second blog

Sunday, May 31, 2009

hilang.

aku hilang 5 hari bermula esok pagi jam 6.30 pagi. aku ke Sydney dan Brisbane , Australia. doakan aku selamat pergi dan selamat pulang. tujuan kesana adalah untuk berphotogedik semata. gila kan ?

banyak kerja menanti aku sebaik pulang dari bercuti. CAMNI CAP EHH episod 'Pelancaran Video Klip Pesawat' serta episod 'Bintang Jatuh '09 : Tiga Venus' yang baru saja selesai tadi petang. harap bersabar untuk menantikan video-video tersebut.

tak lupa juga Gathering Raingers bersama Hujan yang akan berlangsung 21 Jun nanti. aku sebagai ketua program , pasti banyak kerja. chaiyok chaiyok elmo !

ahhh , aku mahu bercuti. jangan ganggu fikiran aku. balik baru start busy balik. :D

p/s : aku rasa episod CAMNI CAP EHH - Bintang Jatuh '09 : Tiga Venus , adalah episod paling lengkap sekali. :D

Saturday, May 30, 2009

aku dah tidak tahan.

cerita dia macam ini , pasal trip Bulan Community ke Pangkor.

awal bulan Mei , ramai yang dah cancel , tak jadi nak ikot pergi. sebab tiada duit dan juga akibat tiada sambutan. aku , sebagai antara orang besar Bulan Community , cakap dekat seseorang yang nama dirahsiakan , akibat takot dia malu besar , cancel saja event itu. dia degil. dia nak teruskan juga walaupun dia berdua saja yang pergi dengan Aiman. dia cakap begitu. aku dengan budak lain semua lepas tangan lah , cakap suka hati dia.

bila tiba 2-3 hari sebelum trip , selepas ada yang dah bayar , dia cancel event. dan selepas itu , macam biasa , ramai yang minta duit balik. memang patot dapat duit balik pon kan ?

tapi masalahnya , si polan tu tak reply sms orang-orang tersebut , dan tak angkat phone. lebih memalukan Bulan Community lagi , dia off phone. maka , ada diantara orang-orang yang dah bayar itu cari aku. sms aku , message aku dekat facebook dan sebagainya. aku naik tensi , bila tiap-tiap hari orang cari aku , bukan cari si polan.

aku bingung !

takkan aku pulak nak ganti rm750 duit tiga orang itu ? aku dah suruh cancel event kot ? mana hilang duit itu ? mana hilang si polan itu ?

itu sebab Bulan Community kena bangun balik. sebab benda ini la. Bulan Clothing pon jadi masalah sama dimana , ada yang suruh print baju , tapi kerja tak jalan. dan ada yang dah bayar , tapi kerja masih tak jalan. aku kesal. ada juga menurut kawan-kawan aku yang lain , duit Bulan Clothing pada si polan. dan jumlahnya bukan sedikit.

takkan aku kena bertanggungjawab terhadap kesalahan orang lain ?

oh ya , kalau korang perasan , selepas kes ini , aku tukar password Bulan Clothing dengan Bulan Communty. lepas benda ini jadi panas saja , si polan sudah tidak update blog. mana dia hilang ? fikir sendiri lah.

p/s : ini cerita pihak aku. seperti biasa , jangan dengar cerita sebelah pihak saja. tidak adil.

Wednesday, May 27, 2009

persoalan demi persoalan.

aku ada beberapa soalan yang ingin diajukan. siapa-siapa rasa nak jawab , silakan jawab.

1) bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk mengambil perhatian seorang gadis ?
2 ) bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk menegur seorang gadis HOT dalam myspace ?
3 ) bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk mengambil perhatian seorang gadis HOT dalam facebook yang pernah anda jumpa sekali dua ?
4 ) bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk add seseorang gadis HOT yang susah untuk approve orang dalam myspace atau facebook ?
5 ) bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk mengajar sesetengah gadis yang tak HOT tapi bajet HOT gila , siap tak nak layan orang ? [contoh : budak budak TANDAS eh JANDAS].
6 ) bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk meminta nombor phone gadis bila ternampak di shopping complex atau sebagainya ?
7 ) bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk mengatakan tidak pada seseorang ?
8 ) bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk membuat si dia jatuh cinta pada kita ?
9 ) bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk membuat kita membenci si dia agar kita dapat melupakan dia ?
10 ) bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk menerima atau memberi cinta pada orang yang kita tidak mahu ?

aku perlukan jawapan. dan aku pasti , ada juga yang memerlukan jawapan. terima kasih kerana bagi respon.

Monday, May 25, 2009

Bulan Baru !


Bulan Community dan Bulan Clothing kini berwajah baru. kerana tiada lagi diktator didalamnya. kami kini bebas menjana sesuatu dengan kerjasama berpasukan. bukan lagi dibawah arahan atau ditunjuk ajar atau dipaksa mengikut kehendak seseorang atau sesiapa.

admin Bulan Community adalah orang-orang kuat Bulan Clothing. mereka adalah seperti gambar yang diatas. [atas dari kiri : Elmi , Shy dan Muaz. bawah dari kanan : Lihin , Nadjmee dan Moja. serta tiga orang yang tidak dapat hadir ke majlis photoshoot : Aiman , Hasrul dan Scha].

majulah kehadapan Bulan Clothing dan Bulan Community ! jangan pandang belakang lagi. lupakan kisah silam yang parah lagi menyakitkan. kita buka buku baru. semoga sukses dan semoga kaya. HAHA !

kepada makhluk bulan yang lain , teruskan menyokong kami. banyak lagi yang menanti anda ! dan jangan berurusan lagi dengan pihak yang sudah ditendang keluar. PEACE !

