry kalau macam selalu duk bahan u dalam ym. gahaha

hakim
hah , sori kem sebab aku dah lama tak contact kau. kau budak degree , aku jadi segan. haha

hanna
sori eh you sebab janji nak belanja spicy mcdeluxe sampai hari ni tak belanja. hahahaha

ika
err , aku ada buat salah sama kau ke ? takde kan ? yang aku ingat , kau janji nak belanja aku sebab belikan tiket bintang jatuh haritu. mananya ? haha

imnie
im , sorry sebab macam menghilang masa u kat terengganu dulu. padahal masa tu , u sangat memerlukan teman kot. i tau terengganu sana bosan. haih. sorry im.

izzah
hah izz , nak sorry apa eh kat you ? haaaaaaaaaa , sorry tak dapat distribute habes flyers rockaway haritu. gahahaha

jeju
dengan jeju , aku banyak salah. sorry sebab banyak menyusahkan kau. banyak ganggu ym kau. skaip kau. fb kau. aku tau aku ada mengecewakan kau sikit. tapi nak buat camne jeju , aku manusia. sorry kalau ada salah silap. (:

jijul
ha wei , sori sebab aku banyak menyusahkan kau masa gathering haritu. stok suruh kau buat flyers la banner la. macam aku bos je. haha sori !

joanna
nana , elmo tak ada salah sama nana kan ? haha sori sebab dah lama tak wall nana. lols.

kak fynn
hah , dah tau dah , mesti nak kena mintak maaf sebab dah lama gila tak singgah adam. gahaha

kak jiggy
sorry kak jiggy , masa kat indon , banyak gila susahkan kak jiggy. macam macam nak kena ajar saya kan ? haha sori !

kak wani
hah kak wani , sori sebab merampas omar dari kak wani. haha and sorry sebab ganggu kak wani masa kak wani punya ym tengah busy. hahaha

lihin
erm , aku tau sejak dua menjak ni , dah lama tak jumpa kau. kau pon dah kerja. sumpah aku rindu wei. ingat lagi raya tahun lepas , kita pergi shopping berdua. ojus nak beli baju depan kedai. rindu la weii !!

lubby
hah lubby , thanks sebab selalu je teman i dekat ym. dengar luahan hati i apa semua. siap sanggop lepak sama i kasik i tak tensi. u memang kawan terbaek lah ! i doakan u dengan shy kekal sampai bila bila ah !

mimie
i'm sorry i macam terus hilang dari u. serius i busy oh. haih.

ming
haaa , aku tau kau mesti ada terasa hati dengan aku. sebab dulu kau selalu je call aku. sekarang , mana ada kau call aku dah. aku mintak maaf kalau aku ada buat salah dengan kau weh ming. kalau macam aku terkasar bahasa ke apa ke. sori la. :)

miraj
ha wei ! aku nak mintak maaf dekat kau sebab banyak gila heret kau sana sini. lepas tu kau buat kerja selalu dengan aku , aku tak bagi gaji pon. sori la. nanti aku dah kaya , kita bincang lain. gahaha

moo moo
wei moo moo ! i takde buat salah dengan u kan ? 0-0 sudah la. haha

muaz
hah , dengan kau , aku nak mintak maaf sebab aku selalu naik dengan kau tak bayar duit minyak. sebab aku tau kau takde hal belanja. hahahaha

mujahid
moja , sumpah aku rindu kau. sejak dua menjak ni , mana ada lepak sangat dengan kau dah. rindu sial dengan kau. nanti hujung tahun kita pergi bercuti yok !

naima
sejak kau dah takde dekat nilai , aku rasa aku dengan kau makin jaoh gila. kalau dekat fb pon , tegur gitu je. haih. nanti kalau ada masa , aku datang jenguk kau ye ?

najmi
hah ! aku takde salah dengan kau ni. siap kenalkan kau dengan scha. so , belanja plis !

nazira
dengan u , lagi i rasa bersalah. lama gila tak sms u apa semua. almaklumlah , orang dah ada bf. haha malas nak kacau. :p

nia
sori nia ! sebab selalu ada projek tak ajak u. gahaha siapa suruh menetap kat penang sana tu ?

