second blog

Saturday, April 18, 2009

tiga ratus enam puluh lima.

hari ini , selain dari hari lahir adik aku , aku ada lagi satu anniversary atau ulang tahun yang mahu aku kongsi.

hari ini 18 april 2009. setahun yang lepas , kalau diteliti , adalah first post dekat blog ini. walaupun pada masa itu blog ini lain url nya , tapi masih sama isi penulisan.

ulang tahun yang tidak kena pada masa , aku sedang mahu bergelut untuk final exam. kalau tidak , tentu aku sudah buat party blogger untuk blog aku. HAHA !

jadi hari ini merupakan hari yang special untuk blog ini. mari sama sama kita beri tepukan yang paling havoc untuk blog ini. kerana sudah setahun dia menemani hidup aku , dan aku percaya , menemani hidup sesetengah dari yang membaca blog ini.

walaupon isi blog ini tidaklah memberi impak seperti blog orang lain , tapi aku percaya , masih ada yang terkesima apabila membaca entry entry aku. aku hargai setiap komen , setiap tindak balas dari korang semua.

bila aku on blogger , bila aku nampak komen komen yang perlu aku approve , aku rasa terharu. sebab ada yang sudi memberi pendapat tentang apa yang aku tulis.

setahun sama dengan tiga ratus enam puluh lima hari. hit blog aku pada hari ini adalah 8668. entry termasuk yang ini adalah 159. followers sekarang sebanyak 37 orang.

aku rasa ia respon yang cukup baik untuk seorang biasa seperti aku kan? walaupon aku percaya , kalau aku seorang perempuan , pasti dengan entry sebanyak 159 , hit blog aku pasti 18000 dan followers mungkin sudah mencecah 100. aku sudah mula merepek.

aku berdoa agar aku sentiasa diberi idea untuk meluahkan sesuatu yang lebih bermakna didalam blog ini. kerana sejak dua menjak ini , aku dapat merasakan yang aku sudah tiada idea untuk menulis. mungkin kerana otak yang sedang berkecamuk dengan situasi seharian hidup aku kini.

selamat ulang tahun http://elmicoklat.blogspot.com/. semoga ulang tahun yang depan , akan ada lebih ramai followers dengan jumlah hit yang mencecah 20000. insyaAllah.

5 comments:

AzrAIn@rAIn@azrinrasid said...

happy birthday untuk blog ini....

Lynyu said...

haha. satu ayt je?
pnjg2 la sket! haha
mekaseh bemyhuu~

I'm Rynn said...

gyla GRAB! happy bday AYU! hahaha

Nurul Aimi said...

congrats!

terus2 menulis ye..hehe

Moja [Bulan] said...

happy besday to u~...
happy besday to u~...
happy besday to elmicoklat.blogspot.com~..
happy besday to u...
hehe..
=p