ahhhhh ! malas sunggoh aku mahu pulang ke sana. tekanan belajar. tekanan semester akhir. tekanan tiada duit. tekanan rendu nilai. haihh. naseb naseb. selamat kembali belajar. 21 credit hours tahu? belajar rajin rajin ya elmi?
semalam tengok wani ardy perform kat hartamas. ingat nak tegur dia , tapi aku sumpah malu gila. segan. lepas itu balik , menyesal. padan muka. siapa suruh jadi malu. wani cakap dia rabun-ness. tak nampak aku. tapi dia panggil aku budak sengal. sudah ada nickname. best kan?
tadi lepak sama kak fynn jamal. aku baru tahu yang dia tinggal di nilai selepas kahwin. dekat betul kawasan rumah dia dengan rumah aku. 10 minit sampai. harap harap lepas ini boleh selalu lepak sama kak fynn dan tri. lepas ini , aku mungkin tidak lepak dekat sebelah thai atau as-salam bistro lagi. aku nak lepak kat restoran kak fynn. kalau boleh , lepas habis belajar , nak part time dekat sana. boleh kan kak fynn?
aku sendiri tidak sangka dapat lepak dengan kak fynn. niat dihati hanya mahu ambil buku merah bersimbol hati untuk ming dan jeju. tapi sesampai saja kak fynn , dia tanya , nak terus balik atau nak minum dulu. tentu lah nak minum dulu. bukan senang nak lepak sama kak fynn yang terkenal.
lepak dengan kak fynn , sungguh banyak yang dicelotehkan olehnya. tak berhenti bercakap. sangat best. tak sombong. siap bagi nasihat yang best buat aku. dan juga buat jeju yang sedang dalam dilema hidup. aku harap ini bukan kali terakhir kak fynn memberi nasihat kepada aku. terima kasih kak fynn. (:
sebentar lagi , aku akan bertolak pulang ke penang. barang baru pack sikit. bodoh pihak pengurusan , buat hari pendaftaran hari cuti awal muharram. tolong hormat agama aku boleh tak? [pinjam ayat seseorang yang aku kenali].
jumpa kalian di pulau pinang. selamat tahun baru 1430 hijrah. azam baru , semangat baru , hidup baru. semoga tahun indah dihadapan.
3 comments:
hehehehe
betul sengal.
haha. bemy berani tego wani ardy bile ade kami (lynn & ayu) je. ahaha! :))
oo.. awak suke ye bile fynn jamal komen blog awak ye.. hehe
Post a Comment