noh
aku tau , aku banyak gila menyusahkan kau. tumpang rumah kau , ikot kau pergi indon tu semua. sori la kalau kau rasa macam aku ni seorang raingers yang memeluatkan kau. tapi thanks sebab banyak gila bagi nasihat dekat aku. siap tolong CCE. gila ah noh !

nurul
dengan kau , lama gila tak jumpa. aku tau kau baca blog aku ni. jadi , marilah belanja aku tengok wayang. selamat hari raya. gahaha

nwa
err , aku idola kau. so confirm aku takde buat salah sama kau kan ? hahahahahaha

omar
haaa omar , sori menyusahkan kau hari tu. sejak bintang jatuh , aku mesti buli kau jadi cameraman aku kan ? haha sori tau tau ? and thanks for the speedlight for raya ! wooooot !

paan
aku tau kau kecik hati sama aku , sebab tak ajak kau join projek aku semua. tapi tu ah , kau dah dekat jb kot ! ayat dalam myspace nak touching gila. piiiiiirah ! haha

paeh
paeh , aku nak mintak maaf satu je. masa pergi lawat mak aku haritu. mesti kau macam rasa lain gila kan ? hahaha sori wei !

sara
aya , errr , i takde salah kot. haha kan kan kan ? :p

scha
haaaaaaaaaaa ! aku tau kau cakap aku sombong sekarang. kan ? aku bukan sombong wei. aku busy. macam macam nak buat. macam macam nak fikir. sori yeh ?

seyza
erm , aku nak mintak maaf dekat kau sebab masa kau dekat penang dulu , aku macam susah je nak layan kau semua. sori la wei. aku busy project kot. :)

shy
shy shy shy. aku tau aku banyak macam singgung perasaan kau. kau pon kenal aku dah lama. aku memang jenis buat benda tak fikir. cakap main lepas. so kalau kau ada tersinggung apa apa , maafkan la aku. aku manusia biasa. tapi apa apa pon , aku tak sabar untuk REMAJA ! ahahaha

sid
erk , sori sid kalau aku terbahan MU lebih lebih. gahahaha!!

skin
hah , aku tak ada salah sama kau. cuma aku selalu tak layan kau bila kau buzz ym aku. kan ? biasalah artis. gahahaha

syed
aku tau kau macam marah aku sebab macam selalu kacau bazila. ala lek ah bro , aku suka kacau dia sebab aku tau dia gf kau. macam kau suka kacau adik aku la. hahaha :p

arwah tazo
haih. pemergian kau satu kesan kot. aku dah hilang antara kawan terbaik aku. first time aku raya , aku hilang seorang kawan baik. aku harap kau sedang berada dalam keadaan tenang. al fatihah.

wanie kpj
hah ni lagi sorang sombong nih ! cih ! raya ni tak kira , sila sediakan duit raya yang banyak untuk aku. haha

wany
i tau i punca hidup u tunggang langgang sepanjang ramadhan ni. i tau i tak sepatotnya taroh harapan mula mula. i tau i salah. pasal i , u dengan syhr dah jadi macam macam. i'm sorry. dari hujung rambut , sampailah hujung kaki. i janji , lepas ini i tak buat lagi dah. i just hope for the best. :) nama tabby tu akan i simpan sampai bila bila.

yatie
hah hah , ni lagi sorang. stok malas je nak lepak sama aku. cis. duit raya aku nak. tak kira. haha

zareena
zmk , u salah sorang yang sentiasa bagi i semangat. i sentiasa ada masa nak layan karenah i selain lubby sama jeju. thanks a lot ! tapi tu ah , duit raya tetap i nak ok ? takde lepas lepas. u pangkat kakak dah. kena wajib bagi duit raya. ahaha

zuhair
si sewel ni dah lama betul tak jumpa. mana hilang entah. aku nak mintak maaf , sebab setiap kali kau nak datang rumah aku , mesti aku ada hal. sori wei.

