second blog

Thursday, April 30, 2009

penutup april.

april ini banyak yang terjadi. paling yang aku tak boleh lupa , kes video youtube aku yang sampai kena panggil pihak UiTM. benda paling bodoh yang pernah aku buat sejak hampir 3 tahun aku dekat UiTM Penang ini. benda bodoh tapi cool.

entry ini bukan ingin mengungkit benda yang sudah lepas , benda yang sudah lepas pada aku , tidak perlu lah nak dikenangkan sangat. tapi entry ini lebih kepada pembuka Mei.

sejak dua tiga hari ini , aku banyak berfikir. fikir tentang kehidupan aku selepas tamat diploma ini nanti. apa yang aku mahu buat? kerana seperti semua sudah tahu , aku memang tidak mahu sambung belajar lagi. kalau sambung pon , tahun depan baru start. sekarang aku nak rehatkan dahulu minda aku dari proses pembelajaran.

oleh akibat tidak mahu hidup aku nanti bosan bila tidak belajar[tanam anggur] , aku sudah listkan beberapa rancangan aku sebaik saja lepas habis diploma ini nanti.

entry lepas aku ada bercerita tentang gig akustik yang ingin aku anjurkan hujung tahun nanti. itu cerita hujung tahun. tapi masih perlukan perancangan yang rapi kerana inginkan kejayaan yang sukses. oh by the way , aku sudah dapat nama untuk gig itu nanti. Bulan Community's Music And Friendship Acoustic Party. apa pendapat korang?

entry kali ini pula ,  aku ingin cerita tentang plan-plan aku dalam jangka masa pendek. iaitu pada dua bulan akan datang. yang pastinya , bulan mei dan jun ini merupakan bulan busy aku.

bulan mei yang bakal menjengah esok , akan aku mulakan dengan menghadap buku untuk 2 paper yang masih perlu aku duduki. kemudian , sebaik tamat exam , aku ingin fokus pada band aku , Scarlett's Pancake yang turut di anggotai Shy , Paeh , Farlihin dan juga kawan baru , Awie. insyaAllah , kalau tidak ada apa yang menghalang , gig pertama kami adalah pada 13 atau 14 Jun nanti.

pada bulan mei ini juga , aku sangat tidak sabar untuk bercuti dengan budak-budak Bulan Community yang lain untuk ke Pangkor 15-17 mei ini. walaupun sambutan tidaklah memberansangkan , tapi aku tetap tidak sabar untuk turut serta. walaupun berlima sekalipon , ia tetap dikira sebagai holiday. [kepada sesiapa yang masih mahu turut serta , boleh hubungi alip - 0132702633]

selepas ke Pangkor , aku akan membusykan diri untuk Hari Bintang Jatuh '09 : Tiga Venus. ini kerana , aku adalah merupakan salah seorang askar[crew] untuk event itu. tapi perlu diingatkan , aku tiada kuasa dalam urusan jual beli tiket , diharap kepada sesiapa yang mahukan tiket , lawati lah laman web rasmi Wani Ardy untuk keterangan lebih lanjut mengenai tiket yang cuma ada 150 keping saja. siapa cepat , dia dapat.

kemudian tiba Jun. dalam perancangan , aku mahu ke Miri dan ke Kuching. tapi itu mungkin hujung bulan. awal Jun , aku mahu bikin filem pendek kedua arahan aku selepas Selenge. dan filem kedua ini kemungkinan besar bertemakan 50-60an. dimana pelakonnya perlu dress-up seperti era itu. dapat bayangkan bukan? kepada yang berminat untuk berlakon saja-suka-suka , boleh hubungi aku.

dan juga , aku ingin bikin video clip tidak rasmi lagu SPG , Waktu Indah Dahulu. ini kerana , aku agak tercabar dengan kata-kata Apit SPG , 'bila kau nak buat VC SPG?'. jadi dengan adanya video clip tidak rasmi ini , dapat juga aku tunjuk dekat dia , hasil tangan aku. kalau dia berminat dengan konsep serta idea , bolehlah kita pergi sewa equipment dan terus shooting official video !!

oh ya , aku ada perancangan untuk hujan.org juga untuk bulan Jun nanti. aku nak uruskan gathering hujan.org. tapi kena bincang dengan pihak Hujan dan juga bos-bos aku di hujan.org itu. dan mungkin aku dan Bulan Clothing akan cuba untuk membuat baju rasmi hujan.org juga.

ini semua plan. seperti kata orang , 'manusia hanya merancang , tuhan yang menentukan'. aku sendiri pelik , kenapa aku suka cerita dekat orang tentang perancangan aku.

p/s : kepada 10 orang sahabat aku yang aku bagi tiket AIM 16 untuk support Hujan , tolong enjoykan untuk aku ya? aku tak dapat pergi. aku pasti Hujan sedih sebab Raingers nombor satu dorang tiada masa hari kejadian. *perasan*

Wednesday, April 29, 2009

perancangan.

entry ini ditujukan khas kepada Bulan Community. 

perancangan aku dengan shy untuk hujung tahun ini. gig akustik pertama dekat Nilai!! untuk merealisasikan perancangan ini , aku memerlukan sokongan. dari segi modal dan tenaga.

aku nak buat gig ini pada bulan Disember. betul-betul hujung tahun. sebab aku tahu , masa ini semua kolej , semua universiti sudah habis final. kan? kan?

dalam pemikiran aku ketika ini , aku nak buat gig akustik band kawan-kawan. band-band yang akan aku panggil adalah seperti :

