second blog

Wednesday, April 7, 2010

rasa bersalah

aku seolah macam tak mengenang budi followers dekat sini.

nah aku bagi link blog baru aku. sini serius blog bodoh tak matang nak mampos.

http://mhdzlhlmzllfn.blogspot.com/ or simply click banner atas ni.

korang tau aku sayang korang kan ?

Saturday, April 3, 2010

blog ini ditutup secara rasminya.

aku dah lupa apa tujuan sebenarnya blog ini dibuat. dan tulisan aku sebenarnya hanya tulisan sampah. dan rasanya aku tak perlu lagi untuk tulis sebab ianya hanya akan menambah malu di muka aku suatu hari nanti.

sekian terima kasih 136 followers kerana sudi membaca selama tiga tahun aku menulis. aku pasti kau orang takkan pernah merindui tulisan tangan aku.

assalamualaikum.

Sunday, March 28, 2010

pejalan kaki tu bukan hina

hari ini aku nak menyedarkan masyarakat. tentang kehidupan sebagai pejalan kaki. atau lebih kool bahasanya dalam english , pedestrian.
pedestrian dalam wikipedia bermaksud seseorang yang bergerak menggunakan kaki , sama ada berjalan atau berlari. dalam sesetengah komuniti , ada juga pedestrian yang menggunakan kasut roda , papan luncur dan juga basikal.
umum mengetahui bahawa aku baru pulang dari frankfurt , jerman. umum juga mengetahui bahawa aku juga pernah ke sydney dan brisbane , australia. juga ke istanbul , turkey. serta london dan manchester , england.
tetapi umum tidak mengetahui , bahawa di setiap bandar tersebut , sistem jalan raya mereka sangat amat jauh lebih hebat jika mahu dibandingkan dengan malaysia.
bukan aku mahu katakan yang sistem jalan raya di malaysia ini tidak bagus , tidak. cuma pada aku , sistem di negara kita ini tidak cukup hebat untuk mengagumkan pelancong asing. dan juga tidak cukup hebat untuk membuat para pejalan kaki merasa selamat.
mungkin ramai yang akan kata bahawa bandar mereka bandar maju. lebih maju dari kuala lumpur. tapi anda harus berfikiran dua kali. kerana kebanyakkan bandar yang penulis sebutkan sebentar tadi bukan merupakan ibu negara , negara masing-masing.
sebagai contoh , sydney dan melbourne bukanlah ibu negara australia. frankfurt bukanlah ibu negara jerman. dan manchester bukanlah ibu negara united kingdom.
tetapi masih , sistem jalan raya mereka membuatkan para pejalan kaki untuk rasa lebih selamat. sangat selamat.
bukan pihak kerajaan sahaja yang berperanan untuk mengubah sistem ini. tetapi ianya merupakan tanggungjawab masyarakat bersama. para pengguna jalan raya selain daripada pejalan kaki hendaklah menyedari tentang kewujudan para pejalan kaki ini.
sebagai contoh , lintasan zebra. pengguna jalan raya di malaysia , terutamanya pengguna kereta mewah dan juga yang ala-ala berlagak sombong , juga pemandu kereta berkuasa tinggi , kebanyakkan mereka langsung tidak hormat kepada lintasan zebra ini.
peraturan mengatakan bahawa kenderaan sepatutnya berhenti ketika melalui kawasan lintasan zebra jika ada pejalan kaki yang ingin melintas. tetapi malangnya di negara malaysia ini , para pengguna jalan raya lebih kearah untuk lebih memandu lebih laju jika ternampak ada pejalan kaki yang ingin melintas di lintasan zebra.
perkara ini tidak berlaku di negara-negara luar. yang mana lampu hijau untuk pejalan kaki selalunya adalah lebih pendek jangka masanya. tetapi para pengguna lain amat menghormati pejalan kaki dengan memberi laluan kepada pejalan kaki.
begitu juga dengan sistem pengangkutan awam untuk para pedestrian. boleh dikatakan sistem pengangkutan awam di malaysia masih lagi ditahap lemah walaupun dengan adanya LRT , KTM Komuter , Rapid KL , Monorel dan sebagainya.
di negara maju yang lain , kekerapan pengangkutan awam adalah sangat kerap. dan selalunya mempatuhi masa. tidak seperti di malaysia yang selalunya KTM Komuter akan lambat sekurang-kurangnya 10 minit dari jadual asal.
begitu juga bas yang sememangnya akan lambat dan selalunya juga akan penuh.
penulis mengambil contoh di frankfurt , kekerapan tren bandaraya yang dipanggil Tram adalah 5 minit sekali. dah Tram tersebut tidak pernah lewat untuk sampai di stesen seterusnya. maka lebih ramai penduduk setempat yang menggunakan pengangkutan awam daripada memandu kereta. dengan ini , keselamatan pejalan kaki akan lebih terjamin.
di london , sistem bawah tanah yang dipanggil Underground , sangat efektif. memang di akui , malaysia memang belum patut dibandingkan dengan united kingdom. tetapi jika mentaliti masyarakat malaysia sendiri belum mahu berubah , rasanya kita patot lupakan hasrat untuk menjadi negara maju.
faktor cuaca juga sangat mempengaruhi pejalan kaki. ramai yang tidak sanggup untuk berpanas untuk berjalan kaki di sekitar kuala lumpur. mahu pun johor bahru. dan juga pulau pinang. tetapi kita perlu ingat , negara-negara lain tidak selalunya sejuk juga. ada kalanya musim panas tak ingat neraka mencarut.
jadi rasanya , untuk menjadikan malaysia sebagai sebuah negara yang maju , kita memerlukan mentaliti malaysia yang lebih efektif dari segala aspek. walaupun hanya sekadar aspek sistem jalan raya dan juga walaupun kita pergi bekerja sebagai pejalan kaki.
barulah boleh jadi maju !
eh ada kena mengena ke maju dengan jalan kaki ?

Friday, March 26, 2010

anonymous memang bangsat.

selamat khamis malam jumaat. psst psst.
aku sebenarnya ada benda yang aku nak tulis. dia duk dalam kepala aku ni dah 3-4 hari dah. tapi bila tiba masa aku dah banyak masa terluang depan laptop , aku jadi lupa apa nak aku tulis. semuanya mesti sebab selalu minum air dalam gelas ada semut ni.
seminggu dua ni aku dapat tengok banyak betul gangguan dari anonymous dekat internet. ramai juga kawan-kawan aku diserang bagai. zaman dulu-dulu banyak serangan anonymous ni dekat blogger. contoh terbesar yang pernah kena serangan anonymous ni adalah aku sendiri.
sekarang apa yang aku nampak , serangan anonymous ni makin menjadi-jadi dengan terciptanya formspring.me. ramai betul yang mengambil kesempatan untuk menjadi pesalah pesalah anonymous. gila depa ni , dah takdak kerja lain dah nak buat. duk sembunyi identiti diri , pastu duk buat lahanat dekat orang lain.
anonymous , atau lebih dikenali sebagai anon menerusi tulisan keyboard kak fynn , memang sangat menjengkelkan. tak kira kalau dia orang ni berhubung untuk sesuatu pujian atau sesuatu kritikan.
contoh kalau dia orang duk puji kau handsome , kau cantik , kau kurus , kau gemuk. kita tak tahu sama ada dia ni betul ke puji kita , atau dia saja perli kita. lebih menyakitkan hati , kita tak tahu sama ada kita dipermainkan , atau betul-betul kita ni ada secret admirer.
contoh dua , bila kalau dia betul-betul menghentam kita. pasti kita tertanya-tanya dalam hati , siapa yang cukup bagos sangat nak kutuk orang lain ni kan ?
pada aku dari pandangan peribadi , anonymous ni sangatlah tidak kool. tak berani. nak duk hentam orang , tapi sembunyi. tak berani nak tunjuk muka. tak aci rasanya kalau kau boleh hentam orang , tapi orang tak boleh nak hentam kau balik. kau willing to give , tapi kau unwilling to take.
satu nasihat aku yang banyak kali dah kena serang dengan anonymous ni , bila kau orang dah baca apa yang dia orang tulis dekat kau , kau jangan baca dua kali. publish je terus. lepas tu elak retina mata dari bertindak ke arah situ lagi. buat bodoh saja macam tak ada benda berlaku.
anonymous ni tak lama punya dia ganggu hidup orang. lama-lama dia bosan. sebab nanti satu hari dia akan terfikir yang dia tengah kumpul dosa semata. kau orang relaks saja. tak ada hal lah !
kamon la , dalam dunia ni , tak ada orang pon yang tak ada orang benci. hari tu hzrh [nama dia ni kau orang kena panggil hzrh. pandai pandai lah kau orang sebut] ada bagi tau aku , yang dila raden pernah cakap dekat blog dia , 'sedangkan tuhan ada orang tak suka , inikan kita manusia biasa'.
aku tak perlu fikir lama bila dengan ayat tu. aku terus dapat tangkap.
kau kena ingat jugak , yang dalam banyak-banyak manusia dalam dunia ni , pasti ada yang sangat minat pada kau secara jujur. pasti ada. dari kau cuba sedaya upaya untuk puaskan hati haters kau , baik kau puaskan hati diri kau sendiri , kawan-kawan sekeliling kau , keluarga kau dan peminat-peminat kau.
haters tu biar dia menghadap tuhan tak lama lagi. nanti dia sendiri sedar.
satu benda kau perlu ingat , sedangkan mawi yang orang agung-agungkan tu akhirnya orang kutuk-kutuk , tak mungkin satu hari kau yang orang selalunya rendah-rendahkan tak lama lagi orang akan agung-agungkan pulak !
just in case kau orang nak jadi anonymous tanya soalan merepek : http://formspring.me/elmi