zuraine
zuzu minah rempit nih. haha i rasa i tak ada salah dengan u. cuma tu ah , sorry sebab ajar u naik motor. jadi minah rempit. hahaha kesian sudah tengok you tak reti pakai helmet. :p

zymn
hoiiiiiiiiiiiiii. sejak dah terer photography ni , stok takde masa langsong nak lepak. ada aja hal. cis. sorry sebab tak dapat lepak tugu negara sampai harini. dah 3 bulan dah janji nak lepak sana. haha


so kepada semua kawan-kawan aku , Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin. gila tak ada kerja aku sampai buat entry panjang macam ini. tak apa lah , saja nak kasik each one of you guys ni macam terkesima tengok aku sanggop buat macam ni. haha

siapa yang balik kampung tu , balik elok-elok. drive slow-slow. siapa yang raya dekat rumah je tu , have fun. and lastly , semoga raya korang lebih bermakna kalau korang tengok REMAJA episod raya 3 oktober ni pukul 1 petang di TV3. hahahaha

aku elmi
aku manusia biasa
tak lekang dari kesilapan
dah nama pon manusia
kan ?

jari disusun 10 rapi rapi
di pagi raya nanti
aku minta maaf lagi dan lagi
lepas itu buat lagi
tahun depan minta maaf lagi sekali

elmi elmi

aku akhirkan entry ini dengan serangkap pantun. dah nak raya ni kalau tak ada pantun macam tak sah. kan ?

pagi raya makan ikan sardin
ketupat rendang dah muak nak telan
selamat hari raya maaf zahir batin
raya nanti meh datang rumah ada makan makan

HAHA !

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!

Wednesday, September 16, 2009

blind spot

dalam dunia ini , kadang-kadang orang tak sedar yang dia ada something special. sebab dia terlalu fokuskan tentang sesuatu yang lain. kita tak boleh jugak nak salahkan orang macam tu , sebab mungkin dia ada reason tersendiri.

aku ?

aku dah busan jadi blind spot kepada semua orang. hanya nampak bila nak luah masalah. tapi bila masing-masing happy , aku ditolak tepi. bukan sekali , tapi banyak kali. bukan seorang , tapi ramai orang.

bila orang kata aku memilih , aku tak mampu nak kata apa. sebab aku jenis susah jatuh hati. but when i fall , i fall hard. real hard. but in the end , there will always gonna be a sad ending. always. macam aku cakap tadi , bukan sekali , tapi banyak kali. bukan seorang , tapi ramai orang.

aku busan. betul , aku memang busan.

ada yang complaint bila tengok aku single. betul , ada yang complaint. mungkin dorang risau tengok aku selalu seorang. tapi nak buat macam mana , orang macam aku ni tak ada orang yang nak. kejap , aku tipu. ada orang nak. tapi betul la tu , aku memilih. dan orang yang nak aku itu pulak sekarang ini yang jadi blind spot. kan ?

itulah , karma itu wujud. Tuhan itu Maha Adil.

aku tak pernah tipu diri sendiri. bila aku suka , aku cakap suka. bila aku tak suka , aku cakap aku tak suka. itu sebab aku pernah tak go on usya seorang perempuan ini , hanya sebab dia suka webcam. ya , aku tak suka perempuan yang suka webcam. macam budak-budak. kalau webcam saja tak apa. tapi janganlah print screen macam lynyu tu. dorang budak lagi , tak apa la. ;)

itulah mungkin karma. aku pernah buat orang , sekarang turn aku la pulak dibuat orang. nampak tak sekarang yang karma itu wujud ?

aku penat tau tak ? bila aku sudah mula rapat dengan perempuan yang aku suka , dorang hanya akan anggap aku sebagai kawan. paling tak boleh belah , anggap aku adik. yelah , aku ni budak budak. tapi aku tak kesah pon. karma itu ada. karma karma karma.

aku ini jenis yang akan fikir macam macam. tapi percayalah , aku hanya fikir macam macam hanya bila aku busan serta sendiri. kalau aku tidak busan , kalau aku ada orang orang yang berada dengan aku , aku tidak akan fikir macam macam. serius.

jadi sahabat aku semua yang tahu cerita dari mula sampai habes , tak perlu risau. aku okey. tak ada cubaan bunuh diri pon. merepek. aku masih tahu agama aku. tak guna nak guling-guling sedih sana sedih sini , menangis sana menangis sini. tak ada gunanya pon. kalau orang dah tak nak , orang tu takkan nak jugak walaupon kau dah berguling dari nilai sampai klang sekalipon.