25 Mei setahun lepas.

hari ini 25 Mei 2009. mungkin ramai yang tak ingat apa jadi setahun yang lepas.

tapi aku ingat.

25 Mei 2008. *flashback*

hari Vain's Hot Stage. pasti ada yang akan 'aah laaaaaa !'. aku pasti ! haha hebat kan aku ingat tarikh? kan kan?

apa yang jadi masa ini? yeahh. masa gig ini lah detik pertemuan aku dengan Ad. bila dah jumpa Ad , aku dipeluk Amy dengan secara tak sengaja dalam gig hari itu. masa itu first time aku jumpa Jeju , Ezza dengan Nulu jugak. kalau tak silap , masa itu ada Hanis dengan Ijol. Sid pon ada. Zymn ada tak? aku tak pasti. tapi masa itu aku tak tegor mereka ini pon. aku tegur Ad saja.

malam itu , terus kucar-kacir cari myspace budak perempuan yang peluk aku dalam gig tadi , iaitu si gadis myspace berambut panjang bermata sepet muka macam chinese iaitu Amy.

siapa kata pergi gig tak ada faedah? aku pergi gig , aku dapat kawan baru. kawan yang sampai hari ini masih kawan aku. antara kawan terbaik. susah nak dapat kawan macam dorang ini. sumpah tak menyesal aku pergi bayar rm18 untuk Vain's Hot Stage setahun yang lepas itu.

sayang korang wei Weng Crew. semoga kita kawan sampai bila-bila. hoyeah !



p/s : genap setahun jugak aku jadi Julians hari ini. hidup Julie Goes Overseas ! yeahhh !

Sunday, May 24, 2009

proud to be a RAINGERS !

tadi aku pergi ke konsert yang paling tak best , Rhythm Of Unity. siap kata event cancel last minute. stage siap setengah jam nak start konsert. start 5 jam setengah lambat. band tak jadi perform. crowd rempuh masok tak ada tiket. membazir rm55 saya. haihh.

tapi disebalik organiser konsert yang macam haram. aku gembira. sebab layanan HUJAN terhadap fans memang terbaik. dorang tidak akan buat korang kecewa. dari ahli band , krew teknikal , photographer , crew , kawan-kawan band dan manager ,  semua gila best. mereka ini akan buat korang lupa tentang konsert haram tadi tu.

pendek kata , aku proud gila jadi RAINGERS. aku dapat rasa yang sekarang aku dah part of the family.

kongsi air dengan Noh. lepak moshing dengan Am , Jay , Epain , Kudut , Mutter. celebrate birthday Nana backstage. Noh suap makan nasi dengan ayam. membahan Ully tak dapat cari tempat kunci kereta Epain. Yulius malu-malu kucing sebab tak pernah jumpa sebelum ini. aku masih malu sama AG. Am geram sebab aku panggil dia Am D-va. Dimas belanja burger. dapat bertegur sapa dengan Fad. fuh !

aku rasa HUJAN memang sebahagian dari hidup aku sekarang. tanpa HUJAN , mungkin sedikit kosong jiwa raga yang memang kosong ini. :D

THANKS HUJAN !! [nanti upload gambar]

p/s : akhirnya tee HUJAN menjadi milikku.

Saturday, May 23, 2009

obsesi.

bila aku busan , aku suka mengekspresikan kebusanan aku dengan buat benda-benda yang aku rasa macam cool tapi mungkin pada mata orang , benda bodoh. peduli kata orang , yang penting happy !

semalam pagi aku terbaca pasal pass untuk ke launch party video clip band Pesawat. mereka buat dekat KLIA. hari selasa. Bunkface pon ada turut serta.

mereka nak bagi pass free. tapi kena bikin video lagu Mirage sekreatif mungkin. jadi aku sahut cabaran. ini hasilnya.



terima kasih kepada Shy dan Lihin kerana sanggop berpanas dengan aku. terima kasih Abah sebab bagi pinjam kamera. sekarang tunggu keputusan okey?

p/s : 'anda berada di kawasan larangan , sila beredar secepat mungkin' HAHA wtf??

