isnin
10 november 2008
10 november 2008
paper tadi aku dapat buat dengan cemerlang. aku keluar dewan peperiksaan hanya selepas 1 jam 15 minit paper bermula. aku goreng puas puas jawapan aku tadi. harap harap boleh score. tidak sia sia aku baca nota sampai tertidur malam tadi. aku tidak selalunya keluar dewan awal. tapi oleh kerana esok ada paper calculus , aku mengambil keputusan untuk keluar awal. dapat aku buat apa apa yang patot dan boleh terus study selepas ini. agak tertekan paper 2 hari berturut turut. akan aku cuba yang terbaik esok. sudah repeat sekali calculus , tak mahu repeat kali kedua. semester depan ada calculus lagi. tidak sanggop nak ambil 2 paper calculus semester depan.
kepada semua yang bakal menduduki SPM yang bermula esok hari , good luck ya? mean , fatin , fatin adik zuher , iylia dan wawa , buat yang terbaik ok? nanti dapat result gempak , boleh belanja aku mcdonalds. :P
p/s : maaf ya semua , saya tidak on yahoo messenger hari ini. disiplin diri untuk belajar last minute. belajar belajar belajar. lepas ini , enjoy enjoy enjoy ! yeay !
No comments:
Post a Comment