entry lepas aku ada cerita pasal hari sukan masa zaman sekolah aku dulu , kan ? hari ini aku nak cerita pasal penglibatan aku dalam sukan-sukan lain pula. yelah , sekarang kan cikgu-cikgu duk sibuk nak pilih budak untuk wakil sekolah kan ? teruslah nostalgia lama muncul dalam kepala.
pasti kena kongsi !!
aku masa sekolah rendah , tak pernah langsung wakil apa-apa untuk sekolah. paling-paling dekat pon , badminton masa darjah 6. sampai pemilihan terakhir juga lah. tapi cikgu tu pilih kasih. padahal setiap kali sparring , aku mesti menang dengan budak tu. tapi cikgu pilih budak tu. mesti sebab budak tu duduk dekat dengan rumah dia , tu yang dia pilih budak tu.
tapi semangat aku tidak pernah luntur. sebaik aku melangkah zaman sekolah pakai seluar kaler hijau , aku terus melibatkan diri. tapi malang juga bagi aku. cikgu tak mahu budak tingkatan satu wakil sekolah untuk bawah 15 tahun. kurang pengalaman katanya. aku diam.
lepas saja aku pindah sekolah ke nilai , aku dah tak toleh belakang lagi. disebabkan aku masuk sekolah tu pertengahan tahun , aku melepas tahun pertama aku nak jadi wakil sekolah.
percaya tak kalau aku cakap , dari tingkatan dua sampai lima , aku tak pernah terlepas untuk jadi wakil sekolah dalam sukan badminton ? hah , itu aku. tingkatan dua , aku kalah peringkat pertama dengan seorang budak sekolah klia ni. dia tinggi dan dia laju. aku kalah 21-0. relaks saja. beregu aku dengan fendy rasanya tahun tu. aku kalah masa peringkat kedua. peringkat pertama pon aku menang percuma saja.
tingkatan tiga , aku kalah lagi masa peringkat pertama. dengan budak sekolah klia jugak. tapi kali ini dia pendek dan dia lincah. aku kalah lagi. 21-0. mana taknya , tiap tiap tahun main dekat sekolah klia. dengan penyokong dia orang punyalah ramai. budak yang aku lawan ni pulak handsome. lagilah ramai awek datang tengok. semua bulu tangkis aku pergi melilau. sebab mata merayau. beregu tahun tu aku dengan alei. macam biasa , kalah. dengan budak sekolah labu. kami dah dahului kot. jauh dah dia orang kena tinggal. tapi sebab yakin sangat , kami kalah. semangat budak kampung ni bagus. tak kenal erti kalah.
tingkatan empat aku pergi lagi. dan aku kalah lagi. nasib aku tak baik sebab tiap-tiap tahun aku kena lawan budak sekolah klia di peringkat pertama. kali ini aku lawan balik dengan budak yang aku lawan masa tingkatan dua tu. tinggi dan pantas. dah macam bao chunlai. tapi aku pon masa ni dah hebat sikit. tak ada lah kena telur. ada cabaran sikit lah. tapi kalah tetap kalah lah. dan beregu tahun ni , aku berpasangan dengan aloy. kau orang mesti tau aku menang ke kalah kan ? tak payah cerita.
tingkatan lima best sikit cerita dia. aku dipilih wakil sekolah , tapi aku tak tau pon yang aku dipilih. tau tau aku demam masa hari pertandingan. esok cikgu tanya kenapa tak datang. padahal aku tak pernah datang training langsung tahun tu. cikgu memang sayang aku.
tadi badminton. sekarang bola sepak.
macam badminton , tiap-tiap tahun aku pergi pemilihan. siap datang latihan tiap-tiap petang lepas sekolah. tak pernah lepas. tapi bola sepak ni aku tak hebat sangat. selalu digugurkan.
tingkatan dua , aku rasa aku bagus sangat untuk main sayap kanan. padahal dah tentu aku tak laju. memang kena drop.
tingkatan tiga , aku rasa cukup gagah main pertahanan. padahal dah tentu dah ada alan dengan kelvin yang lebih bagus. aku kena drop lagi.
tingkatan empat , aku rasa cukup bagus nak main midfield. tapi aku tak dapat jugak sebab tak cukup stamina macam aloy.
tingkatan lima , akhirnya. aku rasa aku memang layak jadi sayap kanan. aku tak kena drop pon. tapi aku dapat main sekali saja. lawan sekolah nilai. masa tu aku punca kekalahan. sebab aku tekel mamat india tu dari belakang. sudahnya dia orang dapat sepakan percuma , dan macam biasa lah kalau khairul jadi keeper. memang bola mudah pon lepas.