setiap yang jadi , ada hikmah kan ? aku percaya , Tuhan dah sediakan satu jalan untuk aku. tak ada jodoh dengan dia , pasti aku ada jodoh sama dengan orang lain. bak kata kak wani , percaya pada Dia.

aku selalu nasihat orang yang buzz ym aku tengah malam buta , pasal dorang baru break up , dorang gadoh besar sama bf atau gf dorang. aku cakap , kalau orang tak nak , buat apa nak kejar. kan ?

aku ini pulak jenis , tak reti nak cakap tak serupa bikin. jadi bila aku dah nasihat orang , kalau aku sendiri tak praktikkan , aku rasa macam aku tipu diri sendiri. pandai cakap , tapi tak pandai buat.

aku punya impian , untuk jadi idola ramai orang. untuk jadi contoh kepada orang ramai. orang akan tunjuk aku , benda baik lah tapi. jadi bila aku dapat jadi contoh yang baik , orang mengikut contoh yang aku tunjuk , insyaAllah , satu malaysia ini dah tak ada orang nak emo. semua orang nak move on je. mesti best.

aku yakin , korang kenal kak fynn. kata-kata dia selalunya memberi kesan kepada orang. aku nak jadi macam dia. aku tak nak jadi blind spot lagi. blind spot tu macam sial sebenarnya. kalau betul kau tak pandang , memang boleh parah hidup kau.

blind spot. macam kool je kalau short film aku yang aku dah bincang sama shy dengan lubby itu nanti tajuknya blind spot. mesti best.

oh ya , lepas ini , korang try ignore entry lepas-lepas dalam blog aku ini ya ? itu semua kenangan. kenangan yang tak boleh nak buang. aku ini bukan jenis suka delete entry. aku bukan jenis suka delete apa-apa. korang faham maksud aku kan ?

biarlah lepas ini aku ada kehidupan dengan perempuan lain pon , aku tak kesah kalau dia baca entry-entry lepas aku ini. kalau dia nak terima aku , dia kena terima aku sebagai aku. kenangan adalah kenangan. percaya aku , yang kenangan bagi aku adalah kenangan semata.

semalam adalah kisah silam.

hari ini realiti.

realiti lebih bermakna dari kenangan.

blind spot ? bukan aku lagi.

aku cuma nak jadi seorang yang istimewa kepada seorang yang istimewa yang lain.

p/s : best jadi dia , dah buat palat macam macam , ada yang tetap setia sayang. untung gila.
p/s lagi : alhamdulillah , setakat ini , tarawikh 10 malam terakhir ramadhan aku berjalan lancar.

Monday, September 14, 2009

penat. sangat penat.

penat tapi rasa macam berbaloi kot. thanks OB bagi pinjam speedlight. even macam longgar sikit , tapi takpe ah. aku akan try buat sehabes baik kasik dia ngam. haihh , lawalah pulak gambar raya aku nanti kan kan kan ?

malas dah nak cerita panjang. bukan ada yang rajin nak baca pon. harap 98 followers je. haha eh eh eh , tak ada apa apa ah. saja bikin suspens.

p/s : aku sekarang macam sangat rajin nak berblog. tengah musim menaip rasanya. HAHA

till then ,
elmi elmo.

kenapa elmicoklat ?

hari ini aku nak cerita pasal kenapa url blog aku ini elmicoklat. kenapa huh ?

orait , aku cerita. kalau rasa tak nak tau , tak perlu la baca kot kan ? tak penting pon. HAHA

okey okey , let's start. dulu , aku ni jenis yang suka gila makan coklat. yelah mana tak nya , abah selalu balik kerja , bawak coklat , mak aihhhh , banyak betul.

ada satu jenis coklat tu , pahit gila la kot , jadi dengan kadar kepahitan yang agak melampau tu , tak ada orang nak makan coklat tu kat dalam rumah ni. jadi semuanya terletak dekat bahu aku untuk menghabiskan coklat tu dari dia terbazir dalam ice box tu.

jadi masa aku mula-mula start blogging ni , aku tengah makan coklat masa tu sambil tekan-tekan keyboard ni. punyalah duduk fikir nak letak url apa kan , sekali coklat dalam mulut ni macam terliur sikit ah kan akibat kusyhuk menaip. haha terus aku letak elmisukamkncoklat.blogspot.com.

