tadi dalam tren masa on the way nak balik dari penang ke nilai , aku terfikir satu benda. satu benda yang mungkin akan dipandang selekeh dari sudut orang lain.
umum mengetahui bahawa aku seorang yang taksub kepada liyana jasmay. kan ? dari dulu , ciri wanita idaman aku adalah mirip seperti beliau. dari mula-mula menonton castello [padahal pada mulanya mahu menonton zain ruffedge berlakon] , aku terus terpikat kepada si gadis yang sama umurnya dengan aku.
ya , aku tau dia mungkin sudah berpunya.
dan apa yang aku mahu lakukan ini mungkin satu kerja yang sangat gila.
tapi aku tidak mahu satu hari nanti , aku akan menyesal gara-gara tidak pernah mencuba untuk mencuba.
dengan kecanggihan teknologi masa kini , aku dapat rasakan lebih mudah untuk aku merapati gadis idaman hati aku. tidak seperti zaman dimana ayah aku meminati sofia jane [mungkin] , memang susah untuk berhubung dengan gadis idaman.
tapi jikalau aku seorang yang cuba untuk merapati dia , agak mustahil. walaupun hakikatnya memang nana [panggilan manja liyana jasmay] mengenali aku , tapi memang diakui , ramai peminatnya. bukan aku seorang.
jadi mustahil kalau aku membuat status twitter yang ditujukan kepadanya , dan mengharapkan dia membalas. pernah dia balas sekali dua , tapi hanya bila masa dia betul-betul punya masa terluang.
pernah tak korang terfikir , kalau mungkin , 5-10 atau mungkin 15 orang yang menghantar pesanan twitter yang sama kepadanya , mesti ianya akan menarik perhatian beliau. betul ?
jadi hari ini , aku ingin merendahkan serendah-rendah maruah aku , untuk meminta tolong korang yang ada twitter , atau mungkin yang tak ada , sila ada-adakan , untuk copy dan paste ayat dibawah ini , dan silalah membantu merealisasikan impian aku untuk keluar berpacaran dengan liyana jasmay , walau hanya sekali.
@LiyanaJasmay , @elmielmo dari dulu teringin sangat untuk keluar date dengan awak. sudi tak awak bagi dia peluang sekali seumur hidup ? #eLJ
manalah tau , kalau kot-kot ada 10 orang kawan aku yang sanggop menolong aku , pasti dapat mengambil perhatian beliau. kalau ada rezeki , dapatlah aku merealisasikan impian aku.
terima kasih daun keladi. :)
yang ingin teramat mencuba nasib ,
elmi.
* #eLJ adalah cubaan untuk membuka trending topik baru di twitter. singkatan kepada elmi dan LJ. heheh
6 comments:
fuhh. nasib aku tkde twitter
ROFL. Liyana Jasmay? Tak boleh nafi kan lah mmg ramai gila org minat dia. Termasuk aku sekali. Kalau boleh nak sangat jumpa dia. Aku pernah marah mak aku, sebab tak bawak aku pergi shooting dgn dia. Dah lah mak aku berlakon dengan, cis!
Haaa, dan paling best nya. Akhir nya.. Aku jumpa jugak Liyana Jasmay.
Dan disini aku nak bagitahu Elmi, just get over it. Liyana Jasmay orang nya sombong nak mati.
Serious aku cakap ni.. Aku tak main-main.
Ayu takde twitter. Loser! Hahaha
Woah, peminat fanatic ni. Parahhhh haha
i tolong u lah elmi. haha.
okay Elmi :) I buat
Post a Comment