Julie Goes Overseas
Bintang Batu
Selamat Pagi Gadis
The Voks
Awanband
Fynn Jamal
Joanna & Co
Wani Ardy
Hujan
Radiokar

tapi ini semua perancangan. tidak semua yang akan dapat aku panggil akibat bajet. kalau ada yang sudi sponsor , silakan. aku berbesar hati untuk menerima.

target audiens adalah dari kalangan pelajar-pelajar kolej dan universiti yang berdekatan. serta budak-budak sekolah area berdekatan juga.

dan juga , dalam fikiran aku sekarang ini , sudah ada nama-nama yang aku percaya untuk membantu aku dan Shy dalam melaksanakan program ini iaitu Jeju , Amy , Ezza , Alip , Scha dan Paeh. dan aku rasa , 8 orang memang tak cukup. jadi disini , aku letak kriteria untuk menjadi crew.

- rajin
- bekerja dengan rasa penuh bertanggungjawab
- tidak merungut
- tepati masa
- telinga tebal [tak kisah kena marah sebab kerja]
- komitmen tinggi
- tinggal area Nilai , Putrajaya , KL dan Seremban. [senang datang meeting]

kepada sesiapa berminat , hubungi aku. aku berharap sangat event ini berjaya. terima kasih.

Tuesday, April 28, 2009

tergugat

aku ingin berkongsi sesuatu yang aku rasa dalam benak akal aku tika ini.

aku punya ramai sahabat , ramai kawan , ramai teman. semua mereka memang sangat baik pada aku. ada di waktu kala aku sedang naik malah sedang jatuh juga. aku bersyukur kerana aku dikurniakan mereka kepada aku.

tapi. ya , TAPI.

sampai bila mereka akan ada untuk aku. aku tak rasa mereka akan sentiasa ada untuk aku sampai bila-bila. sampai waktunya , akan ada yang semakin menjauhkan diri dari kita. sampai waktunya , akan ada yang membenci kita.

tapi entry hari ini bukan ingin bercerita tentang itu. aku ingin bercerita tentang mereka yang semakin aku rasa jauhnya dari aku akibat masing-masing sudah berpasangan. sampai waktunya , mereka akan sentiasa disamping pasangan mereka dan lalu meninggalkan aku.

bagi yang lelaki , mereka pastinya ingin senantiasa bersama girlfriend dan meletakkan aku jauh-jauh. bagi yang perempuan pula , pastinya sang boyfriend akan menghindarkan mereka dari berkawan dengan aku terlalu rapat akibat masing-masing manusia punya perasaan cemburu.

kebanyakkan sahabat-sahabat aku serta kawan-kawan aku yang kini telah menemui bahagia. sedang berbahagia disamping yang tersayang. aku rasa , bulan ini merupakan bulan bahagia. ramai sungguh yang menemui kebahagiaan masing-masing.

shy sudah kembali bahagia dengan hanum. jeju sudah bahagia dengan zarul. amy sedang meniti alam yang sangat bahagia bersama pjoe. tazo dengan zety nya. manakala moja dengan mary. asrul dengan gadis beg politeknik PD. fendy dari dulu lagi dengan zai. aiman dengan zek macam dah tak boleh dipisahkan. muaz dengan gee dah memang macam belangkas. lihin dengan awek dia kat unisel sampai tanak balik-balik ke nilai. ad dengan awek depan kolej dia. ming tak payah cerita la , tunggu masa nak kahwin.

dan yang terbaru , aku dengar si ezza sudah berpunya ketika ini. scha dengan najmi juga sudah boleh nampak kemesraan mereka. afiq dah kembali baik dengan anys. si paeh pula dah ada calon , siap ada adik ipar.

haihhh , semua bahagia kan?

aku tak boleh tunggu lama. aku tak dapat bayangkan suatu hari nanti , bila aku nak melepak ke gig , aku ajak dorang semua , nanti semua bagi alasan , 'aku ada hal'. alasan biasa bila nak pergi keluar date dengan kekasih bila terpaksa mereject aku.

jadi aku rasa aku memang tak boleh menunggu lama. aku perlu pantas. aku perlu efisyen kini untuk mencari girlfriend. tak boleh ambil lewa lagi. sebab nanti kalau dorang cakap , 'aku ada hal' , aku boleh terus capai telefon untuk buat hal aku sendiri dengan girlfriend aku.

tapi masalah lagi. orang macam aku ini , ada ke orang nak?

Monday, April 27, 2009

desa kolej

entry kali ini boleh dikatakan entry bengang. beberapa hari lepas , aku dapat tahu yang taman perumahan yang aku duduk , Desa Kolej , ada blog sendiri. [klik sini]

aku secara sengaja , meletakkan komen aku dalam salah satu entry dalam blog itu. komen aku tidak berbaur perkauman , lucah atau sebagainya. tapi bila aku lihat balik hari ini , komen aku sudah didelete. yang ada komen orang-orang tua saja.

oh ya , aku juga menjadi followers dekat blog itu. tapi malangnya , aku juga didelete dari menjadi followers blog itu. apa tidak layakkah aku untuk menjadi followers blog taman perumahan sendiri? siap ada entry khas untuk followers blog. [klik sini]

aku macam terpedas juga la makan cili. walaupun aku rasa komen aku hari itu , komen biasa saja. ahh , biarkan sajalah mereka. memang harapan lah lepas ini aku nak menyertai apa-apa program yang mereka buat.

PERGI MAMPOS !!