tapi lepas itu adalah jadi kontroversi sikit blog aku ni , tu yang tukar jadi lebih pendek tapi lebih efisyen , elmicoklat.blogspot.com. pernah juga la orang duk offer tukar url kasik lebih hebat lebih menggiurkan , tapi tu ah , aku malas nak tukar-tukar.

jadi semoga segala tanda tanya tentang url blog ini terjawab. :)

entry lepas ini , akan aku cerita pulak pasal kenapa aku mula-mula blog. apa sebab aku blog. tapi tu nanti. sekarang tak mahu cerita lagi.

dan juga , kalau korang macam ada nak tanya apa-apa , tanya je dekat chatbox sebelah ni , kalau aku rajin , aku akan reply dalam bentuk karangan macam ini. haha

Sunday, September 13, 2009

chord F ?

ya , aku dihantui dengan chord F. punca aku malas belajar main gitar , punca aku malas main gitar. adalah kerana chord F.

oh ya , hari ini satu hari tak dapat sms dari si dia. even dia ada je dekat ym , tapi rasa tetap lain. emosional punya elmi. pfth !

mana malam lailatul qadar ni ? teringin nak jumpa. banyak yang nak minta. :)

good night.

12 september


majlis berbuka puasa yang tidak dirancang. tiba-tiba jadi kami berlima berenjoy sakan. dapat release sikit tensi dalam hati bila ada kawan-kawan.

siap main suap-suap big apple dalam kereta. gila kool. yang lagi kool bila zareen dengan lubby cakap camni , 'takpe , as long kau takde awek , kitorang suap kau. tapi nanti bila dah ada awek , jangan harap la ya ?'.

terasa macam dalam cerita friends. cuma gambar atas tak cukup enam.

apa kata kalau tambah si dia dalam gambar bawah ni. baru complete enam. sudi ? ;b

today i'll remember as the first day kita buka puasa sama *winks*

Saturday, September 12, 2009

warna kulit


elmonism ,

entry hari ini serius.

serius.

aku sebenarnya benci. benci dengan sesetengah orang kita ni yang bersikap perkauman. diskriminasi. betul , aku benci.

kenapa perlu ada sikap membenci antara orang yang lain warna kulit dari kita ? kita semua manusia juga kan ?

pernah kau bayangkan , kalau dalam malaysia ni cuma ada manusia berkulit coklat saja ? pernah ? aku rasa beruntung di malaysia ini ada berlainan jenis bangsa.

raju dapat makan nasi lemak
ali dapat makan yong tau foo
elena dapat makan kari ikan

antara sebab aku buat video satu remaja satu malaysia hari itu sebab inilah. sebab pada aku , tiada istilah melayu , cina mahupun india. tiada istilah lain warna kulit. tiada istilah aku benci kau , kau benci aku. tiada langsong.

yang aku tahu , kita lahir atas bumi yang sama. bumi malaysia. kalau kita bersatu kan bagos ? boleh jadi lebih hebat dari jepun. mana tahu nanti ada playstation yang berjenama malaysia. HD camcorder jenama malaysia. kool kan ?

dari kita berpecah belah , benci satu sama lain , apa pon tak kemana. buat apa ?

kan ?

aku paling respek sama pasangan bercinta ataupun pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga yang kedua-dua mereka berlainan bangsa. aku rasa ia amat kool. mesti korang pernah tengok chindian kan ? cun kan dorang kan ? haaaaa. now you know what i mean. right ?

dulu dekat sekolah aku ada kawan , nama afiq othman. dia berkawan baik dengan amrit kaur. aku rasa ia amat sangatlah kool. sampai sekarang aku rasa dorang masih berkawan baik. yang si amrit pulak kawan baik sama michaela. michaela pulak sekarang dengar katanya couple sama si fadil. open-minded. i loike.

dulu masa aku baru habis spm , aku pernah couple dengan seorang chinese. nama perlu dirahsiakan. sebab tak ramai yang tahu pasal hubungan kami. memang diakui , susah sikit berkomunikasi melalui sms. tapi disebalik kerumitan itu , aku rasa aku hebat punyai seorang gf berbangsa cina.

kalau kau tak percaya , kau cuba. mesti kau pon suka. betul. rasa macam couple dengan belinda.

aku punya impian untuk melihat di malaysia ini , tiada lagi orang yang bersifat perkauman. ada tu , yang nak hantar kereta masok workshop pon , tak nak hantar kedai cina. ada yang beli serbuk kari seboleh-boleh tak nak pergi kedai india depan rumah. tak kurang juga ada yang sanggop tak pergi pasar sebab semua peniaga dekat situ melayu.

haih.

macam mana malaysia nak maju macam ni ?

kamon lah ! kata satu malaysia.

tak payah la nak beza-beza okey ?

p/s : rindu.

