second blog

Tuesday, February 23, 2010

super senior


pejam celik , pejam celik , dah selesai pon cuti pertengahan semester kali ini. dah tengah semester dah katanya. padahal kelas aircraft structure belum pernah ada lagi pon. dah tengah semester. macam tak percaya. kan ?

aku nak ambil kesempatan ini untuk cerita serba sedikit pasal semester baru yang katanya kemungkinan besar yang terakhir bagi aku. oh ya , masih ada kemungkinan aku akan berganjak satu lagi semester ke hadapan. siapa tahu ? kalau masih banyak main , masih tidak sedar diri , aku akan menjenguk lagi ke uitm pulau pinang dihatiku tu ha.

semester ini aku dapat rasakan seolah seperti semester pertama aku. serius. setiap pagi aku langkahkan kaki aku di kampus , tiada seorang pon muka yang aku familiar. tiada. jumlah pelajar yang aku kenal , boleh dihitung dengan jari.

aku siap boleh senaraikan lagi aku rasa. antara yang masih ada dekat kampus ialah rashid , gulong , pali , kechek , sapuang , cip , syajar , didi , mansor dan zek. itu saja yang aku pernah nampak muka dekat kampus semester ni.

ada jugak budak junior yang aku kenal. tapi tak ramai pon. sebab aku seperti diketahui , agak anti-sosial orangnya. eh yeke ? budak junior pon aku boleh kira pakai jari. yang ada , annuar , kara , zuzu , hany , wawa dengan wany saja. fynaz dengan bella tengah praktikal pulak. haih. sikit tak kawan aku dekat kampus ? sikit kan ?

kalau dulu aku berasa sangat tensi jikalau setiap kali di kampus , aku terpaksa menegur siapa sahaja yang aku kenal. kerana tradisi untuk mengeratkan silaturahim antara pelajar amat sangat kuat antara kawan-kawan rapat aku.

tapi kini , aku terlampau selesa untuk berjalan merayau di kampus tanpa seorang pon yang mengenali aku. rasa macam dekat tempat asing pulak. sedih betul. hari-hari aku lost.

aku banyak cerita sedih nak kongsi. sebagai contoh , semester ni aku baru berpindah masok ke rumah baru. rakan serumah baru. dulu kenal sebab sekelas dan selalu main futsal sama-sama. tapi mereka semua dengan aku semacam belum nak betul-betul ngam. aku kerap makan tengahari seorang diri. aku kerap juga makan malam sendirian. serta pernah juga aku bersarapan tiada teman.

lagi selalu aku melepak seorang diri dekat laman siswa. langsong tiada kawan. duduk menangok seorang diri. kejam junior junior tak menegur aku. tak guna rasanya dapat pacak muka dalam tv dua kali , tapi tiada kawan.

dalam kelas pon sama. bila lecturer bagi assignment berkumpulan , aku perlu kena tunggu sampai ada kumpulan yang tak cukup orang , baru aku boleh join. kalau assignment berdua , aku kena tunggu sampai ada siapa-siapa yang seorang , baru aku digandingkan bersama.

sudahlah dengan jumlah kelas yang tak banyak semester ini. aku banyak habiskan masa aku dengan melepak dalam bilik. ni yang nak cerita pasal si rakan sebilik pulak ni. dia semester ni tak ada kelas , dia praktikal. jadi maknanya , hampir setiap hari dia akan keluar bekerja pada pukul 12 tengahari. dan pulang pada pukul 2 pagi kerana dia akan terus menolong kawan serumah aku buka kedai jual baju bundle. dan selalunya , waktu-waktu macam tu , aku sudah tidur. kerana kelas selalunya akan bermula pada pukul 8 pagi.

tapi si rakan sebilik ni , dia akan selalunya membuka lampu. membuka komputer. kalau tak main game , dia akan tengok movie. selalunya , dia tak akan tutup komputer tu kalau dia tertidur. dan dia lebih selesa tidur dengan lampu terbuka. dan aku selalunya memang tak akan boleh tidur. sampai adalah kes dua tiga kali aku pergi kelas dengan tidak tidur malam. mata agak merah. tapi adalah minum tongkat ali dulu sebelum ke kelas. dan lecturer terus melontar soalan , 'awak stoned ?'.

kadang memang tak masok satu apa pon yang lecturer bercakap didepan. itu sebab aku tak berani untuk janji yang aku akan habis belajar semester ini.

tapi aku jenis tak pernah putus asa. walau apa saja yang jadi terhadap aku , aku akan sentiasa berdiri menegakkan diri sendiri. aku dah biasa ditindas. aku dah biasa dibahan. aku dah biasa dihentam. aku dah lali dengan dugaan dunia. dan aku tak mungkin akan jatuh bila aku hanya sendiri di kampus semester ini.

tak kira apa jadi , aku akan berdiri teguh untuk mengenggam segulung diploma. aku akan menghabiskan apa yang aku mulakan empat tahun lepas.

bak kata restraint , UNTIL THE END !

