second blog

Saturday, September 5, 2009

contoh masyarakat *perasan*


elmonism ,

aku bukan nak cerita lagi tentang aku masok tv wtf wtf. aku pon dah busan asyik cerita masok tv je. macam tak ada life !

aku nak cerita pasal kehidupan realiti. bukan kehidupan dalam kaca tv.

sejak dua menjak ini , aku dapat rasa , hidup aku macam lain macam sikit. macam dah tak terurus sikit. nak nak bila kita dah ketagih dadah. dadah SKYPE. sangat bahaya. [ergh , lagi tak ada life cerita pasal SKYPE !]

aku rasa macam menyesal masok tv. nak nak masok tv pasal berkaitan merdeka. pulak tu , menang video merdeka pasal remaja Malaysia. haaa ambik kau. muka stok jadi contoh para remaja je.

contoh aku bagi. tadi dekat kampus , masa ambil test , lecturer tu pandang aku lebih-lebih. sumpah aku tak boleh nak jeling orang sebelah. nak keluar toyol lagi la pulak ! haih.

contoh nombor dua. pak guard tahan aku dalam kampus tadi. pasal aku pakai gelang. dia cakap , 'awak tu contoh'. *sighs*

lepas ni nak kemana pon macam kena berhati-hati. sebab aku dapat rasa orang pandang. dekat Malaysia ada dekat 30 juta orang. aku rasa paling kurang pon , 1 juta mesti tengok 8TV. jadi , berhati-hatilah elmi !

lepas ni tak boleh buang sampah merata. tak boleh nak buat benda yang orang akan rasa lain.

oh lagi satu contoh. masa dalam komuter 2 hari lepas. dalam gerabak tu macam ramai je budak-budak remaja. lepas tu sampai satu stesen ni , ada seorang makcik ni masok. then again , yang dipandang masa tu , aku. sedangkan ramai lagi orang ni. semua pandang aku lain macam ni. aku pon menjadi remaja contoh , dengan relaks serta macho , bangon dari kerusi. 'makcik duduk lah'. [padahal selalu je aku buat macam tu. ceycey]

*mengenang nasib*

lepas tu , sejak muka terpampang masok 8TV , ramai yang sms. yang call. dulu handphone senyap sunyi. sekarang handphone nak kena charge tiap-tiap malam. dulu credit rm10 cukup seminggu ada lagi baki. sekarang rm30 seminggu. kang tak dilayan , kata aku sombong. eh kamon la , aku nobody. macam kau jugak. nanti mati , masok kubur jugak apa.

*haih*

aku rasa nak emosional je dua tiga hari ni. agaknya sebab terlalu penat kot. dua hari weekend ni nak rehat cukup-cukup.

oh ya. ada bagos jugak dapat jadi contoh. haters siap cari , sms dekat kawan-kawan , 'cakap dekat elmi , tahniah menang'. alhamdulillah. petanda baik.

aku rasa , aku sudah mula mengenali dunia dengan lebih erti syukur.

p/s : bermimpi arwah tazo malam tadi. ya Allah , tempatkan dia di tempat orang beriman. kirim salam aku pada dia. aku rindu dia.

5 comments:

Anonymous said...

kah kah kah. rasekan! =p

nk pemes, amek kau, contoh remaja trus. HAHA

-jeju si pemalas login-

muhammad Afiq said...

hahaha..gle la..pasnie ko da xleh hal da..ngeee..ko xnk cte en kat aku mimpi ape..hmm..

Along said...

camne nak cakap eh, but along paham perasaan kamu.
especially sejak balik dari Bali hari tuh.
cam tekanan tak pasal-pasal.

haih.

but yeah, jangan lupa berhenti belajar bersyukur :)

Nurul Aimi said...

eceh suka nak perasan kan?

haha

:P

Azizulhakim said...

hehe kesian ko,dah jd public figure dah ni.
alah peduli lah orang nak kata apa pun,
be yourself je.
jgn buat jahat sudahhhh~
ko byk kawan la bro, jgn risau sgt.
Just live this life.
hehe =)