Thursday, May 21, 2009

benci.

hari ini aku rasa macam nak menghentam , atau aku rasa lebih sesuai , membahan seseorang. kalau korang rasa aku tak patot buat macam ini , korang jangan baca. okay?

tadi aku pinjam online facebook Umi kejap. saja hati tiba-tiba nak spy profile bekas kekasih nombor 22. untuk pengetahuan , aku dah delete dia dari friend list aku sejak adik , balak dengan mak dia cari gadoh dengan aku akhir tahun lepas.

bila sudah berada didalam profile si nombor 22 , aku terbaca status dia yang minggu lepas. lebih kurang berbunyi begini , 'dulu masa ambil result spm , cikgu tanya , 'tak nak sambong belajar?' , 'tak nak sambong degree?' , 'tak nak rasa graduasi?' , aku menjawab , 'tak apa , saya akan jadi pilot nanti'.'

bila aku baca , aku tidak tahu sama ada aku nak geram atau aku nak gelak atau aku nak pitam.

sebab?

masa dia ambil result spm dulu , dia masih dengan aku. menangis kot masa itu dia , meraung-raung juga lah dia tak dapat nak sambong belajar. sebab mak dia tak bagi. untuk pengetahuan semua , mak dia jenis yang mengongkong gila. dan kaki menghabiskan duit ayah tiri dia. jadi mak dia larang dia sambong belajar. menangis tak tentu hala , cakap dekat aku , semua kawan-kawan sambong belajar. dia seorang kena duduk rumah.

sekarang nak sombong , berlagak , takbur. oh tolonglah. kesian kawan-kawan dalam facebook kau itu kena tipu bulat-bulat. aku berdoa kau menerima balasan sebab kau takbur. kapal terbang kau terhempas ke. baru best kisah hidup kau. nanti aku buat biography untuk kau. aku tolong tulis , free of charge. boleh?

p/s : tiba-tiba aku rasa rindu sama sekolah.

Wednesday, May 20, 2009

mengejar matahari.

mengejar matahari , pada aku bermaksud , mengejar impian yang tidak akan aku dapat. sebab macam impossible kan nak kejar matahari kan kan kan? jadi , entry kali ini aku ingin kongsi 3 orang gadis idaman aku sejak zaman persekolahan aku. yang takkan aku dapat. seriously.


Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya.
lahir pada 10 Jun 1986. iaitu 2 tahun lebih tua dari aku yang muda ini. aku mula meminati dia sejak aku mula nampak dia di layar perak beberapa tahun dulu menerusi Gol & Gincu. tapi aku paling jatuh cinta dengan dia ialah bila aku tengok watak dia dalam filem Sepet.

aku suka perwatakan dia , sempoi , ceria , cool. aku paling suka ketika dia berambut panjang dahulu. tapi sekarang masih aku suka walau dia sedang berambut pendek. kalau dia masih botak , aku masih suka pada dia. macam natalie portman. wow !

tapi pada aku , dia sedikit sombong. sebab dia tak pernah approve aku dekat facebook. tambahan lagi , aku belum berkesempatan untuk bersua muka dengan dia lagi. teringin dari dulu lagi. tapi belum berkesempatan lagi. tapi mak ayah dia dah dalam friend list facebook aku. boleh usya mak ayah dia dulu kot. HAHA !


Liyana Jasmay.
lahir pada 28 Mac 1988. sama umur dengan aku. tapi sumpah , tahap kematangan pada aku , memang jaoh beza kot. sebab aku kan macam budak-budak sikit kan?

aku mula tahu pasal dia , sejak filem castello. tapi aku tak ambil peduli sangat masa tu. sebab filem itu tak best. pada aku la. aku mula betul minat gila dekat dia masa KAMI the series. sumpah aku jatuh cinta. tapi dia boleh dikategorikan sebagai berlagak jugak la. sebab tak approve aku kat facebook jugak.

dia ini kalau aku nak rapat , aku rasa boleh. sebab dia rapat dengan AG , Ully dan Dugong. macam boleh letak harapan je kalau nak jumpa. dari situ boleh mula mengorat kan? kan? in your dreams la elmi. dia dah ada Aizat kot. haram.


Joanna Renisa Mohd Sani.
lahir pada 17 Januari 1985. gadis idaman yang paling tua dan yang paling latest. tapi paling realistik. sebab dia dah memang dalam friend list facebook aku. dan aku rasa dia dah kenal aku. siap bagi nickname baru dekat aku , Elmo.

mula berjumpa pada bulan Mac yang lalu di MCPA. tapi masa itu sumpah aku tidak pernah dengar mengenai Joanna & Co lagi akibat tidak mendengar radio. tapi aku mula jatuh hati pada dia , akibat sifat peramah dia dalam facebook. tak pernah pula dia anggap aku ini macam peminat dia. dia layan macam aku ni kawan facebook. gila cool.

ada teringin macam nak ajak dia keluar sekali dua , tapi aku tahu aku ini siapa. jadi aku bantutkan keinginan aku itu. sekadar gurau-gurau dalam facebook boleh laa. aku kan penakot ! oh by the way , dia sudah single. damn rugi kalau melepas. :D

perasan tak? tiga-tiga gadis idaman aku punya nickname yang hampir sama. Nani , Nana dan Nana. kan?