Monday, February 22, 2010

jejo jejo.

hari ni , atas permintaan tuan punya badan , dia suruh aku tulis pasal dia. siapa tuan punya badan tu ? gf aku ke ? eh bukan bukan. dia kawan sekolah aku. tapi tak pernah sekelas pon. kelas sebelah-sebelah sejak dari tingkatan 2 sampai 5. dia cakap , kalau aku tulis pasal dia , dia nak belanja aku makan mahal-mahal bila dia dapat gaji nanti. aku terus setuju.

nama dia jehan. bukan jehan miskin tu. ni jehan kaya. sebab sekarang dia bergelar pramugari. air asia. selalunya , perempuan yang hot dan cantik saja yang layak jadi pramugari kan ? jadi jehan ni memang sah la kategori perempuan hot dan cantik. serta seksi. siapa setuju ?

jehan ni sejak aku kenal dia , dia ada satu sikap yang agak menyakitkan hati aku. dia selalu sangat merendah diri. sampai rendah sangatlah rasanya. sebab dia selalu ym aku , sms aku , wall aku cakap yang dia ni tak lawa. wtf la. korang sendiri tengok gambar dia atas ni , korang cakap dekat aku , dia ni lawa ke atau dia ni terlebih lawa ? hah !

aku akui , masa sekolah dulu , aku tidaklah rapat sangat dengan jehan ni. sebab aku rasa dia ni macam wayyy out of my league. aku ni handsome , cuma tak cukup handsome nak tawan hati si jehan ni. baik aku main jaoh-jaoh.

tapi hubungan kami macam mula berubah bila jehan kehilangan baba yang dia sayang sangat. sejak tu aku tiba-tiba jadi rapat dengan dia , dengan mama dia. sejak dari tu jugak yang aku mula sedar yang jehan ni sebenarnya banyak cerita pasal aku dekat mama dia. sampaikan masa pertama kali aku jumpa mama dia , mama dia banyak tahu pasal aku. aku jadi merah. segan tak tentu pasal. macam jumpa dengan bakal mak mertua. padahal.

sejak dari tu , aku ada jugak selalu datang jumpa jehan dekat rumah dia. bawak keluarga dia pergi kedai runcit sebagai contoh mydin. kadang-kadang bawak jehan pergi keluar jalan. tapi hubungan kita orang tetap sebagai kawan , dan tak pernah melebihi had sampai ke tahap yang lebih istimewa.

ada lah pernah sekali tu , masa tingkatan tiga , aku dengan dia macam dikenenkan oleh ida , yati dan lain-lain. tapi things didn't worked out really well. sebab aku terlampau takot dengan status keluarga jehan ni. yelah , duduk rumah banglo dalam pajam lake homes tu. gila kau ? aku nak makan tengahari pon fikir dua kali , ni nak jaga anak orang kaya ? [metafora] memang tak lah.

jadi sampai ke hari ni , aku macam buang perasaan yang bukan-bukan terhadap jehan ni jaoh-jaoh.

cuma ada masa sekali tu , aku kenalkan jehan dengan shy. masa tu jehan single. shy pon single. sebelum kenal shy , ym dengan aku bukan main lagi. aku baru on , dah terus buzz. selalu jugak sms dengan aku. siap kalau terjumpa dekat assalam bistro , mesti tegur aku dengan suara seksi dia.

tapi bila dah jumpa shy. perempuan mana yang tak angau kan ? ym dengan shy je memanjang. tak ada sikit pon buzz aku. sms aku ada. tapi cuma tanya , kenapa shy tak layan dia ? cis. aku memang tercabar. terserempak dengan aku dengan shy dekat assalam , panggil shy sorang je. aku sikit pon tak pandang. memang kecik hati aku.

tau tau tup tup sekarang , dah ada bf. dah jadi pramugari air asia. siap delete aku dekat facebook lagi dua kali. dia cakap facebook dia problem. dan aku percaya dia.

tapi tak tau lah. kalau dia single hari ini , confirm aku dah bawak dia lari pergi assalam sekarang ni ajak lepak minum minum. sebab ayat jehan yang sampai sekarang aku ingat , 'jom zul keluar , kita luah perasaan'.

tapi tak pernah pon dia luah perasaan dia dekat aku. sekeh mau ?

