second blog

Monday, September 14, 2009

kenapa elmicoklat ?

hari ini aku nak cerita pasal kenapa url blog aku ini elmicoklat. kenapa huh ?

orait , aku cerita. kalau rasa tak nak tau , tak perlu la baca kot kan ? tak penting pon. HAHA

okey okey , let's start. dulu , aku ni jenis yang suka gila makan coklat. yelah mana tak nya , abah selalu balik kerja , bawak coklat , mak aihhhh , banyak betul.

ada satu jenis coklat tu , pahit gila la kot , jadi dengan kadar kepahitan yang agak melampau tu , tak ada orang nak makan coklat tu kat dalam rumah ni. jadi semuanya terletak dekat bahu aku untuk menghabiskan coklat tu dari dia terbazir dalam ice box tu.

jadi masa aku mula-mula start blogging ni , aku tengah makan coklat masa tu sambil tekan-tekan keyboard ni. punyalah duduk fikir nak letak url apa kan , sekali coklat dalam mulut ni macam terliur sikit ah kan akibat kusyhuk menaip. haha terus aku letak elmisukamkncoklat.blogspot.com.

tapi lepas itu adalah jadi kontroversi sikit blog aku ni , tu yang tukar jadi lebih pendek tapi lebih efisyen , elmicoklat.blogspot.com. pernah juga la orang duk offer tukar url kasik lebih hebat lebih menggiurkan , tapi tu ah , aku malas nak tukar-tukar.

jadi semoga segala tanda tanya tentang url blog ini terjawab. :)

entry lepas ini , akan aku cerita pulak pasal kenapa aku mula-mula blog. apa sebab aku blog. tapi tu nanti. sekarang tak mahu cerita lagi.

dan juga , kalau korang macam ada nak tanya apa-apa , tanya je dekat chatbox sebelah ni , kalau aku rajin , aku akan reply dalam bentuk karangan macam ini. haha

No comments: