tadi aku borak dengan lubby dekat ym. tiba-tiba terdetik nak buat entry pasal ciri gadis idaman aku. memandangkan juga alip pon dah dapat baby , aku bertambah jeles sebab aku ni , girlfriend pon tak ada.
jadi , inilah dia , ciri-ciri gadis idaman aku :
* si dia hendaklah di approve oleh umi.
- kerana , restu seorang bonda itu amat sangat penting. tanpa restu bonda , pada aku , hubungan tak akan kemana. itu sebab setiap kali aku jumpa calon baru , aku akan tunjukkan dekat umi dulu. tanya pendapat dia. tapi aku tak perlu dengar pendapat dia , aku tengok reaksi dia saja , aku sudah tahu dia suka atau tidak. kalau dia cakap ya sekalipun , kadang-kadang , nampak di wajahnya yang dia tak suka.
* si dia hendaklah berambut panjang sekurang-kurangnya paras bahu.
- sebab sebab , aku memang suka membelai rambut seorang perempuan. pada aku , seseorang itu kelihatan sexy melalui rambutnya. kalau cantik rambutnya , sexy lah dia. kalau tidak , maaflah , anda bukanlah pilihan hati saya.
- bertudung? aku lebih prefer yang tidak bertudung. kerana pada aku , baik luaran , tidak semestinya baik dalaman. aku tengok ramai kat luar sana tu , harap pakai saja tudung , tapi tak solat pon. [aku tak kata semua , sesetengah saja. maaf kalau terasa] lagi satu , tak semestinya pakai tudung , dia pandai jaga diri. ramai je kot yang pakai tudung , tapi berpelukkan depan khalayak ramai. harap saja bertudung. aku tak mahu gadis bertudung sebab aku pasti berpelukkan dengan dia. kan? aku tak mahu orang kata yang gf aku macam yang aku sedang duduk mengata gf orang ni haa. HAHA ! dan lagi satu , pada mata pandangan aku , ramai antara kawan , teman , sahabat , kenalan aku yang tidak bertudung , tapi masih lagi berpegang pada prinsip sendiri. faham-faham sajalah. aku malas mahu explain.
* memiliki senyuman manis.
- aku tidak mahu gadis yang terlampau cantik. terlampau hawt. cukuplah sekadar biasa-biasa. tapi yang penting , miliki senyuman yang menawan hati. kalau terlampau hawt , terlampau cantik , binasa hati aku nanti. sebab ramai yang bakal mencabar kedudukan aku nanti. (:
* giggers but not clubbers.
- kerana aku juga seorang giggers. jadi nanti aku boleh bawa dia sekali. sudah selesai masalah nak pergi date dekat mana. pergi gig , layan music pon date juga kan?
- aku tak suka clubbers sebab.... korang suka ke gf korang kaki club? tak kan? kecuali kau kaki club , kau suka la kot. HAHA ! bukan aku tak pernah pergi , pernah. tapi , aku sendiri dah tengok gadis clubbers ni macam mana. jadi paham-paham sendiri lah.
* not a drunker.
- kalau nak smoke tak apa. minum janganlah. tapi tapi , kalau nak smoke , bertempat juga la ya? nanti slow slow aku suruh dia berhenti. sebab sekarang dah ramai gadis yang smoke. bukan jenayah pon smoke tu kan? kalau minum jenayah. minum sambil memandu. HUAHUA !!
* romantik gila.
- aku pernah ada seorang gf yang amat romantik gila. dan aku merindui dia. sebab sudah agak lama aku tidak jumpa seorang gadis yang seromantik dia. kalau ada pon , macam biasa , sudah berpunya. (:
* sangat manja.
- manja bukan bermaksud mengada-ada. kalau kau gedik , aku tanpa teragak-agak akan menyekeh kau. manja. paham ya manja tu macam mana?
* bertolak ansur.
- pernah dulu , aku punyai gf yang sedikit pon tidak mahu bertolak ansur. semua dia saja yang nak menang. aku busan hidup dengan kekasih yang sebegitu rupa. tiap-tiap hari , tiap-tiap malam , aku saja yang perlu bertolak ansur. oh tidak tahan. give and take please. memahami. tolonglah. aku juga manusia.
* sangat sporting dan juga supportive.
- sporting dalam teks ini bermaksud , tidak mengongkong. kerana aku juga bukanlah jenis seorang yang mengongkong. as long as we trust each other , that's enough.
- supportive dalam apa juga yang aku buat , kecuali benda yang amat bodoh yang aku nak buat , jangan lah sokong pulak. tegah seeloknya. bayangkan kalau setiap kali aku pergi main futsal , dia akan ada di luar gelanggang. setia menunggu. perghhhh. bahagia. pastu pastu , selalu saja teman aku pergi mana-mana. best kan? haihhh.
* pandai bergaya.
- bukan pandai maksudnya pakai nak gempak. just nice lah. korang paham kan? ke korang nak aku tepek gambar contoh kat sini?
* mengambil berat dan sentiasa berada untuk aku bila aku perlu.
- semua orang nak pasangan dia macam ini kan? begitu juga aku. (:
orang kata , aku memilih. salahkah aku memilih untuk yang terbaik bagi diri aku? takkan aku nak main sebat saja apa yang ada depan mata. kan kan kan? kalau dijamin bahagia dunia akhirat tak apa juga.
tapi aku akui , aku agak choosy. jadi , siapa yang berjaya membuat aku fall in love , crush or what so ever , anda patot berbangga. HAHA ! [ayat aku bertambah poyo hari demi hari]
and and , before i forget , kepada sesiapa kehilangan hati , bolehlah cari saya di ym. bersedia memberi penampar nikmat. *tak ada kerja*
.selamat malam.
6 comments:
awwww...
tak demandlah tuh.
mahu yang terbaik kadang2 perlu demand.
tunggu aja.
pasti ada gadis yang macam tu.mungkin kurang satu 2 dr apa yang elmi nak tapi sure2 lah sapa yang perfect kan senget????
hahahaha...
kamu insan baik jiwa besar,pasti dapat yang similar mungkin.
*doa doa doa.
=sory semalam teros tdo tak bgtau.hahaha
aku leh apply x jd gf ko??ade ciri2 x?haha..
aku ingt nk apply gak...
tapi aku laki la plak...
kah3.....
ciri2 tue ada kat najmi!
rambut cecah bahu!
sabar. lambat laun ketemu jugak jodohnya.
jgn lupa, u have great friends.
kan?
(:
kau akan jumpa ngak one fine day nanti oke
gud luck elmi
jeju
Post a Comment