Sunday, February 21, 2010

lu ada otak , lu pikirlah sendiri !

hari ini aku first time nak review movie dekat blog aku ni. tak pernah rasanya aku review-review movie seumur hidup aku. kecuali masa aku tengok 500 days of summer dengan new moon haritu. itu pon bukan review sangat pon , cuma secara kasar saja.

kali ni aku nak cerita pasal cerita Lu Pikirlah Sendiri De Movie yang baru lepas aku tengok tadi tu.

mula-mula aku tertarik nak tengok cerita ni sebab dalam trailer dia , ada faizal tahir. walaupun aku tau pejal cuma buat cameo saja dalam cerita tu , tapi aku tetap nak sangat tengok satu babak dia tu dalam filem tu. jadi aku nekad pergi tengok. lagipon sebab ajun salah seorang crew. jadi apa salahnya nak tengok kan ? penat kot dia promote dekat facebook. heheh !

sebelum ni , ada dua tiga orang cakap dekat aku , cerita ni tak best. tapi aku tau yang dia orang ni sebenarnya mentaliti malaysia. tengok filem , sebab nak enjoy. bukan sebab nak memikir.

cerita tu banyak berkisar pasal nabil dan usaha dia untuk menaik tarafkan hidup keluarga dia. dan juga kesusahan dia nak cari duit untuk makan minum dia. bila tengok cerita macam ni , buat aku terfikir sendiri , aku ni cukup tak rasa bersyukur dalam diri aku ni.

si nabil ni berusaha tak kenal penat. nak cari duit punya pasal. ada sekali tu , adik dia cakap , malu pergi sekolah pakai kasut koyak. sanggop si nabil tu pergi cari kerja masa tu jugak nak beli kasut sekolah baru adik dia punya pasal. abang mithali sungguh. aku tau , tak ramai dah manusia yang bergelar abang yang berperangai seperti itu sekarang ni. lainlah kalau awek yang mengadu tak ada kasut nak bawak pergi majlis makan malam , masa tu jugak pergi korek duit tabung pergi beli. kan ?

lagi satu yang aku suka dalam cerita ni , bila si nabil rasa tensi gila kerja dekat pasar potong ayam. kalau nak tau , macam tu lah yang aku rasa bila kerja potong ikan bulan lepas. mandi sebotol sabun pon tak hilang bau. macam ada kena mengena dengan hidup aku. tak pasal.

cuma ada beberapa benda yang macam aku tak berkenan sikit dalam cerita ni. antaranya terlampau banyak sangat slow-mo. bila benda tu dah selalu sangat guna , effect dia terhadap penonton macam dah kurang rasanya. macam cerita sinetron bawang putih bawang merah dulu tu. selalu sangat fokus , orang jadi menyampah.

lepas tu , jalan cerita macam tak logik sikit. kenapa tiba-tiba meet uncle hussain yang pada mulanya hanya macam pemuzik jalanan yang duduk sibuk dekat mana nabil ada , tiba-tiba boleh jadi rockstar nak buat video clip ajak nabil ? kenapa dan dan bila nabil susah , baru dia orang nak ajak nabil join projek dia orang ?

dan , macam mana si nabil boleh tau rumah si puteri sarah liyana tu ? dan macam mana puteri sarah liyana tu tau nabil kerja dekat mana semua ? kalau pun dia tanya zizan tu , tapi at least , tunjuk la sikit. tak salah rasanya kot. dari biar penonton kelas ketiga berfikir yang tak logik kot.

lagi lagi , yang masa nabil jatuh dalam hujan tu , kenapa puteri sarah liyana tak nampak ? sedangkan kedudukan dia sangat dekat. lagipon , dia siap pusing arah nabil kot. memang tak patot betul dia tak nampak. dah la kejam gila. dan kenapa nabil tu suci sangat sampai perempuan tu dah tinggal dia dekat hulu mana entah , dia senang-senang maafkan perempuan tu ?

dan kenapalah amy search yang mula mula jadi pemandu lori bawak ayam tu boleh jadi amy search yang amy search tu ? mungkin babak akhir amy search tu ada mesej yang cuba disampaikan , tapi bila difikirkan , kalau betul amy search dulu seorang pemandu lori ayam , lagi terkesan kot. tapi sebab kita memang dah tau yang amy search tak pernah bawak lori ayam , jadi mesej yang cuba disampaikan tu , macam seolah tak cukup power. bagi aku lah. bagi kau orang , aku tak tau la.

