selasa
11 november 2008
11 november 2008
tadi aku selamat mengambil peperiksaan akhir subjek calculus. aku dapat jawab sebahagian besar soalan yang diberikan kepada aku. 2 hari aku tidur lewat study sambil online. plus 2 hari lagi tidur lewat study gila gila. malam tadi aku tak tidur. hanya melelapkan mata sejam. study gila gila untuk paper tadi. harap harap lulus dengan cemerlang. aku malas nak repeat lagi. aku ulang , aku MALAS nak repeat lagi.
tapi tadi aku agak kecewa bila mengetahui yang carry mark calculus aku amat rendah. encik agos memang tak ada belas kasihan. tutorial yang bertimbun aku hantar , dia bagi markah penuh hanya 4 markah. manakala attendance aku yang mencecah 90 peratus hanya dia beri 3 markah dari 6. markah test dah la dia bagi sikit gila. kalau jawapan salah , jalan kira dia tak nak pandang langsung. humpph ! aku hanya redha kertas final aku tadi boleh backup carry mark aku. kalau tak , jumpa lagi semester depan ya MAT235 ?
semalam petang aku mengalami sakit kepala yang amat teruk. aku jadi risau kalau kalau aku tak dapat study untuk calculus. mujur tazo , capik dan afyq sanggop pergi belikan ubat dan makan malam untuk aku semalam. boleh aku study selepas berehat. terima kasih ya sahabat? nanti aku bagi hadiah dekat pet korang.
malam ini aku mahu tidur sepuas puasnya. dah dua hari tidur pagi aku diganggu alarm afyq. lusa aku ada paper , jadi esok mahu tungkus lumus study lagi. selepas paper calculus tadi , kepala aku ringan beban sikit. lepas ini paper tough minggu depan pula. thermodynamics. aku harap aku dapat score paper itu. insyaAllah.
p/s : aku dah tak sabar mahu pulang ke nilai.
2 comments:
hahaha...gud luck k...study rajin2..t jmp kt nilai k...
aku salu la visit blog ko..ngek...
Post a Comment