second blog

Tuesday, November 18, 2008

aku sudah habis exam.

selasa
18 november 2008
10.10 malam

hari ini aku telah menamatkan segala kertas peperiksaan aku. aku tidak mahu bercakap mengenainya lagi. tunggu saja result keluar okey? titik noktah.

aku ingin bercerita tentang orang orang yang berfikiran sempit. tadi dalam facebook , ada seorang gadis yang aku kenali ini , dia tulis notes berkaitan ex-boyfriend dia. dia rindu kot dekat ex dia. aku tidak salahkan dia untuk merindui orang yang dia sayang. aku juga selalu merindui orang yang aku sayang yang pernah meninggalkan aku bertahun dahulu.

tapi bukan ini yang ingin aku kongsi bersama pembaca. tapi ada seorang lelaki ini. dia komen dekat notes yang ditulis si gadis ini. aku saja la menyampuk kat notes itu. aku tulis , 'takpelah , **** kan ade? hahaha'. niat aku hanya mahu bergurau. tiada niat serius atau menjatuhkan sesiapa. sumpah tak. tapi agaknya lelaki ini berfikiran kolot , dia teros marah aku. teros cakap 'dont point out someone if u are the one who were trying but failing !'.

aku tidak paham dengan manusia yang macam ini. takkan mereka tak tahu bila masanya bergurau dan bila masanya serius. kan? aku pon tahu yang dia tu merupakan salah satu kawan baik kepada si gadis itu. lepas itu dia dan kawan kawan dia teros membahan aku dekat situ. aku peduli apa. aku tahu aku dekat mana. biarkan saja orang begini. aku tak heran.

tapi orang yang macam ini tidak seperti kekasih seseorang itu. lagi tidak boleh tahan perangai dia. si gadis yang telah lama aku kenali , telah post status yang mengucapkan selamat hari jadi kepada mama dia. aku pon cakap la dekat dia , suruh dia kirim salam dekat mama dia. tiba tiba kekasih dia ni menyampuk , 'i love you my darling'. bongok ke apa? tiba tiba lari topik , saja nak bagi tahu satu dunia yang girlfriend dia milik dia. pergi jahanam sama girlfriend kau. aku bukan terhegeh pon dekat gf kau tu. stupidity. :P

maaf kepada sesiapa yang terasa. tiada niat untuk mencari pasal. hanya menulis sekadar menghilangkan bosan.

2 comments:

atreyu strange said...

ape ntah mslh drg tu. sorg tu emosi lebih. sorg lg obses lebih. bagus lah tu. huhu.

AmY said...

entri menunjukan anda juga memerlukan seorang teman wanita...

apa kes???

=))