Tuesday, May 19, 2009

besi sangkar dihatiku.

sejak akhir akhir ini , aku rasakan yang diri aku semakin baran. aku sendiri tidak tahu kenapa. sampaikan orang-orang terdekat aku juga perasan akan perubahan yang dialami diri aku ini.

aku perasan , aku mula tidak dapat tahan sabar sejak beberapa minggu sebelum final exam aku tempoh hari. ada saja benda yang aku mahu melenting. aku sendiri tidak tahu kenapa. aku rasa dalam aku tak sedar , aku ada saja macam marah menengking housemates aku.

bila selesai exam , aku pulang ke rumah , ada saja yang tak kena bagi aku. bila ayu suruh hantar ambil pergi tuisyen , aku melenting. mana taknya , pagi sabtu , pagi ahad dah suruh aku bangun. bila abah suruh install software dekat laptop dia , aku mula menengking. bila abah cakap pasal kerja , aku mula meninggikan suara.

bila kawan-kawan lambat siap untuk ke sesuatu majlis , aku meradang. bila kawan-kawan cancel untuk ke mana-mana last minute , aku mula bengis. bila ada yang sms mengenai benda-benda yang tak patot aku tau , aku geram.

kemarahan aku tidak lagi dapat aku kawal. mungkin kerana cuaca yang kebelakangan ini makin panas. atau mungkin iman didada aku yang makin menipis. seriously , sekarang jangan korang cari pasal atau buat silap dengan aku. kalau tidak , mungkin ada terjadi kes bunuh nanti. HAHA !

bila aku cuba ungkai satu persatu , kenapa aku jadi begini , aku dapat beberapa sebab. selain dai faktor cuaca yang panas , aku dapat rasakan yang aku stress dengan schedule hidup aku yang aku lalui ini. hari-hari benda yang sama. mungkin sebab dulu aku ada class , tapi sekarang sudah tidak ada. jadi aku rasa busan. menghadap game yang sama juga aku rasa busan. duduk melepak dekat tempat sama tiap-tiap malam juga membusankan.

lagi faktor adalah , kekosongan jiwa. kekosongan jiwa bermaksud , bukan tiada cinta. tapi jiwa kosong. semua lagu yang aku dengar pon aku rasakan busan. kerap kali aku menekan butang next. semua movie yang aku tonton pon tidak habis aku tonton. kosong. aku tidak tahu kenapa kosong.

bila melepak dengan kawan-kawan , jangan ingat aku dapat release tension. selalu aku akan melayang terbang. otak aku selalu jadi blur. aku jadi amat bingung. aku rasa aku perlukan satu penerajangan yang boleh buat aku appreciate hidup ini.

maafkan aku kalau aku termarah korang sejak akhir-akhir ini. aku cuba kembali dekatkan diri aku dengan tuhan selepas ini. aku akui , solat aku akhir ini makin kurang. akibat kelalaian hidup.

oh ya , kalau ada sesiapa yang masih berurusan dengan Bulan Clothing yang melibatkan wang , tolong hentikan. Bulan Clothing sedang rebranding. tukar management , tukar segalanya. malah password myspace Bulan Clothing pon aku terus tukar. bergolak sangat dah financial kami. salah siapa? salah aku. sebab terlalu percayakan orang.

p/s : tahniah kepada seorang kenalan yang bakal bertunang dengan gadis idaman. setelah bercerai dengan isteri baru sebulan lebih. :)

Sunday, May 17, 2009

romantik.

aku sedang dalam mood romantik. sedang ingin berbicara tentang cinta. entry-entry lepas , aku cakap aku tidak bersedia untuk bercinta. memang benar aku belum bersedia. tapi masa sudah makin suntuk. aku perlu pantas. lagi 3 tahun lebih , aku dah kena ke jinjang pelamin. atau sekurang-kurangnya bertunang.

memandangkan aku pada tika ini masih lagi belum berpunya , dan masih juga buntu , maka dengan ini aku officially mencari alternatif lain.

aku terfikir , aku ramai kawan , ramai kenalan. kenapa tidak aku cuba berkenal-kenalan dengan kawan-kawan kepada kawan-kawan aku. kan? mesti seronok kan? macam si Ika Shanaz , dia ada kawan baik , single lagi , apa lah salahnya kalau kenalkan dekat aku. mana tahu ada jodoh , dah banyak pahala kau dapat. kan? kan?

contoh lain , Jeju. dia ada adik , yang belajar dekat negara matahari terbit sana tu , boleh je kalau nak berkenalan. kan jeju kan? ada jodoh , aku jadi adik ipar kau. cool gila. hari-hari kita makan sundae.

cakap pasal adik , Amy pon ada adik. cantik boleh tahan. untung-untung , aku dengan Pjoe berbiras. boleh aku pau sikit followers blog dia. HAHA !

kalau nak ikotkan , ramai saja kawan-kawan aku yang boleh kenalkan aku dengan siapa-siapa. cuma dorang tak nak saja. ya lah , aku ni tak handsome nak kenalkan dekat kawan korang. kan? tak apa , aku tak ambil hati pon.

bila sudah jadi macam ini , aku teringat kira-kira sebulan lepas , si Paeh dapat pergi blind date dengan Carldeena hasil dari kerja gila adik Carldeena. adik dia buat promosi , 'siapa nak jadi abang ipar saya?'. cool gila. tak pasal-pasal Paeh dengan Zareena jumpa dan terus berkawan. sekurang-kurangnya dorang jadi kawan kalau tiada jodoh pon kan? bertambah kawan. kan kan?

aku pon terfikir nak buat macam itu juga. semalam aku dah memanjangkan hasrat aku kat Umi dengan Ayu. Umi dah promote aku kat facebook , Ayu dah promote aku dekat myspace. tapi tak laku. haram. damn.