Tuesday, March 23, 2010

all the way from frankfurt

sikit pon aku tak rindu malaysia. sini sejuk gila. awek awek jerman semua macam model. banyak strip club. ala tapi bukan aku masok pon. lalu je. hahahaha

Saturday, March 20, 2010

parti pantai.

where are they now ?

ini cerita tahun lepas. cerita pasal parti pantai ala afrika yang kita-kita buat.

mana mereka sekarang ?

aku mulakan dengan yang paling tua , jeju. aku tak tau dia dekat mana. masih di melaka agaknya. sudah enam bulan aku tidak bertegur sapa dengan dia. kali terakhir , raya. konflik sesama manusia.
kedua , ming. dia bekerja di shah alam sekarang. makin hebat dalam bidang fotografi. berkawan dengan orang-orang hebat seperti fad manaf dan lain-lain. rajin dia ni call aku kadang-kadang bertanya kabar. dan hadiah dari itali masih aku belum dapat lagi.
amy , sedang bahagia amat dengan pjoe. bergiat aktif dalam facebook yang dia buat semasa pulang dari parti pantai ini. kalau tidak , beliau bertegas untuk tidak membuat akaun facebook. kali terakhir berjumpa , masa rantai art idealist tempoh hari.
ikma , aku tak tau dia dekat mana buat apa. tapi rasanya badan makin mantap kot. last jumpa masa malaysia menang pingat emas bola sepak sukan sea dekat restoran thai.
aiman salak , dia sekarang mungkin sedang berusaha untuk membuat iklan untuk projek semester dia. kali terakhir berhubung di pop chat facebook sebulan dua yang lepas.
wany abdah , sekarang dia sekampus dengan aku. kadang terserempak. tapi belum pernah terserempak yang dua-dua nampak. selalunya salah seorang saja yang akan nampak. dan kemudian hanya bertegur menerusi sms sahaja. kali terakhir , jumaat lepas.
wanie moo moo , semenjak peristiwa gadoh-gadoh hari tu , dia tak pernah lagi approve aku di facebook. tak pernah juga reply sms. masih marah rasanya.
wanie kpj , dia ni ada dekat kota seriemas tu kot. dah lama juga tak bersua muka. walhal dekat saja kot.
sulis , parti pantai ini adalah yang pertama dan terakhir aku jumpa dia ni. hilang terus hubungan dengan dia. mungkin sebab dia ni terlalu pemalu rasanya.
alep , followers blog ini mungkin tahu apa yang jadi. dengar katanya dia sekarang menyambung pelajaran di uitm pahang.
moja , seorang kawan yang tak pernah akan reply sms. keji perangai. sekarang dekat uitm lendu , melaka. mungkin terlalu ramai awek hot berkawan rapat , sampaikan tiada masa untuk membalas sms mudah.
shy , sekarang busy dengan band acapella beliau , 24seven. sudah muncul di gig-gig hiphop. kali terakhir bercakap dalam telefon semasa aku menonton band otai , axl depan mata. beliau sangat suka dengan lagu akulah kekasihmu. boleh dapatkan muka shy dalam iklan akedemi fantasia yang paling latest.
miraj , beliau kini merupakan sessionist kepada band acapella , 24seven. dan menetap di damansara ketika ini.
ayu , sedang bertingkatan empat. dan beliau masih kerinting.
scha , kini sangat busy dengan praktikal di klia. habis saja waktu kerja , beliau akan meluangkan masa dengan membantu kekasihnya di gerai makan di bandar baru nilai. seorang kawan yang paling rajin wall aku di facebook.
tazo , sudah hampir setahun arwah meninggalkan kita. meninggal dunia akibat barah paru-paru. al-fatihah.
capyq , mamat ni agak senyap. mungkin sebab sudah punya dslr sendiri. di facebook juga sudah kurang nampak. almaklumlah budak degree kan ?
eqbal , sedang mengambil ijazah di uitm shah alam. penyokong MU yang tegar sampai kadang-kadang aku bergadoh dengan dia pasal bola. gadoh-gadoh manja.
hasrul , sedang berpraktikal di nilai. satu-satunya kawan yang aku ada di nilai ketika yang lain tiada. kerap menjadi mangsa menghantar dan ambil aku di ktm.
farlihin , beliau kini sudah ada facebook. tapi jarang nampak di nilai. mungkin sedang di kolej lagenda bertungkus lumus untuk graduasi.

tiada dalam gambar :
farhan , selalu berjumpa di myspace. harapnya dia sudah berubah menjadi seorang yang lebih cekap memandu kereta.
zymn , sedang bekerja di subang. masih aktif dalam bidang fotografi. kali terakhir berjumpa , masa aku dimaki di bentley music.
yazan , aku tak pasti. mungkin masih bergiat aktif dalam bidang lumba kereta.
sid , aku dengar dia dah kerja. praktikal kot. masih berhubung melalui facebook. dan aku tak rasa dia akan deactivated facebook kalau MU tak menang EPL season ni.
bani , ada je dia dekat facebook. dan kadang ada sms bertanya kabar. kali terakhir bersua muka masa peristiwa bersejarah malam merdeka rasanya.
lihin , sudah menyambung pelajaran di politeknik PD. beliau akan menelefon aku jika MU menang besar. atau jika mahu mengajak bermain bola jika beliau cuti di nilai.
fendy , sedang melanjutkan pelajaran di politeknik sabak bernam. kerap menghabiskan masa dengan aweknya. sesekali menelefon aku untuk bertanyakan tentang internet. sedang meminjam jaket mekanikal aku. jangan tak pulang sudahlah.
nadjmee , juara permainan cak ke le cak cak cak cak semasa parti pantai. beliau kini merupakan supervisor di salah satu jabatan di klia. dan juga merupakan tauke gerai makan di nilai. siapa nak makan free ?
muaz , beliau sedang bekerja. tapi tiap-tiap malam boleh jumpa dia dekat gerai nadjmee.
gima , mungkin sedang masih belajar. aku tak pasti. tapi beliau masih bersama muaz.

tapi betul , aku tak rindu pon parti pantai ni. sebab hidup aku sekarang lebih selesa untuk hidup seorang diri. tak perlulah ada kawan-kawan ni semua. menyusahkan saja. bukan dia orang yang menyusahkan. tapi aku yang menyusahkan dia orang. jadi kenapa perlu ada kawan kalau kita hanya akan menyusahkan mereka ? rasa macam mempergunakan. bukan ikhlas pon nak berkawan !

Friday, March 19, 2010

the cousins.


aku rasa semua tahu siapa mereka berlima dalam gambar yang diatas.

ayu si adik aku. mean , khairy dan lynn si sepupu aku. dan shy si kawan baik aku.

aku rasa semua orang tahu yang hati aku masih belum berpunya. masih kosong. masih belum ada isi. aku rasa mungkin ada kena mengena dengan mereka berlima ini. kenapa ?

sebab sejak setahun dua ini , kalau pergi dating , mesti ada antara dia orang ni yang akan menyebok. serius. bukan salah dia orang pon. salah aku. sebab aku yang ajak dia orang. atau aku yang membenarkan untuk dia orang ni turut ikot.

mana tak perempuan lari ? kalau setiap kali dating , ramai je jemaah yang aku bawa. baru first date , aku dah bawa satu keluarga. memang perempuan takot. tapi nak buat macam mana , pada aku , mereka berlima diatas ini penting dalam hidup aku. kalau perempuan itu mahu hidup bersama aku , dia perlu menerima adik-adik aku , kawan baik aku. kena pandai ambil hati dia orang ni. kalau dia orang boleh get along just fine dengan si perempuan , aku puas hati.

sebab dia orang ni memegang kuasa veto untuk mempengaruhi umi untuk merestui hubungan aku dengan sesiapa saja. kalau tak ambil hati dia orang ni , susahlah nak memenangi hati umi , dan mungkin hubungan kita tak kemana.

jadi jangan sekali terperanjat kalau sesekali kita keluar date , saya bawak adik-adik saya ya ! adik-adik saya , adik-adik awak jugak ! adik-adik saya ni semua comel-comel. baik-baik je. kalau awak baik dengan dia orang , memang dia orang baik dengan awak. tapi kalau awak berlaku biadap dengan dia orang ni , jaga-jaga la ye ? saya lebih rela pilih untuk hidup dengan dia orang ni dari nak hidup dengan awak.

girlfriends [cewah ada s] boleh cari , adik beradik tak boleh cari !

p/s : aku rasa masa untuk bertemu dengan si jodoh sudah dekat. tapi bukan nak kawen sekarang pon , kenal-kenal saja dulu ! heheh

Friday, March 12, 2010

i am nobody , really



mana semua kawan aku ? aku rasa macam sudah tak ada kawan. tu sebab jangan jadi bangsat.

