second blog

Wednesday, November 12, 2008

aku mahu balik ! please...

rabu
12 november 2008

hari ini aku amat busy. busy study manufacturing processes. banyak gila yang perlu dibaca. ada 7 bab. masa kelas , datang , sign attendance , dengar sikit sikit bebelan encik kamal dan teros boleh balik. bila tiba masa nak exam , kaku seribu bahasa , tidak tahu nak baca pasal apa. esok exam pukul 2.15 petang. ada banyak masa lagi mahu study. harap harap boleh cover semua bab.

budak rumah semua dah hebat gila subjek ini. aku tanya sepatah , tenang saja mereka jawab dengan panjang lebar. kagum aku dibuatnya. iye la , mereka sudah mula study 2 hari lebih awal dari aku. aku punya exam berturut turut. kesian aku , dah tak mampu nak mengadap kertas nota lagi. aku dah naik jemu. nasib baik ada dunia internet.

esok malam mungkin main futsal dengan semua kawan rapat aku dekat penang ini. mereka kebanyakannya bakal habis exam esok. jadi mereka mahu enjoy sebelom pulang ke kampung halaman masing masing. aku hanya penumpang kepada hari enjoy mereka esok. hanya ingin menenangkan fikiran dari segala kekusutan belajar.

cepatlah habis belajar. aku sudah tidak tahan.

aku juga ingin mengucapkan selamat hari tua buat cik hanna yang aku kenal dalam dunia myspace. semoga terus gila gilaan dan semoga happy menjalani hari hari tua ya?

p/s : jangan lupa birthday aku bakal muncul tepat lagi sebulan. sudah sedia untuk beli hadiah?

1 comment:

.amiey. said...

taklupa. tepung telor menanti anda. itu sudah pasti.