second blog

Saturday, November 28, 2009

obsesi aku dengan HUJAN.



ya. aku obses dengan Hujan. tak kesahlah orang nak kutuk apa , nak cakap apa. aku memang tak pernah tipu diri sendiri , aku obses dengan Hujan. ada orang pernah cakap aku jambu sebab obses dengan Hujan. ada orang cakap itu , ada orang cakap ini. tapi nak buat macam mana , aku dah obses.

aku ingat , dulu mula-mula , aku dengar lagu dorang dekat myspace saja. aku tak pernah pergi gig dorang. sebab masa itu aku ingat lagi ex aku seorang yang mengongkong habis-habisan. nak ikot kawan pergi gig pon tak boleh. jadi aku dengar saja. aku layan video di youtube. yang aku kenal masa itu cuma penyanyi berambut panjang yang aku pernah nampak masa dalam utopia , tapi mamat tu hoppers !! HAHA

tahan punya tahan , sampailah satu hari , aku pergi 8TV Rocking Concert. masa tu , sumpah first time tengok Hujan perform depan mata. masa tu gila lame rasanya. sebab orang lain dah selalu layan , aku baru first time. tak apa. tak kesah.
dua minggu lepas itu , Hujan datang Penang. Check Check Rock Rock Tour. masa itu aku gagahkan diri merempit seorang diri merentas Selat Melaka menyeberangi jambatan Pulau Pinang. padahal tak ada lesen. buat bodoh saja aku redah. demi Hujan. masa itu aku ingat , aku ajak semua kawan-kawan yang aku kenal dekat UiTM Penang tu. sekor pon tak nak. siap aku kena bahan la sebab membazir duit la bagai. aku tutup telinga.
bila sampai , tu first time aku tengok Hujan perform depan mata dengan 20 lagu dorang main. masa tu gila penuh. tanya Ceghap , tanya Taty , tanya Dahlia. dorang ada masa itu. tempat boleh masok 100 orang , dorang sumbat 300 orang. tapi puas hati.

seminggu lepas tu , aku balik KL. sebab nak pergi tengok dorang perform dekat Pavi pulak. masa itu first time tegur mamat hoppers tu , Noh. tegur pon sebab Ayu nak bergambar dengan dia.
lepas tu aku makin obses dengan Hujan.
sampai satu hari , aku jadi makin rapat. keluar tengok wayang dengan Noh. lepak bilik AG rekod teaser album Mencari Konklusi. makan roti bakar dengan Am. pergi meeting dengan Dimas. pejam celik pejam celik , aku dah in the team. apa apa email berkenaan Hujan , aku dapat. pasal merchandise , pasal show , pasal press.
then tiba masa aku kena organise gathering untuk Raingers. masa tu lagi tambah rapat. lepas tu , pergi Indonesia. lagi tambah rapat. tidur dekat rumah Dimas. semua dalam rumah , band member Hujan plus manager plus assistant manager plus crew. dan aku , official photographer. tup tup , dapat jadi extra dalam video clip paling gempak dorang , Mencari Konklusi.
lepas tu aku terus slow. dah tak rapat.

aku anggap diri aku macam penyambung Raingers second year dengan Raingers third year. first year ada kak fynn , akim , fad , eone , kareem , dewi , nana , leeya , min dan lain lain. Raingers second year ada amy , jijul , ad , ezza , sid dan lain lain. penyambung first year dengan second year , ceghap. sebab dia buat hujan.org. dan aku jaga hujan.org lepas tu , tu sebab aku jadi penyambung. kot. tu yang aku organise gathering tu. kan ? haha merepek.
tapi , minggu lepas , bila aku berdiri depan stage , bila lampu dah kelip kelip , bila drum dah bunyi , aku terpegun kejap. macam tak percaya apa yang aku nampak. gilalah Hujan dah ada konsert sendiri. ada lightman sendiri. ada soundman sendiri. semua sendiri. ingat lagi masa dimas cakap dekat aku dulu , nak ada konsert yang pakai tenaga kerja sendiri semuanya , macam Changcut. tup tup , hamek kau !! terlaksana impian dorang.
dan aku salah satu saksi kejayaan dorang.

