where are they now ?
ini cerita tahun lepas. cerita pasal parti pantai ala afrika yang kita-kita buat.
mana mereka sekarang ?
aku mulakan dengan yang paling tua , jeju. aku tak tau dia dekat mana. masih di melaka agaknya. sudah enam bulan aku tidak bertegur sapa dengan dia. kali terakhir , raya. konflik sesama manusia.
kedua , ming. dia bekerja di shah alam sekarang. makin hebat dalam bidang fotografi. berkawan dengan orang-orang hebat seperti fad manaf dan lain-lain. rajin dia ni call aku kadang-kadang bertanya kabar. dan hadiah dari itali masih aku belum dapat lagi.
amy , sedang bahagia amat dengan pjoe. bergiat aktif dalam facebook yang dia buat semasa pulang dari parti pantai ini. kalau tidak , beliau bertegas untuk tidak membuat akaun facebook. kali terakhir berjumpa , masa rantai art idealist tempoh hari.
ikma , aku tak tau dia dekat mana buat apa. tapi rasanya badan makin mantap kot. last jumpa masa malaysia menang pingat emas bola sepak sukan sea dekat restoran thai.
aiman salak , dia sekarang mungkin sedang berusaha untuk membuat iklan untuk projek semester dia. kali terakhir berhubung di pop chat facebook sebulan dua yang lepas.
wany abdah , sekarang dia sekampus dengan aku. kadang terserempak. tapi belum pernah terserempak yang dua-dua nampak. selalunya salah seorang saja yang akan nampak. dan kemudian hanya bertegur menerusi sms sahaja. kali terakhir , jumaat lepas.
wanie moo moo , semenjak peristiwa gadoh-gadoh hari tu , dia tak pernah lagi approve aku di facebook. tak pernah juga reply sms. masih marah rasanya.
wanie kpj , dia ni ada dekat kota seriemas tu kot. dah lama juga tak bersua muka. walhal dekat saja kot.
sulis , parti pantai ini adalah yang pertama dan terakhir aku jumpa dia ni. hilang terus hubungan dengan dia. mungkin sebab dia ni terlalu pemalu rasanya.
alep , followers blog ini mungkin tahu apa yang jadi. dengar katanya dia sekarang menyambung pelajaran di uitm pahang.
moja , seorang kawan yang tak pernah akan reply sms. keji perangai. sekarang dekat uitm lendu , melaka. mungkin terlalu ramai awek hot berkawan rapat , sampaikan tiada masa untuk membalas sms mudah.
shy , sekarang busy dengan band acapella beliau , 24seven. sudah muncul di gig-gig hiphop. kali terakhir bercakap dalam telefon semasa aku menonton band otai , axl depan mata. beliau sangat suka dengan lagu akulah kekasihmu. boleh dapatkan muka shy dalam iklan akedemi fantasia yang paling latest.
miraj , beliau kini merupakan sessionist kepada band acapella , 24seven. dan menetap di damansara ketika ini.
ayu , sedang bertingkatan empat. dan beliau masih kerinting.
scha , kini sangat busy dengan praktikal di klia. habis saja waktu kerja , beliau akan meluangkan masa dengan membantu kekasihnya di gerai makan di bandar baru nilai. seorang kawan yang paling rajin wall aku di facebook.
tazo , sudah hampir setahun arwah meninggalkan kita. meninggal dunia akibat barah paru-paru. al-fatihah.
capyq , mamat ni agak senyap. mungkin sebab sudah punya dslr sendiri. di facebook juga sudah kurang nampak. almaklumlah budak degree kan ?
eqbal , sedang mengambil ijazah di uitm shah alam. penyokong MU yang tegar sampai kadang-kadang aku bergadoh dengan dia pasal bola. gadoh-gadoh manja.
hasrul , sedang berpraktikal di nilai. satu-satunya kawan yang aku ada di nilai ketika yang lain tiada. kerap menjadi mangsa menghantar dan ambil aku di ktm.
farlihin , beliau kini sudah ada facebook. tapi jarang nampak di nilai. mungkin sedang di kolej lagenda bertungkus lumus untuk graduasi.
tiada dalam gambar :
farhan , selalu berjumpa di myspace. harapnya dia sudah berubah menjadi seorang yang lebih cekap memandu kereta.
zymn , sedang bekerja di subang. masih aktif dalam bidang fotografi. kali terakhir berjumpa , masa aku dimaki di bentley music.
yazan , aku tak pasti. mungkin masih bergiat aktif dalam bidang lumba kereta.
sid , aku dengar dia dah kerja. praktikal kot. masih berhubung melalui facebook. dan aku tak rasa dia akan deactivated facebook kalau MU tak menang EPL season ni.
bani , ada je dia dekat facebook. dan kadang ada sms bertanya kabar. kali terakhir bersua muka masa peristiwa bersejarah malam merdeka rasanya.
lihin , sudah menyambung pelajaran di politeknik PD. beliau akan menelefon aku jika MU menang besar. atau jika mahu mengajak bermain bola jika beliau cuti di nilai.
fendy , sedang melanjutkan pelajaran di politeknik sabak bernam. kerap menghabiskan masa dengan aweknya. sesekali menelefon aku untuk bertanyakan tentang internet. sedang meminjam jaket mekanikal aku. jangan tak pulang sudahlah.
nadjmee , juara permainan cak ke le cak cak cak cak semasa parti pantai. beliau kini merupakan supervisor di salah satu jabatan di klia. dan juga merupakan tauke gerai makan di nilai. siapa nak makan free ?
muaz , beliau sedang bekerja. tapi tiap-tiap malam boleh jumpa dia dekat gerai nadjmee.
gima , mungkin sedang masih belajar. aku tak pasti. tapi beliau masih bersama muaz.
tapi betul , aku tak rindu pon parti pantai ni. sebab hidup aku sekarang lebih selesa untuk hidup seorang diri. tak perlulah ada kawan-kawan ni semua. menyusahkan saja. bukan dia orang yang menyusahkan. tapi aku yang menyusahkan dia orang. jadi kenapa perlu ada kawan kalau kita hanya akan menyusahkan mereka ? rasa macam mempergunakan. bukan ikhlas pon nak berkawan !
2 comments:
poyooooo!
miss you.. :)
Post a Comment