hari ini aku first time nak review movie dekat blog aku ni. tak pernah rasanya aku review-review movie seumur hidup aku. kecuali masa aku tengok 500 days of summer dengan new moon haritu. itu pon bukan review sangat pon , cuma secara kasar saja.
kali ni aku nak cerita pasal cerita Lu Pikirlah Sendiri De Movie yang baru lepas aku tengok tadi tu.
mula-mula aku tertarik nak tengok cerita ni sebab dalam trailer dia , ada faizal tahir. walaupun aku tau pejal cuma buat cameo saja dalam cerita tu , tapi aku tetap nak sangat tengok satu babak dia tu dalam filem tu. jadi aku nekad pergi tengok. lagipon sebab ajun salah seorang crew. jadi apa salahnya nak tengok kan ? penat kot dia promote dekat facebook. heheh !
sebelum ni , ada dua tiga orang cakap dekat aku , cerita ni tak best. tapi aku tau yang dia orang ni sebenarnya mentaliti malaysia. tengok filem , sebab nak enjoy. bukan sebab nak memikir.
cerita tu banyak berkisar pasal nabil dan usaha dia untuk menaik tarafkan hidup keluarga dia. dan juga kesusahan dia nak cari duit untuk makan minum dia. bila tengok cerita macam ni , buat aku terfikir sendiri , aku ni cukup tak rasa bersyukur dalam diri aku ni.
si nabil ni berusaha tak kenal penat. nak cari duit punya pasal. ada sekali tu , adik dia cakap , malu pergi sekolah pakai kasut koyak. sanggop si nabil tu pergi cari kerja masa tu jugak nak beli kasut sekolah baru adik dia punya pasal. abang mithali sungguh. aku tau , tak ramai dah manusia yang bergelar abang yang berperangai seperti itu sekarang ni. lainlah kalau awek yang mengadu tak ada kasut nak bawak pergi majlis makan malam , masa tu jugak pergi korek duit tabung pergi beli. kan ?
lagi satu yang aku suka dalam cerita ni , bila si nabil rasa tensi gila kerja dekat pasar potong ayam. kalau nak tau , macam tu lah yang aku rasa bila kerja potong ikan bulan lepas. mandi sebotol sabun pon tak hilang bau. macam ada kena mengena dengan hidup aku. tak pasal.
cuma ada beberapa benda yang macam aku tak berkenan sikit dalam cerita ni. antaranya terlampau banyak sangat slow-mo. bila benda tu dah selalu sangat guna , effect dia terhadap penonton macam dah kurang rasanya. macam cerita sinetron bawang putih bawang merah dulu tu. selalu sangat fokus , orang jadi menyampah.
lepas tu , jalan cerita macam tak logik sikit. kenapa tiba-tiba meet uncle hussain yang pada mulanya hanya macam pemuzik jalanan yang duduk sibuk dekat mana nabil ada , tiba-tiba boleh jadi rockstar nak buat video clip ajak nabil ? kenapa dan dan bila nabil susah , baru dia orang nak ajak nabil join projek dia orang ?
dan , macam mana si nabil boleh tau rumah si puteri sarah liyana tu ? dan macam mana puteri sarah liyana tu tau nabil kerja dekat mana semua ? kalau pun dia tanya zizan tu , tapi at least , tunjuk la sikit. tak salah rasanya kot. dari biar penonton kelas ketiga berfikir yang tak logik kot.
lagi lagi , yang masa nabil jatuh dalam hujan tu , kenapa puteri sarah liyana tak nampak ? sedangkan kedudukan dia sangat dekat. lagipon , dia siap pusing arah nabil kot. memang tak patot betul dia tak nampak. dah la kejam gila. dan kenapa nabil tu suci sangat sampai perempuan tu dah tinggal dia dekat hulu mana entah , dia senang-senang maafkan perempuan tu ?
dan kenapalah amy search yang mula mula jadi pemandu lori bawak ayam tu boleh jadi amy search yang amy search tu ? mungkin babak akhir amy search tu ada mesej yang cuba disampaikan , tapi bila difikirkan , kalau betul amy search dulu seorang pemandu lori ayam , lagi terkesan kot. tapi sebab kita memang dah tau yang amy search tak pernah bawak lori ayam , jadi mesej yang cuba disampaikan tu , macam seolah tak cukup power. bagi aku lah. bagi kau orang , aku tak tau la.
dan bagi aku , babak paling annoying adalah masa lepas nabil pukul abang dia yang penagih tu. rasanya terlalu lama masa yang diambil untuk tunjuk yang masing-masing tengah tensi dengan keadaan. sampai rasanya buat penonton jadi rasa macam nak angkat punggung keluar panggung je rasanya.