apa kata , lepas ini , korang yang baca entry ini promote aku juga. aku tak boleh janji habuan , tapi aku boleh janji yang aku akan sentiasa doakan kesejahteraan hidup korang? amacam? deal? :D

mungkin aku nampak terdesak , tapi aku tak rasa aku terdesak. aku cuma nak hidup aku lebih colourful dengan adanya seseorang disisi. tambah manis kalau seseorang itu dikenalkan oleh seseorang yang aku kenal , dan dia kenal. macam ada hubung kait.

apa yang aku merepek pon aku tidak tahu. tapi yang penting , tajuk entry yang ini adalah nama salah satu lagu baru HUJAN. Romantik. oh aku makin obses dengan Hujan.

jangan lupa , promote saya !

Saturday, May 16, 2009

kamal , pasanglah kaset itu.


cerita bermula pabila Ceghap datang ke rumah. bila sudah tiada apa yang boleh dibuat dirumah , kami membuat keputusan untuk ke rumah AG. saja-saja jalan-jalan. lagipon kami belum pernah sampai lagi rumah dia.

sedang melepak , AG baru teringat yang Dimas suruh dia buat teaser lagu baru HUJAN untuk 2nd album. AG suruh Ully , aku dengan Ceghap masokkan suara buat drama dalam teaser tersebut.

sumpah kaku bila kena record depan AG wei ! gigil sudah aku pegang kertas skrip. HAHA ! itu yang plastic gila jadinya. 'kamal , pasanglah kaset itu'. sumpah kena gelak. kena bahan dengan Raingers satu Malaysia. tapi takpe , pengalaman mengajar.

selepas itu , kami bergerak ke studio AG yang sedang dalam proses nak siap. AG ajak Ully , Boboi dengan Dugong jamming. aku dengan Ceghap ikot join saja. gila best dapat tengok dorang jamming. tak macam atas stage , bila ada crowd , jadi nervous. ini tiada crowd ,  memang superb ahh ! CAMNI CAP EHH !!

tapi malang bagi aku , masa itu cable microphone tiada. aku cuma jerit-jerit saja bila dorang jamm  lagu yang aku tahu. kalau tidak , dah suruh Ceghap record video dah. :)

Thursday, May 14, 2009

belum lagi bersedia.

mari sini aku kongsi satu rahsia.

kenapa aku tidak punya girlfriend.

ini kerana masalah aku untuk menerima seseorang itu dengan seadanya. atau lebih dikenali sebagai cerewet dan juga memilih. sangat memilih. mungkin aku belum jumpa yang sesuai. belum jumpa yang mampu buat aku terpegun.

mungkin selalu aku merungut , aku sunyi , tiada girlfriend. tapi hakikatnya , aku sendiri belum rasa nak ada komitmen. memang aku akui , aku sangat jeles melihat kawan-kawan lain sudah punya kekasih hati. tapi hati aku masih belum mahu berpunya.

sejujurnya , kalau nak berpasangan , ada saja yang mahu. tapi aku belum bersedia mental dan fizikal. aku tidak mampu untuk membuat seorang gadis menangis lagi bila aku terpaksa memberitahu dia yang dia bukan untukku. jadi seeloknya aku tidak punya siapa yang istimewa dulu. bila dah jumpa yang punya WOW factor , baru aku cuba untuk menerima.

aku kan MEMILIH ! nak yang HOT saja. POYO la kau Elmi !

Tuesday, May 12, 2009

mencoba menjadi anak soleh.

assalamualaikum. entry hari ini aku ingin bercerita tentang plans aku yang tak jadi. sebab tanggungjawab yang aku rasa perlu lebih aku utamakan sebagai seorang anak lelaki , seorang anak sulung.

ibu aku sedang sarat mengandong 6 bulan. ayah aku tidak selalu berada dirumah. adik aku tidak boleh diharap , pemalas. adik kecil aku masih lagi kecil. jadi aku perlu step up. aku perlu lebih efisyen. tak boleh nak malas.

aku akan cuba perlahan-lahan bermula semalam untuk membasuh baju , mengemas rumah , menyidai kain dan lain-lain yang selama ini tak pernah aku buat akibat ego sebagai seorang lelaki. tetapi selepas ini aku cuba.

maknanya , selepas ini aku tidak boleh bangun lambat. paling lambat pon pukul 9.30 pagi. jadi aku tak boleh nak tidur lambat. paling lambat 3 pagi. lepas ini kalau nak keluar , kena lepas dah siap buat kerja-kerja rumah. itupun kalau Abah ada dekat rumah. takot apa-apa jadi dekat Umi. kalau keluar masa Abah tiada , kena keluar dekat-dekat saja.

jadi tiada Miri , tiada Kuching buat masa sekarang. maaf Ayesha , maaf Kara. next time okay? dan tiada juga perlawanan antara Liverpool dengan Singapura 27 Julai ini. tiada juga Indonesia Julai ini. perlu constant berada di rumah. menjadi anak berguna kepada ibu bapa.

doakan aku mampu melaksanakan tugas dengan secukup rasa tanggungjawab.

