hari ini tiada apa yang best. aku terjaga dari tidur jam 3.30 petang. study sikit , kemudian ke pasar malam. selepas itu aku sambung study sehingga jam 2 pagi. kemudian aku bermain pet aku di facebook. dan selepas itu aku bermain dota sebentar sebelum keluar ke Pelita Nasi Kandar untuk makan nasi lemak yang digembar gemburkan sedap. tapi selepas menjamah nasi lemak tersebut yang hanya dijual mulai 5 pagi itu , aku dapat merasakan kelazatan nasi lemak tersebut. 4 bintang.
hari ini aku dimarahi umi. pertama kali dimarahi umi melalui yahoo messenger. umi mengarahkan aku untuk memperbetulkan ayat ayat aku didalam entry blog yang terdahulu. yang padanya akan menyinggung sesetengah pihak. maka lantas aku memperbetulkan entry itu. baru aku sedar , aku tidak boleh terlalu jujur didalam entry entry blog aku ini. akan aku berjaga jaga didalam setiap penulisanku selepas ini.
hari ini juga , aku tersedar yang aku masih jauh ketinggalan untuk kertas peperiksaan aku yang bakal menjengah hari isnin ini. kerana aku terlalu fokus pada kertas pada hari selasa. nasib aku baik kerana aku masih ada satu hari. maka esok perlulah aku bertungkus lumus untuk catch up. nasib baik hanya perlu membaca dan menghafal. tiada kira kira. tiada formula. doakan aku ya kawan kawan , sahabat handai , musuh musuh , kaum keluarga serta peminat peminat. hanya Tuhan yang mampu membalas jasa baik kamu semua. terima kasih. kalau ada masa yang terluang esok hari , akan aku menulis lagi. InsyaAllah.
p/s : cari aku di facebook dengan nama Mohd Zulhelmie atau email chocolate_strawberry@rock.com .
Sunday, November 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
saya adalah seorang manusia yang akan gelabah nak mampus kalau mak ayah saya jumpa blog saya.
saya tak seberani kamu.
Post a Comment