Thursday, November 19, 2009

quote of the day [part four]

please stop hating people, there is so much more in life than spreading all the hatred.

ini aku jumpa dalam tumblr seorang kawan aku. fikir punya fikir , banyak betul dosa aku. tapi tak sebanyak dosa orang yang selalu kutuk belakang dan tikam belakang kot. eh tapi kalau perli pon dapat dosa juga kan ? dan kalau menganjing tak dosa kan ? aku rasa aku nak kena pergi belajar agama balik lah. :)

till then , good bye blogger people !!

the best

I may not the most handsome guy you have ever met.
I may not the most gentleman person you have ever touched.
I may not the most romantic person you have ever hugged.
I may not the best sweet talker boy you have ever dated.
I may not the richest person you have ever known.
I may not the coolest dude you have ever kissed.

But I am pretty sure that I am the best despite being not the best to have your HEART , your LOVE.


truly yours ,
elmi [your SOUL]

Wednesday, November 18, 2009

quote of the day [part three]

"dia dah banyak tolong orang , bila time dia perlu ditolong , berduyun orang datang tolong. takyah disuruh pon , orang tetap datang tolong"

ini quote dari seorang kakak kepada kakak yang lagi satu tentang seorang kakak yang lagi satu. aku dari dulu memang letak mentaliti macam ini. tolong orang sekarang , nanti bila susah , harap ada yang sudi menolong.

itu sebab aku selalu tak kesah buat kerja free of charge. kira aku tolong. tapi tak ada lah sampai mengharapkan balasan. :)

minggu ini atau minggu depan nak buat video untuk budak budak KUIS. mungkin shooting sampai ke Kuala Selangor. lepas itu ada projek video klip dengan Zaem untuk The Ticks. dalam kepala dah macam macam shot dah ada. tinggal nak buat story board saja. dan masih dalam kepala , short film eksperimental. tak jadi buat romantik. sebab jalan cerita tak ada power. dan yang terakhir , video prank CCE. nak tau video prank tu apa ? dia macam video memperkenalkan CCE lah lebih kurang. tapi perlukan 10 orang yang betul betul berani. memang parah nak mencari talent.

p/s : tak jadi pergi umrah. sebab musim orang balik dari haji la nanti. flight confirm penuh. tak apa , next year abah kata. insyaAllah.

Tuesday, November 17, 2009

have you seen my new hair ?

TOPMAN presents :


jumaat lepas , aku ke Zouk untuk satu event anjuran TOPMAN dan kolaborasi bersama majalah JUNK. aku kesana dengan niat untuk memberi sokongan kepada teman-teman dari kugiran Lovesick Avenue. [gambar diatas] undi mereka untuk JUNKSOUNDS 2009 disini. [klik sini] vokalis mereka amat menggiurkan.

event ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Killeur Calculateur. [gambar diatas] aku agak terkagum dengan drummer mereka yang kelihatan agak kool walaupun bass drum beliau kelihatan bergerak semasa beliau sedang menghentak.

turut membuat performasi adalah Couple. [gambar diatas] mendendangkan 8 buah lagu yang turut merangkumi lagu lagu baru , mereka ternyata tidak mengecewakan. untuk pengetahuan , album terbaru mereka sudah berada di pasaran sejak sabtu yang lalu. dan juga , agak terkaku melihat Ariana memakai short ya ?

oh ya , event ini diacarakan oleh Moots Pop Shuvit. turut kelihatan pada majlis adalah DJ Uno serta ahli kugiran Pesawat.

kawalan ketat diluar tapak event dilonggarkan dengan kehadiran drumstick dan juga kamera didalam beg. pengawal satu menyangka aku seorang drummer didalam sebuah band. manakala pengawal dua menyangka aku media dari salah satu majalah. layankan saja. asalkan dapat masok. (:

Friday, November 13, 2009

thumb ? tumblr lah !

