>5 tabiat buruk anda time sekolah.
-aku jenis yang suka loyar buruk dengan cikgu cikgu aku. tu sebab aku jadi rapat dengan cikgu aku.
- aku amat malas untuk menyiapkan kerja sekolah. suka datang awal pergi sekolah , lepas tu pegi kat budak kelas , minta tiru. pasti siap sebelum kelas. haha selalunya linda yang menjadi mangsa. sebab dia satu bas dengan aku. haha
- aku juga suka buat latihan skip skip. sebagai contoh , kalau soalan ada 10 , aku akan buat 1 , 2 , 3 , 5 , 6 , 8 , 9 , 10. sampai ke universiti neh perangai aku tak ubah ubah. haihh.
- masa aku tingkatan dua , aku gemar bermain bola dalam kelas. hoki pon. kayu hoki? kitorang ambil kayu kerusi yang dah patah. budak budak pengawas dan budak nerd pon join sekaki. pernah kantoi dengan cikgu HEM. tapi aku terlepas. sebab pandai cover. kesian fendy , dah la pengawas , siap kena berdiri depan perhimpunan esok hari nya. haha
- masa aku tingkatan lima , budak lelaki kelas aku hanya 8 orang. kitorang ada nama kumpulan kitorang sendiri. ChaosMaker namanya. aku leadernya. kitorang duduk belakang sekali dalam kelas. susun meja panjang panjang. aku duduk ditengah tengah. bila tak ada cikgu , kami memang jadi raja. satu sekolah kenal ChaosMaker nie kot. siap ada musuh tradisi. TSTG. haha bungok je zaman sekolah dulu.
> 3 favourite subjek anda. Kenapa?
- matematik - tak kira la matematik moden atau matematik tambahan. aku memang suka subjek matematik. sebab aku amat suka nombor. bila tiba kelas matematik , korang mesti akan nampak muka bersedia aku untuk bermain nombor. tapi apakan daya , dekat universiti aku macam dah muak dengan matematik atau sekarang lebih dikenali sebagai calculus. dulu masa tingkatan 4 dan 5 , masa belajar matematik tambahan , aku seorang saja budak lelaki yang duduk diam dan belajar. budak lain , memang diorang buat hal sendiri. cikgu wook siap cakap , siapa nak belajar , belajar. siapa tak nak , jangan ganggu. tapi aku belajar. sebab aku minat. akhirnya , aku seorang saja yang lulus dengan cemerlang. yang lain dapat G. padan muka korang.
- english - aku di anggap sebagai salah satu dari genius english dalam kelas aku. since darjah 6 sampai tingkatan 5. mesti aku macam menonjol dalam kelas. paling aku ingat , masa tingkatan 5. aku , afyq , aneys , kamarul dan aaida adalah 5 terbaik english. jadi kami macam berebut nak dapat markah tinggi bila setiap kali test atau exam. sampai teacher naik bingung dengan karenah kami. suka minta tambah markah. reason? sebab nak dapat highest. selalu nya , aku , afyq dan aneys akan dapat fullmarks. so tak ada gadoh gadoh. dari aku tingkatan 1 , sampai aku jejak universiti nie , aku tak pernah dapat kurang dari A subjek ini. hebat kan? haha
- lukisan kejuruteraan - aku memang minat gila melukis. tu sebab aku nak jadi architect. tapi sekarang bakal engineer jadi nya aku. tak apa la. ada juga kena mengena. masa aku belajar lukisan kejuruteraan ni , kitorang kena pergi studio. studio tu akan digunakan hanya dua kali seminggu. berhabuk dia jangan cakap laaa. haihh. untuk pengetahuan , hanya 6 orang sahaja yang belajar lukisan kejuruteraan ni kat sekolah aku. aku , yati , aloy , rashid , lynda dan ain. kami juga last batch yang ambil paper ni kat sekolah aku. jadi studio tu dah macam kelas nombor dua. tak ada kerja , pergi studio. buat assignment katanya. padahal duduk berborak sahaja. cikgu yang mengajar subjek ini pon cantik. cikgu salamiah namanya. macam jennifer garner.
> 3 subjek yang anda tidak suka. Kenapa?
