second blog

Sunday, November 9, 2008

hari aku semakin busan.

hari ini aku rasa macam sama je dengan hari semalam. cuma hari ini aku macam lebih study pula. aku tidur pagi tadi pukul 8.30 pagi setelah tamat aku menyelak buku calculus. aku tidak tahu mengapa aku begitu rajin study sedangkan aku seorang pemalas. mungkin kerana aku takot untuk repeat paper lagi kot.

esok paper aerospace materials. aku sudah habis baca bab satu sampai empat. ada lagi dua bab perlu dihabiskan malam ini. esok paper petang dan bukan pagi. jadi malam ini sempat lagi aku selak selak nota sampai lebam.

jangan jadi macam tadi dan semalam dimana aku bangun tidur pada pukul 3 - 4 petang. terlepas pula paper nanti. sekali lagi aku perlukan doa doa semua kenalanku. aku tidak daya lagi nak repeat. sumpah aku tidak berdaya. penat.

mulai beberapa hari lepas , aku mahu update blog pada setiap hari. mahu jadikan blog aku ini sebagai diari hidup aku yang boleh di kongsi bersama semua orang. aku suka bercerita dan bila aku bercerita , aku tidak tahu bagaimana mahu berhenti. jadi baik aku tulis saja di blog. tak perlu aku ulang berulang kali cerita aku.

esok aku tulis lagi. dan sebelum aku terlupa lagi , semalam aku lupa ingin selitkan dalam entry tentang kekalahan manchester united di tangan arsenal. aku sakit hati dengan penyokong manchester united yang tidak boleh menerima kekalahan. yang beri seribu satu alasan. mengaku saja lah yang arsenal lebih hebat semalam. kan senang?

jumpa lagi esok. mimpi indah semua.

1 comment:

AmY said...

good luck exam ye!

selamat jadi blogger tegar :P