second blog

Friday, March 26, 2010

anonymous memang bangsat.

selamat khamis malam jumaat. psst psst.
aku sebenarnya ada benda yang aku nak tulis. dia duk dalam kepala aku ni dah 3-4 hari dah. tapi bila tiba masa aku dah banyak masa terluang depan laptop , aku jadi lupa apa nak aku tulis. semuanya mesti sebab selalu minum air dalam gelas ada semut ni.
seminggu dua ni aku dapat tengok banyak betul gangguan dari anonymous dekat internet. ramai juga kawan-kawan aku diserang bagai. zaman dulu-dulu banyak serangan anonymous ni dekat blogger. contoh terbesar yang pernah kena serangan anonymous ni adalah aku sendiri.
sekarang apa yang aku nampak , serangan anonymous ni makin menjadi-jadi dengan terciptanya formspring.me. ramai betul yang mengambil kesempatan untuk menjadi pesalah pesalah anonymous. gila depa ni , dah takdak kerja lain dah nak buat. duk sembunyi identiti diri , pastu duk buat lahanat dekat orang lain.
anonymous , atau lebih dikenali sebagai anon menerusi tulisan keyboard kak fynn , memang sangat menjengkelkan. tak kira kalau dia orang ni berhubung untuk sesuatu pujian atau sesuatu kritikan.
contoh kalau dia orang duk puji kau handsome , kau cantik , kau kurus , kau gemuk. kita tak tahu sama ada dia ni betul ke puji kita , atau dia saja perli kita. lebih menyakitkan hati , kita tak tahu sama ada kita dipermainkan , atau betul-betul kita ni ada secret admirer.
contoh dua , bila kalau dia betul-betul menghentam kita. pasti kita tertanya-tanya dalam hati , siapa yang cukup bagos sangat nak kutuk orang lain ni kan ?
pada aku dari pandangan peribadi , anonymous ni sangatlah tidak kool. tak berani. nak duk hentam orang , tapi sembunyi. tak berani nak tunjuk muka. tak aci rasanya kalau kau boleh hentam orang , tapi orang tak boleh nak hentam kau balik. kau willing to give , tapi kau unwilling to take.
satu nasihat aku yang banyak kali dah kena serang dengan anonymous ni , bila kau orang dah baca apa yang dia orang tulis dekat kau , kau jangan baca dua kali. publish je terus. lepas tu elak retina mata dari bertindak ke arah situ lagi. buat bodoh saja macam tak ada benda berlaku.
anonymous ni tak lama punya dia ganggu hidup orang. lama-lama dia bosan. sebab nanti satu hari dia akan terfikir yang dia tengah kumpul dosa semata. kau orang relaks saja. tak ada hal lah !
kamon la , dalam dunia ni , tak ada orang pon yang tak ada orang benci. hari tu hzrh [nama dia ni kau orang kena panggil hzrh. pandai pandai lah kau orang sebut] ada bagi tau aku , yang dila raden pernah cakap dekat blog dia , 'sedangkan tuhan ada orang tak suka , inikan kita manusia biasa'.
aku tak perlu fikir lama bila dengan ayat tu. aku terus dapat tangkap.
kau kena ingat jugak , yang dalam banyak-banyak manusia dalam dunia ni , pasti ada yang sangat minat pada kau secara jujur. pasti ada. dari kau cuba sedaya upaya untuk puaskan hati haters kau , baik kau puaskan hati diri kau sendiri , kawan-kawan sekeliling kau , keluarga kau dan peminat-peminat kau.
haters tu biar dia menghadap tuhan tak lama lagi. nanti dia sendiri sedar.
satu benda kau perlu ingat , sedangkan mawi yang orang agung-agungkan tu akhirnya orang kutuk-kutuk , tak mungkin satu hari kau yang orang selalunya rendah-rendahkan tak lama lagi orang akan agung-agungkan pulak !
just in case kau orang nak jadi anonymous tanya soalan merepek : http://formspring.me/elmi

1 comment:

Its all about Grace. said...

betul tu elmi.tak sume orang suka tengok kita.lebih2 lagi kalau kita berjaya/bahagia.kita semua hadapi situsi yang sama.alaaa bak kata orang butakan mata pekakkan telinga je.biarlah dia nak kutuk kita.bukan dia bagi makan kita.ye tak?anon ni memang.baling batu sembunyi tangan.pengecut.kalau dia kutuk lagi elmi cakap kat dia nasihat dari grace,"When you judge someone else, It doesn't define who they are, It defines who you are." if not ask them to deal with my middle finger.uyeh!haha.:)