second blog

Friday, April 24, 2009

sebuah lagi idea gila aku.

aku ada dapat idea baru. idea ini mungkin memakan duit aku yang banyak serta duit shy yang banyak.

aku nak buat program baru. Knock Knock !!. konsep semua jauh beza dari Camni Cap Ehh !!.

tapi jangan risau , Camni Cap Ehh !! masih akan ada. takkan hilang Camni Cap Ehh !! selagi aku dan shy hidup. sebab aku dah berjanji dengan shy , dan shy dah berjanji dengan aku , nak hidupkan Camni Cap Ehh !! sampai bila-bila. biarlah walaupun ia hanya dalam blogspot. biarlah walaupun aku dengan shy suatu hari nanti busy bekerja , dah berkahwin , merantau , tapi kami tetap akan ada Camni Cap Ehh !! ini sampai bila-bila. itu janji Mohd Zulhelmie Bin Zullifan dan Shy'rul Afneyzam Watuna.

berbalik pada Knock Knock !!. program ini berkisar tentang aku dan shy sebagai host. kami akan membuat close-up seorang demi seorang ahli Bulan Community. tapi dengan syarat , mesti dibuat dirumah ibubapa masing-masing. tak boleh dekat luar , tak boleh dekat rumah sewa , tak boleh dekat sekolah atau universiti atau kolej. TAK BOLEH.

dalam program Knock Knock !! ini , semua ahli Bulan Community akan bercerita tentang kisah hidup masing-masing dari kecil sampai sekarang. lebih manis kalau korang sudi berkongsi gambar-gambar zaman kecil korang. gambar masa zaman sekolah. best tak?

dan kalau ibubapa anda sporting dan sanggop memberikan kerjasama , bolehlah memberikan sepatah dua kata tentang anak dorang. best best kan?

tapi itulah , program ini takkan jadi kalau korang tak beri persetujuan. takkan kami nak masok rumah korang tanpa izin kan? jadi kat sini , aku nak tanya pendapat korang. apa korang rasa tentang idea ini? okay ke tak?

kalau okay , aku dah kena buat perancangan nak pergi mana dulu. tapi aku rasa aku nak settle kan dulu budak budak Bulan Community area Nilai dahulu. lepas tu baru bergerak ke tempat lain. seperti KL untuk Tazo , Capyq , Ad , Sid , Emon , Amy dan lain-lain. Klang untuk Afyq , Wany. Shah Alam untuk Eqbal , Syed. Melaka untuk Jeju. Johor untuk Wanie KPJ , Ming , adik beradik Mean , Kerry , Lynn. Terengganu untuk Scha , Erie. Penang untuk Nia , Acap. dan lain-lain. semua-semua ahli Bulan Community takkan terlepas lah. boleh tak? korang setuju? 

harapkan komen korang dalam entry ini. please ya? sertakan sekali pendapat korang kalau ada. (:

25 comments:

Anonymous said...

hahaha bolej jer. sudi2 kan lah nk tnye.

ade je idea bemy kan. caya lah !

-Mean-

misZ NoLaLita said...

waaa!..good idea..try tanye pendapat yg lain...anda sungguh creative!!

Moja [Bulan] said...

-mcm xsyok je..
-ada ke org luar yg xkenal kita nk tgok?
-mesti member2 kita je yg tgok..
-memang bez la bagi kita n siapa2 yg kenal kita,tapi apa function org lain nk tgok pasal diri kita?

hanya pendapat dari insan yg hina.. =p

Elmi said...

moja : aku memang nak buat untuk tatapan budak bulan je. bukan untuk orang luar. untuk kita saling mengenali antara kita. tu je. bukan aku nak masokkan dalam camni cap ehh pon. aku nak masokkan dalam bulan.indie.my. :P

Moja [Bulan] said...

ooo..hehe..ok2..menarik gak menda ni..hehe..

aLepBulan said...

arghh!
erm2..

oh,
agak marabahaya kisah2 aku..
hahaha..

idea bout close up tue da ok,
tp aku msh fikir relevan die,
krn byk duit gna nnt tue nk gerak sna cni..

ikhlas dari alep..

Elmi said...

alep : buang duit sambil melancong. aku pon dah habis belajar. shy pon tak kerja lagi. so apa salah kan? sambil tu boleh menziarah kawan kawan. bukan semua budak bulan kita pernah kenal parents dorang kan? nak jugak aku kenal kenal parents dorang. dorang kebanyakkan dah kenal umi abah aku. tak salah kan?

sambil menyelam minum air.

aLepBulan said...

sambil menyelam mkn nasik..

ko nk wat mcm trek selebriti ke?
hehe..

aku ok,
tp maybe nnt kalu nk wat tok aku,
ada syarat2 soklan boleh n xboleh ty..hahaha

Wanie Si Gemok said...

u x mention bangi!!!!!
i merajuk n xleh dtg umah
unless bwa mkanan kt umah i
ahahahahaha
mmg dsr bdk gmok btol
hhahahahahaha
i suke je. tp nk dtg bg tahu ye!
takut i xde kt umah n keje ( praktikal sengal 2 )

Anonymous said...

ak boleh jer....meh dtg k.l ...
dialu2kan....yeahhhh..
-Emon-

Anonymous said...

bagus gak idea tuh. kalo ko ngn shy sanggup kuar duit, pe salah nyer.

Elmi said...

wanie : ala sama je la bangi dengan nilai. hehe :D

kalau buat , i buat sabtu ahad.
:D

Anonymous said...

i termasuk skali ke?
huhu

Elmi said...

yes yes !
terlalu banyak anonymous.
tolong la bagitau nama.
haihh.
:(

Anonymous said...

knock2 ni mcm function nk knl2 ngn bdk2 bulan smbil mkn percume kt umh kitowg.hahaha
tp sbnrnye motif utame nk mkn free kn?
kan elmi kan?
haha
-farouq-

::NelyLeyana:: said...

erm, nice idea...
tp rasenyer mau sehari nak wat rakaman ni...

yer r, mesti la dah knok! knok! rumah org kiter akan kenalkan semua ahli keluarga.

pastu nak tunjuk bilik tido, bilik air,almari baju, rak kasut, rak buku, sme rak yang ade kan... hahahah... mcm selebriti slalu wat 2...

tp bgos r, teroskan...

Lynyu said...

macam bestttttttttttttttttttttt

-lynn

ceGhap said...

kenapa aku dimsukkan sekali?? waaaaaa

aLepBulan said...

mie,
aksi bilik tidur xrakam kn?
hahahahaha

Anonymous said...

mie smpai ati ko name aku xde kat kwn saya.... dri sye yg ingin berkwan dgn elmi...ps/: sye gay kowt n elmi maybe ensem kowt xD... -anoyhingos-

Anonymous said...

knape aku leh msk blog nih?? -aku yg jht-

a p i t i k u s t i k a said...

mai laa rumah aku elmi.
shah alam je.
:D

encik ad said...

pergh.. kentang gile idea..
buleh aje, asal aku free kat umah leh la.

dan pembetulan: hometown aku PAHANG okeh~

=D

scha said...

datang la umah aku..
aku dah pindah US..
kah3!

ming said...

aku klantan la
bukan johor
ada brani pegi??