semalam aku ym dengan bani. tiba-tiba satu soalan terpacul dari mulut dia [kat ym ada pulak mulut kan?].
'dah besar kau nak jadi apa?'
aku cakap dekat dia , nanti aku post entry dekat blog. dan inilah dia entry yang ditunggu tunggu oleh bani.
sejak dari kecil , aku ditanamkan minat terhadap kapal terbang oleh abah aku. dia dahulunya bercita-cita mahu menjadi seorang juruterbang atau dikenali sebagai pilot. tapi impiannya tidak kesampaian kerana sebab sebab tertentu.
jadi dia pass kan cita cita dia itu kepada aku. dari kecil aku dibiasakan dengan game flight simulator , aku dibawa masok kedalam cockpit , aku diceritakan tentang kehidupan pilot , dan macam macam lagi.
sehingga pada satu hari , perasaan minat terhadap kapal terbang itu muncul dalam diri aku. dari kecil , hanya satu cita cita aku , pilot. aku masih ingat semasa di bangku sekolah rendah , cikgu kelas bertanya untuk simpanan rekod peribadi aku , 'apa cita cita awak?'. aku jawab , juruterbang. 'cita cita kedua awak?' , aku jawab , juruterbang.
aku memang tiada cita cita lain selain daripada menjadi seorang juruterbang. sebabnya? sebab aku minat. bukan sebab gaji , kerana mustahil bagi seorang kanak kanak sudah tahu bilangan gaji besar atau tidak. bukan begitu?
bila aku menjejak kaki ke bangku sekolah menengah , aku tetapkan minda aku untuk cemerlang dalam subjek subjek yang berkaitan dengan pilot seperti matematik , sains dan juga bahasa inggeris. Alhamdulillah , aku cemerlang.
bila sudah masok era SPM , aku fokus terhadap fizik , matematik , matematik tambahan , bahasa inggeris dan kimia aku abaikan terus. kerana kimia bukanlah satu subjek yang ditekankan untuk menjadi seorang juruterbang. sebab itu kimia aku tidak kredit.
sebaik keluar keputusan SPM , subjek subjek tersebut aku dapat agak cemerlang. aku terus tunggu iklan MAS untuk jawatan pilot. sehinggala pada suatu hari , aku ternampak iklan di akhbar the star. aku terus bagitahu abah , dan terus buat resume dan hantar ke human resources MAS.
selang beberapa bulan , seutas surat tiba dihadapan rumah memanggil aku pergi ke ujian psychomotor. dimana dari 6000 orang yang hantar resume aku antara 100 yang dipanggil. ujian psychomotor adalah sebuah ujian untuk menguji IQ.
pada ketika ini , aku sudah berfikir dalam , mana mahu pilih , UiTM atau pilot. semestinya pilot menjadi pilihan. aku lulus ujian psychomotor. mereka suruh aku belajar dulu di UiTM. tunggu panggilan seterusnya untuk ujian berikutnya.
aku tunggu.
beberapa bulan kemudian , aku dipanggil untuk menduduki ujian psychometric. ujian ini ujian IQ juga. tapi kali ini jawab dalam kertas. tidak seperti psychomotor yang menggunakan komputer. kali ini keputusannya tidak diketahui serta merta , tetapi kena mereka hantar kertas itu untuk diperiksa di Singapura. tunggu panggilan lagi.
aku tunggu lagi.
selang beberapa minggu , aku dihubungi. aku diberitahu , aku lulus ujian psychometric. kena pergi interview dalam masa beberapa minggu lagi. aku ambil masa untuk study apa apa yang patot.
tiba hari interview. dalam bilik ada 3 orang. 2 orang pilot , satu orang kuat human resources MAS. aku ditenyeh , dilenyek dengan pelbagai soalan tentang MAS , prinsip kapal terbang dan pengetahuan am.
sebaik keluar dari bilik , aku memandang tepat pada mata umi dan abah , aku cakap , bukan rezeki dekat sini. sebab aku rasa aku macam apa saja dalam bilik itu tadi. mereka redha.
tapi
dua minggu selepas itu , satu panggilan telefon membuat aku rasa pelik.
'hello?'
'hello , mohd zulhelmie?'
'ya saya. siapa ni?'
'akak dari human resources MAS. tahniah adik , adik sekarang bergelar Cadet Pilot. sila datang untuk medical check up di kelana jaya'
'*gulp*... erk... okay'
sebaik meletak telefon , selepas beberapa saat terkedu , setelah puas melompat , aku berlari mendapatkan umi yang pada ketika itu sedang dibawah menonton tv.