Sunday, May 10, 2009

ini hanya untukmu seorang.

kehadapan Umi ,

dikala anak-anak ibu-ibu lain sedang sibuk memikirkan cara untuk memberi hadiah pada ibu masing-masing esok. abang pula sedang sibuk memikirkan ayat-ayat manis untuk entry khas untuk Umi ini.

tiada hadiah mahal mahu pun hadiah murah untuk Umi tahun ini. anakmu ini sedang sengkek. sengkek yang teramat sehinggakan dalam akaun hanya ada rm50 sahaja untuk sampai ke hujung bulan.

tiada hadiah , tidak bermakna tidak sayang. kerana , melalui hadiah , ia tidak dapat membalas jasa Umi sebagai seorang ibu yang sanggop mengandungkan , melahirkan dan membesarkan abang.

sayang abang pada Umi hanya Tuhan saja yang tahu dalam dan telusnya. memang mungkin abang tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan perasaan sayang itu , sebab itu abang tidak pernah menunjukkan perasaan itu dihadapan Umi. sebab itu juga abang tiada kekasih agaknya.

Umi merupakan ibu terbaik. ini bukan hanya kata-kata yang hanya kata-kata. ini kata-kata jujur dari seorang anak yang pernah Umi kandungkan selama 9 bulan dulu itu. tidak ada seorang pun perempuan , gadis mahupun wanita yang mampu menandingi tempat Umi sebagai ibu kepada seorang anak lelaki bernama Mohd Zulhelmie Bin Zullifan ini.

walaupun suatu hari nanti , bila tiba masa dimana anakmu ini mempunyai seorang perempuan yang bergelar isteri , Umi tetap akan menjadi wanita pertama dalam hidup abang. sampai bila-bila. tiada galang ganti.

serba salah akibat tiada hadiah tahun ini , abang hanya mampu menabur janji sebagai ganti hadiah. abang tahu , abang bukanlah seorang anak yang sempurna. selalu menyusahkan Umi , menyakiti hati Umi , membazirkan duit Umi malah kadang-kadang terasa seolah abang pernah menderhaka kepada Umi.

jadi , mulai saat Umi baca entry ini , abang berjanji akan menjadi seorang anak yang lebih hebat dari sebelum-sebelum ini. nanti bila Umi bersalin , abang janji abang akan jaga adik itu dengan Umi dengan penuh dedikasi. abang juga akan menurut segala perintah dan kemahuan Umi tanpa sebarang jawapan 'ala' , 'adoi' atau 'malas'. tapi jawapan 'kejap lagi' tak boleh nak buang. abang juga berjanji untuk menjadi anak yang lebih soleh selepas ini. abang akan cuba sedaya-upaya untuk melengkapkan 5 solat sehari semalam itu. kerana sebelum ini selalunya tidak lengkap 5 solat itu.

cuma satu permintaan abang , tolong carikan calon bakal menantu. abang malas lah nak cari lagi. Umi tolong carikan. nanti tiba masa , bila dah cukup duit , terus kahwin. boleh? abang pon tahu , pilihan Umi semuanya bukan calang-calang. jadi , abang tidak kisah pon kalau Umi yang nak jodohkan abang dengan siapa-siapa. [kalau Umi nak cari akaun facebook mak Sharifah Amani , Umi search saja Fatimah Abu Bakar , mana tahu Umi nak berbesan dengan dia]

abang doakan Umi semoga dapat melahirkan Mohd Zulhezry itu dengan selamat. dan abang doakan Umi agar dapat Mohd Zulhelmie yang lebih hebat selepas ini. InsyaAllah.

abang sayang Umi. sangat-sangat.

Friday, May 8, 2009

good bye for good.


aku baru saja habis paper calculus sebentar tadi. itu paper last  aku semester ini. ini semester last aku. jadi , kesimpulannya , aku dah tiada exam lagi selepas ini dan ini juga bermakna aku sudah merdeka. merdeka dari jajahan UiTM Pulau Pinang yang tidak cool ini.

tapi sedang aku melangkah keluar dari kampus sebentar tadi , aku rasa semacam. satu perasaan yang tidak pernah aku jangka aku akan rasa. aku rasa sedih untuk meninggalkan kampus itu. tadi itulah kali terakhir aku menjejak kaki di kampus itu sebagai pelajar UiTM. aku rasa , mungkin selepas ini , aku tidak akan jejak lagi ke kampus yang telah memberi aku 1001 kenangan.

*sebak*

ya , aku memang menantikan saat ini. saat dimana aku tidak lagi perlu bangun pagi untuk ke kelas. saat aku mengecapi kemenangan menuntut kemerdekaan dengan menggenggam segulung diploma. saat dimana aku rasa aku bebas dari segala buku dan nota-nota serta assignments.

tapi aku harus tidak lupa dimana disini , di Pulau Pinang ini , sejak 3 tahun yang lepas , aku telah berjumpa dengan ramai , aku ulang , ramai sahabat yang hebat-hebat. walaupun aku akui , sahabat di Nilai juga tidak kurang hebatnya , tapi lain hebatnya dengan sahabat yang aku jumpa di Pulau Pinang ini. beza hebat mereka dengan hebat budak weng

di sini aku diketemukan dengan Tazo , Capyq , Afiq , Acap , Erie , Kapan , Hakim , Affe , Emon , Zaid , Syed , Eqbal serta Nabila dan juga Zuzu[sekadar menyebut beberapa nama]. tidak lupa Fadzreen , yang pada aku merupakan sahabat terbaik di Pulau Pinang ini. aku rasa mereka hebat , masing-masing mempunyai kehebatan yang tersendiri. aku bangga kerana aku diketemukan dengan mereka.

