second blog

Thursday, November 20, 2008

aku sudah sampai nilai.

khamis
20 november 2008
8.50 pagi

aku baru saja sampai dirumah. baru lepas mandi , baru lepas minum air panas. amat memenatkan perjalanan aku hari ini. mungkin kerana orang yang berada dalam koc aku tadi amat bising sehinggakan aku tidak boleh tidur lena.

seperti yang semua orang tahu , aku pulang bersama afyq dan aneys. kedua duanya kawan aku. aku yang mengenalkan mereka berdua. mereka kelihatan bahagia bersama. aku berasa gembira melihat keadaan itu. aku kenalkan mereka berdua pon kerana aku lihat banyak persamaan antara mereka berdua. tidak aku sangka mereka boleh menjadi bahagia seperti sekarang. terasa berat bahu kanan aku. seperti ditimpa pahala yang banyak. haha gurauan semata.

mereka pernah juga ingin membalas jasa aku dengan mengenalkan aku dengan kawan mereka. tapi semuanya tidak berhasil. bukan kerana apa , tapi sebab tiada keserasian bersama. afyq mengenalkan aku dengan raeezah , dan aneys mengenalkan aku dengan nazira. aku masih berhubung dengan mereka. cuma tidak serapat dulu.

aku doakan aneys dan afyq akan berkekalan sampai bila bila. nanti bila kahwin , korang wajib sebut nama aku. cakap aku yang kenalkan korang oke? dan bila korang dapat anak lelaki nanti , letak nama mohd zulhelmie bin mohd nor afyq. ahaha mesti cool kan?

p/s : untuk pengetahuan , aku ada lagi satu blog. explicit content blog. pandai pandai la cari. aku tidak mahu bagi tahu.

2 comments:

AmY said...

tayah banyak2 blog...gediks..nak market lebih..mengadaaaa

Elmi said...

bukan mengada.

tapi sebab blog sini takleh nak maki hamun dah.

parents and family dah tau.

payah.

haha