Friday, September 11, 2009

woooooot balik raya KATANYA !

hah elmonism ,

kejap lagi aku nak balik nilai dah. orang lain minggu depan ada kelas lagi , aku dah balik cuti raya. well well well. aku kan suka ponteng kelas. haish contoh tak baik ni. haha

jadi dalam mood nak balik rumah nak raya ni , jom jom meh dengar lagu raya dari Hujan dengan Raihan. aish. akibat terlalu sengkek , album baru pon tak beli lagi. orang lain semua dah sebok boom boom pow kat fb yang dorang dah ada album.

tak apa. mood raya please.


selamat bercuti elmonism eh elmi ! haha

Thursday, September 10, 2009

mentaliti

mentaliti orang kita

ini yang aku nampak pasal orang kita :

suka hati mak bapak dia parking dekat jalan masok parking.
suka hati atuk nenek dia langgar lampu isyarat merah.
tak reti bagi signal kat simpang.
duduk dalam kelas , lecturer tengah duk mengajar , tidur. tak pon bersembang.
datang kelas lambat.
naik satu tingkat pon nak pakai lif.
busybody.
orang buat album , dia sibuk bagi link download dekat orang ramai. potong rezeki orang namanya tu wei !

mentaliti aku

dah 10 malam terakhir Ramadhan baru terhegeh-hegeh nak buat tarawikh.


nobody's perfect.
semua ada cacat cela.
anggap saja ini semua dugaan tuhan.
chill lah wei elmonism !

p/s : dia dah okey sikit. fuh alhamdulillah. (:

is she worth it ?

is she worth it ?

is she worth it ?
sampai kau tak tentu hala macam ni.

is she worth it ?
sampai kau tak henti-henti fikir pasal dia.

is she worth it ?
sampai hidup kau tunggang langgang tanpa dia.

is she worth it ?
sampai kau sendiri makan hati.

is she worth it ?
sampai kau rasa bersalah sampai kau macam tak appreciate hidup dah.

is she worth it ?
sampai dia dah buang kau , tapi kau masih ada hati nak kejar.

is she worth it ?
sampai dia dah cakap kau tak ada makna untuk dia , tapi kau masih menaruh harapan.

is she worth it ?
is she worth it ?
is she worth it ?


the answer is
YES.

she's the reason why i woke up every morning.
she's everything to me.
she's a part of my soul.
i love you. no one else but you.

Wednesday, September 9, 2009

kamon elmi ! pujuk dia !!

SITI SYAZWANI BTE MOHD ABDAH ,

i tak kira. i nak jugak pujuk u. biarlah u kata i annoying ke apa ke. i tak kira. i tak nak hilang u.

ye , elmi dah mati. tapi , tabby mok u masih hidup.

Tuesday, September 8, 2009

Lifestyles of the Rich and the Famous

situasi : baru habis kelas. tengah tunggu lif. ramai orang.
mode : agak selekeh sebab sudah hampir seminggu tak shave akibat mahu nampak tua[matang].

babak pertama dan terakhir

*muka selamba*

elmi cakap dalam hati : fuh lambatnya lif ni. nak kena beli tiket lagi ni. [padahal dah rindu nak skaip dengan si dia]

*terpandang sekumpulan pelajar perempuan yang kelihatan sedang berbisik-bisik sambil menunjuk-nunjuk kearah aku*

tak lama selepas itu , mereka pon masoklah kedalam lif yang menuju keatas. selang beberapa saat , lif tadi itu muncul kembali. kali ini menuju kebawah. kelihatan sekumpulan pelajar siswi tadi masih lagi memandang-mandang ke arah aku sambil tersenyum-senyum.