yes yes. aku sudah berjangkit tumblr. well , aku biasalah. buat , tapi tak guna pon. macam myspace dulu. si fara buatkan , tapi aku tak pakai. sampai dah setahun , dah berhabuk , baru aku pakai myspace tu.

sama macam facebook. aku buat lebih dua tahun lepas , tapi aku tak pakai. tak pandai. aku biarkan saja. sampai satu hari , terbuka hati nak bukak facebook tu balik. masa tu homepage mana ada status bagai ni semua. cuma ada application games saja. wall to wall pon bapak punya kecik dekat bawah wall. gila.

lepas tu zaman twitter. buat awal jugak. tapi tak ada followers. gila tak ada makna masa tu. aku diamkan. dua tiga bulan lepas tu heboh twitter sana sini , baru aku start pakai balik.

lepas tu ada last.fm. yang mana aku dah buat dekat sebulan dah. tapi tulah , aku tak aktif pon. kawan ada sorang saja. zoe. haha dia yang ajar pon pasal last.fm tu. tunggu lah orang heboh pasal last.fm tu , baru aku rajin buka rasanya benda tu.

samalah dengan akaun perfspot aku. sampai hari ini aku tak buka. macam apa saja. haha haaa dengan akaun kawan. haha gila kuno. bodoh.

dan kali ini tiba giliran tumblr. orang duk heboh sana sini pasal tumblr. kau ingat aku ada kesah la pasal benda tumblr ni ? gua tak kesah beb. tapi bila gua klik , mak aih , gila awesome la theme dia. menarik gila pandangan mata aku.

apa lagi ? terus register. and guess what ?

macam biasa , tak aktif pon. tunggulah satu malaysia dah gila tumblr ni lagi seminggu dua , sebulan dua , masa tu lah baru aku terhegeh hegeh nak aktif. haha

biasalah , aku manusia biasa jugak. mana pernah ada manusia sempurna ? :)

sehingga berjumpa lagi ! aku nak pergi ambil paper last aku semester ini. lepas ini boleh focus tumblr. gahaha.

assalamualaikum dan selamat malam.

Thursday, November 12, 2009

PENIKAM BELAKANG !!

Assalamualaikum.


hari ini mari kita kupas isu penikam belakang atau lebih dikenali sebagai BACKSTABBER. mungkin ramai diantara kita yang pernah menikam belakang sesiapa sebelum ini. atau mungkin ada juga yang ditikam belakang oleh sesiapa.

tapi sebelum kita buat apa apa pertuduhan atau sebelum menuduh sesiapa , pernah ke kita ambil tahu apa maksud sebenarnya BACKSTABBER ini ?

menurut Wikipedia , BACKSTABBER bermaksud :
a person or an aide who says positive in front of us but condemns or criticises at the back. A Backstabbers generally have some motive behind which can range from money, work, fun, interest, etc. to hurting you as well.

tetapi lain pula kata UrbanDictionary :
- Some one that you have grown to be really close friends with, but then they go and go behind your back and betray you.
- A person who betrays a friend, like when Brutus stabbed Ceasar.
- Someone who pretends to be your friend; but talks shit about u to other people.
- a "friend" who seems to be your "friend', but really they are not your "friend", in most occurences one find out that they friend is a backstabber when they see or hear there friend committing an act of cruelness towards you, when they think that you will never know what they did/ and or said about you.
- A person that smiles in ur face but all the time they wanna take ur place.
- Close friends or family that go behind your back and take you for everything you have.

ooohhh itu maksud BACKSTABBER sebenarnya.

persoalan pertama , adakah ANDA seorang BACKSTABBER ? hanya anda punya jawapan. orang lain mungkin tidak tahu , tapi jawapan hanya ada pada ANDA sendiri , cik BACKSTABBER.

okey , macam mana kita nak hadapi orang orang yang tak berhati perut penikam belakang ni semua ? let's find out here. [klik sini , aku malas nak translate]

oh ya , entry ini tidak ditujukan kepada sesiapa pon. tidak kepada sesiapa pon. betul ni. aku cuma bagitau semua orang apa erti BACKSTABBER saja. *winks*

umrah ?