Tuesday, March 2, 2010

elmi dan masalah

aku pada ketika ini agak biadap. mana tak biadapnya , katanya nak 4 flat semester ni. tapi esok pagi ada test dan aku langsong belum study apa-apa lagi dan boleh sempat ke cyber cafe untuk update blog aku yang sudah agak bersawang masa aku bukak mula-mula tadi. ye lah , mana nak study kalau dalam otak yakin gila dah terer apa yang akan keluar esok. budak repeat kan ? budak repeat bukan budak bodoh. ingat tu.

aku sebenarnya dah malas nak ada angan-angan. aku dah tak mahu ada impian nak dating dengan semua gadis dibawah ni.

dah tak nak.

bulan lepas aku ada teringin gila nak berpacaran dengan liyana jasmay. kan ? aku buat benda tu sebab aku rasa itu kali terakhir aku nak nakal. sebab finally , aku nak settled in kan hidup aku yang serabut ni. aku nak ada gf. gf yang akan jadi bakal isteri aku. yang akan jadi ibu kepada anak-anak aku.

bukan gf yang akan jadi gf aku sampai aku jumpa gf yang lain. atau gf yang akan jadi gf aku sampai aku naik bosan dan aku tinggalkan dia bila aku rasa dia patot ditinggalkan.

tapi lelaki macam aku ni , memang susah perempuan nak jatuh hati. sebab terlalu handsome. katanya. okey aku tipu.

here's a thing. aku ada suka seorang perempuan ni. dan dia ni complete stranger. aku kenal dia through facebook. tapi tak pernah bertegur sapa. lepas tu aku jumpa dia dekat twitter. ada sekali dua saja yang dia pernah tweet aku. sebab dia jarang on twitter dia. lepas tu sekarang dia baru start follow tumblr aku. nama dia ? aku tak nak bagi tau. sebab tu rahsia aku.

satu soalan aku , macam mana aku nak menegur dia sampai dia jadi rapat dengan aku ?

aku bukan jenis lelaki yang gemar lepak mall dan menegur gadis yang berkenan. sebab aku pemalu. internet ni jadi batu loncatan untuk aku kenal orang. kenal , mungkin jodoh aku. we never know. right ?

aku tau ramai jenis lelaki dan perempuan yang baca blog aku ni. pasti akan ada banyak pendapat bagaimana cara yang betul untuk aku merapati gadis seorang ni. tolong aku. dan aku pasti satu hari nanti Tuhan akan tolong korang pulak.

Tuesday, February 23, 2010

super senior


pejam celik , pejam celik , dah selesai pon cuti pertengahan semester kali ini. dah tengah semester dah katanya. padahal kelas aircraft structure belum pernah ada lagi pon. dah tengah semester. macam tak percaya. kan ?

aku nak ambil kesempatan ini untuk cerita serba sedikit pasal semester baru yang katanya kemungkinan besar yang terakhir bagi aku. oh ya , masih ada kemungkinan aku akan berganjak satu lagi semester ke hadapan. siapa tahu ? kalau masih banyak main , masih tidak sedar diri , aku akan menjenguk lagi ke uitm pulau pinang dihatiku tu ha.

semester ini aku dapat rasakan seolah seperti semester pertama aku. serius. setiap pagi aku langkahkan kaki aku di kampus , tiada seorang pon muka yang aku familiar. tiada. jumlah pelajar yang aku kenal , boleh dihitung dengan jari.

aku siap boleh senaraikan lagi aku rasa. antara yang masih ada dekat kampus ialah rashid , gulong , pali , kechek , sapuang , cip , syajar , didi , mansor dan zek. itu saja yang aku pernah nampak muka dekat kampus semester ni.

ada jugak budak junior yang aku kenal. tapi tak ramai pon. sebab aku seperti diketahui , agak anti-sosial orangnya. eh yeke ? budak junior pon aku boleh kira pakai jari. yang ada , annuar , kara , zuzu , hany , wawa dengan wany saja. fynaz dengan bella tengah praktikal pulak. haih. sikit tak kawan aku dekat kampus ? sikit kan ?

kalau dulu aku berasa sangat tensi jikalau setiap kali di kampus , aku terpaksa menegur siapa sahaja yang aku kenal. kerana tradisi untuk mengeratkan silaturahim antara pelajar amat sangat kuat antara kawan-kawan rapat aku.

tapi kini , aku terlampau selesa untuk berjalan merayau di kampus tanpa seorang pon yang mengenali aku. rasa macam dekat tempat asing pulak. sedih betul. hari-hari aku lost.

aku banyak cerita sedih nak kongsi. sebagai contoh , semester ni aku baru berpindah masok ke rumah baru. rakan serumah baru. dulu kenal sebab sekelas dan selalu main futsal sama-sama. tapi mereka semua dengan aku semacam belum nak betul-betul ngam. aku kerap makan tengahari seorang diri. aku kerap juga makan malam sendirian. serta pernah juga aku bersarapan tiada teman.

lagi selalu aku melepak seorang diri dekat laman siswa. langsong tiada kawan. duduk menangok seorang diri. kejam junior junior tak menegur aku. tak guna rasanya dapat pacak muka dalam tv dua kali , tapi tiada kawan.

dalam kelas pon sama. bila lecturer bagi assignment berkumpulan , aku perlu kena tunggu sampai ada kumpulan yang tak cukup orang , baru aku boleh join. kalau assignment berdua , aku kena tunggu sampai ada siapa-siapa yang seorang , baru aku digandingkan bersama.

sudahlah dengan jumlah kelas yang tak banyak semester ini. aku banyak habiskan masa aku dengan melepak dalam bilik. ni yang nak cerita pasal si rakan sebilik pulak ni. dia semester ni tak ada kelas , dia praktikal. jadi maknanya , hampir setiap hari dia akan keluar bekerja pada pukul 12 tengahari. dan pulang pada pukul 2 pagi kerana dia akan terus menolong kawan serumah aku buka kedai jual baju bundle. dan selalunya , waktu-waktu macam tu , aku sudah tidur. kerana kelas selalunya akan bermula pada pukul 8 pagi.

tapi si rakan sebilik ni , dia akan selalunya membuka lampu. membuka komputer. kalau tak main game , dia akan tengok movie. selalunya , dia tak akan tutup komputer tu kalau dia tertidur. dan dia lebih selesa tidur dengan lampu terbuka. dan aku selalunya memang tak akan boleh tidur. sampai adalah kes dua tiga kali aku pergi kelas dengan tidak tidur malam. mata agak merah. tapi adalah minum tongkat ali dulu sebelum ke kelas. dan lecturer terus melontar soalan , 'awak stoned ?'.

kadang memang tak masok satu apa pon yang lecturer bercakap didepan. itu sebab aku tak berani untuk janji yang aku akan habis belajar semester ini.

tapi aku jenis tak pernah putus asa. walau apa saja yang jadi terhadap aku , aku akan sentiasa berdiri menegakkan diri sendiri. aku dah biasa ditindas. aku dah biasa dibahan. aku dah biasa dihentam. aku dah lali dengan dugaan dunia. dan aku tak mungkin akan jatuh bila aku hanya sendiri di kampus semester ini.

tak kira apa jadi , aku akan berdiri teguh untuk mengenggam segulung diploma. aku akan menghabiskan apa yang aku mulakan empat tahun lepas.

bak kata restraint , UNTIL THE END !

Monday, February 22, 2010

jejo jejo.

hari ni , atas permintaan tuan punya badan , dia suruh aku tulis pasal dia. siapa tuan punya badan tu ? gf aku ke ? eh bukan bukan. dia kawan sekolah aku. tapi tak pernah sekelas pon. kelas sebelah-sebelah sejak dari tingkatan 2 sampai 5. dia cakap , kalau aku tulis pasal dia , dia nak belanja aku makan mahal-mahal bila dia dapat gaji nanti. aku terus setuju.

nama dia jehan. bukan jehan miskin tu. ni jehan kaya. sebab sekarang dia bergelar pramugari. air asia. selalunya , perempuan yang hot dan cantik saja yang layak jadi pramugari kan ? jadi jehan ni memang sah la kategori perempuan hot dan cantik. serta seksi. siapa setuju ?

jehan ni sejak aku kenal dia , dia ada satu sikap yang agak menyakitkan hati aku. dia selalu sangat merendah diri. sampai rendah sangatlah rasanya. sebab dia selalu ym aku , sms aku , wall aku cakap yang dia ni tak lawa. wtf la. korang sendiri tengok gambar dia atas ni , korang cakap dekat aku , dia ni lawa ke atau dia ni terlebih lawa ? hah !

aku akui , masa sekolah dulu , aku tidaklah rapat sangat dengan jehan ni. sebab aku rasa dia ni macam wayyy out of my league. aku ni handsome , cuma tak cukup handsome nak tawan hati si jehan ni. baik aku main jaoh-jaoh.

tapi hubungan kami macam mula berubah bila jehan kehilangan baba yang dia sayang sangat. sejak tu aku tiba-tiba jadi rapat dengan dia , dengan mama dia. sejak dari tu jugak yang aku mula sedar yang jehan ni sebenarnya banyak cerita pasal aku dekat mama dia. sampaikan masa pertama kali aku jumpa mama dia , mama dia banyak tahu pasal aku. aku jadi merah. segan tak tentu pasal. macam jumpa dengan bakal mak mertua. padahal.

sejak dari tu , aku ada jugak selalu datang jumpa jehan dekat rumah dia. bawak keluarga dia pergi kedai runcit sebagai contoh mydin. kadang-kadang bawak jehan pergi keluar jalan. tapi hubungan kita orang tetap sebagai kawan , dan tak pernah melebihi had sampai ke tahap yang lebih istimewa.