dan bagi aku , babak paling annoying adalah masa lepas nabil pukul abang dia yang penagih tu. rasanya terlalu lama masa yang diambil untuk tunjuk yang masing-masing tengah tensi dengan keadaan. sampai rasanya buat penonton jadi rasa macam nak angkat punggung keluar panggung je rasanya.

lagi satu yang paling aku rasa janggal , poster. aku tak pernah tengok lu pikirlah sendiri yang dekat tv. jadi aku tak tau apa apa. bila tengok poster , gambar nabil dengan mila. ok dalam otak aku , nabil bercinta dengan mila. nama nabil sebelah nama mila. ok dalam otak aku , mila banyak babak. tapi tengok , mila muncul berapa banyak je pon. lepas tu mila rupanya adik nabil. kenapa tak letak puteri sarah dalam poster ? puteri sarah tak cukup cantik ke ? bayangkan cerita titanic , tapi poster gambar leonardo dengan kate tanpa kapal tu. mesti orang ingat titanic tu tajuk cerita pasal cinta yang besar gila. kan ?

dah , aku bukan reti sangat nak review review ni. cita-cita memang nak jadi pengarah filem. tapi belum ada ilmu pengetahuan lagi pasal filem filem ni. ilmu belum cukup , nak kritik orang. haha

tapi serius , lepas tengok cerita ni , aku mula rasa betul betul bersyukur jadi orang yang tak dilahirkan dalam keluarga yang sempit. aku tak dapat bayangkan hidup aku kalau aku itu nabil yang dalam cerita tu. sekarang hidup boleh tahan senang , tapi tak pandai langsong nak bersyukur. lagi demand ada. manusia. tapi sekurang-kurangnya target pembuat filem ini nak buat orang sedar , tercapai.

ada bakat tak aku nak kritik filem orang ? kalau ada , aku nak buat blog kritik filem je lepas ni. LOL

lu ada otak , lu pikirlah sendiri. gua tak nak pikirkan untuk lu.

p/s : aku suka gila ayat nabil , 'dekat dunia boleh la kau berlagak !'

Friday, February 12, 2010

mission err failed.

cubaan menarik perhatian gadis idaman , telah berjaya. dia telah memberi respon seperti didalam gambar yang tertera dibawah.


tapi itulah. kita tunggu saja apa yang bakal terjadi. adakah impian ultimate aku untuk berpacaran dengan LJ tercapai atau tidak , kita saksikan saja. aku sebenarnya tak taruh harapan sangat pon. kalau ada , ada lah. kalau tak ada , esok kita buat petition aku keluar date dengan demi lovato pulak. HAHAHAHA

i'm just kidding.

thanks weh kepada 11 orang [ayesha hanis , afiq , farhana , mansour , omar , lubby , hazirah , ninie , kelly , zatil dan brella] yang sudi buat LJ terpandang. lepas ni kalau nak aku tolong buat apa-apa , cakap saja. tak ada masalah. hari ini hari aku , esok hari mungkin hari kau orang pulak kan ?

terima kasih weh. i owe you one. ;)

petition for elmi.

tadi dalam tren masa on the way nak balik dari penang ke nilai , aku terfikir satu benda. satu benda yang mungkin akan dipandang selekeh dari sudut orang lain.

umum mengetahui bahawa aku seorang yang taksub kepada liyana jasmay. kan ? dari dulu , ciri wanita idaman aku adalah mirip seperti beliau. dari mula-mula menonton castello [padahal pada mulanya mahu menonton zain ruffedge berlakon] , aku terus terpikat kepada si gadis yang sama umurnya dengan aku.

ya , aku tau dia mungkin sudah berpunya.

dan apa yang aku mahu lakukan ini mungkin satu kerja yang sangat gila.

tapi aku tidak mahu satu hari nanti , aku akan menyesal gara-gara tidak pernah mencuba untuk mencuba.

dengan kecanggihan teknologi masa kini , aku dapat rasakan lebih mudah untuk aku merapati gadis idaman hati aku. tidak seperti zaman dimana ayah aku meminati sofia jane [mungkin] , memang susah untuk berhubung dengan gadis idaman.

tapi jikalau aku seorang yang cuba untuk merapati dia , agak mustahil. walaupun hakikatnya memang nana [panggilan manja liyana jasmay] mengenali aku , tapi memang diakui , ramai peminatnya. bukan aku seorang.

jadi mustahil kalau aku membuat status twitter yang ditujukan kepadanya , dan mengharapkan dia membalas. pernah dia balas sekali dua , tapi hanya bila masa dia betul-betul punya masa terluang.

pernah tak korang terfikir , kalau mungkin , 5-10 atau mungkin 15 orang yang menghantar pesanan twitter yang sama kepadanya , mesti ianya akan menarik perhatian beliau. betul ?

jadi hari ini , aku ingin merendahkan serendah-rendah maruah aku , untuk meminta tolong korang yang ada twitter , atau mungkin yang tak ada , sila ada-adakan , untuk copy dan paste ayat dibawah ini , dan silalah membantu merealisasikan impian aku untuk keluar berpacaran dengan liyana jasmay , walau hanya sekali.

