second blog

Wednesday, November 19, 2008

yeay , aku sudah mahu pulang !

rabu
19 november 2008
4.31 petang

aku pada ketika ini hanya menunggu masa untuk bersiap dan berambos dari penang yang ternyata amat membosankan ini. hanya menunggu detik. tick tock tick tock tick tock. oh bilakah mahu jam 6? aku sudah tidak sabar.

aku pulang ke kuala lumpur bersama teman rumahku , afyq. dia ditemani girlfriend dia , aneys yang ditemani kawan kawan dia. jadi aku akan amat memahami jika aku terasa macam keseorangan dalam tren nanti. takpe lah , aku pon sudah biasa.

esok pagi aku sampai nilai pagi. jadi aku sudah terbayang untuk makan tengahari dengan umi dan abah. sudah tidak perlu makan nasi bungkus lagi dah. yeah ! aku juga sudah tidak sabar mahu pergi beberapa event yang akan ada masa cuti ini. seperti rantai , rock the world dan beberapa gigs. aku dijangka akan membuka booth di event event tersebut. jemputlah datang ya?

aku terpaksa menulis setakat ini saja. aku mahu pack apa apa yang patot. esok aku tulis lagi. dan mulai esok , mungkin aku tulis pendek pendek saja. sebab maklumlah , hidup di nilai , jaoh berbeza dari hidup di penang. sekian. doakan aku selamat sampai di nilai.

No comments: