second blog

Wednesday, January 6, 2010

threesome atau aku skandal ?

entry kali ini , aku buat sebab atas permintaan jaja dekat chatbox sebelah ini. beliau menggesa [peh !] supaya aku bercerita tentang pendapat aku mengenai percintaan tiga segi.

seperti biasa , aku akan bercerita mengikut pengajaran hidup aku sepanjang 21 tahun mencelik mata memandang dunia yang luas penuh pancaroba ini.

macam orang bawak keretapi jugak lah. keretapi lokomotif antarabandar tu ada dua jenis. sama ada kepala dia dibelakang menolak gerabak penumpang , ataupun kepala didepan menarik gerabak penumpang. kalau pemandu dia berada didalam kepala yang didepan , dia senang nak agak bila waktu sesuai untuk berhenti di stesen perhentian supaya menyenangkan penumpang untuk turun di platform. berlainan pula dengan pemandu yang berada didalam kepala yang dibelakang. dia susah sikit nak agak bila waktu yang tepat untuk berhenti di platform. sebab dia belum lalu lagi platform tu.

samalah macam kehidupan kita seharian. kalau kita belum lalui lagi satu-satu kejadian , kita susah nak cerita dengan orang tentang apa yang terjadi. melainkan kalau kita dah pernah hadapi senario seperti itu , baru kita mampu untuk bercerita dengan penuh isi.

okey dah lari topik dah ni. baik aku mulakan.

cinta tiga segi. macam mana aku nak mula eh ? okey , aku mengaku aku pernah menduakan seseorang , aku pernah diduakan seseorang , dan aku pernah juga menjadi yang kedua dalam hidup seseorang. itu lumrah cinta monyet dan juga cinta palsu.

seorang lelaki biasa , dia akan terpanggil untuk mempunyai yang nombor dua bila dia rasa tak puas dengan apa yang dia ada. ataupun bila seseorang milik dia tu , tak memenuhi kehendaknya sebagai seorang kekasih. maka dia pun mencari solusi yang mudah dengan mencari yang nombor dua.

seorang perempuan biasa , dia akan mencari nombor dua , bila si kekasihnya tidak memberi sepenuh perhatian kepadanya. ataupun kehendak dirinya untuk mencari lelaki yang punya masa depan yang lebih cerah atau mencari lelaki yang lebih besar poketnya. ada juga perempuan yang mencari yang nombor dua untuk memuaskan kehendak nafsu diri. ya aku tau , lelaki pun sama dalam hal ini.

baiklah. situasinya begini. si kalsum bercinta dengan si megat. sedang asyik dilamun cinta , datang pula si mila yang jauh lebih cantik , jauh lebih hot dari si kalsum. oleh kerana terlalu sayangkan si kalsum , si megat tidak mampu untuk meninggalkan si kalsum. tapi keinginan hati adalah untuk mendampingi si mila. mesti semua orang pun pandang kalau aku keluar dengan si mila ni. dah lah cantik , baik pula tu. si mila pula memang menaruh hati dan perasaan yang mendalam terhadap si megat , kerana dengar katanya si megat ini seorang yang setia.

satu , tak guna kalau cantik , tapi duk melayan lelaki yang sudah berpunya. walaupun dalam benak kau cakap , tak apa , lelaki boleh kahwin empat. tapi tak rasa bersalah ke kau nak ganggu hubungan orang lain yang sedang dalam bahagia ?
dua , silap besar betul lah si megat ni cakap yang si mila tu baik. kalau dah ada hati nak jadi orang ketiga dalam cerita cinta.
tiga , si megat ni pula tak ada lah sayang sangat dengan si kalsum rasanya. kalau dah mata duk memandang perempuan lain. kalau betul sayang si kalsum , tak perlu rasanya memendam hati terhadap yang lain.
empat , kesian kalsum kan ? nanti mesti si mila cakap yang si kalsum ni tak pandai jaga boyfriend. mesti punyalah. si megat pula bukak point supaya tak nampak yang diri dia bersalah. nak suruh orang tuding jari pada si kalsum. mesti punyalah.

okey , situasi dua.

si megat ni dah sedar kesalahan diri dia. lalu dia tinggalkan si kalsum. apa kau ingat dia nak tinggalkan si mila yang hot tu ke ? baik dia tinggalkan si kalsum tu. sayang boleh pupuk beb. hot mana boleh pupuk. lalu berbahagialah si megat dan si mila.

tiba suatu hari yang dah di agak oleh si kalsum , bila muncul pula si amir dalam cerita cinta ini. biasalah manusia kan suka simpan dendam. bila dah kena tinggal , mulalah menyumpah memaki. kau tunggulah satu hari nanti tuhan balas. karma wujud wei. tup tup , amir datang memorak perandakan kebahagiaan yang sedang dikecapi si megat dan si mila.

amir ni kaya. berduit. segak. pakai kereta mewah , kereta jenama luar negara. jam dia mahal. kasut dia branded. seluar dia tak ada jual dekat malaysia. baju dia pakai buang saja. terlampau kaya. tapi tak handsome. lagi handsome si megat. nak kata baik , mak bapak dia tinggalkan. entah kenal lagi ke tak dia dengan mak ayah dia. si megat ni taat setia pada ibu bapa. tapi nak buat macam mana , perempuan ni lebih suka kalau lelaki yang boleh layan dia berbelanja besar. dari dia kena hidup bersusah senang bersama dengan si megat. baik dia hidup bersenang-lenang dengan si amir. tak perlu fikir panjang.