ada lah pernah sekali tu , masa tingkatan tiga , aku dengan dia macam dikenenkan oleh ida , yati dan lain-lain. tapi things didn't worked out really well. sebab aku terlampau takot dengan status keluarga jehan ni. yelah , duduk rumah banglo dalam pajam lake homes tu. gila kau ? aku nak makan tengahari pon fikir dua kali , ni nak jaga anak orang kaya ? [metafora] memang tak lah.

jadi sampai ke hari ni , aku macam buang perasaan yang bukan-bukan terhadap jehan ni jaoh-jaoh.

cuma ada masa sekali tu , aku kenalkan jehan dengan shy. masa tu jehan single. shy pon single. sebelum kenal shy , ym dengan aku bukan main lagi. aku baru on , dah terus buzz. selalu jugak sms dengan aku. siap kalau terjumpa dekat assalam bistro , mesti tegur aku dengan suara seksi dia.

tapi bila dah jumpa shy. perempuan mana yang tak angau kan ? ym dengan shy je memanjang. tak ada sikit pon buzz aku. sms aku ada. tapi cuma tanya , kenapa shy tak layan dia ? cis. aku memang tercabar. terserempak dengan aku dengan shy dekat assalam , panggil shy sorang je. aku sikit pon tak pandang. memang kecik hati aku.

tau tau tup tup sekarang , dah ada bf. dah jadi pramugari air asia. siap delete aku dekat facebook lagi dua kali. dia cakap facebook dia problem. dan aku percaya dia.

tapi tak tau lah. kalau dia single hari ini , confirm aku dah bawak dia lari pergi assalam sekarang ni ajak lepak minum minum. sebab ayat jehan yang sampai sekarang aku ingat , 'jom zul keluar , kita luah perasaan'.

tapi tak pernah pon dia luah perasaan dia dekat aku. sekeh mau ?

Sunday, February 21, 2010

lu ada otak , lu pikirlah sendiri !

hari ini aku first time nak review movie dekat blog aku ni. tak pernah rasanya aku review-review movie seumur hidup aku. kecuali masa aku tengok 500 days of summer dengan new moon haritu. itu pon bukan review sangat pon , cuma secara kasar saja.

kali ni aku nak cerita pasal cerita Lu Pikirlah Sendiri De Movie yang baru lepas aku tengok tadi tu.

mula-mula aku tertarik nak tengok cerita ni sebab dalam trailer dia , ada faizal tahir. walaupun aku tau pejal cuma buat cameo saja dalam cerita tu , tapi aku tetap nak sangat tengok satu babak dia tu dalam filem tu. jadi aku nekad pergi tengok. lagipon sebab ajun salah seorang crew. jadi apa salahnya nak tengok kan ? penat kot dia promote dekat facebook. heheh !

sebelum ni , ada dua tiga orang cakap dekat aku , cerita ni tak best. tapi aku tau yang dia orang ni sebenarnya mentaliti malaysia. tengok filem , sebab nak enjoy. bukan sebab nak memikir.

cerita tu banyak berkisar pasal nabil dan usaha dia untuk menaik tarafkan hidup keluarga dia. dan juga kesusahan dia nak cari duit untuk makan minum dia. bila tengok cerita macam ni , buat aku terfikir sendiri , aku ni cukup tak rasa bersyukur dalam diri aku ni.

si nabil ni berusaha tak kenal penat. nak cari duit punya pasal. ada sekali tu , adik dia cakap , malu pergi sekolah pakai kasut koyak. sanggop si nabil tu pergi cari kerja masa tu jugak nak beli kasut sekolah baru adik dia punya pasal. abang mithali sungguh. aku tau , tak ramai dah manusia yang bergelar abang yang berperangai seperti itu sekarang ni. lainlah kalau awek yang mengadu tak ada kasut nak bawak pergi majlis makan malam , masa tu jugak pergi korek duit tabung pergi beli. kan ?

lagi satu yang aku suka dalam cerita ni , bila si nabil rasa tensi gila kerja dekat pasar potong ayam. kalau nak tau , macam tu lah yang aku rasa bila kerja potong ikan bulan lepas. mandi sebotol sabun pon tak hilang bau. macam ada kena mengena dengan hidup aku. tak pasal.

cuma ada beberapa benda yang macam aku tak berkenan sikit dalam cerita ni. antaranya terlampau banyak sangat slow-mo. bila benda tu dah selalu sangat guna , effect dia terhadap penonton macam dah kurang rasanya. macam cerita sinetron bawang putih bawang merah dulu tu. selalu sangat fokus , orang jadi menyampah.

lepas tu , jalan cerita macam tak logik sikit. kenapa tiba-tiba meet uncle hussain yang pada mulanya hanya macam pemuzik jalanan yang duduk sibuk dekat mana nabil ada , tiba-tiba boleh jadi rockstar nak buat video clip ajak nabil ? kenapa dan dan bila nabil susah , baru dia orang nak ajak nabil join projek dia orang ?

dan , macam mana si nabil boleh tau rumah si puteri sarah liyana tu ? dan macam mana puteri sarah liyana tu tau nabil kerja dekat mana semua ? kalau pun dia tanya zizan tu , tapi at least , tunjuk la sikit. tak salah rasanya kot. dari biar penonton kelas ketiga berfikir yang tak logik kot.

lagi lagi , yang masa nabil jatuh dalam hujan tu , kenapa puteri sarah liyana tak nampak ? sedangkan kedudukan dia sangat dekat. lagipon , dia siap pusing arah nabil kot. memang tak patot betul dia tak nampak. dah la kejam gila. dan kenapa nabil tu suci sangat sampai perempuan tu dah tinggal dia dekat hulu mana entah , dia senang-senang maafkan perempuan tu ?

dan kenapalah amy search yang mula mula jadi pemandu lori bawak ayam tu boleh jadi amy search yang amy search tu ? mungkin babak akhir amy search tu ada mesej yang cuba disampaikan , tapi bila difikirkan , kalau betul amy search dulu seorang pemandu lori ayam , lagi terkesan kot. tapi sebab kita memang dah tau yang amy search tak pernah bawak lori ayam , jadi mesej yang cuba disampaikan tu , macam seolah tak cukup power. bagi aku lah. bagi kau orang , aku tak tau la.

dan bagi aku , babak paling annoying adalah masa lepas nabil pukul abang dia yang penagih tu. rasanya terlalu lama masa yang diambil untuk tunjuk yang masing-masing tengah tensi dengan keadaan. sampai rasanya buat penonton jadi rasa macam nak angkat punggung keluar panggung je rasanya.

lagi satu yang paling aku rasa janggal , poster. aku tak pernah tengok lu pikirlah sendiri yang dekat tv. jadi aku tak tau apa apa. bila tengok poster , gambar nabil dengan mila. ok dalam otak aku , nabil bercinta dengan mila. nama nabil sebelah nama mila. ok dalam otak aku , mila banyak babak. tapi tengok , mila muncul berapa banyak je pon. lepas tu mila rupanya adik nabil. kenapa tak letak puteri sarah dalam poster ? puteri sarah tak cukup cantik ke ? bayangkan cerita titanic , tapi poster gambar leonardo dengan kate tanpa kapal tu. mesti orang ingat titanic tu tajuk cerita pasal cinta yang besar gila. kan ?

dah , aku bukan reti sangat nak review review ni. cita-cita memang nak jadi pengarah filem. tapi belum ada ilmu pengetahuan lagi pasal filem filem ni. ilmu belum cukup , nak kritik orang. haha

tapi serius , lepas tengok cerita ni , aku mula rasa betul betul bersyukur jadi orang yang tak dilahirkan dalam keluarga yang sempit. aku tak dapat bayangkan hidup aku kalau aku itu nabil yang dalam cerita tu. sekarang hidup boleh tahan senang , tapi tak pandai langsong nak bersyukur. lagi demand ada. manusia. tapi sekurang-kurangnya target pembuat filem ini nak buat orang sedar , tercapai.

ada bakat tak aku nak kritik filem orang ? kalau ada , aku nak buat blog kritik filem je lepas ni. LOL

lu ada otak , lu pikirlah sendiri. gua tak nak pikirkan untuk lu.

p/s : aku suka gila ayat nabil , 'dekat dunia boleh la kau berlagak !'