yeay good news , bulan depan abah nak bawak aku pergi umrah. mungkin sempena birthday aku. 11-16 december. fuh fuh. tapi kena dapat visa dulu. doa doakan aku dapat visa. boleh buat umrah. tak jadi bodek abah pergi tokyo. pergi buat umrah lagi buat aku tidak dapat tidur malam.

mulai hari ini nak kena persiapkan diri mental dan fizikal. maksudnya , nak kena cukupkan 5 solat satu hari. yang mana selalu tidak cukup 5 sehari semalam. berusahalah elmi berusaha ! bukan senang nak pergi umrah waktu muda. orang nak jejak dekat sana pon dah susah , inikan pulak dapat buat umrah.

pulak tu nanti , masa tarikh tu , orang ramai baru lepas buat haji. mesti ramai orang dekat sana nanti. fuh. memang kena bersedia ni.

eh tapi tapi , kalau nak buat umrah , nak kena mintak maaf dengan semua orang ke macam buat haji ? err.

Tuesday, November 10, 2009

happy wani's day , please ?

ahad lepas , aku bersama askar bintang jatuh telah meraikan hari lahir ketua askar kami , iaitu general wani ardy.

yang kelakarnya , macam macam plan dah kami cuba buat , tapi asyik tertangguh , asyik tak jadi. sebab susah nak cukupkan korum. almaklumlah , masing masing busy kerja. busy exam. kalau semua dah tak busy , kak wani pulak yang busy dengan show dan kerja.

last last , sarjan along telah buat plan baik punya , pergi terjah kak wani tengah shooting video clip lagu 'Please'. buat buat macam pergi nak tengok dorang shooting. padahal nak celebrate birthday kak wani yang dah dua minggu dah lepas.

in a nut shell , memang best la hari tu. walaupun panas terik , tapi best la. sebab bukan senang nak panjang bukit UPM sana tu. [eh yeke ?] tapi yang paling terbaik , sebab dapat tengok kek coklat belgium yang along buat [eh yeke ?] melting sebab panas terik. fuh. aku memang tak boleh nak makan la kan. gigi merana. haihh.

hari itu turut disertai lain lain askar seperti sarjan fynn , leftenan ikim , leftenan hellmy , leftenan suri , leftenan tri , leftenan syafiq , leftenan omar dan juga prebet elmi. eh aku la tuh ! :)

tapi hari tu aku ditakdirkan perlu balik awal. rumah jiran ada doa selamat hari jadi anak dia. perlu balik segera. tak dapat nak buat the making of video clip please. dapat buat separuh je bak kata leftenan hellmy.

oh ya , sarjan fynn cakap , ada sorang budak perempuan ni cari prebet shy dekat dia. gila famous amos prebet shy. orang cari dia dekat sarjan fynn. fuyoh ! oh oh , shy cakap , kepada semua perempuan luar sana , dia dah kahwin. tak perlu cari dia lagi. cari orang single yang lain , seperti moja , hasrul dan aku. [eh yeke ?]

dah dah , aku tak mahu cerita panjang. jom tengok video. (:



happy birthday kak wani ! ;)

p/s : tak setuju betul nama atas kek tu 'happy wani's day' hahahaha

Monday, November 9, 2009

nogori sombilan monang la poik !

entry ni bukan untuk bermegah. tapi saja nak cerita dekat siapa siapa yang baca. sabtu malam hari tu , aku dengan lihin , fendy , zai serta 5 orang kawan lihin , pergi ke bukit jalil untuk menonton perlawanan bola sepak di antara Negeri Sembilan dan Kelantan. perlawanan akhir piala malaysia.

walaupon dari mula aku tau akibat serta risiko kalau pergi game yang membabitkan kelantan , aku redah juga. sebab teruja punya pasal dan sebab memang dah lama sangat dah aku tak pergi stadium tengok bola. sangap.

kali terakhir aku menonton perlawanan bola sepak di stadium adalah masa negeri sembilan lawan telekom malaysia. ke masa malaysia lawan indonesia. eh tak , masa selangor lawan mppj. eh eh betul la masa perlawanan negeri sembilan lawan telekom tu. masa tu tiket free. kerajaan negeri sembilan belanja. sebab negeri sembilan menang liga. tu lah last. masa tu pergi dengan fendy dengan alep. masa tu negeri sembilan menang , eh monang bosar , 5-1. haha

berbalik ke cerita pasal sabtu lepas. sampai sampai saja di stadium , hujan lebat. parking untuk penyokong negeri sembilan adalah dekat dekat dengan astro. lepas itu kena menapak ke stadium. jalan untuk menapak adalah jalan tanah merah. aku ulang , keadaan masa itu , hujan lebat. hujan lebat dengan tanah merah jadi apa ? ya bagos , lumpur. sedangkan penyokong kelantan dapat parking di zon perkarangan stadium. adil ? mungkin.

sampai saja di perkarangan stadium , fuhhh. lautan merah. tak nampak kuning pon. memang azab betul kalau cari pasal ni. kami buat bodoh saja. tapi bila melintasi penyokong kelantan ni , memang kena bahan. sebab bilangan kami sedikit masa itu. siap kena baling botol. memang haram jadah.

kena menapak lagi untuk sampai di markas negeri sembilan. untuk pengetahuan , tiket yang dijual untuk penyokong kelantan adalah 65000 keping. dan negeri sembilan hanya 25000. adil ? mungkin.

pintu penyokong kelantan ada banyak. pintu penyokong negeri sembilan ada satu. perlu direbut untuk masok. pintu penyokong kelantan , tak perlu menapak jaoh. pintu penyokong negeri sembilan perlu jalan keliling stadium baru jumpa. adil ? mungkin.

tapi ada rasionalnya. kalau penyokong kelantan yang duduk dibahagian stadium yang mana penyokong negeri sembilan yang duduk , aku rasa ahli pancaragam polis , budak budak ball boy , ahli bomba , pasukan paramedik yang duduk bawah tu , mesti dah kena baling mercun , baling botol dah sebagainya.

aku nak pendekkan cerita. selepas habis game , memang satu yang aku nampak pasal penyokong kelantan ni , dorang sama macam penyokong indonesia. ya aku tau , tak semua yang buat perangai. nila setitik rosak susu sebelanga. tapi kenapa perlu baling objek keras ke arah ahli bomba yang sedang berusaha memadam kerusi yang terbakar akibat perbuatan korang sendiri ? tak tak , kenapa perlu bakar kerusi tu ? dan kenapa perlu ada bendera politik sedangkan kita nak tengok orang tendang bola , bukan orang bagi talk nak pancing undi. duhhhh !

dah dah , aku malas nak cerita lagi. pintu luar stadium pon dorang jatuhkan sebab nak masok awal. bumbung stadium koyak sebab main mercun. kerusi hangus terbakar. haish. cukup cukup la tu wei. main bola je pon. bukan nak buat apa sampai nak merusuh. mentaliti tu cuba elokkan sikit. nama orang kelantan. orang kuat agama. tapi buat perangai macam tu tak best la orang pandang. kan ?

Sunday, November 8, 2009

tak nak kacau siapa siapa dah.

hari ini hari ahad. semalam hari sabtu. esok hari isnin.

hari ini aku penat. semalam aku pening. esok aku tak tau.

hari ini aku bengang. semalam aku happy. esok aku tak tau.

hari ini aku rasa tak cukup tidur. semalam aku rasa aku puas tidur. esok aku tak tau.

hari ini aku rasa nak baik dengan semua orang. semalam aku rasa aku nak gadoh dengan semua orang. esok aku tak tau.

hari ini aku sibuk dengan photography. semalam aku sibuk dengan videography. esok aku tak tau.

hari ini rasa nak pakai blackberry. semalam rasa nak pakai iphone. esok tak tau.