Sunday, April 26, 2009

peluang

beberapa hari lepas , semasa aku berjalan seorang diri di Pacific , aku ada menerima panggilan telefon dari seseorang. nombor yang tidak aku kenal. tapi dari KL. mula-mula aku gentar juga nak angkat. sebab aku jenis yang malas nak dengar orang maki hamun aku dalam telefon. maklumlah , ada saja yang tidak suka dengan aku.

tapi aku beranikan diri untuk angkat panggilan itu.

elmi : hello?
si polan : hello.
elmi : cari siapa?
si polan : ini adik mohd zulhelmie kan?
elmi : ya saya. kenapa ya cari saya? siapa ini?
si polan : oh. akak dari Lim Kok Wing University. pihak kami ada tengok video-video adik dekat youtube.
elmi : oh yeke? macam mana pihak akak boleh tengok?
si polan : ada orang yang promote video-video adik dekat kami.
elmi : iye? siapa je eh?
si polan : ada la beberapa orang. secret admirer adik kot. apa-apa pon , pihak kami nak tawarkan adik belajar di tempat kami. berserta biasiswa. adik berminat?
elmi : berserta biasiswa? makna saya tak perlu bayar yuran ke kak? saya tak mampu nak bayar yuran. mahal sangat kot belajar sana. *sambil gelak*
si polan : a'ah. tapi adik kena konsisten la belajar.
elmi : yeke? wah ! akak betul ke ni? jangan main-main.
si polan : betul la adik. kami lihat adik ada potensi. nanti kami hantar surat tawaran kat rumah adik ya? *sambil menyebut alamat rumah aku*
elmi : baiklah.

sampai hari ini aku tak percaya. aku saja diamkan saja dulu benda ini. sebab aku tak mahu kecoh kecoh. budak rumah aku pon aku tak cerita lagi. ini kali pertama aku bagi tahu kat orang. belajar dekat Lim Kok Wing yang selalu aku hanya tengok di peti televisyen saja.

tapi benda baik tak elok dirahsiakan. jadi aku decide nak kongsi berita gembira ini dengan semua. terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. terima kasih yang tidak terhingga !

bakal pelajar Lim Kok Wing ,
Elmi.

Saturday, April 25, 2009

fatin , adikku yang super-sengal.



okay , ini entry balas dendam. entry revenge. klik sini.

ini adik aku , fatin namanya. aku kenal dia tahun lepas masa KAMI The Gig Penang. masa itu aku dengan kawan-kawan aku. dia dengan kawan-kawan Wicked dia. yang aku ingat masa tu , masa Couple perform. adik aku ni depan aku saja. lepas tu ada orang bagi poster. suruh budak-budak Wicked ni pass kat kitorang kat belakang. masa tu dia ni la yang bagi aku poster tu. [poster itu hilang , tak sempat aku bawak balik rumah pon]

selepas tamat gig , aku terserempak dengan dua orang kawan adik aku ini , wawa dengan iylia. aku tanpa segan silu , disaksikan tazo , alif dan erie , aku pergi menegur mereka. aku minta myspace dorang. dorang fikir dua tiga kali juga nak bagi. sampai aku cakap , 'c'mon la , myspace kan tempat untuk cari kawan'. dorang terus bagi email.

lepas aku add , aku nampak myspace fatin ni. aku terus add. dan dari situ la aku mula rapat dengan dia. takdelah rapat mana pon. tapi okay okay laaa. kan adik kan? HAHA ! dia ini baru saja lepas SPM , aku agak geram sebab dia tak dapat PLKN. kalaulah dia dapat PLKN macam kawan baik dia , padan muka dia kan?

untuk pengetahuan , dia ini dulu masa sekolah , dia ini cheerleaders. tapi harap maaf ya kawan-kawan , adik aku yang ini dah berpunya. tak available. (:

p/s : adik , abang baik kan tak kutok adik? :P i tak macam u , jahat gila cakap i saiko. cisss. nanti next short film , abang panggil berlakon jangan tak datang pulakkk ! *winks*

Friday, April 24, 2009

dia sakit.

ketika sedang aku menaip entry ini , salah seorang sahabat aku , Tazo , sedang di hospital untuk menerima rawatan. dia sakit , seperti yang korang baca dalam blog dia itu. malam tadi parents dia datang jaga dia. teruk juga dia batuk-batuk. memang susah dia nak tidur. sudah lah tengah final.

jom kawan kawan , kita doakan supaya Tazo kembali pulih seperti sedia kala. dia nak turun naik tangga pon dah tak larat dah tu.

semoga Tazo kembali sihat. Amin.

p/s : hit counter blog aku hampir cecah 10000. siapa yang masok nombor 10000 itu nanti , diminta jerit dekat kotak jerit kuat kuat. insyaAllah aku belanja set mcvalue satu untuk yang bertuah. ya?

sebuah lagi idea gila aku.

aku ada dapat idea baru. idea ini mungkin memakan duit aku yang banyak serta duit shy yang banyak.

aku nak buat program baru. Knock Knock !!. konsep semua jauh beza dari Camni Cap Ehh !!.

tapi jangan risau , Camni Cap Ehh !! masih akan ada. takkan hilang Camni Cap Ehh !! selagi aku dan shy hidup. sebab aku dah berjanji dengan shy , dan shy dah berjanji dengan aku , nak hidupkan Camni Cap Ehh !! sampai bila-bila. biarlah walaupun ia hanya dalam blogspot. biarlah walaupun aku dengan shy suatu hari nanti busy bekerja , dah berkahwin , merantau , tapi kami tetap akan ada Camni Cap Ehh !! ini sampai bila-bila. itu janji Mohd Zulhelmie Bin Zullifan dan Shy'rul Afneyzam Watuna.