Friday, February 12, 2010

mission err failed.

cubaan menarik perhatian gadis idaman , telah berjaya. dia telah memberi respon seperti didalam gambar yang tertera dibawah.


tapi itulah. kita tunggu saja apa yang bakal terjadi. adakah impian ultimate aku untuk berpacaran dengan LJ tercapai atau tidak , kita saksikan saja. aku sebenarnya tak taruh harapan sangat pon. kalau ada , ada lah. kalau tak ada , esok kita buat petition aku keluar date dengan demi lovato pulak. HAHAHAHA

i'm just kidding.

thanks weh kepada 11 orang [ayesha hanis , afiq , farhana , mansour , omar , lubby , hazirah , ninie , kelly , zatil dan brella] yang sudi buat LJ terpandang. lepas ni kalau nak aku tolong buat apa-apa , cakap saja. tak ada masalah. hari ini hari aku , esok hari mungkin hari kau orang pulak kan ?

terima kasih weh. i owe you one. ;)

petition for elmi.

tadi dalam tren masa on the way nak balik dari penang ke nilai , aku terfikir satu benda. satu benda yang mungkin akan dipandang selekeh dari sudut orang lain.

umum mengetahui bahawa aku seorang yang taksub kepada liyana jasmay. kan ? dari dulu , ciri wanita idaman aku adalah mirip seperti beliau. dari mula-mula menonton castello [padahal pada mulanya mahu menonton zain ruffedge berlakon] , aku terus terpikat kepada si gadis yang sama umurnya dengan aku.

ya , aku tau dia mungkin sudah berpunya.

dan apa yang aku mahu lakukan ini mungkin satu kerja yang sangat gila.

tapi aku tidak mahu satu hari nanti , aku akan menyesal gara-gara tidak pernah mencuba untuk mencuba.

dengan kecanggihan teknologi masa kini , aku dapat rasakan lebih mudah untuk aku merapati gadis idaman hati aku. tidak seperti zaman dimana ayah aku meminati sofia jane [mungkin] , memang susah untuk berhubung dengan gadis idaman.

tapi jikalau aku seorang yang cuba untuk merapati dia , agak mustahil. walaupun hakikatnya memang nana [panggilan manja liyana jasmay] mengenali aku , tapi memang diakui , ramai peminatnya. bukan aku seorang.

jadi mustahil kalau aku membuat status twitter yang ditujukan kepadanya , dan mengharapkan dia membalas. pernah dia balas sekali dua , tapi hanya bila masa dia betul-betul punya masa terluang.

pernah tak korang terfikir , kalau mungkin , 5-10 atau mungkin 15 orang yang menghantar pesanan twitter yang sama kepadanya , mesti ianya akan menarik perhatian beliau. betul ?

jadi hari ini , aku ingin merendahkan serendah-rendah maruah aku , untuk meminta tolong korang yang ada twitter , atau mungkin yang tak ada , sila ada-adakan , untuk copy dan paste ayat dibawah ini , dan silalah membantu merealisasikan impian aku untuk keluar berpacaran dengan liyana jasmay , walau hanya sekali.

@LiyanaJasmay , @elmielmo dari dulu teringin sangat untuk keluar date dengan awak. sudi tak awak bagi dia peluang sekali seumur hidup ? #eLJ

manalah tau , kalau kot-kot ada 10 orang kawan aku yang sanggop menolong aku , pasti dapat mengambil perhatian beliau. kalau ada rezeki , dapatlah aku merealisasikan impian aku.

terima kasih daun keladi. :)

yang ingin teramat mencuba nasib ,
elmi.

* #eLJ adalah cubaan untuk membuka trending topik baru di twitter. singkatan kepada elmi dan LJ. heheh

Tuesday, February 2, 2010

seorang diri.

agak ramai yang pernah bertanya , kenapa masih single ? dan aku langsung tak ketar kalau orang tanya aku soalan macam tu. selagi orang belum cop muka aku ni seorang yang gay sebab aku tak ada gf , aku masih mampu bertahan.

tapi kadang aku agak rimas dengan soalan yang sama. paling biasa ditanya , adalah masa terjumpa kawan-kawan lama. dan paling biasa dibahan , adalah masa lepak-lepak dengan kawan-kawan. tertekan aku dibuatnya.

aku mengaku , aku bukan jenis lelaki jambu yang mudah menggoda mata gadis.
aku bukan seorang yang berseni yang mampu membuat gadis cair dengan petikan gitar mahupun kelunakan suara.
aku bukan seorang yang berduit yang mampu membuat para gadis meleleh air mata gembira dapat beli-belah dengan penuh gaya.

tapi aku masih ada kualiti yang ramai kawan rapat tidak pernah perasan kerana mereka terlalu obses dengan diri masing-masing dan juga pasangan hidup masing-masing. maka dinampakkan aku sebagai seorang loser terhebat sepanjang zaman kerana tidak berpunya. dan terus dibahan aku sehingga aku rasa dia bukan kawan rapat aku pon. sampai begitu tahap tekanan aku.

tidak dinafikan , ada juga kawan aku yang tak pernah kesah kalau aku berpunya atau tidak. ada kawan aku yang siap berdoa di majlis hari jadinya untuk aku mendapat seseorang yang istimewa secepat mungkin. ada kawan yang sanggup suggest friend dekat facebook untuk dikenalkan dengan aku. ada juga kawan yang sanggup meminta nombor telefon untuk aku mulakan langkah mengorat.

bukan aku tak cuba. aku cuba. tapi bila sampai satu tahap perkenalan , aku boleh rasa yang dia bukan untuk aku , aku dah tak boleh buat apa. takkan aku nak paksa diri aku , kan ? terpaksa aku lupakan hasrat untuk mengenali lebih dalam.

takkan kau orang nak tengok aku ni dilabel oleh sesetengah pihak sebagai pemain perasaan orang lain atau sebagai perobek jiwa dan raga anak dara orang atau anak yang dah tak ada dara orang ?

aku pasti kau orang tidak mahu berkawan dengan seorang yang suka memainkan perasaan orang , kan ?

aku juga masih rasa serik dengan apa yang pernah berlaku terhadap diri aku. sakit ditinggalkan dulu masih terasa. sakit dipermainkan seketika dulu masih terluka. sakit dikikis harta masih terpendam.

jadi disinilah aku. masih seorang diri. bukan kerana aku tidak laku. tapi kerana aku sendiri tidak mahu. dan mungkin belum jumpa yang betul-betul sesuai untuk dijadikan teman hidup. aku tipu. aku dah jumpa , tapi aku tidak berani mencuba. kerana pengalaman mengajar.

aku seorang yang berfikiran jauh dan bukan sempit. aku tidak mahu ada sebuah hubungan yang tidak akan ada masa depan atau hubungan yang membuang masa dan harta. aku juga seorang yang percaya pada jodoh. jodoh ditangan Dia. aku pasti ada jodoh menanti aku dimana-mana. cuma aku belum nak jumpa saja lagi ni. tahan nafas sikit lagi , jumpa la tu agaknya.

aku mahukan hubungan yang kekal abadi. aku mahukan , liyana jasmay.

=)

Sunday, January 31, 2010

cerita budak sekolah part two.

entry lepas aku ada cerita pasal hari sukan masa zaman sekolah aku dulu , kan ? hari ini aku nak cerita pasal penglibatan aku dalam sukan-sukan lain pula. yelah , sekarang kan cikgu-cikgu duk sibuk nak pilih budak untuk wakil sekolah kan ? teruslah nostalgia lama muncul dalam kepala.

pasti kena kongsi !!

aku masa sekolah rendah , tak pernah langsung wakil apa-apa untuk sekolah. paling-paling dekat pon , badminton masa darjah 6. sampai pemilihan terakhir juga lah. tapi cikgu tu pilih kasih. padahal setiap kali sparring , aku mesti menang dengan budak tu. tapi cikgu pilih budak tu. mesti sebab budak tu duduk dekat dengan rumah dia , tu yang dia pilih budak tu.

tapi semangat aku tidak pernah luntur. sebaik aku melangkah zaman sekolah pakai seluar kaler hijau , aku terus melibatkan diri. tapi malang juga bagi aku. cikgu tak mahu budak tingkatan satu wakil sekolah untuk bawah 15 tahun. kurang pengalaman katanya. aku diam.

lepas saja aku pindah sekolah ke nilai , aku dah tak toleh belakang lagi. disebabkan aku masuk sekolah tu pertengahan tahun , aku melepas tahun pertama aku nak jadi wakil sekolah.

percaya tak kalau aku cakap , dari tingkatan dua sampai lima , aku tak pernah terlepas untuk jadi wakil sekolah dalam sukan badminton ? hah , itu aku. tingkatan dua , aku kalah peringkat pertama dengan seorang budak sekolah klia ni. dia tinggi dan dia laju. aku kalah 21-0. relaks saja. beregu aku dengan fendy rasanya tahun tu. aku kalah masa peringkat kedua. peringkat pertama pon aku menang percuma saja.

tingkatan tiga , aku kalah lagi masa peringkat pertama. dengan budak sekolah klia jugak. tapi kali ini dia pendek dan dia lincah. aku kalah lagi. 21-0. mana taknya , tiap tiap tahun main dekat sekolah klia. dengan penyokong dia orang punyalah ramai. budak yang aku lawan ni pulak handsome. lagilah ramai awek datang tengok. semua bulu tangkis aku pergi melilau. sebab mata merayau. beregu tahun tu aku dengan alei. macam biasa , kalah. dengan budak sekolah labu. kami dah dahului kot. jauh dah dia orang kena tinggal. tapi sebab yakin sangat , kami kalah. semangat budak kampung ni bagus. tak kenal erti kalah.

tingkatan empat aku pergi lagi. dan aku kalah lagi. nasib aku tak baik sebab tiap-tiap tahun aku kena lawan budak sekolah klia di peringkat pertama. kali ini aku lawan balik dengan budak yang aku lawan masa tingkatan dua tu. tinggi dan pantas. dah macam bao chunlai. tapi aku pon masa ni dah hebat sikit. tak ada lah kena telur. ada cabaran sikit lah. tapi kalah tetap kalah lah. dan beregu tahun ni , aku berpasangan dengan aloy. kau orang mesti tau aku menang ke kalah kan ? tak payah cerita.

