ya , aku bukan helmie yang sesetengah dari korang kenali dulu. aku kini elmi. sudah lebih dua tahun aku cuba transformasi kan , komersial kan si ELMI itu.
aku bukan lagi helmie yang dulu. yang mana helmie yang dulu itu seorang yang mampu menunggu seseorang itu amat lama. amat lama bagi seorang budak sekolah , iaitu setahun setengah. aku kini elmi yang kini menunggu 3 bulan pon sudah terlalu lama bagi aku. kadang-kadang sebulan pon aku sudah rasa malas. dimana kesabaran aku itu hilang? aku sendiri tidak tahu.
aku bukan lagi helmie yang dulu , dimana aku mampu membahagiakan 3 orang gadis sekaligus [sounds playboy , but that was me back then]. aku kini elmi yang seorang gadis pon aku tak mampu memberi kasih sayang yang sempurna. sebab itu aku rasa aku masih single.
aku bukan helmie yang dulu , yang punyai kekuatan untuk terus berdiri demi seorang gadis. walaupon direject beberapa kali , aku masih belum berputus asa. masih mampu untuk terus berusaha mendapatkan sebuah cinta. tapi elmi yang kini , kalau direject , aku pasti akan berkata dalam hati , 'dah bukan jodoh aku , nak buat apa'. tiada lagi kekuatan yang itu.
aku bukan helmie yang dulu , yang punya sifat jiwang [erti kata lain romantik] yang akan membuatkan seseorang itu merasakan dirinya disayangi sepenuh hati. aku kini elmi yang sudah tidak pandai bermain kata-kata azimat , membuatkan para gadis bosan apabila bersama aku.
aku bukan helmie yang pada suatu masa dulu , mampu menghantar pesanan ringkas pada seseorang itu pada setiap malam tanpa tertinggal satu hari pon walaupun seseorang itu tidak membalas. masih berfikiran positif , dan terus menerus menghantar. kadang-kadang mengarang puisi [pada masa itu puisi aku amat hebat , kerana ia datang dari hati] untuk seseorang itu. kini aku elmi yang bila pada satu hari seseorang itu tidak membalas , aku akan tidak mampu untuk menghantar lagi pesanan untuk dia esok hari. bila seseorang itu berkata 'tiada kredit' , aku akan menganggap dia tidak mahu layan aku.
aku bukan helmie yang dulu , yang banyak menghabiskan masa malamnya dihadapan game sampai tidak tidur 3 malam. aku kini elmi yang lebih gemar menghabiskan masa malamnya dengan kawan-kawan diluar sampai tidak cukup tidur tiap-tiap malam. game aku buang jauh-jauh. si PS2 , sudah hampir 6 bulan aku tidak bersetubuh dengannya.
aku bukan helmie yang dulu , yang banyak akan menegur rakan-rakan lamanya dimana-mana. aku kini elmi yang hanya menunggu rakan-rakan lama yang menegur aku dulu , atau aku akan cuba menyembunyikan diri. bukan kerana sombong , tetapi aku sendiri tidak tahu kenapa aku mengelak.
aku bukan helmie yang dulu , yang banyak menghabiskan masa di dalam rumah , pada sebelah petangnya bermain bola di padang. aku kini elmi yang suka merayau , pada sebelah petangnya , masih lagi merayau.
aku bukan helmie yang dulu sentiasa akan ikut umi dan abah kemana-mana. aku kini elmi yang selalu membazir masa emasnya dekat mana aku pon tak tahu.
aku bukan helmie yang dulu hanya ada kawan di sekitar nilai saja. aku kini elmi yang punya kawan di serata pelusuk malaysia.
aku bukan helmie yang dulunya happy-go-lucky. aku kini elmi yang semakin gila happy-go-lucky nya.
aku bukan helmie yang dulunya sombong gila sampai senyum pon tak mahu. aku kini elmi yang akan terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk bersalam.
aku bukan helmie yang dulunya poyo nak mampos. aku kini elmi yang poyo bersebab. HAHA !
aku bukan lagi helmie yang dulu mampu menolak segala masalah yang ada. aku kini elmi yang akan memikir sedalam-dalamnya masalah yang timbul.
aku bukan lagi helmie yang suka menikam belakang kawan-kawan. aku kini elmi yang sekarang tahu menghargai nilai seorang sahabat.
aku bukan lagi HELMIE yang dulu. aku kini ELMI yang baru.
ada baik buruknya ELMI yang baru ini dari HELMIE yang dulu. terimalah aku seadanya , kerana korang tahu yang aku terima korang seadanya kan?
7 comments:
dulu kau skema aa
hehe
btw, aku sedang melihat satu persatu impian yg kau impikan terjadi
jd jgn lupe utk berkongsi same aku ape saje kau impikan oke?
kite kawan :)
thanx for everything
-jeju-
i like the way u are dear no matter what!!!
go helmi and go elmi!!
ko bkn helmie yg dlu,
yg mana setia orgnya,menanti bagai nk gle.kini ko slalu putus asa tnpa alsan..
ko bkn helmie yg dulu,
yg buncit orgnya,
ble ko jln aku nmpak perut ko goyang2..kini ko da kurus SIKIT dari dlu,yg jln nmpak macho ckit la..
hahahahahaha
xksh la ko ELMI atau HELMI,yg pnting,kite ttp kawan..kn?
jeju : yeaah kawan sampai bila-bila. walaupon aku sudah femes. wakakakaka ! poyossss.
lubby : go lubby jugak ! hehe thanks letak i kat top fren dalam ms u. (:
alip : aku KURUS kan skrg? yeaaah ! aku putus asa sebab aku tanak benda sama ulang lagi.
moja : yeah. kita tetap kawan sampai akhir zaman. :P
huuu..
kau patot tambah lagi satu..
kau elmi yang sengal..
wakakaka..
pape pon..
aku kenal kau sekarang..
dan aku suka kau sekarang..
be urself..
thas all~
change for better. bagus.
jgn berubah jadi yang tak elok.
Post a Comment