second blog

Saturday, November 28, 2009

obsesi aku dengan HUJAN.



ya. aku obses dengan Hujan. tak kesahlah orang nak kutuk apa , nak cakap apa. aku memang tak pernah tipu diri sendiri , aku obses dengan Hujan. ada orang pernah cakap aku jambu sebab obses dengan Hujan. ada orang cakap itu , ada orang cakap ini. tapi nak buat macam mana , aku dah obses.

aku ingat , dulu mula-mula , aku dengar lagu dorang dekat myspace saja. aku tak pernah pergi gig dorang. sebab masa itu aku ingat lagi ex aku seorang yang mengongkong habis-habisan. nak ikot kawan pergi gig pon tak boleh. jadi aku dengar saja. aku layan video di youtube. yang aku kenal masa itu cuma penyanyi berambut panjang yang aku pernah nampak masa dalam utopia , tapi mamat tu hoppers !! HAHA

tahan punya tahan , sampailah satu hari , aku pergi 8TV Rocking Concert. masa tu , sumpah first time tengok Hujan perform depan mata. masa tu gila lame rasanya. sebab orang lain dah selalu layan , aku baru first time. tak apa. tak kesah.
dua minggu lepas itu , Hujan datang Penang. Check Check Rock Rock Tour. masa itu aku gagahkan diri merempit seorang diri merentas Selat Melaka menyeberangi jambatan Pulau Pinang. padahal tak ada lesen. buat bodoh saja aku redah. demi Hujan. masa itu aku ingat , aku ajak semua kawan-kawan yang aku kenal dekat UiTM Penang tu. sekor pon tak nak. siap aku kena bahan la sebab membazir duit la bagai. aku tutup telinga.
bila sampai , tu first time aku tengok Hujan perform depan mata dengan 20 lagu dorang main. masa tu gila penuh. tanya Ceghap , tanya Taty , tanya Dahlia. dorang ada masa itu. tempat boleh masok 100 orang , dorang sumbat 300 orang. tapi puas hati.

seminggu lepas tu , aku balik KL. sebab nak pergi tengok dorang perform dekat Pavi pulak. masa itu first time tegur mamat hoppers tu , Noh. tegur pon sebab Ayu nak bergambar dengan dia.
lepas tu aku makin obses dengan Hujan.
sampai satu hari , aku jadi makin rapat. keluar tengok wayang dengan Noh. lepak bilik AG rekod teaser album Mencari Konklusi. makan roti bakar dengan Am. pergi meeting dengan Dimas. pejam celik pejam celik , aku dah in the team. apa apa email berkenaan Hujan , aku dapat. pasal merchandise , pasal show , pasal press.
then tiba masa aku kena organise gathering untuk Raingers. masa tu lagi tambah rapat. lepas tu , pergi Indonesia. lagi tambah rapat. tidur dekat rumah Dimas. semua dalam rumah , band member Hujan plus manager plus assistant manager plus crew. dan aku , official photographer. tup tup , dapat jadi extra dalam video clip paling gempak dorang , Mencari Konklusi.
lepas tu aku terus slow. dah tak rapat.

aku anggap diri aku macam penyambung Raingers second year dengan Raingers third year. first year ada kak fynn , akim , fad , eone , kareem , dewi , nana , leeya , min dan lain lain. Raingers second year ada amy , jijul , ad , ezza , sid dan lain lain. penyambung first year dengan second year , ceghap. sebab dia buat hujan.org. dan aku jaga hujan.org lepas tu , tu sebab aku jadi penyambung. kot. tu yang aku organise gathering tu. kan ? haha merepek.
tapi , minggu lepas , bila aku berdiri depan stage , bila lampu dah kelip kelip , bila drum dah bunyi , aku terpegun kejap. macam tak percaya apa yang aku nampak. gilalah Hujan dah ada konsert sendiri. ada lightman sendiri. ada soundman sendiri. semua sendiri. ingat lagi masa dimas cakap dekat aku dulu , nak ada konsert yang pakai tenaga kerja sendiri semuanya , macam Changcut. tup tup , hamek kau !! terlaksana impian dorang.
dan aku salah satu saksi kejayaan dorang.

4 comments:

Dahlia said...

ye ye! check2 rock2 tour kat penang mmg gila gila penuh!!! :) tapi terbaik la!

wawan said...

keciwa xp kL live hari tu sb my bf xnak p..dia kata dah p hari tu nak p bt apa lagi!!!!

betui wey..penang check² rOck² tOur memg tbaek!awat xnampak hg pun masa tu?hehehe

Nurul Aimi said...

kesusahan dulu2 mmg terbayar balik!

CONGRATS HUJAN!

:D

Azizulhakim said...

yeah, sokong hujan selagi boleh sokong =)