second blog

Thursday, January 28, 2010

cerita budak sekolah.

sedar tak sedar , dah penghujung januari. dah nak menjengah ke februari. waktu macam sekarang ni dekat sekolah tengah busy buat apa selalunya ?

cuba teka.

yes yes yes. sekolah sedang sibuk dengan acara-acara sukan seperti hari sukan sekolah , hari merentas desa dan juga pemilihan wakil-wakil sekolah untuk sukan-sukan tertentu.

masa-masa macam ni lah yang paling best pergi sekolah. sibuk buat latihan untuk memastikan maruah rumah sukan dan maruah sekolah tidak tercalar.

hari ini aku ingin kongsi cerita tentang masa aku disekolah dulu. aku agak aktif juga dalam bidang sukan dalam sekolah. luar sekolah juga. aktif sikit. haha

dulu dekat sekolah menengah , aku rumah biru. dari sekolah aku ditubuhkan , rumah biru ni paling tinggi ranking , tempat tercorot. paling rendah , pastinya corot juga. tapi nak buat macam mana , dah cikgu suruh aku masuk rumah biru. aku ikut saja.

tapi jangan sangka aku seorang loser. bila masa aku tingkatan empat , aku hanya dilantik sebagai seorang ajk rumah biru. sehinggalah beberapa orang yang betul-betul loser dalam rumah biru berpindah sekolah ke sekolah yang lebih pandai , aku dilantik menjadi ketua rumah biru. tapi agak terlambat. sebab dah separuh jalan. masa tingkatan empat , aku dapat bawa rumah biru rapat sikit dengan rumah tangga kedua tercorot.

tapi aku kembali sebagai ketua rumah biru masa tingkatan lima. kali ini dari mula. aku bina empayar aku. aku tarik budak baru sekolah aku yang berpotensi untuk join rumah biru. aku tarik kawan kawan baik aku untuk berpaling tadah dan sertai empayar rumah biru aku. aku berusaha untuk membuktikan bahawa aku seorang yang bukan loser seperti ketua rumah biru yang sebelumnya. hanya pandai mengarah , tidak pandai menyertai.

aku seorang pemimpin yang turut berperang. kalau ada acara yang tiada pelajar sanggup sertai , aku sendiri yang akan turun gelanggang. demi mata walaupun satu. sebagai balasan , aku menang 4x100 dan aku juga dapat tempat ketiga 4x400. acara 1500m , aku ditempat second last. tapi aku peduli apa ? dah aku tak ada stamina. nak buat macam mana. walaupun merentas desa aku dapat nombor 18. catatan juga dibawah masa satu jam untuk 7.5km. tapi nyata aku tidak boleh nak ikut pace si aloy dan si afiq yang kadar stamina mereka cukup memberangsangkan.

tapi , usaha aku selama dua bulan nyata tidak sia-sia. aku berjaya membawa rumah biru ke tangga kedua dalam ranking rumah sukan untuk tahun itu. hanya berbeza sedikit mata dengan rumah pemenang. itu pun sebab barisan perbarisan aku agak terabur sedikit. impian aku untuk naik stage memegang piala pusingan rumah sukan tidak kesampaian. niat dah salah. patot kalah.

kini , sudah 5 tahun aku meninggalkan zaman sekolah. dan dengar-dengarnya , rumah biru masih lagi menjadi yang corot setiap tahun. hanya pada tahun 2005 , iaitu tahun aku sebagai ketua rumah , rumah biru tidak corot , malah ditempat kedua.

hebat tak ?

sesuatu organisasi perlu ada seorang pemimpin yang berkaliber untuk maju kehadapan. tanpa pemimpin hebat macam aku , rumah biru sentiasa corot. satu hari nanti aku mahu jadi perdana menteri malaysia. dan aku mahu jadikan malaysia sebagai salah satu kuasa dunia. G8 akan menjadi G9.

dalam mimpi lah elmi !

4 comments:

afiqsiddhartha said...

Rindu gila babi la saat aku murtad rumah sukan tu. Kalau cikgu suriya tak perasan, dah tentu rumah biru jadi juara merentas desa. Aku juga boleh bantu rumah biru mencantas tempat pertama. Cepatnya masa berlalu. Ciri-ciri dah ada. Apa nak takut woi?

Elmi said...

aku takot orang tak suka aku jadi macam tun mahathir. sedangkan macam ni pon dah kena maki. inikan kalau aku jadi orang hebat. HAHA

tapi kalau kau masok rumah biru dulu , mesti mantap habes dah. haish. dengan menthol raja pecut. HAHA

Ayu said...

kau pn rumah biru ehhhh ? -___-" aku selalu ponteng latihan. jyeahhhh. nasib masa aku masuk rumah biru ni kau dah tkde kt sekolah. haha

Elmi said...

kalau tak aku paksa kau masok semua acara. hahaha