berbalik pada Knock Knock !!. program ini berkisar tentang aku dan shy sebagai host. kami akan membuat close-up seorang demi seorang ahli Bulan Community. tapi dengan syarat , mesti dibuat dirumah ibubapa masing-masing. tak boleh dekat luar , tak boleh dekat rumah sewa , tak boleh dekat sekolah atau universiti atau kolej. TAK BOLEH.

dalam program Knock Knock !! ini , semua ahli Bulan Community akan bercerita tentang kisah hidup masing-masing dari kecil sampai sekarang. lebih manis kalau korang sudi berkongsi gambar-gambar zaman kecil korang. gambar masa zaman sekolah. best tak?

dan kalau ibubapa anda sporting dan sanggop memberikan kerjasama , bolehlah memberikan sepatah dua kata tentang anak dorang. best best kan?

tapi itulah , program ini takkan jadi kalau korang tak beri persetujuan. takkan kami nak masok rumah korang tanpa izin kan? jadi kat sini , aku nak tanya pendapat korang. apa korang rasa tentang idea ini? okay ke tak?

kalau okay , aku dah kena buat perancangan nak pergi mana dulu. tapi aku rasa aku nak settle kan dulu budak budak Bulan Community area Nilai dahulu. lepas tu baru bergerak ke tempat lain. seperti KL untuk Tazo , Capyq , Ad , Sid , Emon , Amy dan lain-lain. Klang untuk Afyq , Wany. Shah Alam untuk Eqbal , Syed. Melaka untuk Jeju. Johor untuk Wanie KPJ , Ming , adik beradik Mean , Kerry , Lynn. Terengganu untuk Scha , Erie. Penang untuk Nia , Acap. dan lain-lain. semua-semua ahli Bulan Community takkan terlepas lah. boleh tak? korang setuju? 

harapkan komen korang dalam entry ini. please ya? sertakan sekali pendapat korang kalau ada. (:

Thursday, April 23, 2009

patotlah !

baru tadi aku tersedar , masa bangun tidur tadi. patotlah dua tiga hari ini aku semacam emo saja. asyik teringat pada dia si ex nombor 22. [kalau tak tau siapa , pandai pandai la cari jawapan dalam entry-entry sebelum-sebelum ini]

"Patotlaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh !!" , fikir aku seorang diri.

kenapa? kenapa?

sebab 20 April ialah tarikh keramat dia cakap dia terima aku dalam hidup dia. dia cakap dia sudah jatuh cinta pada aku. sudah cukup 3 tahun rupanya benda itu terjadi. sumpah aku tak ingat dah. sampai la tengah hari tadi baru terperasan.

patotlah.

si dia itu pon sudah bahagia dengan orang lain. tapi aku masih terumbang-ambing. TAPI TAKPE , bak kata pepatah melayu :

'saya handsome dan saya single. tapi saya masih lagi hidup'

untuk pengetahuan semua , jangan anggap aku masih ada minat pada dia. TIDAK. aku cuma teringat kenangan lama. zaman muda muda dahulu. tak salah kan?

p/s : kesian aku tengok si tazo , batuk sana , batuk sini. lemah longlai saja dia. kadang-kadang aku yang jadi sesak nafas tengok dia susah nak bernafas. kawan-kawan jom doakan kesihatan dia ya? laptop dia pon tak sihat macam tuan dia juga.

Tuesday, April 21, 2009

teori nakal

aku sejak kebelakangan ini ada terfikir tentang teori nakal. teori nakal tentang kehidupan sebagai seorang pelajar yang terpelajar.

teori nakal aku adalah :

kalau aku extend semester.
aku akan dapat keistimewaan sebagai anak staff MAS sampai hujung tahun. aku mungkin , MUNGKIN dapat merealisasikan impian aku untuk ke Los Angeles. sebab kalau aku masih belajar , aku dikira masih dibawah tanggungan abah.

kalau aku extend semester.
aku akan masih dapat duit belanja bulan bulan dari abah. sebab kalau aku habis belajar , abah hanya akan bagi aku elaun bulanan sampai Julai sahaja. selepas itu , aku kena start kerja. oh alamak ! tapi kalau aku extend , abah akan bagi lagi elaun bulan bulan sampai hujung tahun.

kalau aku extend semester.
raya tahun ini aku masih akan dapat duit raya sebab aku masih seorang student. kalau aku sudah habis belajar , kemungkinan besar aku yang kena bagi duit raya. oh tidak !

kalau aku extend semester.
katakanlah aku hanya failed 1 paper , maknanya aku akan ada 3 jam kelas dan 1 jam tutorial semester depan. jadi kehidupan aku akan lebih melepak. bila bila boleh balik Nilai. CAMNI CAP EHH pon masih boleh fokus. cuma Scarlett's Pancake akan sedikit terabai kemunculannya.

kalau aku extend semester.
aku tidak akan rasa tekanan dibebel oleh abah. sebab seriously , sekarang sudah tidak macam dulu. abah dengan umi selalu membebel kalau aku lepak malam , kalau aku balik lambat , kalau aku jarang ada dirumah. mereka akan cakap yang aku lebih mementingkan kawan dari ibubapa sendiri.

itu teori nakal aku. kalaulah aku rasa semua paper aku boleh jawab dengan hebat , paper last aku nanti , aku akan saja buat buat gagal. boleh tak?

p/s : aku amat berharap umi , abah dan ayu terlepas pandang dari baca entry ini.

