second blog

Monday, November 9, 2009

nogori sombilan monang la poik !

entry ni bukan untuk bermegah. tapi saja nak cerita dekat siapa siapa yang baca. sabtu malam hari tu , aku dengan lihin , fendy , zai serta 5 orang kawan lihin , pergi ke bukit jalil untuk menonton perlawanan bola sepak di antara Negeri Sembilan dan Kelantan. perlawanan akhir piala malaysia.

walaupon dari mula aku tau akibat serta risiko kalau pergi game yang membabitkan kelantan , aku redah juga. sebab teruja punya pasal dan sebab memang dah lama sangat dah aku tak pergi stadium tengok bola. sangap.

kali terakhir aku menonton perlawanan bola sepak di stadium adalah masa negeri sembilan lawan telekom malaysia. ke masa malaysia lawan indonesia. eh tak , masa selangor lawan mppj. eh eh betul la masa perlawanan negeri sembilan lawan telekom tu. masa tu tiket free. kerajaan negeri sembilan belanja. sebab negeri sembilan menang liga. tu lah last. masa tu pergi dengan fendy dengan alep. masa tu negeri sembilan menang , eh monang bosar , 5-1. haha

berbalik ke cerita pasal sabtu lepas. sampai sampai saja di stadium , hujan lebat. parking untuk penyokong negeri sembilan adalah dekat dekat dengan astro. lepas itu kena menapak ke stadium. jalan untuk menapak adalah jalan tanah merah. aku ulang , keadaan masa itu , hujan lebat. hujan lebat dengan tanah merah jadi apa ? ya bagos , lumpur. sedangkan penyokong kelantan dapat parking di zon perkarangan stadium. adil ? mungkin.

sampai saja di perkarangan stadium , fuhhh. lautan merah. tak nampak kuning pon. memang azab betul kalau cari pasal ni. kami buat bodoh saja. tapi bila melintasi penyokong kelantan ni , memang kena bahan. sebab bilangan kami sedikit masa itu. siap kena baling botol. memang haram jadah.

kena menapak lagi untuk sampai di markas negeri sembilan. untuk pengetahuan , tiket yang dijual untuk penyokong kelantan adalah 65000 keping. dan negeri sembilan hanya 25000. adil ? mungkin.

pintu penyokong kelantan ada banyak. pintu penyokong negeri sembilan ada satu. perlu direbut untuk masok. pintu penyokong kelantan , tak perlu menapak jaoh. pintu penyokong negeri sembilan perlu jalan keliling stadium baru jumpa. adil ? mungkin.

tapi ada rasionalnya. kalau penyokong kelantan yang duduk dibahagian stadium yang mana penyokong negeri sembilan yang duduk , aku rasa ahli pancaragam polis , budak budak ball boy , ahli bomba , pasukan paramedik yang duduk bawah tu , mesti dah kena baling mercun , baling botol dah sebagainya.

aku nak pendekkan cerita. selepas habis game , memang satu yang aku nampak pasal penyokong kelantan ni , dorang sama macam penyokong indonesia. ya aku tau , tak semua yang buat perangai. nila setitik rosak susu sebelanga. tapi kenapa perlu baling objek keras ke arah ahli bomba yang sedang berusaha memadam kerusi yang terbakar akibat perbuatan korang sendiri ? tak tak , kenapa perlu bakar kerusi tu ? dan kenapa perlu ada bendera politik sedangkan kita nak tengok orang tendang bola , bukan orang bagi talk nak pancing undi. duhhhh !

dah dah , aku malas nak cerita lagi. pintu luar stadium pon dorang jatuhkan sebab nak masok awal. bumbung stadium koyak sebab main mercun. kerusi hangus terbakar. haish. cukup cukup la tu wei. main bola je pon. bukan nak buat apa sampai nak merusuh. mentaliti tu cuba elokkan sikit. nama orang kelantan. orang kuat agama. tapi buat perangai macam tu tak best la orang pandang. kan ?

1 comment: