second blog

Wednesday, May 6, 2009

pengajaran.

tiga hari lepas , Tazo [klik sini] online ym dari bilik wad dia. dia cakap pada aku , bila dia masok ICU , banyak mengajar dia. sebab selalunya bila kita pergi majlis pengebumian , orang tu semua dah tiada nyawa. tapi dekat ICU , orang-orang yang sedang nazak ini semua bertarung nyawa , hanya untuk satu lagi peluang untuk hidup. untuk memeluk cium orang-orang yang tersayang. bertarung nyawa untuk semata-mata untuk berupaya mengatakan yang mereka sayang pada orang tersayang mereka. mungkin juga mereka bertarung nyawa kerana mungkin amalan hidup mereka belum cukup , belum sempurna.

Tazo cakap , keadaan itu banyak mengajar dia. untuk lebih menghargai hidup. hidup sememangnya singkat. kita tidak tahu , bila sampai ajal kita. mungkin esok , mungkin lusa , mungkin kejap lagi. jadi dia telah memberanikan diri dia untuk memberitahu seorang gadis yang memang dia suka sejak 3 tahun lepas , yang dia sukakan gadis itu.

aku sendiri terperanjat dengan keberanian Tazo. kerana sebelum ini , dia memang tidak mahu memberitahu si gadis itu kerana dia tidak berani. tapi , keberanian dia berbalas. si gadis menyambut baik pengakuan Tazo.

aku gembira untuk mereka. kerana mereka berdua adalah kawan aku. ingat lagi Raeezah? aku pernah buat entry khas untuk dia suatu ketika dahulu. [klik sini] dia lah gadis bertuah yang berjaya menambat hati lelaki semulia Tazo ini. aku harap korang berdua kekal bahagia sampai bila-bila. AMIN.

pada ketika aku dan Afyq berborak dengan Tazo di ym , aku dan Afyq terasa macam ingin masuk juga ICU kalau betul boleh berubah macam Tazo. HAHA !

kepada kawan-kawan yang hisap rokok 24 jam tanpa henti tu [korang tahu siapa korang] , kurang-kurangkan la hisap rokok tu ya? nanti kalau korang sakit , jangan cakap aku tak nasihat korang ya?

Penutup Entry
sila doakan kesihatan Tazo. dia masih didalam wad. tidak dapat ambil final semester ini dan mungkin perlu cuti semester depan. doakan kesejahteraan sahabat saya yang seorang ini please?

p/s : oh ya , hit blog aku kini sudah melepasi 10000. tahniah buat blog ini. satu lagi milestone.

5 comments:

sHEmA_sHImoT:D said...

takziah utk tazo..aku yg membace ni trut merase peritnyer sakit die..aku doakn die akan sgera sembuh..amin..

Aurora Di Balik Awan said...

knp asek2 jiwang ni Elmi??
adoiiiii

paeh said...

hahaha...
hanya mmpu tergelak...

.amiey. said...

insap 5minit
uhuhuhu

tazo said...

wehhh aku ngan dia kawan jelaaaaaaaaaaaaaa