Saturday, April 18, 2009

tiga ratus enam puluh lima.

hari ini , selain dari hari lahir adik aku , aku ada lagi satu anniversary atau ulang tahun yang mahu aku kongsi.

hari ini 18 april 2009. setahun yang lepas , kalau diteliti , adalah first post dekat blog ini. walaupun pada masa itu blog ini lain url nya , tapi masih sama isi penulisan.

ulang tahun yang tidak kena pada masa , aku sedang mahu bergelut untuk final exam. kalau tidak , tentu aku sudah buat party blogger untuk blog aku. HAHA !

jadi hari ini merupakan hari yang special untuk blog ini. mari sama sama kita beri tepukan yang paling havoc untuk blog ini. kerana sudah setahun dia menemani hidup aku , dan aku percaya , menemani hidup sesetengah dari yang membaca blog ini.

walaupon isi blog ini tidaklah memberi impak seperti blog orang lain , tapi aku percaya , masih ada yang terkesima apabila membaca entry entry aku. aku hargai setiap komen , setiap tindak balas dari korang semua.

bila aku on blogger , bila aku nampak komen komen yang perlu aku approve , aku rasa terharu. sebab ada yang sudi memberi pendapat tentang apa yang aku tulis.

setahun sama dengan tiga ratus enam puluh lima hari. hit blog aku pada hari ini adalah 8668. entry termasuk yang ini adalah 159. followers sekarang sebanyak 37 orang.

aku rasa ia respon yang cukup baik untuk seorang biasa seperti aku kan? walaupon aku percaya , kalau aku seorang perempuan , pasti dengan entry sebanyak 159 , hit blog aku pasti 18000 dan followers mungkin sudah mencecah 100. aku sudah mula merepek.

aku berdoa agar aku sentiasa diberi idea untuk meluahkan sesuatu yang lebih bermakna didalam blog ini. kerana sejak dua menjak ini , aku dapat merasakan yang aku sudah tiada idea untuk menulis. mungkin kerana otak yang sedang berkecamuk dengan situasi seharian hidup aku kini.

selamat ulang tahun http://elmicoklat.blogspot.com/. semoga ulang tahun yang depan , akan ada lebih ramai followers dengan jumlah hit yang mencecah 20000. insyaAllah.

happy birthday !


hari ini hari jadi ke 15 adik aku , puteri afeeda ayu binti zullifan. tahun ini dia PMR. aku tengok dia asyik main saja. online. aishh. TAPI TAKPE , aku tahu dia macam aku , otak cepat dan pantas , setakat belajar pandang pandang , dah boleh score. oh well , tengok abang la kan? =))

selamat hari lahir. semoga panjang umur. belajar rajin rajin. abang sayang kau. tapi tak ada duit nak beli hadiah. pergi paw orang lain mintak hadiah. seperti jeju , shy , scha , moja , tazo , amy , wanie moo moo , alip , miraj dan lain lain. dorang sangat banyak duit. sangat banyak duit. HAHA !

p/s : rumah aku dianugerahkan rumah laman tercantik taman desa kolej , nilai. hari ini dapat hadiah. kira dah macam hadiah hari jadi adik aku laaaaaa. (:

Wednesday, April 15, 2009

kesunyian membuat aku kaku.

sudah agak lama aku tidak berbicara disini. rasa macam sudah lama sangat tidak update. macam busy sangat saja. padahal bukan buat apa pon.

entry kali ini , aku nak mulakan dengan bercerita tentang pengalaman aku menyanyi diiringi petikan AG. lepas itu ada Aizat AF5 join sekaki. tup tup kejap lagi ada Stacy AF6 masuk join melalak dalam bilik hotel AG. sumpah best ! tu belum masok Noh duk kacau si Stacy tengah melalak. Jaja berbaring di atas katil yang dilompat-lompat Stacy. Ayu OIAM duk memekak luar bilik cari Noh. Farah Asyikin dengan sporting tak kesah kitorang buat bising luar bilik. budak budak Kristal join memekak. fuh , best gilaaa !

tapi yang paling paling best bila AG main gitar arrangement baru lagu AHMOI CHANTEK.

tapi sayangnya , video video itu aku tak boleh nak upload. sebab kebanyakkan PR manager dorang bising. nak jaga status artis dorang. jadi aku perlu memahami kehendak mereka. (:

tapi akibat kedegilan aku , meh aku upload sikit dekat sini. sikit saja. boleh eh?

video

disini aku ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada ad kerana bagi pinjam tee hujan. kepada min sebab bagi tiket. kepada Hujan sebab bagi tumpang tidur malam tu. kepada aliff dan rakan-rakan , terima kasih teman aku masa kat genting. korang semua memang SUPERB !!

oh ya , kepada scha , aku ada benda nak bincang dengan kau. secara privasi. sebab aku tidak mahu benda ini jadi worst. aku tak berani nak sms kau , sebab takot kau kecil hati dengan aku. sebaik saja kau baca entry ini , tolong jumpa aku. (: benda ini untuk kebaikan bersama.

dan dan juga. sebelum aku terlupa , band aku , Scarlett's Pancake , sudah mula bersatu. nantikan kemunculan kami secara rasmi di pangkor nanti , insyaAllah. jumpa disana untuk performasi pertama kami. tak sabar !!

