second blog

Sunday, November 30, 2008

10071.

ahad
30 november 2008
3.04 pagi


sumpah memenatkan. aku tiba di times square dalam jam 11 setengah. selepas print gambar dan fotostat ic , aku , miraj dan shy teros beratur. kami mula beratur dari jam 12.05 untuk register bagi mendapatkan nombor giliran.

setelah 6 jam beratur , kami akhirnya diberikan nombor giliran. nombor giliran aku , 10071. shy 10069. miraj 10075. sebaik sahaja kami ambil nombor kami , kami mendapati bahawa orang yang di audition baru nombor 9300. jadi hampir 800 orang kami perlu tunggu.

akhirnya kami di audition pada jam 11.45 malam di bilik audition nombor 4. jurinya ialah edris ex-manager VE. aku teros tampar shy , aku cakap , itu ex-manager VE. dah la shy nyanyi lagu ruffedge. semasa shy nyanyi , edris turut nyanyi bersama. siap gendang meja lagi. aku fikir , tentu shy dapat ke peringkat seterusnya.

selepas itu , tibalah giliran aku. aku menyanyikan lagu kasih berubah oleh ferhad. edris tiba tiba suruh aku bermula dari chorus lagu. aku terpinga sebentar. sumpah blur sekejap. damn ! kemudian , aku terdengar suara shy dibelakang memberi tunjuk ajar. aku teros start tanpa lengah. sumpah buruk. takde feel semua. hoishh. kejap lagi , edris tanya aku , 'awak minat hujan kan? tau lagu hujan? nyanyi please'. aku teros mendendangkan lagu hiba. kemudian aku berundur.

next contestant , aliff. budak yang baru kami kenal masa beratur panjang sebentar tadi. dia juga mempunyai minat yang sama seperti kami , iaitu acapella. apa lagi join la dia dengan kami. masa dalam bilik audisi , dia menyanyi lagu jay jay. aku tidak ingat nama lagu tersebut. dia nyanyi memang sedap gila. aku sendiri terpukau.

selepas itu , turn miraj. miraj nyanyi lagu soledad , lagu westlife. dia nyanyi pada aku ok. nak dibandingkan dengan aku , gila terok. haha

then kami pon dibawa keluar bilik. diluar , kami diberikan keputusan. ada 3 jenis keputusan. 'yes' , 'no' dan 'maybe'. kakak itu cakap , 'unfortunately , dalam group ini , cuma ada seorang saja yang dapat 'maybe'. yang lain harap maaf , terima kasih kerana mencuba'. kami semua ingat lelaki keturunan filipina yang memang vokalnya , hebat ! aku pon buka handphone , teros nak reply sms. kakak tuh pon sebut nombor yang dapat 'maybe'.

'100.......7..........1'.

sumpah aku terperanjat. kawan kawan aku dah ucap tahniah pada aku. aku sendiri tercengang. siap pegang nombor sendiri , tengok betol ke tak aku. padahal kat dalam bilik itu , aku paling hancur. mungkin sebab luck lagu hiba.

aku pon kemudiannya , mengikut seorang lagi ahmoi chantek ini , ke bilik audisi lain pula. kali ini , biliknya lebih besar. ada kamera. dan ada 2 orang juri. salah seorangnya syafinaz. yang bestnya , sebelom masok bilik , aku di interview oleh pihak 8tv. tanya aku 2 soalan. apa harapan untuk peluang kedua. dan apa perasaan dapat peluang kedua. kalau nak tahu apa aku jawab , tunggu saja keluar tv.

kemudian , aku dipanggil masok buat kali kedua. aku masok dan diminta nyanyi. aku nyanyi saja. tanpa segan silu aku nyanyi terabur. tidak sempat habis 1st verse , syafinaz cakap , 'terima kasih'.

aku keluar saja , dia bagi keputusan. aku seperti diketahui , 'no'. lepas itu aku di interview sekali lagi. kali ini soalan nya ada 3. apa perasaan selepas gagal , apa yang silap , dan adakah ini titik noktah perjuangan seni aku. nak tahu apa jawapannya? tengok 8tv please. tapi sumpah memalukan. aku sendiri tidak sanggop nak tengok. siapa tengok dan gelak , sumpah aku tidak mahu kawan lagi dengan korang. :P

5 comments:

Anonymous said...

hehe, shy x pat ke? ngee. bemy dpt ke?
wahh, best2. mean nk jadik P.A bemy tau !
ngee. mst best an? huhu. cte lg bemy!
mlm cf okey. HAHA

Elmi said...

bemy pon tadapat jugak.

haha

malam nie tak janji.

sebab nak pegi bukak booth kat melaka neh haa.

haihh.

AmY said...

kah3...cayalah raingers sejati ni...
mati2 i ingat u main2 masuk oiam..hishhh

nnt i nak gelakan u kaw2...kita masih kawan kan?kan?kan?

:D

rimza said...

wah,ape2 pn taniah dpt peluang kedua..pasal nyanyian 2..xsabar nk tgk =P

I'm Rynn said...

fuhyo fuhyo! HAHA. best je kan ? nahh. try nex time, bakat tuh ade. everyone can sing. !gheee ;DD