hari ini kena panas. semalam kena hujan. esok tak tau.

hari ini mood changcuters. semalam mood last shadow puppets. esok tak tau.

hari ini rasa sayang blog ini. semalam rasa nak tutup blog ini. esok tak tau.

hari ini rasa nak pergi studio ntv7 untuk remaja. semalam rasa nak pergi melaka tengok hujan. esok tak tau.

hari ini. semalam. esok tak tau.

hari ini masih boleh ubah. semalam dah tak boleh ubah. esok boleh rancang.

hari ini aku rasa esok aku tak nak kacau hidup orang lagi supaya aku tak kan menyesal pasal semalam lagi.

merepek itu memang kerja aku.

Saturday, November 7, 2009

elmo dan zoe.


nama saya elmi. dan saya punyai ramai kawan baik. dan hari ini saya dapat kawan baik baru. nama dia zooey.

see the connection ?

elmi = elmo
zoeey = zoe

nampak ?

kejap. zoe ooo zoe. you dah ready ke nak jadi bestfriend sama elmo ni ? nanti suatu hari nanti , bila elmo buat perangai , dia akan senang lenang buat perangai dan buang kawan sesuka hati. dah ready ke zoe ?

ah peduli apa , asalkan zoe belanja tengok wayang. yeah ! :)

Friday, November 6, 2009

drum cover [part one]

video

okey , aku tak ada kerja. aku ternyata rindu pada drum ni. maka aku pon saja lah buat video ni. sebab dah memang hobi aku nak buat video , so memang macam macam video lah yang aku nak buat kan ? HAHA

so memang diakui , tempo terabur. main tak clean. bunyi kick tak dengar. bunyi bising. dan memang jaoh langit dan bumi antara aku dengan Am. fuh fuh.

2 bulan lagi , aku nak jadi sehebat Am. chaiyok Elmi !!

televisyen dan rasionalnya

beberapa hari tiada internet , serius mati akal. selepas membaca nota nota dengan penuh kusyhuk tanpa gangguan si networking bernama facebook itu , otak perlu berehat.

bila mana setelah tiada internet , barulah terpinga pinga nak mengenali sebuah kotak kecil yang diberi nama televisyen. kagum aku melihat kotak itu. boleh bercakap. boleh menyampaikan berita. boleh juga menyanyi. juga boleh membuat orang menangis. aku kagum.

mahu ditambah garam kedalam cerita ini , kotak televisyen dirumah aku tiada kotak leper yang bernama astro. dimana kotak leper ini mempunyai kelebihan tersendiri dimana ianya mempunyai puluhan saluran. tidak bosan sesiapa yang memilikinya. serius.

sudah cukup masin cerita ini , aku yang baru mengenali kotak televisyen ini hanya mampu menonton celoteh celoteh di tv1 dan tv2 yang mana aku rasa warnanya agak terlalu kontras. kalau anda faham maksud aku , anda memang seorang penonton media prima yang tegar.

aku juga berpeluang menonton saluran yang lebih terang dan lebih canggih bunyi bunyiannya seperti tv3 , ntv7 , 8tv dan juga tv9.

setelah itu baru aku sedar. betapa hebatnya upin dan ipin. betapa cerianya pushing daisies. betapa bodohnya the reaper. dan betapa bakunya bahasa berita.

paling menambat hati aku adalah iklan. selain iklan yang paling panas pada ketika ini yakni iklan potong , aku lebih tertarik kepada iklan budi bahasa budaya kita. iklan yang mana menunjukkan mengenai surat khabar itu. betapa pentingnya budi bahasa , bukan ? kalau tidak , kenapa begitu banyak iklan tersebut diulangkan. sama pentingnya dengan internet iaitu iklan potong P1 wimax. tanpa internet , budi bahasa akan hilang. macam itu ke ?

pesanan ini dibawakan khas oleh kementerian internet. :)

masih di cyber cafe di petaling street
5:26 pagi
mamat sebelah ini kelihatan sudah membunuh banyak dalam dota. tahniah.

brightest star

brightest star

you are my angel ,
saving me from my worst nightmares.

you are my princess ,
keeping me company in my fairytales dreams.

you are my queen ,
keeping me out from stupid mistakes.

you are my soulmates ,
taking care of me when i'm down.

you are my love ,
loving me because of me myself.


my english is sucks. who cares ?

go green !!

seperti diketahui ramai , aku seorang yang tidak makan sayur. satu jenis sayur pon aku tak makan. nak kunyah pon geli. kecuali sea weed.