Friday, April 10, 2009

Hari Bintang Jatuh '09 : Tiga Venus.



pernah dengar pasal Hari Bintang Jatuh?

tahun lepas event ini dibuat di banglo merah dekat belakang Pelita KLCC. ingat lagi?

tahun ini Hari Bintang Jatuh kembali lagi.

Hari Bintang Jatuh '09 : 3 Venus , menampilkan 3 wanita berbakat yang bakal mengangakan mulut anda semua iaitu Wani Ardy , Ana Raffali dan juga Fynn Jamal.

tarikh : 31 Mei 2009
tempat : the Annexe Gallery , Central Market
masa : 1 pm
tiket : RM15 [termasuk sebuah CD eksklusif 3 Venus] *hanya 150 keping tiket untuk direbut*
tempahan : masih belum dibuka








Thursday, April 9, 2009

minggu terakhir di UiTM Penang.

oh sungguh mencelarukan. 
memeningkan. 
memenatkan. 
menyesalkan.

semuanya angkara diri sendiri. biasalah manusia. tidak pernah ada yang sempurna. ada saja yang buat salah. macam aku juga. tak lari dari masalah. tapi kali ini , masalah punca dari kesalahan diri sendiri.

padan muka aku.

*sengih*

pada ketika ini , aku masih memikirkan tentang kebodohan diri. kebodohan rakan rakan. sedangkan aku berbuat benda bodoh yang aku buat itu , atas niat membantu kawan lain. tapi kawan lain yang cuba aku bantu itu , menyelamatkan dirinya dahulu bila dikenakan tindakan. padahal , dia boleh saja suruh aku tidak upload video itu pada mulanya. dia ada masa aku upload.

pelik aku tengok manusia yang mementingkan diri ini.

tapi disebalik kejadian ini , memang ada hikmahnya yang tersendiri. encik yang buat siasatan kes aku ni cakap , mungkin benda ini jadi dapat kasik aku dengan farhana berbaik selepas ini. mana tahu ada jodoh. [haha itu ada kemungkinan]

tapi hikmah yang paling besar sekali , aku dapat tahu , mana lawan , mana kawan , mana pura-pura jadi kawan , mana sahabat sejati , mana kawan yang hebat , mana tak layak jadi kawan.

dikesempatan ini , aku ingin mengucapkan sejuta penghargaan kepada kedua ibubapa aku , abah dan umi yang tidak putus memberi sokongan serta bantuan ketika kejadian ini berlaku.

terima kasih abah.
terima kasih umi.

aku juga ingin berterima kasih yang tidak terhingga kepada yang berani menonjolkan diri untuk back up aku.

terima kasih tazo.
terima kasih capyq.
terima kasih eqbal.

kepada fadzreen , walaupun dia sedikit pon tidak terlibat dalam hal ini , tapi dia menonjolkan diri lebih dari yang lain.

terima kasih fadzreen.

kepada ceghap yang memberi sokongan , membuat solat hajat , memberi nasihat berguna.

terima kasih ceghap.

kepada nisa yang memberi bantuan bila diperlukan.

terima kasih nisa.

kepada yang menyokong aku tidak berbelah bahagi. walaupun disaat aku kejatuhan.

terima kasih syed.
terima kasih hakim.
terima kasih erie.
terima kasih affe.
terima kasih yus.
terima kasih pelajar pelajar UiTM yang menyatakan mereka dipihak aku.

tidak lupa juga kepada yang memberi sokongan dari jauh.

terima kasih jeju.
terima kasih alip.
terima kasih ijoy.
terima kasih sid.
terima kasih dat.
terima kasih sakinah.
terima kasih ika.
terima kasih lubby.
terima kasih paeh.
terima kasih kawan kawan myspace.
terima kasih kawan kawan facebook.

kepada pihak yang berkenaan , terima kasih kerana memaafkan aku dan kawan kawan.

terima kasih farhana.
terima kasih family farhana.
terima kasih rakan rakan farhana.

kepada pihak Unit Keselamatan UiTM Penang , terima kasih atas bantuan serta makian. sangat banyak membantu.

terima kasih encik megat.
terima kasih encik muhalid.

kepada yang menjadi batu api , yang menyelamatkan diri , yang menghina diri ini , yang memaki hamun dari jauh , melemparkan macam macam tohmahan dari jauh. [tak berani nak cakap depan ke weyh?] terima kasih banyak banyak sebab menjadi manusia yang berakal fikiran.

terima kasih shahril.
terima kasih fazrina.
terima kasih kepada yang aku tak tau namanya.

aku berasa amat lega akhirnya benda ini tidak dibawa kepihak atasan. dan aku amat berbangga kerana aku punyai sahabat yang sanggop bersusah senang dengan aku. tazo , capyq dan eqbal. korang memang terbaik !

aku respek eqbal. padahal dia boleh saja lepas diri , sebab memang dia tidak terlibat secara langsong pon , tapi masih berani datang membantu aku.
aku respek fadzreen. walaupun tiada kena mengena. sudi datang membantu.

kesimpulannya , aku sudah belajar dari kesilapan. lain kali , tolong marah aku sebelum aku buat benda bodoh. tolong lah buzz ym aku , tanya , 'kau nak buat benda bodoh tak harini?'.

aku sayang semua yang ada dalam hidup aku. tanpa korang , tentu aku mati tensi. :)

hanya Allah yang mampu membalas jasa , membalas budi kepada korang semua. hanya doa yang boleh aku panjatkan untuk korang semua.

much love ,
mohd zulhelmie bin zullifan.



tolong promote video ini merata rata. terima kasih.

