second blog

Sunday, May 17, 2009

romantik.

aku sedang dalam mood romantik. sedang ingin berbicara tentang cinta. entry-entry lepas , aku cakap aku tidak bersedia untuk bercinta. memang benar aku belum bersedia. tapi masa sudah makin suntuk. aku perlu pantas. lagi 3 tahun lebih , aku dah kena ke jinjang pelamin. atau sekurang-kurangnya bertunang.

memandangkan aku pada tika ini masih lagi belum berpunya , dan masih juga buntu , maka dengan ini aku officially mencari alternatif lain.

aku terfikir , aku ramai kawan , ramai kenalan. kenapa tidak aku cuba berkenal-kenalan dengan kawan-kawan kepada kawan-kawan aku. kan? mesti seronok kan? macam si Ika Shanaz , dia ada kawan baik , single lagi , apa lah salahnya kalau kenalkan dekat aku. mana tahu ada jodoh , dah banyak pahala kau dapat. kan? kan?

contoh lain , Jeju. dia ada adik , yang belajar dekat negara matahari terbit sana tu , boleh je kalau nak berkenalan. kan jeju kan? ada jodoh , aku jadi adik ipar kau. cool gila. hari-hari kita makan sundae.

cakap pasal adik , Amy pon ada adik. cantik boleh tahan. untung-untung , aku dengan Pjoe berbiras. boleh aku pau sikit followers blog dia. HAHA !

kalau nak ikotkan , ramai saja kawan-kawan aku yang boleh kenalkan aku dengan siapa-siapa. cuma dorang tak nak saja. ya lah , aku ni tak handsome nak kenalkan dekat kawan korang. kan? tak apa , aku tak ambil hati pon.

bila sudah jadi macam ini , aku teringat kira-kira sebulan lepas , si Paeh dapat pergi blind date dengan Carldeena hasil dari kerja gila adik Carldeena. adik dia buat promosi , 'siapa nak jadi abang ipar saya?'. cool gila. tak pasal-pasal Paeh dengan Zareena jumpa dan terus berkawan. sekurang-kurangnya dorang jadi kawan kalau tiada jodoh pon kan? bertambah kawan. kan kan?

aku pon terfikir nak buat macam itu juga. semalam aku dah memanjangkan hasrat aku kat Umi dengan Ayu. Umi dah promote aku kat facebook , Ayu dah promote aku dekat myspace. tapi tak laku. haram. damn.

apa kata , lepas ini , korang yang baca entry ini promote aku juga. aku tak boleh janji habuan , tapi aku boleh janji yang aku akan sentiasa doakan kesejahteraan hidup korang? amacam? deal? :D

mungkin aku nampak terdesak , tapi aku tak rasa aku terdesak. aku cuma nak hidup aku lebih colourful dengan adanya seseorang disisi. tambah manis kalau seseorang itu dikenalkan oleh seseorang yang aku kenal , dan dia kenal. macam ada hubung kait.

apa yang aku merepek pon aku tidak tahu. tapi yang penting , tajuk entry yang ini adalah nama salah satu lagu baru HUJAN. Romantik. oh aku makin obses dengan Hujan.

jangan lupa , promote saya !

7 comments:

ceGhap said...

kau ada adik... tapi kedekut... mcm tu jugak org lain ada adik akan kedekut mcm kau

.amiey. said...

sory, adek aku not FOR SALES. haha.

ceh, ada hati nk jadi adek ipar tp nk lanje sundae aje? oh plis~

bintangbicara said...

heih.
betul ni?nanti aku kenen2 kan

paeh said...

ahahaha...
semakin hari aku tgk ko semakin jiwang.,..
kah3...
relax beb,kalo de jodoh xlari la...
yg pntg jgn ilang kawan dh la...
jgn nnt ko da de awek lpe mmbe lk...
kakaka

Wanie Si Gemok said...

i xde adek
but i ni pn xde sape nk?
hahaha
u're still young dude
tggu saja!
tah2 model nk kt u nnti
mane tahu kan
tah2 yg lagi chntk n perfect dr ape yg u nk
i pn tgh tggu

Nurul Aimi said...

adik i sekolah lagi kot...haha

lagipun, dia belum nak kahwin lg 3 tahun.

apa ada pada follower oiii?

gila glamer laa lu..hahahahah

encik ad said...

ade rezeki ade la tu mie.

dun wory. kau masey mentah!
wakaka.

all teh best tok kau mie. heheh.