mengejar matahari , pada aku bermaksud , mengejar impian yang tidak akan aku dapat. sebab macam impossible kan nak kejar matahari kan kan kan? jadi , entry kali ini aku ingin kongsi 3 orang gadis idaman aku sejak zaman persekolahan aku. yang takkan aku dapat. seriously.
Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya.
lahir pada 10 Jun 1986. iaitu 2 tahun lebih tua dari aku yang muda ini. aku mula meminati dia sejak aku mula nampak dia di layar perak beberapa tahun dulu menerusi Gol & Gincu. tapi aku paling jatuh cinta dengan dia ialah bila aku tengok watak dia dalam filem Sepet.
aku suka perwatakan dia , sempoi , ceria , cool. aku paling suka ketika dia berambut panjang dahulu. tapi sekarang masih aku suka walau dia sedang berambut pendek. kalau dia masih botak , aku masih suka pada dia. macam natalie portman. wow !
tapi pada aku , dia sedikit sombong. sebab dia tak pernah approve aku dekat facebook. tambahan lagi , aku belum berkesempatan untuk bersua muka dengan dia lagi. teringin dari dulu lagi. tapi belum berkesempatan lagi. tapi mak ayah dia dah dalam friend list facebook aku. boleh usya mak ayah dia dulu kot. HAHA !
Liyana Jasmay.
lahir pada 28 Mac 1988. sama umur dengan aku. tapi sumpah , tahap kematangan pada aku , memang jaoh beza kot. sebab aku kan macam budak-budak sikit kan?
aku mula tahu pasal dia , sejak filem castello. tapi aku tak ambil peduli sangat masa tu. sebab filem itu tak best. pada aku la. aku mula betul minat gila dekat dia masa KAMI the series. sumpah aku jatuh cinta. tapi dia boleh dikategorikan sebagai berlagak jugak la. sebab tak approve aku kat facebook jugak.
dia ini kalau aku nak rapat , aku rasa boleh. sebab dia rapat dengan AG , Ully dan Dugong. macam boleh letak harapan je kalau nak jumpa. dari situ boleh mula mengorat kan? kan? in your dreams la elmi. dia dah ada Aizat kot. haram.
Joanna Renisa Mohd Sani.
lahir pada 17 Januari 1985. gadis idaman yang paling tua dan yang paling latest. tapi paling realistik. sebab dia dah memang dalam friend list facebook aku. dan aku rasa dia dah kenal aku. siap bagi nickname baru dekat aku , Elmo.
mula berjumpa pada bulan Mac yang lalu di MCPA. tapi masa itu sumpah aku tidak pernah dengar mengenai Joanna & Co lagi akibat tidak mendengar radio. tapi aku mula jatuh hati pada dia , akibat sifat peramah dia dalam facebook. tak pernah pula dia anggap aku ini macam peminat dia. dia layan macam aku ni kawan facebook. gila cool.
ada teringin macam nak ajak dia keluar sekali dua , tapi aku tahu aku ini siapa. jadi aku bantutkan keinginan aku itu. sekadar gurau-gurau dalam facebook boleh laa. aku kan penakot ! oh by the way , dia sudah single. damn rugi kalau melepas. :D
perasan tak? tiga-tiga gadis idaman aku punya nickname yang hampir sama. Nani , Nana dan Nana. kan?
5 comments:
nak yang hot je, mana nak dapat bai
peh. joanna tu. ni mesti pas aku tunjuk kat ko ritu.
hahaha.
ok ok. pasni i amek awek muka pecah gila. pastu i nak tengok pon i tanak. pastu dua dua tak happy. macam tu la?
nothing is impossible, let me tell u my story..jap i tulis dlm blog i k..just for u
wow gila lah izz !
Post a Comment