Monday, April 6, 2009

cerita tentang video itu.

cerita bermula , hampir 2 tahun yang lepas. masa aku baru saja broke up dengan ex aku. aku ada nampak si budak ini , dengan kawan kawan dia 2 orang. setelah beberapa lama aku fikir dalam dalam , aku mengambil keputusan untuk saja menegur.

cara teguran aku , aku rasa ok saja. salam dah bagi , tegur pon bergaya sopan terhadap seorang gadis. tapi , dia buat tak tau. aku tau dia cantik , tapi janganlah sombong gila bila orang tegur cara baik.

setelah beberapa ketika , aku meminta diri sebelum meminta nombor telefon. dia bagi. tapi mengambil masa yang amat lama. macam saja nak kenakan aku. aku tanya , dia cakap , tak ingat nombor. tidak lama kemudian , dia bagi.

tapi lepas tu , aku dengar dengar dari mulut orang , yang dia kutuk aku dibelakang. dia cakap , aku ni lelaki gatal dan sebagainya. aku buat bodoh. malas nak ambil tahu.

tapi selepas itu , aku sms la dia. tak berbalas. aku terjumpa friendster dia , tapi dia tak pernah nak layan. sampai suatu hari aku dapat tahu yang dia tukar akaun friendster. aku seperti yang korang tau , memang cepat gila menyampah dengan orang.

aku buat bodoh. sampai satu hari , aku terjumpa akaun friendster baru dia. dari aku jumpa tu , sampai sekarang , kalau aku add , dia tak akan approve ! memang menyakitkan hati. padahal kawan sekampus kot? sefakulti lagi. dah la rumah boleh tahan dekat. kenapa mesti sombong? aku nak kawan saja kot? macam kawan dengan budak lain dekat fakulti aku tu.

setiap kali kalau aku terjumpa dia di kampus , aku akan dapat merasakan satu suasana yang macam ada orang orang sedang menganjing aku. macam kutuk kutuk , gelak gelak. oh aku cukup tidak suka diperlakukan sebegitu.

sampai la ke Malam Pra Graduan tempoh hari. dia duduk dekat saja dengan tempat di mana aku duduk. aku tak perasan , tapi kawan aku yang lain perasan. sampai satu ketika , kawan kawan aku nak suruh aku interview dia. aku cakap aku tak nak. kalau korang nak , korang saja pergi. dorang cakap ok , tapi dengan bantuan aku.

aku setuju.

kawan kawan aku pon pergi la jumpa dia. dan seperti yang dalam video , macam itu la cara dia layan kawan aku itu. malu sudah kawan aku itu. merah padam. ramai orang dalam bilik tu. dia malukan kawan aku.

tapi kawan aku tak putus asa. dorang nak pergi interview kawan kawan dia pula. dekat meja yang sama. masa tu dia cakap , 'kenapa korang nak interview meja ni? kenapa tak meja lain?'. sedangkan , kami pada masa itu baru saja lepas interview meja sebelah. meja budak budak laki mekanikal. dan seterusnya meja dia. sebab kami kenal majoriti budak meja dia. meja lain , budak fakulti lain. kami tak kenal. macam mana nak interview kan? memang dia menyakitkan hati. aku bersabar.

tapi kawan kawan aku kebanyakkannya memang bengang dengan dia malam tu. dan bila aku tengok balik video tu , aku rasa bengang dengan perbuatan dia. dan tercetus idea untuk buat video orang yang sombong tak mahu di interview. tapi selitkan orang lain yang relaks diinterview. untuk buat teaser episod MPG nanti. tapi macam biasa , aku nak poyo , nak jugak letak band band yang pernah aku interview. kasik nama aku up sikit dekat UiTM. dekat MIAT dan tempat lain dah kecoh pasal CAMNI CAP EHH !. tapi tidak UiTM Penang. aku nak juga naikkan nama CAMNI CAP EHH ! dekat sini.

sekali ramai yang pandang serong apa yang aku buat semalam. dan sekarang aku dicaci , aku dimaki dengan hebatnya oleh orang orang yang tidak kenal aku , yang tidak kenal dia. memang aku nampak bersalah. dan aku mengaku bersalah. tapi dia tak nak ke mengaku bersalah , mengutuk aku? memalukan aku dan rakan rakan?

sekian.

Saturday, April 4, 2009

FYP saya.

ini video FYP (Final Year Project) aku. aku kena buat jet sukhoi sebagai permainan remote control. ini lah hasilnya. (:


Thursday, April 2, 2009

kaitan antara blog?

malam ini aku ingin mempersoalkan satu benda yang membuat aku tertanya-tanya. adakah ada kaitan nama nama blog kawan-kawan aku ini semua? atau dorang sebenarnya tiada idea mahu letak apa sebagai nama blog.

dekat bawah ini , anda semua boleh baca dan fikir sendiri.




Roland : Dari Kaca Aku


see the connections?

aku perlukan seseorang untuk beritahu aku apa kaitan semua ini. atau ianya hanya kebetulan? atau ia memang trend masa kini? HAHA !!

Wednesday, April 1, 2009

cerita tentang SABAH.

