pada suatu hari yang tenang , setelah semalaman tidak tidur akibat kerja edit video-video CAMNI CAP EHH Penang , aku teros bergegas ke kampus UiTM Penang Dihatiku. [gambar di atas]
aku ke kampus pada hari ahad , adalah untuk ke sesi pengenalan terhadap fotografi yang dianjurkan oleh Kelab Fotografi UiTM Pulau Pinang. aku disuruh untuk menjadi model sambilan seperti yang tertera di gambar atas bersama seorang lagi pelajar yang juga merupakan model yang agak berpengalaman dalam bidang ini.
aku telah cuba untuk memberikan yang terbaik untuk bergaya dihadapan kamera , tapi malangnya , gigil menghantui diri apabila bergandingan dengan seorang gadis tinggi lampai berkulit cerah ini.
tapi aku cuba juga yang terbaik. dan inilah hasil-hasilnya. buruk kan? kali pertama tak apa. maafkan aku. HAHA !
aku juga diberi peluang untuk menunjukkan skil-skil fotografi aku. gambar di atas merupakan salah satu gambar yang dirasakan terbaik oleh aku.
walaupun diberi model yang cantik jelita , aku tetap mengambil gambar-gambar yang macam tak ada kena mengena. macam gambar ini contohnya.
sekian saja entry aku kali ini , ini merupakan entry pertama aku menunjukkan skil-skil fotografi aku. diharap banyak lagi yang bakal muncul selepas ini. terima kasih kepada model diatas , yang namanya aku tidak ingat kerana memberi kerjasama yang paling best !
kepada sesiapa yang inginkan aku untuk mengambil gambarnya , bolehlah hubungi aku di myspace , facebook atau ym. dekat blog ini pon boleh juga.
sekian , selamat malam !
7 comments:
Sungguh cantik gmbr2 tu..tp klu ade gmbr aku,msti lagi cun..haha..
aku suka gamba "takda kaitan tu"..
sangat sexy..
huhuhu~
betul itu moja...
elmi photoshoot sensorg..
klau ada kita lagi cantik..
skil post processing (PP) ko kene kasi gempak sket. gmbar byk yg overexpose. btw, nice try!
p/s: aku mcm kenai je minah ni :P
Uitz Elmi!!!
Naper x edit dlu???
Truz upload eh!!!
Btw, model terbaek!!!
Hohohhoh...
bila turn i pulak?
wakakka
i know this girl.
keira..
ahha~!
Post a Comment