second blog

Sunday, March 1, 2009

untukmu si dia.

sejak dua menjak ini , aku nampak ramai orang yang guna 'si dia' dekat blog mereka. kalau tak percaya , klik sini , sini dan sini.

haaa betol kan? jadi aku pon tidak mahu ketinggalan untuk menggunakan perkatan si dia dekat blog aku ini. tapi aku nak cuba buat puisi. boleh? tak selalu aku buat puisi. puisi aku selalunya teruk , tak macam fynn jamal.

aku cuba.

Untukmu Si Dia.

tika bulan mengambang
ditemani bintang
aku bermimpikan engkau

tika matahari menyinari siang
menerikkan dunia
aku angankan engkau

si dia yang aku cinta

tahukah engkau yang aku impikan hidup bersama engkau?
tahukah engkau yang hidupku bertambah ceria dengan kehadiran engkau?
tahukah engkau yang engkau telah mengembalikan segala cerita lama yang sudah lama aku cari?

aku tahu engkau tidak tahu

bagaimana harusku meluah rasa?
bagaimana harusku mengucap kata?
bagaimana harusku memberi cinta?

jika masa tiada memberi peluang

aku inginkan engkau bersama aku
sumpah
hidupku denganmu pasti memberi sinar baru kehidupan
sinar yang telah lama aku impikan

sejujurnya aku ingin memberitahu
yang aku cinta padamu
seikhlas hati yang murni
tiada penipuan hati dan naluri

seikhlasnya aku memberi seluruh hati dan perasaan
segenggam kepercayaan
secubit kejujuran
selangit kasih sayang

hanya untuk engkau

perlukah lagi aku memberitahu pada dunia yang aku cintakan engkau?
tidak
kerana dunia tidak perlu tahu perasaan aku
hanya kau yang perlu tahu

aku cinta padamu
aku tidak mahu kehilanganmu
akan aku berusaha untuk menjadikan engkau

kekasih abadiku
teman dunia dan syurgaku

sudikah dikau?

buruk? tidak apa. asalkan luahan hati terluah. walaupun tidak secara terus , tapi aku harap dia baca. si dia yang aku maksudkan adalah si dia yang menemani aku tika hari kekasih hari itu.

sekian. bulan sampaikan salam pada bintang. bintang tunggu aku esok malam. mungkin aku akan lebih tersenyum esok. selamat malam.

5 comments:

Moja [Bulan] said...

sumpah bez puisi ko!!tharu sial ak dgr..klu si dia ko tu x tau2 lg prasaan ko kt die,xtau r nk ckp pe..i'll pray 4 u fwen.. =)

Lynyu said...

haha. toleh blahh!
syes kw mmg jiwank (;

tazo said...

wahhh
untungggg lahhh sorg lagi si dia...
haaiihh..
best jgk jd specis si dia nie kn kn?

AmY said...

wakakaka jiwang nak mampus!

u are fucking 21 dude!
sit back and relax!

(:

scha said...

moja leh nak nanes..??!
(p/s - moja mmg jiwang..)

hahaha..
da xjd give up dh?
nsb baek aku btaw alep..
kau nk give up..
da berapa bakul kena marah ??
hahahaha..
bagus..aku harap si Dia kau tu tak buta huruf..kalo tapaham lagi..tataw la..

si dia aku mmg tapaham..hahaha~