semalam aku ada cakap dengan Capyq dan Afiq , orang yang paling akan aku rindui di Pulau Pinang ini adalah Acap. entah lepas ini bila lagi dapat ketemu muka , bersua mata dengan dia lagi. InsyaAllah , kalau aku datang Penang nanti aku call kau.

disebalik sahabat yang hebat , aku juga punyai musuh yang tidak kurang hebatnya juga disini. semakin banyak karenah perangai yang aku boleh jumpa disini. Din , Paklah , Eina , Farhana , Shahrul dan Haziq[sekadar menyebut beberapa nama]. tanpa mereka-mereka ini , aku tidak mungkin menjadi lebih matang.

dikesempatan ini , aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua , maksud aku semua , yang terlibat sejak sehari sebelum aku mendaftar di UiTM sehinggalah ke hari ini. semua. terima kasih.

dengan ini , aku kini menjadi salah seorang ahli Alumni UiTM. haha

good bye Penang. and it's good bye for good. i'll never come back. [sedang poyo]

p/s : kalau aku ada repeat paper , tolong abaikan entry ini.

Wednesday, May 6, 2009

pengajaran.

tiga hari lepas , Tazo [klik sini] online ym dari bilik wad dia. dia cakap pada aku , bila dia masok ICU , banyak mengajar dia. sebab selalunya bila kita pergi majlis pengebumian , orang tu semua dah tiada nyawa. tapi dekat ICU , orang-orang yang sedang nazak ini semua bertarung nyawa , hanya untuk satu lagi peluang untuk hidup. untuk memeluk cium orang-orang yang tersayang. bertarung nyawa untuk semata-mata untuk berupaya mengatakan yang mereka sayang pada orang tersayang mereka. mungkin juga mereka bertarung nyawa kerana mungkin amalan hidup mereka belum cukup , belum sempurna.

Tazo cakap , keadaan itu banyak mengajar dia. untuk lebih menghargai hidup. hidup sememangnya singkat. kita tidak tahu , bila sampai ajal kita. mungkin esok , mungkin lusa , mungkin kejap lagi. jadi dia telah memberanikan diri dia untuk memberitahu seorang gadis yang memang dia suka sejak 3 tahun lepas , yang dia sukakan gadis itu.

aku sendiri terperanjat dengan keberanian Tazo. kerana sebelum ini , dia memang tidak mahu memberitahu si gadis itu kerana dia tidak berani. tapi , keberanian dia berbalas. si gadis menyambut baik pengakuan Tazo.

aku gembira untuk mereka. kerana mereka berdua adalah kawan aku. ingat lagi Raeezah? aku pernah buat entry khas untuk dia suatu ketika dahulu. [klik sini] dia lah gadis bertuah yang berjaya menambat hati lelaki semulia Tazo ini. aku harap korang berdua kekal bahagia sampai bila-bila. AMIN.

pada ketika aku dan Afyq berborak dengan Tazo di ym , aku dan Afyq terasa macam ingin masuk juga ICU kalau betul boleh berubah macam Tazo. HAHA !

kepada kawan-kawan yang hisap rokok 24 jam tanpa henti tu [korang tahu siapa korang] , kurang-kurangkan la hisap rokok tu ya? nanti kalau korang sakit , jangan cakap aku tak nasihat korang ya?

Penutup Entry
sila doakan kesihatan Tazo. dia masih didalam wad. tidak dapat ambil final semester ini dan mungkin perlu cuti semester depan. doakan kesejahteraan sahabat saya yang seorang ini please?

p/s : oh ya , hit blog aku kini sudah melepasi 10000. tahniah buat blog ini. satu lagi milestone.

Monday, May 4, 2009

bayangkan versi tiga.

malam ini aku ingin mengajak semua untuk berangan. ya , sekali lagi berangan. untuk pengetahuan semua yang sedang membaca , aku ini memang kuat berangan. nak nak kalau jumpa si Shy. lagi la bertambah best angan-angan kitorang. pernah terpacul dari mulut kitorang yang kitorang akan ada tugu CAMNI CAP EHH dekat tengah-tengah dataran merdeka. merepek bukan? itulah angan-angan.

jom kita berangan malam ini.

lokasi : rumah ibu bapa Elmi dekat Nilai.
masa : sekitar selepas Isya' 11 Disember 2012.
situasi : ramai sangat orang yang tengah kelam-kabut sebab esok hari bersanding Elmi.

huraian angan-angan.
rumah aku di ketika ini sedang sesak dengan sanak saudara , sahabat handai serta kenalan keluarga yang datang dari pelusuk negara. semua mereka sedang sibuk dengan kerja masing-masing. ada yang sedang memasukkan telur ke dalam tempatnya. ada yang sedang mengemas rumah. ada yang sedang test pelamin. ada yang tengah busy bergosip. ada yang tengah memasang khemah di luar. ada yang sedang menganjing aku sebab aku bakal dah tak boleh keluar sesuka hati lagi sebab nak kena jaga isteri selepas ini.

tapi yang pasti keadaan meriah. dan aku pula sedang sibuk menghabiskan sisa-sisa bujang aku dengan umi. sebab lepas dah beristeri , memang tak boleh nak manja dengan umi sangat la kan? manja masih manja , tapi kena kurangkan sikit.

apa yang bestnya pada ketika ini adalah dimana kawan-kawan aku semua kena buat kerja dengan banyak malam itu. disamping ada yang kelihatan sedang menjaga stamina kerana akan menghadapi hari yang panjang esok hari. sebab nak kena jadi rakyat kepada raja sehari iaitu aku.

