second blog

Friday, November 14, 2008

aku nak luah isi hati boleh tak?

sabtu
15 november 2008
6.13 pagi

sejujurnya , aku sudah bosan hidup seorang diri tanpa kasih sayang seorang teman yang digelar seorang kekasih. aku tiada tempat untuk mengadu di kala aku perlukan tempat untuk mengadu selain umi aku. aku tiada sokongan di kala aku perlukan sokongan seorang yang sentiasa menyokong dari belakang. aku tiada seseorang yang boleh aku bermanja tidak kira waktu.

aku rindu waktu waktu aku punyai seseorang untuk aku membelai rambutnya. aku cemburu bila melihat remaja remaja lain yang sebok bermanja bersama pasangan masing masing. sedangkan aku? aku hanya bersendirian. aku hanya ada kawan kawan yang tidak mampu beri aku sedikit kasih sayang seperti seorang insan bernama kekasih.

sudah hampir setahun aku meninggalkan zaman berpasangan. kini aku maseh lagi sendirian tanpa teman. bukan aku tidak cari , aku cari. tapi tiada yang melekat di hati. kalau ada sekalipon , tak sempat kenal sudah ada yang tak kena.

bukan aku memilih. aku tidak memilih. tapi aku perlu memikirkan masa depan. adakah aku pasti untuk bersama dengan seseorang itu sehingga bila bila? aku sendiri tak pasti.

bukan aku memilih. tapi gadis gadis diluar sana yang terlalu memilih. sedikit cacat pada diri aku , teros tinggalkan aku jaoh jaoh. apa salah aku?

bukan aku memilih. secantik mana sekalipon gadis yang aku kenal , pasti ada saja tak kena di mata umi. bagaimana harus aku lakukan? takkan aku mahu teros bersama seseorang yang umi aku sendiri tidak suka. tiada berkat ibu bapa.

bukan aku memilih. cuma aku mahukan seorang yang menepati ciri gadis idaman. aku juga mahukan bahagia seperti orang lain. aku tidak mahu berpura pura.

bukan aku memilih. tapi pengalaman mengajar. aku tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. aku tak sanggop mengecewakan lagi lagi dikecewakan.

bukan aku memilih. cuma jodoh belom tiba. jodoh pertemuan ditangan Tuhan kan? serah saja pada takdir.

aku pasti akan teros menunggu dan teros tunggu tanpa segan silu. buat masa ini , biarkan saja aku dengan duniaku. dunia gila tanpa genggaman erat tangan seorang gadis bernamakan TEMAN SEJATI.

aku disini bukan mahu meminta simpati.
hanya meluahkan isi hati.
kalau kau rasa aku tak malu minta simpati.
berambos kau , dan jangan singgah blog ini lagi !

7 comments:

.amiey. said...

time will tell ?

Unknown said...

aku dah setahun setengah x kapel... x cari x pe pon... malas r nak pikir2 bende mcm nie...

Elmi said...

jeju : yeah time will tell.

anggerik : tak sunyi ke?

rimza said...

elmi,aku rase bek ko stop carik..just take a break..tenangkan diri..kadang2,bile kite force sgt..kite sbnrnyer x sedar yg kite dh tutup ati kite kepade cinta..aku percaye cinta x kan dtg dgn care 2..(wah,dh mcm encik M dr cite goda plak aku nie)

Anonymous said...

salam... abg elmi just have believe in Allah, insyAllah His plannnig someone special for u just about time..
like surah 24-Al Nur verses 26:
"...and women of purity are for men of purity, and men of purity are for women of purity: these are notaffected by what people say:..."

ciknadia8 said...

lor...dak gEwdik..chill k...1 day pasti ada k...t klu i dew kwn yg singlE minggEl i kEnalkn ngn u k.
suda2...chill yar

Elmi said...

rimza : aku stop carik dah. tapi aku sunyi.

wan : abg elmi tetiap hari doa oh.

nadia : ok i tunggu u nak kenalkan. haaa.