second blog

Sunday, March 28, 2010

pejalan kaki tu bukan hina

hari ini aku nak menyedarkan masyarakat. tentang kehidupan sebagai pejalan kaki. atau lebih kool bahasanya dalam english , pedestrian.
pedestrian dalam wikipedia bermaksud seseorang yang bergerak menggunakan kaki , sama ada berjalan atau berlari. dalam sesetengah komuniti , ada juga pedestrian yang menggunakan kasut roda , papan luncur dan juga basikal.
umum mengetahui bahawa aku baru pulang dari frankfurt , jerman. umum juga mengetahui bahawa aku juga pernah ke sydney dan brisbane , australia. juga ke istanbul , turkey. serta london dan manchester , england.
tetapi umum tidak mengetahui , bahawa di setiap bandar tersebut , sistem jalan raya mereka sangat amat jauh lebih hebat jika mahu dibandingkan dengan malaysia.
bukan aku mahu katakan yang sistem jalan raya di malaysia ini tidak bagus , tidak. cuma pada aku , sistem di negara kita ini tidak cukup hebat untuk mengagumkan pelancong asing. dan juga tidak cukup hebat untuk membuat para pejalan kaki merasa selamat.
mungkin ramai yang akan kata bahawa bandar mereka bandar maju. lebih maju dari kuala lumpur. tapi anda harus berfikiran dua kali. kerana kebanyakkan bandar yang penulis sebutkan sebentar tadi bukan merupakan ibu negara , negara masing-masing.
sebagai contoh , sydney dan melbourne bukanlah ibu negara australia. frankfurt bukanlah ibu negara jerman. dan manchester bukanlah ibu negara united kingdom.
tetapi masih , sistem jalan raya mereka membuatkan para pejalan kaki untuk rasa lebih selamat. sangat selamat.
bukan pihak kerajaan sahaja yang berperanan untuk mengubah sistem ini. tetapi ianya merupakan tanggungjawab masyarakat bersama. para pengguna jalan raya selain daripada pejalan kaki hendaklah menyedari tentang kewujudan para pejalan kaki ini.
sebagai contoh , lintasan zebra. pengguna jalan raya di malaysia , terutamanya pengguna kereta mewah dan juga yang ala-ala berlagak sombong , juga pemandu kereta berkuasa tinggi , kebanyakkan mereka langsung tidak hormat kepada lintasan zebra ini.
peraturan mengatakan bahawa kenderaan sepatutnya berhenti ketika melalui kawasan lintasan zebra jika ada pejalan kaki yang ingin melintas. tetapi malangnya di negara malaysia ini , para pengguna jalan raya lebih kearah untuk lebih memandu lebih laju jika ternampak ada pejalan kaki yang ingin melintas di lintasan zebra.
perkara ini tidak berlaku di negara-negara luar. yang mana lampu hijau untuk pejalan kaki selalunya adalah lebih pendek jangka masanya. tetapi para pengguna lain amat menghormati pejalan kaki dengan memberi laluan kepada pejalan kaki.
begitu juga dengan sistem pengangkutan awam untuk para pedestrian. boleh dikatakan sistem pengangkutan awam di malaysia masih lagi ditahap lemah walaupun dengan adanya LRT , KTM Komuter , Rapid KL , Monorel dan sebagainya.
di negara maju yang lain , kekerapan pengangkutan awam adalah sangat kerap. dan selalunya mempatuhi masa. tidak seperti di malaysia yang selalunya KTM Komuter akan lambat sekurang-kurangnya 10 minit dari jadual asal.
begitu juga bas yang sememangnya akan lambat dan selalunya juga akan penuh.
penulis mengambil contoh di frankfurt , kekerapan tren bandaraya yang dipanggil Tram adalah 5 minit sekali. dah Tram tersebut tidak pernah lewat untuk sampai di stesen seterusnya. maka lebih ramai penduduk setempat yang menggunakan pengangkutan awam daripada memandu kereta. dengan ini , keselamatan pejalan kaki akan lebih terjamin.
di london , sistem bawah tanah yang dipanggil Underground , sangat efektif. memang di akui , malaysia memang belum patut dibandingkan dengan united kingdom. tetapi jika mentaliti masyarakat malaysia sendiri belum mahu berubah , rasanya kita patot lupakan hasrat untuk menjadi negara maju.
faktor cuaca juga sangat mempengaruhi pejalan kaki. ramai yang tidak sanggup untuk berpanas untuk berjalan kaki di sekitar kuala lumpur. mahu pun johor bahru. dan juga pulau pinang. tetapi kita perlu ingat , negara-negara lain tidak selalunya sejuk juga. ada kalanya musim panas tak ingat neraka mencarut.
jadi rasanya , untuk menjadikan malaysia sebagai sebuah negara yang maju , kita memerlukan mentaliti malaysia yang lebih efektif dari segala aspek. walaupun hanya sekadar aspek sistem jalan raya dan juga walaupun kita pergi bekerja sebagai pejalan kaki.
barulah boleh jadi maju !
eh ada kena mengena ke maju dengan jalan kaki ?

2 comments:

:: Cik Buncet :: said...

elmi, ayat paling best. neraka mencarut. *wootwoot8 tapi memang pun ada setengah pemandu yang kadang2 berlumba dengan pejalan kaki. lagi die nampak kita kat situ, lagi die laju. lagi la kita macam nak maki. yang pakai kereta besar-besar pulak tak nak mengalah. haish * mentaliti rakyat malaysia yang sombong*

Yatre Hayati said...

memang betul..ada sesetengah mereka yang tak akan hormat pejalan kaki....