*muka menyesal tak shave*

lalu aku pon masok ke lif sebelah yang menuju ke bawah tanpa menghiraukan apa yang baru terjadi.

[dalam hati bangga nak mampos]

ahh bukan senang nak jadi famous. dan bukan lama pon fame ni melekat dekat aku. kasik chance la aku nak merasa jadi orang famous !

kan kan kan ?

:)

Monday, September 7, 2009

sunyi.sepi.hati.mati

kau cantik
kau berbeda
kau sempurna

tapi kau yang aku dambakan itu bukan milik aku

tika kau disisi
aku tidak mampu melelapkan mata
kerana setiap saat
amat berharga

tapi kau yang aku agungkan itu bukan milik aku

sekelip saat
tanpa berita
bagaikan senyawa meronta

tapi kau yang aku rindu itu bukan milik aku

aku tahu
indahnya kenangan bersama dia
tidak akan mungkin kau lepaskan
apakan lagi kau lupakan

kau yang aku sayang itu bukan milik aku

segenggam perasaan
yang aku taruhkan
aku tahu tidak akan sama
seperti segenggam kenangan

kau yang aku cinta itu ternyata bukan milik aku

tiada kata mampu mengungkap
tiada jiwa mampu melafaz

aku tahu kau tidak akan menjadi milik aku

hari makin hari
aku rasa makin jauh
hari makin hari
aku makin terasa sepi

tolong
wujudkan satu tempat dalam hati kamu
agar aku mampu tersenyum
bila memandang gambarmu


elmi
4.14am
7 sept 2009

aku tidak mahu apa pon didunia ini selain dia
bagilah drum set free
bagilah aku HD camcorder paling gempak
bagilah aku xbox 360 atau ps3
bagilah apple dan iphone mahupun blackberry
kenalkanlah aku dengan belinda atau hannah tan
sogokkanlah aku dengan tiket wayang untuk bersama si polan polan
semuanya tidak akan bermakna tanpa DIA.

Saturday, September 5, 2009

nak drum set , please !


elmonism !!

bayangkan , kalau dekat bilik aku ada drum set. lepas tu Paeh dengan Shy parking bass dengan guitar dorang kat bilik aku. lepas tu tiap-tiap malam jamming dalam bilik aku. tak payah keluar duit hari-hari nak jamming.

cool tak ? tolong la cakap cool. please !

lepas tu satu hari nanti kalau dah tiap-tiap malam ngadap drum , mesti jadi macam idola aku sorang ni :


pasti bergaya kan ? wow wow !

mari lupakan HD Camcorder untuk seketul drum set. thanks mimpi malam tadi ! HAHA

p/s : nombor satu hanya di facebook. tapi bukan nombor satu dalam hati. what's the point ?

contoh masyarakat *perasan*


elmonism ,

aku bukan nak cerita lagi tentang aku masok tv wtf wtf. aku pon dah busan asyik cerita masok tv je. macam tak ada life !

aku nak cerita pasal kehidupan realiti. bukan kehidupan dalam kaca tv.

sejak dua menjak ini , aku dapat rasa , hidup aku macam lain macam sikit. macam dah tak terurus sikit. nak nak bila kita dah ketagih dadah. dadah SKYPE. sangat bahaya. [ergh , lagi tak ada life cerita pasal SKYPE !]

aku rasa macam menyesal masok tv. nak nak masok tv pasal berkaitan merdeka. pulak tu , menang video merdeka pasal remaja Malaysia. haaa ambik kau. muka stok jadi contoh para remaja je.

contoh aku bagi. tadi dekat kampus , masa ambil test , lecturer tu pandang aku lebih-lebih. sumpah aku tak boleh nak jeling orang sebelah. nak keluar toyol lagi la pulak ! haih.

contoh nombor dua. pak guard tahan aku dalam kampus tadi. pasal aku pakai gelang. dia cakap , 'awak tu contoh'. *sighs*

lepas ni nak kemana pon macam kena berhati-hati. sebab aku dapat rasa orang pandang. dekat Malaysia ada dekat 30 juta orang. aku rasa paling kurang pon , 1 juta mesti tengok 8TV. jadi , berhati-hatilah elmi !