tingkatan lima best sikit cerita dia. aku dipilih wakil sekolah , tapi aku tak tau pon yang aku dipilih. tau tau aku demam masa hari pertandingan. esok cikgu tanya kenapa tak datang. padahal aku tak pernah datang training langsung tahun tu. cikgu memang sayang aku.

tadi badminton. sekarang bola sepak.

macam badminton , tiap-tiap tahun aku pergi pemilihan. siap datang latihan tiap-tiap petang lepas sekolah. tak pernah lepas. tapi bola sepak ni aku tak hebat sangat. selalu digugurkan.

tingkatan dua , aku rasa aku bagus sangat untuk main sayap kanan. padahal dah tentu aku tak laju. memang kena drop.

tingkatan tiga , aku rasa cukup gagah main pertahanan. padahal dah tentu dah ada alan dengan kelvin yang lebih bagus. aku kena drop lagi.

tingkatan empat , aku rasa cukup bagus nak main midfield. tapi aku tak dapat jugak sebab tak cukup stamina macam aloy.

tingkatan lima , akhirnya. aku rasa aku memang layak jadi sayap kanan. aku tak kena drop pon. tapi aku dapat main sekali saja. lawan sekolah nilai. masa tu aku punca kekalahan. sebab aku tekel mamat india tu dari belakang. sudahnya dia orang dapat sepakan percuma , dan macam biasa lah kalau khairul jadi keeper. memang bola mudah pon lepas.

tapi disebalik ketidakhebatan aku main bola , orang cakap , aku angkat corner hebat. bola aku masuk cantik. nak-nak kalau ada fendy , alan , aloy dengan afiq dalam kotak penalti. sebab aku yakin dia orang boleh tanduk bola aku masuk dalam gol. tapi tak pernah pon jadi. dua kali saja aku dapat angkat corner. sebab main sekali saja.

tapi masa tingkatan lima barisan paling mantap. fendy jadi striker. alan jadi defence. afiq dengan aloy menjana midfield. ada menthol main second striker. ramai kawan jugak lah dalam pasukan tu. tapi kalah masa separuh akhir. dengan sekolah cempaka. sekolah alep. dia orang main tipu. suruh dua orang jaga fendy. siap anbalagan [star sekolah dia orang] pergi bisik dekat alan , 'nanti main untuk kita orang masa daerah'. pergh.

tapi aku lagi suka masa pertandingan bola sepak 7 sebelah kelab pencegah jenayah masa tingkatan lima. dapat nombor empat. afiq jadi captain. siap lawan sekolah tuanku ampuan durah. relaks saja seri. tak kalah weh. kalah perlawanan tempat ketiga pon penalti. afiq sepak tepat dekat keeper. aku sepak kena tiang. budak sekolah klia tu cakap dekat aku , 'korang datang tempat kita orang , mana boleh korang menang'. pergh dah la abah datang tengok. buat malu saja. tapi dalam pertandingan tu , aku ada jaringkan satu gol. afiq pon ada satu gol. aku assist. menthol pon ada satu gol. gol menthol cantik sikit , sebab kena palang baru masuk. tapi kita orang dapat masuk semi pon sebab afiq main baling syiling dengan penganjur.

dah habis cerita pasal bola. meh masuk cerita boling pulak.

boling , aku wakil sekolah sekali saja. masa tingkatan lima. masa ni lah aku jumpa ex aku yang nombor 22. yati tolong mintakkan nombor. masa ni aku dapat top 20 dari dekat 200 orang yang mengambil bahagian. yang ni bukan peringkat daerah , tapi peringkat negeri. sikit lagi nak jadi wakil negeri sembilan. 10 ranking lagi.

dalam banyak-banyak sukan , yang paling aku hebat , hoki.

sebab aku wakil daerah. [padahal sebab tak ada sekolah lain yang main hoki] masa pertandingan peringkat negeri , pasukan aku adalah pasukan belasahan. aku lebih banyak fokus dekat padang hoki yang sumpah best gila tu dari nak flick bola masa sudut penalti. aku jadi jakun habis bila main atas padang hoki tu. tak macam padang bola yang selalu aku main. akibatnya , 15-0 perlawanan pertama , 18-0 perlawanan kedua dan 8-0 perlawanan ketiga. percayalah , dalam tiga-tiga perlawanan yang aku main sepenuh masa tu , keeper pihak lawan tak pernah langsung dicabar sangat. paling kuat pon sekali.

sukan yang paling aku tak percaya aku jadi wakil sekolah adalah catur.

masa pemilihan , aku saja-saja sibuk. padahal aku mana reti main langsung. bila dah main , adalah sekali dua aku menang dengan siapa entah. bila senarai nama keluar , tengok-tengok nama aku naik. memang tak lah. aku cakap dekat cikgu , saya tak reti main catur. saya reti main dam haji saja.

cikgu tu senyum sinis. aku tau dalam hati dia mesti cakap , 'anak aku pon reti main catur , kau tak reti'.

Friday, January 29, 2010

romantik.

dulu aku ada gf. oh aku pernah ada ramai gf. yang ni gf yang nombor 22. dia suka lelaki yang romantik. jadi dia seboleh-boleh nak suruh aku jadi romantik. pada masa itu , aku tidak berapa tahu bagaimana sebenarnya kelakuan romantik itu.

sampailah hari ini , dimana aku akan cerita tentang romantik pada pandangan mata aku. tak tahu lah kau orang rasa yang sama atau tidak. ini dari pandangan aku.


romantik pada aku adalah bila , shy main gitar untuk lubby di hari pertama mereka keluar bersama. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , midi memegang tangan mean bila mereka sama-sama bermain ice skating. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , omar mengambil berat setiap kali along dalam keadaan tertekan.

romantik pada aku adalah bila , zahir mengaku tidur sebantal sekatil seselimut dengan aliff.

romantik pada aku adalah bila , lynn dengan ayu setiap malam ym dan skype untuk bergosip bersama. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , kak fynn setiap hari buat status di facebook mengatakan yang dia perlukan tri.

romantik pada aku adalah bila , kak wani buat satu album dipenuhi dengan gambar dia berdua dengan syafiq yang bertajuk panah dan busur. siap ada lagu. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , kak ikim dan hellmy membuat ucapan semoga bahagia bersama dalam video. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , baim dan kak naja membuat status yang sama sekaligus.

romantik pada aku adalah bila , imnie ingin mengenalkan aku dengan seseorang walaupun pada masa aku sedang bergadoh besar dengan dia.

romantik pada aku adalah bila , afiq adli masih lagi mengambil berat tentang anis walaupun sudah lama mereka berpisah.

romantik pada aku adalah bila , emon malu-malu bila aku buka cerita pasal ain.

romantik pada aku adalah bila , pali risau bila gf dia tidak punyai laptop untuk membuat assignment.

romantik pada aku adalah bila , erie bergayut setiap malam dengan gf dia dalam keadaan berbisik seolah-olah aku tidak dengar.

romantik pada aku adalah bila , hakim dan nisa cuba menyembunyikan hubungan mereka dari pengetahuan kawan-kawan.

romantik pada aku adalah bila , abah mencari sekeping gambar lama dia dengan umi masa berdating dulu , lalu scan dan publish di facebook. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , setiap kali pakcik azmi nak tukar barang dekat kereta , dia akan bagitahu abah.

romantik pada aku adalah bila , pakngah bawak kereta hampir accident , tapi makngah yang marah lebih dekat orang lain.

romantik pada aku adalah bila , khairy sering bergabung tenaga untuk bergosip dengan farah.

romantik pada aku adalah bila , rynn meminta topup dari ibunya melalui wall facebook.

romantik pada aku adalah bila , amy sentiasa menemani pjoe membuat kerja tak kira dekat mana.

romantik pada aku adalah bila , sid selalu mengajak bani lepak minum dan makan melalui status facebooknya.

romantik pada aku adalah bila , scha mengorbankan malam tahun baru hanya untuk menemani nadjmee ke mesyuarat malam.

romantik pada aku adalah bila , abang yee sanggop mencarikan aku t-shirt changcuters di indonesia.

romantik pada aku adalah bila , lihin sentiasa disisi moja bila moja diganggu seorang gay.

romantik pada aku adalah bila , capyq sentiasa bergadoh manja mengenai dota dengan arwah tazo.

romantik pada aku adalah bila , noh menyuap aku makan kerana dia tak pernah menyuap sesiapa kawannya makan. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , alef mengajak kosai dan kak jiggy untuk menonton wayang menerusi twitter.

romantik pada aku adalah bila , fynaz dan aku saling bertukar ucapan selamat malam sebelum tidur. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , hasrul bertanyakan aku , sampai bila aku nak jadi single.

romantik pada aku adalah bila , abang pid dan kak ecah berkongsi kek birthday.

romantik pada aku adalah bila , aiman dan zek kembali bersama walaupun dugaan pernah menimpa.

romantik pada aku adalah bila , acap selalu promote blog zahir. kemain lagi. [klik sini]

romantik pada aku adalah bila , ceghap sanggup berusaha untuk mendapatkan tiket lebih untuk kekasihnya.

romantik pada aku adalah bila , grace nak tolong aku usha fara.

romantik pada aku adalah bila , syed dan bajila menegur dengan cara yang paling kool dalam facebook.

romantik pada aku adalah bila , ag menyuruh aku untuk tidur di atas katilnya.

romantik pada aku adalah bila , ming terkilan aku tidak sms mengucap selamat pagi kepadanya.