lagi satu yang paling aku rasa janggal , poster. aku tak pernah tengok lu pikirlah sendiri yang dekat tv. jadi aku tak tau apa apa. bila tengok poster , gambar nabil dengan mila. ok dalam otak aku , nabil bercinta dengan mila. nama nabil sebelah nama mila. ok dalam otak aku , mila banyak babak. tapi tengok , mila muncul berapa banyak je pon. lepas tu mila rupanya adik nabil. kenapa tak letak puteri sarah dalam poster ? puteri sarah tak cukup cantik ke ? bayangkan cerita titanic , tapi poster gambar leonardo dengan kate tanpa kapal tu. mesti orang ingat titanic tu tajuk cerita pasal cinta yang besar gila. kan ?
dah , aku bukan reti sangat nak review review ni. cita-cita memang nak jadi pengarah filem. tapi belum ada ilmu pengetahuan lagi pasal filem filem ni. ilmu belum cukup , nak kritik orang. haha
tapi serius , lepas tengok cerita ni , aku mula rasa betul betul bersyukur jadi orang yang tak dilahirkan dalam keluarga yang sempit. aku tak dapat bayangkan hidup aku kalau aku itu nabil yang dalam cerita tu. sekarang hidup boleh tahan senang , tapi tak pandai langsong nak bersyukur. lagi demand ada. manusia. tapi sekurang-kurangnya target pembuat filem ini nak buat orang sedar , tercapai.
ada bakat tak aku nak kritik filem orang ? kalau ada , aku nak buat blog kritik filem je lepas ni. LOL
lu ada otak , lu pikirlah sendiri. gua tak nak pikirkan untuk lu.
p/s : aku suka gila ayat nabil , 'dekat dunia boleh la kau berlagak !'
7 comments:
ulasan yang sempoi.., trima kasih dtg pawagam! harap impian lu nk jadi pengarah filem dimakbulkan Tuhan.., "lu ada otak, sebelum berfikir tenangkan jiwa & tetapkan hati. gua tk mampu kawal jiwa(roh) lu..,".
p/s : ...yang sesungguhnya dkt alam atau ruang bila masa pun, kta tk buleh brlagak.
Wassalaamu.
eh ajun tu lecturer teknikal ai masa first sem!hihi.
ehm2....filem tak semestinya logik...kehdhrn meet uncle hussain tu slh satu unsur yg trdpt dlm dunia seni ni..uhu..mengenai babak yg tak ditunjukkan cm mne dia tw nabil keje kt mne n apa2 la..itu sbnrny elipsis...oleh kerana pengarah dia lectrer teater..no wonder la cte ni ada unsur teater yg cuba dibwk ke dalam film..dlm poster xsmstinya gmbr hero n heroin tuk dltakkan...gmbr pokok sbtng pn bleh ltak tuk jdkan poster..tu sme taktik promosi spya org akan trtnya2 n nk tgk film tu..huhu...ada paham encik?haha
ehm2....filem tak semestinya logik...kehdhrn meet uncle hussain tu slh satu unsur yg trdpt dlm dunia seni ni..uhu..mengenai babak yg tak ditunjukkan cm mne dia tw nabil keje kt mne n apa2 la..itu sbnrny elipsis...oleh kerana pengarah dia lectrer teater..no wonder la cte ni ada unsur teater yg cuba dibwk ke dalam film..dlm poster xsmstinya gmbr hero n heroin tuk dltakkan...gmbr pokok sbtng pn bleh ltak tuk jdkan poster..tu sme taktik promosi spya org akan trtnya2 n nk tgk film tu..huhu...ada paham encik?haha
mat salleh : amin ! nanti korang pulak kritik filem aku. boleh kan ? ;)
ira : ajun pon lecturer jugak ? fuh !
aiman : tu dia sifu dah bersuara. haha aku mana ah tau teater teater ni. tak pernah ada orang ajak aku pi tengok pon. heheh. jangan ah marah aku. aku tak tau apa apa. wuwu
"tengok filem , sebab nak enjoy. bukan sebab nak memikir."
dude actually i think it's both.buat pe bazir duit beli tiket wayang kalau x enjoy?
ataupun "enjoy" tu double meaning?(kapel nak buat wayang sendri).hahaha
btw i also think, there's no such thing as "mentaliti malaysia".cuma ada "open minded" dan "narrow minded".Tapi pendapat aku tentang filem2 malaysia, aku tak cop semua filem tak berkualiti.aku tengok sape director dulu.kalau filem2 Razak Mohaideen maybe kalau ada orang belanja baru aku tengok kot.hehe.
oh, here's a tip, buka google, taip "razak mohaideen".ko akan gelak tengok search suggestion google.
klu aku hidup lg, aku lebih berminat utk sunting filem nko dari jd pengkritik. Harapan aku yg paling tinggi utk dreamer mcm nko ni, buat filem nnt pakai 35mm atau 16mm sahaja, bukan tape HD bla...bla... Nanti jiwa nko tau apa maksud "aku akan hidup 1000 tahun lagi".
wassalaaamu...
Post a Comment