"kenapa ?" , tanya mereka.

dulu jawapan aku agak sangat lame. jawapan sangat tidak matang , sangat tidak logik. jawapan aku berbunyi begini :
"sebab saya allergic pada sayur. kalau makan , gatal gatal."

kau orang rasa , siapa percaya jawapan aku tu ? nobody kot. haha

hari tu cik afie zin tanya :
"kenapa you tak makan sayur ?"

aku yang bajet nak bagi jawapan yang logik tapi tak berapa nak jadi terus jawab :
"saya seorang yang mencintai alam sekitar. you bayangkan atas muka bumi ni ada berapa bilion manusia ? kalau semua makan sayur , habislah tumbuhan atas muka bumi ni. nanti macam mana anak cucu kita nak hidup ? tak ada oksigen. GO GREEN !"

sumpah jawapan tu pon tak logik jugak. yang orang makan adalah sayur. bukan pokok , cik elmi oi. =)

masih di cyber cafe petaling street
5:03 pagi
dah ada orang masok main dota dekat pc sebelah

rindu.

aku sangap.

sebab dah berapa zaman [padahal berapa hari je] tak dapat nak online. ada baiknya. sebab aku rasa aku tak ada lah nak addicted sangat sama itu benda networking nama facebook tu.

tapi dah lama tak online ni , ingat senyap lah dunia. tapi humang aih. lagi macam macam jadi. ada pasal blog tadika la. ada pasal babi la. ada pasal gossip girl la. ada pasal macam macam lah. yang paling best entry dalam blog lubby yang ditulis shy. gila romantis.

eh tak , yang paling best bila gadis idaman masa sekolah rendah dulu inbox aku dekat facebook. dia cakap aku dah lain sekarang. gila ! dia ingat aku. padahal masa sekolah dulu sumpah aku tak pernah berani nak tegur dia. haha *suka suka*

oh aku dapat tau dari seseorang , aku tak henti lagi dikutuk diherdik sedangkan aku dah senyap , aku dah diam. aku tak nak benda jadi worse , tapi aku masih lagi dihentam. tak apa. biarkan. dan aku dapat tau dorang masih lagi melawat blog aku ni. oh how sweet of you guys.

u know u love me
xoxo (:

cyber cafe petaling street
4:56 pagi
seorang diri

Sunday, November 1, 2009

hello november !

AAR for me was sucks. because of the sounds. and because of the beyonce-song-ad. DAMN!!

met Amirah and her brothers. met Amy and Pjoe. met Sid. met Jazlan. met Elena and Golin. bumped with bestfriend-now-enemy Wany , but i guess she doesn't noticed me. had a good-not-great time with Alef. missing Afie. and enjoying One Buck Short featuring Liyana Fizi.

Liverpool lost once again. what a boooo. i've got messages from MU fans right after the game. nice.

just arrived Penang. tired. tomorrow is my first paper. calculus. going to study with extra adrenaline today. i'm going for A for this paper. wish me a good luck , guys. *winks*

the only good thing happened yesterday was when Pjoe told me that CCE have a chance to appear on Utopia magazine in the future. he will try to put us on the magazine. another great opportunity for CCE to be known all over Malaysia. this is my works. i have been doing all this by my own. alone ! i repeat , ALONE.

please people , give me credit. not other person.

p/s : have to go on diet starting today. many people said that i'm chubby right now. what the &*^% ? oh yelah. bahagia. hahaha eh kenapa speaking london ni ? dah la grammar terabur. hahaahahaha saja suka suka. wuwu