romantik pada aku adalah bila , yanie memberi semangat pada aku bahawa zuzu sebenarnya masih single.

romantik pada aku adalah bila , melvin membawa sejambak bunga untuk afie masa afie nak buat persembahan.

romantik pada aku adalah bila , apple terus menerus mendoakan aku supaya cepat ada gf.

romantik pada aku adalah bila , tiba-tiba alei popchat untuk meminta maaf tentang pergadohan 5 tahun dulu.

romantik pada aku adalah bila , zymn terus terasa bila aku buat status facebook tentang sesuatu , lalu terus sms mengucap selamat malam kepada aku.

romantik pada aku adalah bila , skin menasihat aku bila aku semacam hanyut.

romantik pada aku adalah bila , fendy tiba-tiba call dan terus ajak pergi bbq di tepi pantai.

romantik pada aku adalah bila , zaem dipujuk kekasihnya ketika dia merajuk di depan homepage facebook.

romantik pada aku adalah bila , apit sedia untuk membuat persembahan lagu beeha untuk aku.

romantik pada aku adalah bila , amreet masih setia mengambil berat tentang afiq walaupun jarak mereka setengah bumi.

romantik pada aku adalah bila , aku buat entry blog pasal romantik. sangat suwit lah elmi ni. (:

romantik pada aku , tidak semestinya dari seorang kekasih kepada kekasihnya sahaja. malah dari sesiapa kepada sesiapa. asalkan ianya menyentuh perasaan , jiwa dan raga.

Thursday, January 28, 2010

cerita budak sekolah.

sedar tak sedar , dah penghujung januari. dah nak menjengah ke februari. waktu macam sekarang ni dekat sekolah tengah busy buat apa selalunya ?

cuba teka.

yes yes yes. sekolah sedang sibuk dengan acara-acara sukan seperti hari sukan sekolah , hari merentas desa dan juga pemilihan wakil-wakil sekolah untuk sukan-sukan tertentu.

masa-masa macam ni lah yang paling best pergi sekolah. sibuk buat latihan untuk memastikan maruah rumah sukan dan maruah sekolah tidak tercalar.

hari ini aku ingin kongsi cerita tentang masa aku disekolah dulu. aku agak aktif juga dalam bidang sukan dalam sekolah. luar sekolah juga. aktif sikit. haha

dulu dekat sekolah menengah , aku rumah biru. dari sekolah aku ditubuhkan , rumah biru ni paling tinggi ranking , tempat tercorot. paling rendah , pastinya corot juga. tapi nak buat macam mana , dah cikgu suruh aku masuk rumah biru. aku ikut saja.

tapi jangan sangka aku seorang loser. bila masa aku tingkatan empat , aku hanya dilantik sebagai seorang ajk rumah biru. sehinggalah beberapa orang yang betul-betul loser dalam rumah biru berpindah sekolah ke sekolah yang lebih pandai , aku dilantik menjadi ketua rumah biru. tapi agak terlambat. sebab dah separuh jalan. masa tingkatan empat , aku dapat bawa rumah biru rapat sikit dengan rumah tangga kedua tercorot.

tapi aku kembali sebagai ketua rumah biru masa tingkatan lima. kali ini dari mula. aku bina empayar aku. aku tarik budak baru sekolah aku yang berpotensi untuk join rumah biru. aku tarik kawan kawan baik aku untuk berpaling tadah dan sertai empayar rumah biru aku. aku berusaha untuk membuktikan bahawa aku seorang yang bukan loser seperti ketua rumah biru yang sebelumnya. hanya pandai mengarah , tidak pandai menyertai.

aku seorang pemimpin yang turut berperang. kalau ada acara yang tiada pelajar sanggup sertai , aku sendiri yang akan turun gelanggang. demi mata walaupun satu. sebagai balasan , aku menang 4x100 dan aku juga dapat tempat ketiga 4x400. acara 1500m , aku ditempat second last. tapi aku peduli apa ? dah aku tak ada stamina. nak buat macam mana. walaupun merentas desa aku dapat nombor 18. catatan juga dibawah masa satu jam untuk 7.5km. tapi nyata aku tidak boleh nak ikut pace si aloy dan si afiq yang kadar stamina mereka cukup memberangsangkan.

tapi , usaha aku selama dua bulan nyata tidak sia-sia. aku berjaya membawa rumah biru ke tangga kedua dalam ranking rumah sukan untuk tahun itu. hanya berbeza sedikit mata dengan rumah pemenang. itu pun sebab barisan perbarisan aku agak terabur sedikit. impian aku untuk naik stage memegang piala pusingan rumah sukan tidak kesampaian. niat dah salah. patot kalah.

kini , sudah 5 tahun aku meninggalkan zaman sekolah. dan dengar-dengarnya , rumah biru masih lagi menjadi yang corot setiap tahun. hanya pada tahun 2005 , iaitu tahun aku sebagai ketua rumah , rumah biru tidak corot , malah ditempat kedua.

hebat tak ?

sesuatu organisasi perlu ada seorang pemimpin yang berkaliber untuk maju kehadapan. tanpa pemimpin hebat macam aku , rumah biru sentiasa corot. satu hari nanti aku mahu jadi perdana menteri malaysia. dan aku mahu jadikan malaysia sebagai salah satu kuasa dunia. G8 akan menjadi G9.

dalam mimpi lah elmi !

Wednesday, January 20, 2010

i am a selfish person.

semua pembaca rasanya kenal aku. seorang yang sangat gila fame. dan seorang yang sangat choosy dalam memilih kerja , memilih segalanya. kan ?



tapi pernah tak kau orang bayangkan seorang yang gila fame macam aku ni kerjanya adalah menjual ikan dan barang basah yang lain ?

padan muka aku.

Thursday, January 14, 2010

cabar mencabar.

semester ini aku rasa sangat bosan. kerana kelas terlalu sedikit untuk dihadiri. rumah tiada internet. satu hari akan aku habiskan satu jam di cyber cafe yang dekat depan rumah baru aku ni. sampai makcik yang jaga ni nak naik muak tengok muka aku rasanya.

tapi apa boleh buat ? aku bosan kot duduk rumah.

tadi aku pergi cari kerja part-time. semua full. jadi aku akan terus duduk dirumah gamaknya. nak balik nilai , duit tak ada. maka , terus-terusan lah aku bosan disini.

tapi semangat nak kekelas semester ini lain macam. kalau kelas pukul 8 pagi , pukul 7 dah terpacak mandi. tak macam sebelum ni , 7.45 tak tentu lagi mata dah buka. kemungkinan besar sebab tiada facebook yang menemani sampai jam 5 pagi. tiada lagi skype sampai rabak mata. dan mungkin juga sebab masih di awal semester.

ahhh peduli apa aku ? tanya hati dan tanya akal aku , aku nak dapatkan 4 flat semester ini. aku tidak main-main. aku serius.

siapa berani letak betting ?

(:

Monday, January 11, 2010

skandal aku hujan.

hujung minggu yang paling letih tapi paling seronok.

empat hari datang berlatih flash mob dance dengan Raingers untuk persembahan Hujan di AJL yang baru melabuhkan tirai malam tadi.

ini first time aku dapat tengok post-production AJL dari hari latihan , hari rehearsal , sampailah ke hari kemuncak. tiga hari berulang ke bukit jalil. sampai naik muntah nak tengok AJL tu ulang-ulang.

tapi aku tak muak tengok persembahan Yuna. setiap kali bila turn Yuna perform , pasti bulu roma menegang. yang paling best , bila tengok video yang ditayangkan dibelakang semasa Yuna perform. sumpah style habis. ditambah pula dengan arrangement lagu yang jadikan persembahannya misteri gila.

tapi aku tak nak cerita pasal orang lain. walaupun aku akui , bila Bunkface perform , gegar stadium macam nak runtuh dia orang sing-a-long. ditambah pula dengan si Zaem dengan Pejal ada duduk melompat belakang Paan. memang aku jeles lah dia orang dapat naik pentas , aku tak dapat. cis.

tapi yang paling best , Raingers ah. semua orang ingat dua orang first yang terkinja tu macam apa saja. mesti orang ingat security tak bagos. sekali lepas tu ramai yang masok. lepas tu baru penuh depan stage tu. siap ada koreografi. mesti orang tak expect langsong.

masa aku depan stage , aku ada dengar orang jerit-jerit nama aku. 'Elmi ! Elmi !!'. dalam hati aku bertanya juga siapa artis mainstream yang kenal aku sampai duk jerit nama aku. nak kata Azura , dia dekat belakang buat kerja produksi. nak kata Aida , dia memang busy jadi floor manager. sekali aku toleh , Liyana Jasmay rupanya. patotnya dekat situ , tempat Search yang duduk. entah macam mana , Nana pulak yang duduk situ.

sumpah lepas tu aku terus nervous gila. hilang counting dalam kepala terus. bajet nak pose mengadap penonton. sekali bila Nana yang duduk situ , memang aku terus lost. tapi nasib baik ada kawan yang guide step lepas tu. selamat aku.

yang aku bengangnya , ada seorang mamat sebelah aku pakai baju putih. dia tak tau step. dia bukan Raingers yang terlibat pon. aku rasa dia ingat kita orang serbu bodoh saja agaknya. bila mula step , dia jadi lost. dah nampak buruk dah persembahan. apalah.

tapi apa-apa pon , aku gembira walaupun penat. pasti satu hari nanti aku akan rindu saat-saat macam ini. serius.

cari aku dalam minit 4.14-4.16. hujung belah kiri video. nampak topi ajaib aku tak ?

p/s : lepas ni bila show Hujan yang ada lagu Aku Scandal , aku akan buat dance itu lagi. walaupun seorang. aku peduli apa !