Shy semestinya pilihan pertama untuk menjadi pengapit aku hari itu. walaupun aku tahu saham aku akan jatuh kalau dia jadi pengapit. tapi aku dah ada isteri kot kat sebelah , peduli kan saja. tapi kalau ditakdirkan Shy kahwin dulu sebelum aku , aku pilih Aiman. tapi Aiman confirm kahwin dulu dari aku. jadi aku pilih Moja.

manakala yang lain-lain , seperti Alip , Paeh , Asrul , Ceghap , Tazo , Capyq , Ayie , Muaz , Afyq serta Lihin , mereka ditugaskan untuk menjadi penanggah di hari berprestij tersebut. dan Miraj ditugaskan menjadi pelayan bar[section air]. Ad , SidPaan , Najmi dan Fendy pula bertindak sebagai pencuci pinggan mangkok. Ming tentu sudah kahwin , jadi dia perlu jadi bos kepada yang lain. Emon pula akan bertindak sebagai pengacara majlis untuk hari berprestij itu yang dimana Hujan datang perform akustik siap berduet dengan Kak Fynn. manakala Zymn menjadi photographer.

kepada para gadis , jangan harap korang terlepas. Jeju , Moo Moo , Mean , Lynn dengan Ayu serta Dada bertindak hebat sebagai pemberi bunga telur. di mana Amy , Wany , Ezza , Lubby , Scha serta Gee dikehendaki menjadi penyambut tetamu.

kawan-kawan yang aku tak sebut tu , aku anggap korang dah kahwin dulu dari aku. dan korang datang sebagai tetamu yang wajib merenjis aku.

sanak saudara aku semua , mereka cuma relaks saja. chill. tak perlu buat kerja. dan adik aku yang paling kecil , AG , dia akan jadi maskot pada hari itu. baru 3 tahun lebih dia masa itu.

Penutup.
puas berangan malam ini. tak selalu aku kongsi angan-angan aku dengan orang. korang kira bertuah dapat tahu angan-angan aku malam ini. kalau ada yang tak puas hati dengan kerja yang diberi , boleh minta tukar section. HAHA !

Saturday, May 2, 2009

tahniah HUJAN !

Hujan telah memenangi anugerah Lagu Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 16 yang bakal berlangsung esok menerusi lagu Bila Aku Sudah Tiada. aku harap aku antara yang terawal ucapkan TAHNIAH untuk dorang.

tidak menyesal aku sebab terus menyokong dorang ini dari dulu. walau jatuh bangun dorang , aku tetap sokong dorang. inilah hasilnya!! tolonglah diam pengkritik Hujan diluar sana. shhhhh!

p/s : dapat tahu awal , sebab anugerah ni dorang bagi awal. ROCK ON HUJAN !!



lepas itu dorang menang Best Rock Album la pulak kan? haihhh. bangga aku , sebab aku support HUJAN bukan baru lagi. tapi dari dulu. jadi , aku bukan RAINGERS celup yang bila dah hebat baru terhegeh nak mengaku RAINGERS okay?

Friday, May 1, 2009

meluat

aku nak bercerita tentang seseorang yang aku kenal. aku tak pernah anggap dia kawan sebab dia tak layak untuk jadi kawan. dia merupakan gf kepada fendy. maaf fendy , aku kutuk awek kau dekat sini.

awek fendy ini , dia marah betul dekat budak-budak bulan sebab kita cakap fendy tak nak lepak dengan kita sebab ada zek. dia cakap , fendy tak lepak dengan kita lagi sebab dia yang tak bagi. sebab ada zek. bukan fendy yang tak nak. korang rasa , ada tak patot dia halang fendy dari lepak dengan kita? aku kawan dengan fendy dah lama gila kot. lepas tu dia nak halang suka suka hati dia.

yang paling aku bengang , kenapa dia nak bengang sangat dengan si zek tu? zek rapat dengan fendy , masa dia dengan fendy putus kejap dulu. masa itu aku ingat lagi , dia yang ada balak lain. bodoh punya manusia.

seriously , aku tak ingin nak menghadap muka dia lagi wei. cukup la sekali aku jumpa dia dulu. kesian aku tengok fendy tu. dapat awek macam itu. fendy , kalau kau baca entry ini , jangan marah aku. marah awek kau. dia cuba nak jauhkan kita. aku dengan kau , kawan dah lama gila. kita tak pernah ada masalah. [klik sini nak tahu kisah aku dengan fendy]