dan lepas tu mulalah si amir ni duk menganjing si megat. biasalah lelaki. bila dah dapat seorang perempuan yang menjadi rebutan , mesti dia bangga. menganjing si megat walaupun si megat tak layan , tapi tetap juga dia menganjing si megat. dah nama pun manusia. nak kata apa lagi ?

situasi tiga.

sekarang si megat ni tinggal seorang diri terpinga-pinga kena tinggal. dan kalau boleh , masa tu jugak nak cari balik si kalsum. nak mengadu. baru dia sedar yang si kalsum tu lah manusia paling baik dalam dunia. bila tak perlu dulu , kau buang jauh. manusia.

tapi malang bagi si megat. si kalsum ni sekarang dah berumah tangga dengan orang lain. tapi suami dia , anuar , jenis yang sibuk dengan kerjaya. selalu tinggalkan kalsum ni di rumah sendirian. si kalsum ni pulak jenis yang tak reti duduk diam. selalu juga keluar rumah. cari duit lebih , buat bisnes kecil-kecil.

sekali terjumpa si megat. si megat ni dah lain. lebih matang. sebab lepas apa yang terjadi , dia berubah jadi lelaki yang lebih berpedoman. si kalsum ni pun ajaklah si megat minum-minum kopi. dah lama tak jumpa lah katakan. bila dah jumpa , dah borak lama , terbuka cerita buku lama. dah jadi konflik. sebab rupa-rupanya , si kalsum ni masih ada hati dengan si megat. kalsum kahwin dengan anuar pon sebab anuar ni berduit. ada masa depan. bukan sebab cinta. sama lah dengan kes si mila tadi.

dah sekarang ni megat jadi nombor dua pula. setiap kali anuar keluar kerja , mesti kalsum pergi jumpa megat. dah jadi skandal. lama-kelamaan , si anuar dapat tau. dah diceraikan si kalsum sebab curang dan tidak mahu berlaku dayus.

berdamailah si megat dan si kalsum akhirnya. setelah menduakan , diduakan dan menjadi yang kedua , akhirnya si megat dan si kalsum berbahagia ke jinjang pelamin. tapi cerita cinta hidup dia orang berdua , sangat tidak seronok untuk diceritakan kepada anak cucu. kan ?

sakit kalau kita diduakan. tak kira lelaki atau perempuan. bila diduakan , kau rasa diri kau macam tidak berguna langsung sebab segala sayang yang kau curah , langsung tak dihargai. rasa faktap gila babi. tapi nak buat macam mana ? takkan kau nak menangis meraung sampai mati ? baik kalau kau tinggalkan semua kenangan lama kau dengan dia , kau mula hidup baru. lagi berbaloi dari kau perap diri kau dalam bilik , tak buat apa-apa. jangan jadi bodoh. hidup ni bukan untuk kau ratapi tapi untuk kau tempuhi.

sebelum apa-apa terjadi , baik kau pilih kau nak jadi yang mana satu. kau nak diduakan atau kau nak menduakan ? bagi aku , lebih hebat rasanya jika kau menduakan. nanti kau boleh buat pilihan. dan rasa kool bila dua perempuan kejar kau pada satu-satu masa. rasa hebat gila bila orang pandang macam tu. pilihan ditangan kau. dua-dua pon tertunggu-tunggu. rasa bagai jadi raja serta gundik-gundiknya. kan ?

HAHA

p/s : aku rasa tulisan aku sangat terlalu serius. aku cadangkan kau orang untuk tengok blog seorang kawan adik aku ini. sumpah release tension kalau baca. nama dia zahir. semak sesat sarat !! [klik sini]

5 comments:

0.21 said...

haha, bes weh, ak pon pnh menduekn, diduekan, dan jd yg ke due, tp plg bes menduekan la, rs hbt ble pmpuan thegeh2 kt kite, haha

scha said...

aku benci perampas...
perosak rumah tangga orang..
tapi aku TERPAKSA menumpangkan..
seorang PEROSAK yg ROSAK dan sedang MEROSAKKAN rumah tangga orang
(dan sedang menyemak di rumah ku)..
tapi apa daya..
tuan RUMAH dan TANGGA yang BITCH itu sedang ROSAKKAN (suami orang itu) merupakan kawan laki ku..
jadi terpaksa lah ku plastik kan muka
menerima makhluk PEROSAK itu di rumah..
BITCH itu, aku ibaratkan lebih teruk dari LIPAS,TIKUS,ULAT GONGGOK, dan SEMUT!!!!!
AKU BENCI DIA!!!!!!!!!!!!!!!

Elmi said...

afiq : kan kan kan ? HAHA

scha : itu dia emosi betui.

zahirlunatik said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
kenape ade link blog aku doh??
terima kasih wei!
aku x berape nk berduet untuk blanje ko..

haha

atreyu strange said...

giler complicated citer ko nih.