- kimia - sebab? cikgu garang gila. cikgu suriya. sikit sikit kena tarik telinga. kena tengking. subjek ini pon susah. sebab aku malas nak ingat ikatan ikatan pejadah tu. tapi yang peliknya , masok universiti , kimia aku score A. wah ! mungkin sudah matang agaknya.
- sejarah - subjek wajib untuk tidak suka. sebab? sebab subjek busan. buat apa la nak belajar benda yang dah lepas? yang dah tak boleh nak tukar. kalau kita dalam cerita timeline tak apa la juga. haihh. cikgu cikgu yang mengajar subjek ni pon busan busan. cakap nak panjang. kasik murid mengantok saja. "hari ini...... kita akan belajar.... bab 7. bab...... pasal..... errrr.... sultan mahmud...... shah. ok , buka muka surat......... 87. zulhelmie , tolong baca". sumpah aku busan !
- pendidikan agama Islam - aku bukan tak suka. suka je. tapi... aku paling lemah bila ustaz idrus yang ajar. adoi. lagi mengantuk dari sejarah. lepas tu , suka suruh aku baca surah. kena hafal. aku kan pemalas. tak hafal. jadi dungu. kena kutok. kena gelak. haihh. kalau baca jawi aku terer. nak soh hafal , sori ya?
> Menarik pada kamu..?
apa yang menarik ya? mari aku cerita. masa aku tingkatan 1 , aku dapat jadi penyelaras pengawas tingkatan 1. aku ketua seluruh pengawas tingkatan 1. aku tak payah buat kerja. hanya jadi bos sahaja. best kan? tapi aku berhenti jadi pengawas. sebab aku tukar sekolah. dapat offer kat sekolah baru , tapi tolak. sebab baju tak lawa.
tingkatan 4 aku dah jadi chairman kelab komputer. aku dapat kunci dan password masok makmal komputer. wah. heaven. bila panas , masok makmal. rehat , masok makmal.
aku juga banyak jawatan kat sekolah. antara nya ialah ketua rumah biru. bila aku pegang rumah biru , rumah biru dapat nombor dua. selalunya memang last. tak pernah dalam sejarah , dapat nombor bukan last. tapi.. aku jadi ketua. dapat second. aku paksa semua yang tak nak lari. suruh dorang lari. tarik semua atlit yang baru masok sekolah join rumah biru. aku sendiri masok 4x100. johan okay? haaa. masa dulu aku fit. sekarang aku tak boleh lari laju lagi. ahahah
jawatan lain? naib pengerusi kelab boling. untuk 2 tahun. tapi aku lagi hebat dari pengerusi. aku kat negeri sembilan masa tingkatan 5 , aku dapat nombor 18 dari 100+ peserta. hebatkan? haha
lagi lagi? banyak lagi kot. tapi paling aku tak boleh lupa , bila aku di anugerah kan anugerah pelajar bersahsiah terpuji sempena maulidur rasul. cikgu pilih aku sebab aku decent. padahal aku ni nakal. lepas dapat award , kantoi aku ni nakal. ustazah cakap depan perhimpunan , menyesal pilih zulhelmie. haha
> Kamu paling suka?
- aku paling suka bila aku jadi wakil pelajar tingkatan 5 nak ambil spm. kena berucap depan perhimpunan sempena nak ambil restu cikgu cikgu. sebelum perhimpunan start , aku dah sedia text. siap ada peribahasa dan pantun untuk pengetua sekolah. tapi? tapi semuanya hilang tatkala aku berada di hadapan. kertas yang aku pegang hanya lah sekeping kertas. aku di gelak. di tawa. pengetua hanya mampu tersenyum melihat gigilan aku. bila tiba masa salam cikgu , cikgu gelak saja. padahal dengan orang lain cikgu minitiskan air mata.
> Anda tidak boleh hidup tanpa?
jam tangan. sebab aku tak sabar nak pulang ke rumah. tak sabar nak habis kelas yang busan. tak sabar nak date masa rehat. tak sabar nak gila gilaan masa PJ. :p
> Penutup
ini semua kenangan aku tika aku masih bersekolah. tak tahu pon apa itu blog masa tuh. aku merindui saat aku sekolah dulu. aku tak mahu tag siapa siapa untuk blog ini. aku tak ada mood. :)