Sabah cuma mengambil masa selama dua jam untuk buat aku jatuh cinta. tak lama , dua jam saja.



nak tahu kenapa?

sebaik tiba di airport , aku belum nampak apa apa yang menarik perhatian. kecuali semasa dalam kapal terbang , aku nampak pemandangan Kota Kinabalu dari udara , memang cantik. pantainya memang berbeza dengan pantai di Semenanjung Malaysia.

aku tak tipu.
pasir pantainya , putih.
air lautnya , biru kehijauan. bukan kuning. [maaf kalau salah , aku buta warna]

tapi perkara yang betul betul membuat aku jatuh cinta dengan Sabah ialah , kecantikkan para gadis di sana. setelah dua jam tiba di Sabah , selepas menunggu kereta sewa dan sebagainya , setelah tiba di bandar Kota Kinabalu , aku sudah mulai nampak gadis Sabah atau lebih dikenali sebagai sumandak [bak kata ika].

hari pertama , setelah mencuci mata di KK selama beberapa minit sahaja , aku serta keluarga terus bergegas ke Kundasang. sebuah daerah yang terletaknya begitu hampir dengan Gunung Kinabalu. kami menginap disana untuk malam pertama di sana. Kinabalu Pine Resort nama tempat penginapan kami itu.



dalam perjalanan ke Kundasang , kami dijamahkan dengan pemandangan yang indah di sebalik gunung ganang , di celah pokok pokok , dan juga di belakang lori treler.

sejuk.
indah.
aman.

kalau kaki sudah tiba di Kundasang , rasanya pemandangan di Semenanjung harus dilupakan. tiada bandingan. puncak Gunung Kinabalu itu sendiri sudah menggambarkan segalanya.







terlalu indah untuk diucapi. harus dilihat sendiri.

malam itu , kami sekeluarga pergi ke pekan Ranau. kampung asalnya si linda af2 yang digembar gemburkan seorang yang cantik. kalau anda ke Ranau , tidak perlu pergi jauh jauh , cari saja di pasar tani , berderet sumandak yang lebih gorgeous dari si linda itu.

jam 6 petang sudah kelihatan seperti jam 7.30 malam. kami dinner. teh o ais limau di sabah menggunakan lemon dan bukan limau purut. jadi jangan terperanjat kalau teh anda berasa sangat masam atau pahit. aku kurang pasti.



jam 10 mataku terlelap malam itu. kerana terlalu sejuk dan terlalu penat melayan perasaan disana.

'abang , bangun. pergi tengok gunung kinabalu. cantik. pergi snap gambar la'.

aku bangun pagi itu dikejutkan umi. aku lihat , ya Allah , sungguh cantik. kata orang tempatan , puncak Gunung Kinabalu hanya boleh nampak pada jam 6 pagi sehingga 9 pagi sahaja. kerana selepas itu , puncak akan dilindungi kabus serta awan.



*kechakkk kechakkkk*

10-20 gambar telah diambil. aku sambong kembali tidurku. sebelum dikejutkan dengan julie goes overseas yang masuk RTM1 pagi itu. aku terus mandi. kami terus checked out dari resort itu.







bersarapan pagi di pekan Kundasang. aku mencuba dengan berani Nasi Goreng Lalap. rupanya nasi goreng dengan udang goreng tepung. HAHA ! kenyang.

kami masok ke dalam kampung kampung dibelakang. ingin melihat pemandangan yang cantik lagi. cuma air terjun yang kami nampak.

bergerak pulang kami ke bandar KK. singgah membeli cenderahati di Nabalu. sebelum check in dekat Hyatt Regency. makan tengahari di Wisma Merdeka dimana aku dengan umi nampak seorang lelaki yang bergaya seperti shy. bersama seorang lelaki agak berusia. agak aku , mungkin justin watuna lelaki itu.

keluar berjalan di sekitar philipines market. umi dan abah berbelanja sakan sementara aku kepanasan didalam itu. tapi tidak lupa aku dingorat seorang gadis yang bekerja dekat situ akibat cermin mata hijau aku itu. (:

pada sebelah malam , kami sempat menjamah udang yang memuaskan tekak dan juga bibir yang menjamah. oh rindu udang udang itu. ikan bakar dan sayap ayam bakar juga bersepah tersedia. meja makan panjang seperti di kenduri kahwin.

unik.

pulang untuk menonton Hujan di hits1 akhir sambil bergelap untuk earth hour. sebelum kembali tidur.

bangun esok pagi , aku menyedari yang aku perlu pulang ke KL , dan terus ke Penang hari ini juga. ya Allah , mesti penat aku nanti. aku tegangkan otot muka untuk membuat senyuman FAKE untuk umi , abah dan ayu. tapi aku tidak mampu. sebab realitinya , memang aku tidak mahu pulang !

7 dari 10 gadis di Sabah menarik minat aku. sedangkan cuma 2 dari 10 dekat Semenanjung ini. kalau dekat kampus , aku rasa seorang budak Sabah itu cantik gilaaaaaa. dekat Sabah , budak perempuan sekampus aku itu mungkin aku tidak pandang sikit pon.

bayangkan.

tapi akhirnya , selepas makan tengahari di restoran seafood di satu pekan dekat dengan Beaufort[aku lupa nama tempat itu] , terus bergegas ke airport.

pulang dengan tangan kosong tanpa nombor telefon seorang pon sumandak Sabah. :(

tunggu video yang akan aku upload dekat youtube dan CAMNI CAP EHH. maaf aku terpaksa buat episod CAMNI CAP EHH tanpa shy.

p/s: untuk lebih gambar , sila ke facebook atau myspace. blogger lambat sejak dua menjak ini. harap maklum.