@LiyanaJasmay , @elmielmo dari dulu teringin sangat untuk keluar date dengan awak. sudi tak awak bagi dia peluang sekali seumur hidup ? #eLJ

manalah tau , kalau kot-kot ada 10 orang kawan aku yang sanggop menolong aku , pasti dapat mengambil perhatian beliau. kalau ada rezeki , dapatlah aku merealisasikan impian aku.

terima kasih daun keladi. :)

yang ingin teramat mencuba nasib ,
elmi.

* #eLJ adalah cubaan untuk membuka trending topik baru di twitter. singkatan kepada elmi dan LJ. heheh

Tuesday, February 2, 2010

seorang diri.

agak ramai yang pernah bertanya , kenapa masih single ? dan aku langsung tak ketar kalau orang tanya aku soalan macam tu. selagi orang belum cop muka aku ni seorang yang gay sebab aku tak ada gf , aku masih mampu bertahan.

tapi kadang aku agak rimas dengan soalan yang sama. paling biasa ditanya , adalah masa terjumpa kawan-kawan lama. dan paling biasa dibahan , adalah masa lepak-lepak dengan kawan-kawan. tertekan aku dibuatnya.

aku mengaku , aku bukan jenis lelaki jambu yang mudah menggoda mata gadis.
aku bukan seorang yang berseni yang mampu membuat gadis cair dengan petikan gitar mahupun kelunakan suara.
aku bukan seorang yang berduit yang mampu membuat para gadis meleleh air mata gembira dapat beli-belah dengan penuh gaya.

tapi aku masih ada kualiti yang ramai kawan rapat tidak pernah perasan kerana mereka terlalu obses dengan diri masing-masing dan juga pasangan hidup masing-masing. maka dinampakkan aku sebagai seorang loser terhebat sepanjang zaman kerana tidak berpunya. dan terus dibahan aku sehingga aku rasa dia bukan kawan rapat aku pon. sampai begitu tahap tekanan aku.

tidak dinafikan , ada juga kawan aku yang tak pernah kesah kalau aku berpunya atau tidak. ada kawan aku yang siap berdoa di majlis hari jadinya untuk aku mendapat seseorang yang istimewa secepat mungkin. ada kawan yang sanggup suggest friend dekat facebook untuk dikenalkan dengan aku. ada juga kawan yang sanggup meminta nombor telefon untuk aku mulakan langkah mengorat.

bukan aku tak cuba. aku cuba. tapi bila sampai satu tahap perkenalan , aku boleh rasa yang dia bukan untuk aku , aku dah tak boleh buat apa. takkan aku nak paksa diri aku , kan ? terpaksa aku lupakan hasrat untuk mengenali lebih dalam.

takkan kau orang nak tengok aku ni dilabel oleh sesetengah pihak sebagai pemain perasaan orang lain atau sebagai perobek jiwa dan raga anak dara orang atau anak yang dah tak ada dara orang ?

aku pasti kau orang tidak mahu berkawan dengan seorang yang suka memainkan perasaan orang , kan ?

aku juga masih rasa serik dengan apa yang pernah berlaku terhadap diri aku. sakit ditinggalkan dulu masih terasa. sakit dipermainkan seketika dulu masih terluka. sakit dikikis harta masih terpendam.

jadi disinilah aku. masih seorang diri. bukan kerana aku tidak laku. tapi kerana aku sendiri tidak mahu. dan mungkin belum jumpa yang betul-betul sesuai untuk dijadikan teman hidup. aku tipu. aku dah jumpa , tapi aku tidak berani mencuba. kerana pengalaman mengajar.

aku seorang yang berfikiran jauh dan bukan sempit. aku tidak mahu ada sebuah hubungan yang tidak akan ada masa depan atau hubungan yang membuang masa dan harta. aku juga seorang yang percaya pada jodoh. jodoh ditangan Dia. aku pasti ada jodoh menanti aku dimana-mana. cuma aku belum nak jumpa saja lagi ni. tahan nafas sikit lagi , jumpa la tu agaknya.

aku mahukan hubungan yang kekal abadi. aku mahukan , liyana jasmay.

=)