second blog

Sunday, May 10, 2009

ini hanya untukmu seorang.

kehadapan Umi ,

dikala anak-anak ibu-ibu lain sedang sibuk memikirkan cara untuk memberi hadiah pada ibu masing-masing esok. abang pula sedang sibuk memikirkan ayat-ayat manis untuk entry khas untuk Umi ini.

tiada hadiah mahal mahu pun hadiah murah untuk Umi tahun ini. anakmu ini sedang sengkek. sengkek yang teramat sehinggakan dalam akaun hanya ada rm50 sahaja untuk sampai ke hujung bulan.

tiada hadiah , tidak bermakna tidak sayang. kerana , melalui hadiah , ia tidak dapat membalas jasa Umi sebagai seorang ibu yang sanggop mengandungkan , melahirkan dan membesarkan abang.

sayang abang pada Umi hanya Tuhan saja yang tahu dalam dan telusnya. memang mungkin abang tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan perasaan sayang itu , sebab itu abang tidak pernah menunjukkan perasaan itu dihadapan Umi. sebab itu juga abang tiada kekasih agaknya.

Umi merupakan ibu terbaik. ini bukan hanya kata-kata yang hanya kata-kata. ini kata-kata jujur dari seorang anak yang pernah Umi kandungkan selama 9 bulan dulu itu. tidak ada seorang pun perempuan , gadis mahupun wanita yang mampu menandingi tempat Umi sebagai ibu kepada seorang anak lelaki bernama Mohd Zulhelmie Bin Zullifan ini.

walaupun suatu hari nanti , bila tiba masa dimana anakmu ini mempunyai seorang perempuan yang bergelar isteri , Umi tetap akan menjadi wanita pertama dalam hidup abang. sampai bila-bila. tiada galang ganti.

serba salah akibat tiada hadiah tahun ini , abang hanya mampu menabur janji sebagai ganti hadiah. abang tahu , abang bukanlah seorang anak yang sempurna. selalu menyusahkan Umi , menyakiti hati Umi , membazirkan duit Umi malah kadang-kadang terasa seolah abang pernah menderhaka kepada Umi.

jadi , mulai saat Umi baca entry ini , abang berjanji akan menjadi seorang anak yang lebih hebat dari sebelum-sebelum ini. nanti bila Umi bersalin , abang janji abang akan jaga adik itu dengan Umi dengan penuh dedikasi. abang juga akan menurut segala perintah dan kemahuan Umi tanpa sebarang jawapan 'ala' , 'adoi' atau 'malas'. tapi jawapan 'kejap lagi' tak boleh nak buang. abang juga berjanji untuk menjadi anak yang lebih soleh selepas ini. abang akan cuba sedaya-upaya untuk melengkapkan 5 solat sehari semalam itu. kerana sebelum ini selalunya tidak lengkap 5 solat itu.

cuma satu permintaan abang , tolong carikan calon bakal menantu. abang malas lah nak cari lagi. Umi tolong carikan. nanti tiba masa , bila dah cukup duit , terus kahwin. boleh? abang pon tahu , pilihan Umi semuanya bukan calang-calang. jadi , abang tidak kisah pon kalau Umi yang nak jodohkan abang dengan siapa-siapa. [kalau Umi nak cari akaun facebook mak Sharifah Amani , Umi search saja Fatimah Abu Bakar , mana tahu Umi nak berbesan dengan dia]

abang doakan Umi semoga dapat melahirkan Mohd Zulhezry itu dengan selamat. dan abang doakan Umi agar dapat Mohd Zulhelmie yang lebih hebat selepas ini. InsyaAllah.

abang sayang Umi. sangat-sangat.

5 comments:

Nurul Aimi said...

wuuuu terharu...

tunaikan apa u bebel panjang2 tu!

(:

.amiey. said...

kau tak jage umi
siap kau
:))

Umi said...

tima kasih byk2 buat ank umi y sorg n 4 d great entry..Umi terharu sgt2 bc entry n..bkn hadiah pn y umi nk..umi cma nk ank2 umi buat y terbaik tuk diri msg2..itu je da cukup puaskn ht umi and umi cma bole sokong dr blkg je..Soal calon..ia akn dtg dgn sndri nnt..Samada umi @ abg y pilih..sama je..Y penting Abg happy ngn calon tu..Umi sntiasa doakn ank umi akn dpt calon y terbaik satu hr nnt..And plse remember that Umi will always love u and ur siblings till d end of my life..Love u so much Abg,Adk,Dada,baby and off course Abh too..tq once again..

dear ezza, said...

hehehe sweet jerk... nnt dpt baby baru plak tuh... aunty, anak aunty ni nakal..tp baek jerk :D

chek ezza inchik man said...

so sweet.... :):):)