ini adik aku , fatin namanya. aku kenal dia tahun lepas masa KAMI The Gig Penang. masa itu aku dengan kawan-kawan aku. dia dengan kawan-kawan Wicked dia. yang aku ingat masa tu , masa Couple perform. adik aku ni depan aku saja. lepas tu ada orang bagi poster. suruh budak-budak Wicked ni pass kat kitorang kat belakang. masa tu dia ni la yang bagi aku poster tu. [poster itu hilang , tak sempat aku bawak balik rumah pon]
selepas tamat gig , aku terserempak dengan dua orang kawan adik aku ini , wawa dengan iylia. aku tanpa segan silu , disaksikan tazo , alif dan erie , aku pergi menegur mereka. aku minta myspace dorang. dorang fikir dua tiga kali juga nak bagi. sampai aku cakap , 'c'mon la , myspace kan tempat untuk cari kawan'. dorang terus bagi email.
lepas aku add , aku nampak myspace fatin ni. aku terus add. dan dari situ la aku mula rapat dengan dia. takdelah rapat mana pon. tapi okay okay laaa. kan adik kan? HAHA ! dia ini baru saja lepas SPM , aku agak geram sebab dia tak dapat PLKN. kalaulah dia dapat PLKN macam kawan baik dia , padan muka dia kan?
untuk pengetahuan , dia ini dulu masa sekolah , dia ini cheerleaders. tapi harap maaf ya kawan-kawan , adik aku yang ini dah berpunya. tak available. (:
p/s : adik , abang baik kan tak kutok adik? :P i tak macam u , jahat gila cakap i saiko. cisss. nanti next short film , abang panggil berlakon jangan tak datang pulakkk ! *winks*
1 comment:
class abg. kcik sgt gmbr adk 2.
xdpt plkn cz dorg xsnggup nk jge adk la. demmanding g2. haha.
blagak diva.
Post a Comment