tapi disebalik ketidakhebatan aku main bola , orang cakap , aku angkat corner hebat. bola aku masuk cantik. nak-nak kalau ada fendy , alan , aloy dengan afiq dalam kotak penalti. sebab aku yakin dia orang boleh tanduk bola aku masuk dalam gol. tapi tak pernah pon jadi. dua kali saja aku dapat angkat corner. sebab main sekali saja.
tapi masa tingkatan lima barisan paling mantap. fendy jadi striker. alan jadi defence. afiq dengan aloy menjana midfield. ada menthol main second striker. ramai kawan jugak lah dalam pasukan tu. tapi kalah masa separuh akhir. dengan sekolah cempaka. sekolah alep. dia orang main tipu. suruh dua orang jaga fendy. siap anbalagan [star sekolah dia orang] pergi bisik dekat alan , 'nanti main untuk kita orang masa daerah'. pergh.
tapi aku lagi suka masa pertandingan bola sepak 7 sebelah kelab pencegah jenayah masa tingkatan lima. dapat nombor empat. afiq jadi captain. siap lawan sekolah tuanku ampuan durah. relaks saja seri. tak kalah weh. kalah perlawanan tempat ketiga pon penalti. afiq sepak tepat dekat keeper. aku sepak kena tiang. budak sekolah klia tu cakap dekat aku , 'korang datang tempat kita orang , mana boleh korang menang'. pergh dah la abah datang tengok. buat malu saja. tapi dalam pertandingan tu , aku ada jaringkan satu gol. afiq pon ada satu gol. aku assist. menthol pon ada satu gol. gol menthol cantik sikit , sebab kena palang baru masuk. tapi kita orang dapat masuk semi pon sebab afiq main baling syiling dengan penganjur.
dah habis cerita pasal bola. meh masuk cerita boling pulak.
boling , aku wakil sekolah sekali saja. masa tingkatan lima. masa ni lah aku jumpa ex aku yang nombor 22. yati tolong mintakkan nombor. masa ni aku dapat top 20 dari dekat 200 orang yang mengambil bahagian. yang ni bukan peringkat daerah , tapi peringkat negeri. sikit lagi nak jadi wakil negeri sembilan. 10 ranking lagi.
dalam banyak-banyak sukan , yang paling aku hebat , hoki.
sebab aku wakil daerah. [padahal sebab tak ada sekolah lain yang main hoki] masa pertandingan peringkat negeri , pasukan aku adalah pasukan belasahan. aku lebih banyak fokus dekat padang hoki yang sumpah best gila tu dari nak flick bola masa sudut penalti. aku jadi jakun habis bila main atas padang hoki tu. tak macam padang bola yang selalu aku main. akibatnya , 15-0 perlawanan pertama , 18-0 perlawanan kedua dan 8-0 perlawanan ketiga. percayalah , dalam tiga-tiga perlawanan yang aku main sepenuh masa tu , keeper pihak lawan tak pernah langsung dicabar sangat. paling kuat pon sekali.
sukan yang paling aku tak percaya aku jadi wakil sekolah adalah catur.
masa pemilihan , aku saja-saja sibuk. padahal aku mana reti main langsung. bila dah main , adalah sekali dua aku menang dengan siapa entah. bila senarai nama keluar , tengok-tengok nama aku naik. memang tak lah. aku cakap dekat cikgu , saya tak reti main catur. saya reti main dam haji saja.
cikgu tu senyum sinis. aku tau dalam hati dia mesti cakap , 'anak aku pon reti main catur , kau tak reti'.
2 comments:
Haha. Woi! Cerita best gila babi! Hahahaha. Tapi kau ingat tak, time lawan sekolah DMS, kita main macam liverpool, bak kata cikgu Mokhtar. Tapi second half, buruk ya amat. Balik tu masing-masing macam sakai lompat dalam bas sampai driver cina tu mengamuk. Haha.
Yang pencegah jenayah, kita hebat ok. Mantap. Alif adik aku pun ada. Kita main sistematik kot. enough said bebeh.
Bowling jangan cerita, aku paling corot. Longkang memanjang! Haihhhh
masa lawan dms , aku main second half je. tu pon fendy dengan alan pujuk cikgu mokhtar. hahaha lompat sebab walaupun kalah tapi dapat pergi semi. gila.
oh hah adik kau pon ada. botak pon ada. keeper kita mantap sikit masa tu. aku tak ingat nama dia.
boling kau ada jugak eh ? aku lupaaaaa. hahahaha
Post a Comment