Wednesday, January 6, 2010

threesome atau aku skandal ?

entry kali ini , aku buat sebab atas permintaan jaja dekat chatbox sebelah ini. beliau menggesa [peh !] supaya aku bercerita tentang pendapat aku mengenai percintaan tiga segi.

seperti biasa , aku akan bercerita mengikut pengajaran hidup aku sepanjang 21 tahun mencelik mata memandang dunia yang luas penuh pancaroba ini.

macam orang bawak keretapi jugak lah. keretapi lokomotif antarabandar tu ada dua jenis. sama ada kepala dia dibelakang menolak gerabak penumpang , ataupun kepala didepan menarik gerabak penumpang. kalau pemandu dia berada didalam kepala yang didepan , dia senang nak agak bila waktu sesuai untuk berhenti di stesen perhentian supaya menyenangkan penumpang untuk turun di platform. berlainan pula dengan pemandu yang berada didalam kepala yang dibelakang. dia susah sikit nak agak bila waktu yang tepat untuk berhenti di platform. sebab dia belum lalu lagi platform tu.

samalah macam kehidupan kita seharian. kalau kita belum lalui lagi satu-satu kejadian , kita susah nak cerita dengan orang tentang apa yang terjadi. melainkan kalau kita dah pernah hadapi senario seperti itu , baru kita mampu untuk bercerita dengan penuh isi.

okey dah lari topik dah ni. baik aku mulakan.

cinta tiga segi. macam mana aku nak mula eh ? okey , aku mengaku aku pernah menduakan seseorang , aku pernah diduakan seseorang , dan aku pernah juga menjadi yang kedua dalam hidup seseorang. itu lumrah cinta monyet dan juga cinta palsu.

seorang lelaki biasa , dia akan terpanggil untuk mempunyai yang nombor dua bila dia rasa tak puas dengan apa yang dia ada. ataupun bila seseorang milik dia tu , tak memenuhi kehendaknya sebagai seorang kekasih. maka dia pun mencari solusi yang mudah dengan mencari yang nombor dua.

seorang perempuan biasa , dia akan mencari nombor dua , bila si kekasihnya tidak memberi sepenuh perhatian kepadanya. ataupun kehendak dirinya untuk mencari lelaki yang punya masa depan yang lebih cerah atau mencari lelaki yang lebih besar poketnya. ada juga perempuan yang mencari yang nombor dua untuk memuaskan kehendak nafsu diri. ya aku tau , lelaki pun sama dalam hal ini.

baiklah. situasinya begini. si kalsum bercinta dengan si megat. sedang asyik dilamun cinta , datang pula si mila yang jauh lebih cantik , jauh lebih hot dari si kalsum. oleh kerana terlalu sayangkan si kalsum , si megat tidak mampu untuk meninggalkan si kalsum. tapi keinginan hati adalah untuk mendampingi si mila. mesti semua orang pun pandang kalau aku keluar dengan si mila ni. dah lah cantik , baik pula tu. si mila pula memang menaruh hati dan perasaan yang mendalam terhadap si megat , kerana dengar katanya si megat ini seorang yang setia.

satu , tak guna kalau cantik , tapi duk melayan lelaki yang sudah berpunya. walaupun dalam benak kau cakap , tak apa , lelaki boleh kahwin empat. tapi tak rasa bersalah ke kau nak ganggu hubungan orang lain yang sedang dalam bahagia ?
dua , silap besar betul lah si megat ni cakap yang si mila tu baik. kalau dah ada hati nak jadi orang ketiga dalam cerita cinta.
tiga , si megat ni pula tak ada lah sayang sangat dengan si kalsum rasanya. kalau dah mata duk memandang perempuan lain. kalau betul sayang si kalsum , tak perlu rasanya memendam hati terhadap yang lain.
empat , kesian kalsum kan ? nanti mesti si mila cakap yang si kalsum ni tak pandai jaga boyfriend. mesti punyalah. si megat pula bukak point supaya tak nampak yang diri dia bersalah. nak suruh orang tuding jari pada si kalsum. mesti punyalah.

okey , situasi dua.

si megat ni dah sedar kesalahan diri dia. lalu dia tinggalkan si kalsum. apa kau ingat dia nak tinggalkan si mila yang hot tu ke ? baik dia tinggalkan si kalsum tu. sayang boleh pupuk beb. hot mana boleh pupuk. lalu berbahagialah si megat dan si mila.

tiba suatu hari yang dah di agak oleh si kalsum , bila muncul pula si amir dalam cerita cinta ini. biasalah manusia kan suka simpan dendam. bila dah kena tinggal , mulalah menyumpah memaki. kau tunggulah satu hari nanti tuhan balas. karma wujud wei. tup tup , amir datang memorak perandakan kebahagiaan yang sedang dikecapi si megat dan si mila.

amir ni kaya. berduit. segak. pakai kereta mewah , kereta jenama luar negara. jam dia mahal. kasut dia branded. seluar dia tak ada jual dekat malaysia. baju dia pakai buang saja. terlampau kaya. tapi tak handsome. lagi handsome si megat. nak kata baik , mak bapak dia tinggalkan. entah kenal lagi ke tak dia dengan mak ayah dia. si megat ni taat setia pada ibu bapa. tapi nak buat macam mana , perempuan ni lebih suka kalau lelaki yang boleh layan dia berbelanja besar. dari dia kena hidup bersusah senang bersama dengan si megat. baik dia hidup bersenang-lenang dengan si amir. tak perlu fikir panjang.

dan lepas tu mulalah si amir ni duk menganjing si megat. biasalah lelaki. bila dah dapat seorang perempuan yang menjadi rebutan , mesti dia bangga. menganjing si megat walaupun si megat tak layan , tapi tetap juga dia menganjing si megat. dah nama pun manusia. nak kata apa lagi ?

situasi tiga.

sekarang si megat ni tinggal seorang diri terpinga-pinga kena tinggal. dan kalau boleh , masa tu jugak nak cari balik si kalsum. nak mengadu. baru dia sedar yang si kalsum tu lah manusia paling baik dalam dunia. bila tak perlu dulu , kau buang jauh. manusia.

tapi malang bagi si megat. si kalsum ni sekarang dah berumah tangga dengan orang lain. tapi suami dia , anuar , jenis yang sibuk dengan kerjaya. selalu tinggalkan kalsum ni di rumah sendirian. si kalsum ni pulak jenis yang tak reti duduk diam. selalu juga keluar rumah. cari duit lebih , buat bisnes kecil-kecil.

sekali terjumpa si megat. si megat ni dah lain. lebih matang. sebab lepas apa yang terjadi , dia berubah jadi lelaki yang lebih berpedoman. si kalsum ni pun ajaklah si megat minum-minum kopi. dah lama tak jumpa lah katakan. bila dah jumpa , dah borak lama , terbuka cerita buku lama. dah jadi konflik. sebab rupa-rupanya , si kalsum ni masih ada hati dengan si megat. kalsum kahwin dengan anuar pon sebab anuar ni berduit. ada masa depan. bukan sebab cinta. sama lah dengan kes si mila tadi.

dah sekarang ni megat jadi nombor dua pula. setiap kali anuar keluar kerja , mesti kalsum pergi jumpa megat. dah jadi skandal. lama-kelamaan , si anuar dapat tau. dah diceraikan si kalsum sebab curang dan tidak mahu berlaku dayus.

berdamailah si megat dan si kalsum akhirnya. setelah menduakan , diduakan dan menjadi yang kedua , akhirnya si megat dan si kalsum berbahagia ke jinjang pelamin. tapi cerita cinta hidup dia orang berdua , sangat tidak seronok untuk diceritakan kepada anak cucu. kan ?

sakit kalau kita diduakan. tak kira lelaki atau perempuan. bila diduakan , kau rasa diri kau macam tidak berguna langsung sebab segala sayang yang kau curah , langsung tak dihargai. rasa faktap gila babi. tapi nak buat macam mana ? takkan kau nak menangis meraung sampai mati ? baik kalau kau tinggalkan semua kenangan lama kau dengan dia , kau mula hidup baru. lagi berbaloi dari kau perap diri kau dalam bilik , tak buat apa-apa. jangan jadi bodoh. hidup ni bukan untuk kau ratapi tapi untuk kau tempuhi.

sebelum apa-apa terjadi , baik kau pilih kau nak jadi yang mana satu. kau nak diduakan atau kau nak menduakan ? bagi aku , lebih hebat rasanya jika kau menduakan. nanti kau boleh buat pilihan. dan rasa kool bila dua perempuan kejar kau pada satu-satu masa. rasa hebat gila bila orang pandang macam tu. pilihan ditangan kau. dua-dua pon tertunggu-tunggu. rasa bagai jadi raja serta gundik-gundiknya. kan ?

HAHA

p/s : aku rasa tulisan aku sangat terlalu serius. aku cadangkan kau orang untuk tengok blog seorang kawan adik aku ini. sumpah release tension kalau baca. nama dia zahir. semak sesat sarat !! [klik sini]