second blog

Thursday, November 13, 2008

sahabat nombor satu.


Mohd Nor Affendi Bin Norapi
29 september 1988

hari ini aku ingin cerita tentang kawan paling baik pernah aku ada , fendy. aku masih ingat saat perkenalan kami dahulu. pada hari pertama sekolah ketika di tingkatan dua , berlatarbelakangkan sekolah , di dalam pajero pakcik yang menghantar kami pulang ke rumah. fendy menegur aku sebaik kami melangkah masok ke dalam van.

fendy : nama kau siapa?
elmi : helmie. kau?
fendy : fendy.
elmi : oh. baru sekolah sini ke? tingkatan berapa?
fendy : aah. aku tingkatan 2.
elmi : oh sama lah. kau kelas apa? B ya?
fendy : aah. kau?
elmi : A.

mulai saat itu , bermulalah kisah persahabatan kami bertiga. seorang lagi alan. tapi aku tak mahu cerita mengenai alan lagi. ini cerita fendy. kemana saja kami pergi bertiga. kami susah dipisahkan. bagai 'three musketeers'.

aku dan fendy , kami selalu ada kena mengena dalam hal cinta monyet. sudah berapa kali aku dan dia bercinta dengan perempuan datang dari keluarga yang sama. seperti ketika aku bersama ida budak sentul. fendy selalu pula keluar dengan adik ida , ain namanya. ketika aku bersama hawa , fendy sibuk dengan adik dia juga. kami juga selalu menaruh harapan pada gadis yang sama. tapi kami tidak sampai bergadoh , malahan kami saling tolong menolong untuk mendapatkan seseorang gadis itu. budak nakal lah katakan.

saat kemuncak cerita tentang kami ialah masa aku mahu pindah dari rumah lamaku ke rumah lain. hanya berpindah taman. beberapa hari sebelum aku pindah , aku sms fendy.

'bro, lepas nie aku dah pindah. dah jaoh dari kau. dah takleh lepak sesama lagi dah , takleh main bola sesama lagi'.

esok paginya , di sekolah , fendy datang ke kelas aku. dengan air mata bergenang di mata , jelas nampak dia sedang begitu sedih.

'zul , semalam sms kau buat aku sedih oh'.

terperanjat besar aku dia menangis kerana perpindahan aku. padahal aku hanya pindah ke taman lain , bukan aku pindah negeri lain. aku pon turut serta menangis. disaksikan linda yang hanya mampu senyum sinis terhadap kami. nasib baik ketika itu , belom ramai yang datang ke sekolah. masakan tidak kami menangis , sebelom ini kami hanya menggunakan walkie talkie untuk berhubung. rumah kami dekat. tak perlu habiskan credit untuk sms. tiba tiba aku pindah. menangis la kena buang credit lepas ini.

penat menangis , selepas aku berpindah , rupanya hubungan kami makin rapat. makin makin rapat. membazir saja air mata. sehingga kini hubungan kami rapat. cuma selepas beberapa bulan lepas , kami agak renggang. mungkin kerana aku busy dengan bulan clothing aku.

semasa raya bulan lepas , aku ada ambil hati sedikit dengan fendy , tapi dia serta kawan kawan yang lain , terus memujuk aku dengan sehelai surat sulit yang akan aku publish dalam blog ini satu hari nanti. itu maksudnya dia serta kawan kawan yang lain amat menyayangi aku. terima kasih ya?.

akhir kata , aku berharap persahabatan aku dan dia akan berkekalan sampai bila bila. kerana dia merupakan kawan yang tidak mampu aku kehilangan. dia sahabat baik aku. aku sayang kau , fendy NORAPI. :)

p/s : aku harap kau baca entry ini. penat aku type. kau bukan selalu online pon. hehh.

5 comments:

AmY said...

bila nak tulis pasal i ni?penat tunggu turn....

kalau tulis psl perempuan i bole terima lagi, tapi ni lelaki, wtf???

elmi gay~~~

=))

Elmi said...

ahahaha

sape ntah gay.

hoishh.

nak tulis pasal u macam takde isi sangat lah.

hurmm.

nanti i buat oke?

.amiey. said...

elmi gay? wow.
amy jeles. wakakak!

sgt akrab.
aku pon ada kawan camni.
tp kicik2 dulu aaa
da besar masing2 malu2 kucin. kahkahkah.

Elmi said...

malu malu kucing?

ahaha

erm erm, amy jeles ke jeju?

aku nak ngorat amy lah.

ahaha

.abell.habil. said...

hey mates.
nice post.

betul, ada kawan macam ni, bagus lah.

"sekali aku kenal kau, sampai mati kita kawan."

regards,
abell