'umi , MAS call. abang dapat pilot'
umi menerima berita itu dengan titisan air mata. air mata aku juga berguguran. cita cita aku dari kecil , akhirnya tercapai. aku bakal jadi seorang juruterbang. sepantas mungkin aku ajak abah pergi medical check up.
tapi korang tahu penghabisan cerita ini kan? aku masih di UiTM. tidak pon jadi pilot. kan? sebab masa medical check up , aku tidak lepas. aku rabun warna. rabun mata aku lulus saja , tapi tidak rabun warna.
puas aku mencuba , pergi hospital pakar mata hussein onn , masih tidak dapat berbuat apa apa. saat itu aku sedar , memang bukan rezeki aku disitu. memang tuhan sudah menakdirkan yang aku bukanlah salah seorang juruterbang yang di angkasa sana itu.
puas aku menangis. aku kecewa dengan diri aku. aku kecewa dengan tuhan masa itu. aku berhenti solat , aku berhenti berdoa. kerana aku rasa tuhan amat tidak adil masa itu. jumaat berikutnya , aku dipaksa pergi solat jumaat.
nak tahu apa khutbahnya? lebih kurang macam ini ayatnya.
'kenapa Allah tidak mahu kita jadi sesuatu yang kita mahu? mungkin Dia tahu yang kita akan jadi sombong suatu hari nanti , tu sebab Dia tak bagi kita jadi apa yang kita mahu'
'kenapa Allah halang kita dari capai apa yang kita nak? sebab Dia tahu nanti kita akan lupa dunia akhirat , syurga neraka akibat terlalu taksub dengan wang yang kita ada , itu sebabnya'
aku terus mengeluh dan kembali menerima keadaan dengan seadanya. sampai hari ini aku rasa yang abah dah call khatib tu suruh dia baca khutbah macam tu. aku kembali solat. dan sampai hari ini aku rasa yang rezeki aku memang ada dekat tempat lain. cuma belum jumpa.
aku tahu , ada sesuatu yang lebih baik dari cita cita aku. cuma aku sampai sekarang tidak tahu apa aku mahu jadi.
tapi aku tahu ia ada.
p/s : aku harap aku sudah menjawab soalan kau wahai bani. (:
14 comments:
mungkin tuhan ada takdir yg lebih hebat utk kau
siapa tahu kan?
;)
btol2...klau x jd pilot pn,ko leh gak keja dlm bidang kpl terbang neh..pramugare ke,engineer kpl terbang ke..
xpon,jd je pencuci kpl terbang..
xpon,pam tayar kapal terbang..
hehe..=p
auuuuwww..
baca entry ni cam ade air mata nk jatuh jugak la.
i ade sorang kawan tgh stdy jadi pilot.bapak kaya bule la hantar...
huuuu...
duhhhh...
tape.betul kutbah tu kate lah.
tapi mslhnye kat i ni plak..
masih keliru dan tak pasti apa yang dicari.
nak jadi doktor atau ahli seni?
duhhhhh :(
whateva happen,dun blame our God my dear Elmi..He knows what's good for us.. be brave..ada hikamah atas segala sesuatu..percaya lah..
betul, munkin rejeki kau kat tempat laen..who knows..
kalo dulu kau jadik pilot, maybe kau tak kenal aku, kau tak pegi PD, byk lagi la..so, setiap yang berlaku, ada hikmah, kau kena yakin dan percaya pada Dia..thats all.. :)
*aku pon cam kau..kecewa tadapat sambung TESL kat oversea after SPM, pnah blame God cam kau jugak, cakap tak adil, tak sayang aku, tp..everything happens for a reason..so, be strong..*
xsume yg kte nk kte bleh dpt..
mybe rezeki ko kt tmpt laen...
xpn ko join aku keje repair kapal terbang...
bole la gak tgk kapal terbang 2 slalu....
hahaha....
biar pn ko xleh jd pilot,aku rse ko bleh jd sorg pemimpin kot...
jd PM ke...mne la tau kn3...
kita lebih kurang sama la elmi. Kau nak jadi pilot tapi buta warna, aku pulak nak jadi pelukis pemandangan macam mak aku tapi aku pon buta warna. hai nasibb
btw nice entry!
1 pintu tertutup, pintu lain terbuka. rezeki kat lain mungkin.
*tak sangka u rabun, x boleh main snooker laa ni..ahahahha =))
:) yup.Allah bg hambeNya yg terbaikkkkk! thts 4 sure.ayah u kenal khatib tu ke? ;D
gudluck u!
setiap yg berlaku, ada hikmahnya kn...
tahniah. kerana anda hampir mencapai cita-cita. anda sudah tahu cita2 anda berbanding mereka yang masih lagi kabur dengan cita-cita mereka.
cerita yg agak menarik,
afyq pon mencuba dlm bidang yg sma kan?
ntah apa khabar la dia tu..
well,
gud luck dgn uitm.
mgkin ade rezeki yg lagi bagos=)
xpe la elmi...
nnt kte buat bisnes nk?
aku pn ngah cri partner ni...
tp xtau bisnes pe...
hahhaa
bkn rezeki jd pilot...tp ko boleh jadi pembuat kapal terbang ke...engineer flight ke... ape2 yg berkaitan la kan... ahakx ~
elmi btl ckp umi 2..
lg stu sume nyer de hikmah..
klu x msty ktorg x knl
elmi..weeekk:p
kalau ko jd pilot..
ko x kn kenal aku yg baek nie..
semua ade hikmah nye..
betul..
Post a Comment