pejam celik , pejam celik , dah selesai pon cuti pertengahan semester kali ini. dah tengah semester dah katanya. padahal kelas aircraft structure belum pernah ada lagi pon. dah tengah semester. macam tak percaya. kan ?
aku nak ambil kesempatan ini untuk cerita serba sedikit pasal semester baru yang katanya kemungkinan besar yang terakhir bagi aku. oh ya , masih ada kemungkinan aku akan berganjak satu lagi semester ke hadapan. siapa tahu ? kalau masih banyak main , masih tidak sedar diri , aku akan menjenguk lagi ke uitm pulau pinang dihatiku tu ha.
semester ini aku dapat rasakan seolah seperti semester pertama aku. serius. setiap pagi aku langkahkan kaki aku di kampus , tiada seorang pon muka yang aku familiar. tiada. jumlah pelajar yang aku kenal , boleh dihitung dengan jari.
aku siap boleh senaraikan lagi aku rasa. antara yang masih ada dekat kampus ialah rashid , gulong , pali , kechek , sapuang , cip , syajar , didi , mansor dan zek. itu saja yang aku pernah nampak muka dekat kampus semester ni.
ada jugak budak junior yang aku kenal. tapi tak ramai pon. sebab aku seperti diketahui , agak anti-sosial orangnya. eh yeke ? budak junior pon aku boleh kira pakai jari. yang ada , annuar , kara , zuzu , hany , wawa dengan wany saja. fynaz dengan bella tengah praktikal pulak. haih. sikit tak kawan aku dekat kampus ? sikit kan ?
kalau dulu aku berasa sangat tensi jikalau setiap kali di kampus , aku terpaksa menegur siapa sahaja yang aku kenal. kerana tradisi untuk mengeratkan silaturahim antara pelajar amat sangat kuat antara kawan-kawan rapat aku.
tapi kini , aku terlampau selesa untuk berjalan merayau di kampus tanpa seorang pon yang mengenali aku. rasa macam dekat tempat asing pulak. sedih betul. hari-hari aku lost.
aku banyak cerita sedih nak kongsi. sebagai contoh , semester ni aku baru berpindah masok ke rumah baru. rakan serumah baru. dulu kenal sebab sekelas dan selalu main futsal sama-sama. tapi mereka semua dengan aku semacam belum nak betul-betul ngam. aku kerap makan tengahari seorang diri. aku kerap juga makan malam sendirian. serta pernah juga aku bersarapan tiada teman.
lagi selalu aku melepak seorang diri dekat laman siswa. langsong tiada kawan. duduk menangok seorang diri. kejam junior junior tak menegur aku. tak guna rasanya dapat pacak muka dalam tv dua kali , tapi tiada kawan.
dalam kelas pon sama. bila lecturer bagi assignment berkumpulan , aku perlu kena tunggu sampai ada kumpulan yang tak cukup orang , baru aku boleh join. kalau assignment berdua , aku kena tunggu sampai ada siapa-siapa yang seorang , baru aku digandingkan bersama.
sudahlah dengan jumlah kelas yang tak banyak semester ini. aku banyak habiskan masa aku dengan melepak dalam bilik. ni yang nak cerita pasal si rakan sebilik pulak ni. dia semester ni tak ada kelas , dia praktikal. jadi maknanya , hampir setiap hari dia akan keluar bekerja pada pukul 12 tengahari. dan pulang pada pukul 2 pagi kerana dia akan terus menolong kawan serumah aku buka kedai jual baju bundle. dan selalunya , waktu-waktu macam tu , aku sudah tidur. kerana kelas selalunya akan bermula pada pukul 8 pagi.
tapi si rakan sebilik ni , dia akan selalunya membuka lampu. membuka komputer. kalau tak main game , dia akan tengok movie. selalunya , dia tak akan tutup komputer tu kalau dia tertidur. dan dia lebih selesa tidur dengan lampu terbuka. dan aku selalunya memang tak akan boleh tidur. sampai adalah kes dua tiga kali aku pergi kelas dengan tidak tidur malam. mata agak merah. tapi adalah minum tongkat ali dulu sebelum ke kelas. dan lecturer terus melontar soalan , 'awak stoned ?'.
kadang memang tak masok satu apa pon yang lecturer bercakap didepan. itu sebab aku tak berani untuk janji yang aku akan habis belajar semester ini.
tapi aku jenis tak pernah putus asa. walau apa saja yang jadi terhadap aku , aku akan sentiasa berdiri menegakkan diri sendiri. aku dah biasa ditindas. aku dah biasa dibahan. aku dah biasa dihentam. aku dah lali dengan dugaan dunia. dan aku tak mungkin akan jatuh bila aku hanya sendiri di kampus semester ini.
tak kira apa jadi , aku akan berdiri teguh untuk mengenggam segulung diploma. aku akan menghabiskan apa yang aku mulakan empat tahun lepas.
bak kata restraint , UNTIL THE END !
6 comments:
bertahan ah sampai kiteorang abang-abang dan kakak kakak kamu ni pergi melawat kamu kat sana okeh?
:D
woot!! lawa gamba. sape la yg amek gamba ni ek? :P
i'm a super senior tooo!!
ko kena usaha sikit je lagi nih..semua orang sama je...yg beza nya usaha masing2...usaha lagi elmi...sem ni aku pon sama cam ang...kena join kelas junior2 aku...haram bosan gila...
ak pn salu kne bahan sb x abis blaja lg, tp telinge ni da lali da
saya pun super senior , lalala :D
Post a Comment