lepas ni tak boleh buang sampah merata. tak boleh nak buat benda yang orang akan rasa lain.

oh lagi satu contoh. masa dalam komuter 2 hari lepas. dalam gerabak tu macam ramai je budak-budak remaja. lepas tu sampai satu stesen ni , ada seorang makcik ni masok. then again , yang dipandang masa tu , aku. sedangkan ramai lagi orang ni. semua pandang aku lain macam ni. aku pon menjadi remaja contoh , dengan relaks serta macho , bangon dari kerusi. 'makcik duduk lah'. [padahal selalu je aku buat macam tu. ceycey]

*mengenang nasib*

lepas tu , sejak muka terpampang masok 8TV , ramai yang sms. yang call. dulu handphone senyap sunyi. sekarang handphone nak kena charge tiap-tiap malam. dulu credit rm10 cukup seminggu ada lagi baki. sekarang rm30 seminggu. kang tak dilayan , kata aku sombong. eh kamon la , aku nobody. macam kau jugak. nanti mati , masok kubur jugak apa.

*haih*

aku rasa nak emosional je dua tiga hari ni. agaknya sebab terlalu penat kot. dua hari weekend ni nak rehat cukup-cukup.

oh ya. ada bagos jugak dapat jadi contoh. haters siap cari , sms dekat kawan-kawan , 'cakap dekat elmi , tahniah menang'. alhamdulillah. petanda baik.

aku rasa , aku sudah mula mengenali dunia dengan lebih erti syukur.

p/s : bermimpi arwah tazo malam tadi. ya Allah , tempatkan dia di tempat orang beriman. kirim salam aku pada dia. aku rindu dia.

Tuesday, September 1, 2009

MERDEKA tahun ini.

elmonism ,

merdeka tahun ini , tidak seperti merdeka tahun-tahun lepas. merdeka tahun ini , tak ada tengok fireworks , tak ada sembur sembur spray , tak ada huu sana haa sana , tak ada snap snap ambil gambar berlatarbelakangkan bendera Malaysia. tak ada.

tahun ini merdeka disambut dengan sangat busy. sangat BUSY !

dimulakan dengan kehadiran si dia di rumah yang membuatkan suasana happy dengan gelak tawa serta petikan gitarnya sampai pukul 9 pagi. lepas tu baru senyap. HAHA !

tapi hari busy aku sebenarnya bermula jam 7 petang , dimana aku perlu berada di studio NTV7 di Glenmarie untuk sesi rakaman REMAJA RAYA. CamniCapEhh!! telah dijemput untuk menjayakan program ini yang turut menampilkan Hujan , Aizat , Azlan & The Typewriter serta Bunkface. it's an honour la kan bila Noh serta Dimas dan Izzat Hujan jadi antara audience bila aku dan Shy ditemuramah. gila kool !

thanks to Azura , Aida , Deq'wan dan E'one yang menjadikan impian CamniCapEhh!! nak masok REMAJA jadi kenyataan ! jangan lupa saksikan kami nanti di hari raya ini !!

selepas selesai saja sesi rakaman tersebut , kami bergegas ke Sri Pentas untuk live recording 8TV Quickies. dimana aku ditemuramah oleh Belinda and gangs. aku ditemuramah adalah kerana video 'Satu Remaja Satu MALAYSIA' aku telah memenangi sebuah pertandingan yang mana aku rasa semua orang pon dah tau.

jadi aku rasa tak perlulah korang nak tanya aku lagi , apa maksud kemerdekaan bagi aku , sebab aku dah menggigil explained dekat dalam Quickies hari itu. HAHA ! in-case korang terlepas tengok , korang bolehlah layari laman web 8TV untuk menonton.

jadi itulah cerita malam merdeka aku pada tahun ini. dan janganlah panggil aku artis. aku hanya artist-wannabe sahaja. terima kasih.

oh ya , aku menggigil dalam tv adalah sebab Belinda duduk sebelah. aku jadi kaku.

anyways , thanks to all. all maksudnya SEMUA !

bakal artis ? haha

berbincang dengan Azura REMAJA yang sedondon dengan Shy CAMNI CAP EHH!! damn.

Quickies !!

fuh bukan senang nak masok studio ni

ini adalah orang kuat Homegrown. thanks !