second blog

Friday, March 19, 2010

the cousins.


aku rasa semua tahu siapa mereka berlima dalam gambar yang diatas.

ayu si adik aku. mean , khairy dan lynn si sepupu aku. dan shy si kawan baik aku.

aku rasa semua orang tahu yang hati aku masih belum berpunya. masih kosong. masih belum ada isi. aku rasa mungkin ada kena mengena dengan mereka berlima ini. kenapa ?

sebab sejak setahun dua ini , kalau pergi dating , mesti ada antara dia orang ni yang akan menyebok. serius. bukan salah dia orang pon. salah aku. sebab aku yang ajak dia orang. atau aku yang membenarkan untuk dia orang ni turut ikot.

mana tak perempuan lari ? kalau setiap kali dating , ramai je jemaah yang aku bawa. baru first date , aku dah bawa satu keluarga. memang perempuan takot. tapi nak buat macam mana , pada aku , mereka berlima diatas ini penting dalam hidup aku. kalau perempuan itu mahu hidup bersama aku , dia perlu menerima adik-adik aku , kawan baik aku. kena pandai ambil hati dia orang ni. kalau dia orang boleh get along just fine dengan si perempuan , aku puas hati.

sebab dia orang ni memegang kuasa veto untuk mempengaruhi umi untuk merestui hubungan aku dengan sesiapa saja. kalau tak ambil hati dia orang ni , susahlah nak memenangi hati umi , dan mungkin hubungan kita tak kemana.

jadi jangan sekali terperanjat kalau sesekali kita keluar date , saya bawak adik-adik saya ya ! adik-adik saya , adik-adik awak jugak ! adik-adik saya ni semua comel-comel. baik-baik je. kalau awak baik dengan dia orang , memang dia orang baik dengan awak. tapi kalau awak berlaku biadap dengan dia orang ni , jaga-jaga la ye ? saya lebih rela pilih untuk hidup dengan dia orang ni dari nak hidup dengan awak.

girlfriends [cewah ada s] boleh cari , adik beradik tak boleh cari !

p/s : aku rasa masa untuk bertemu dengan si jodoh sudah dekat. tapi bukan nak kawen sekarang pon , kenal-kenal saja dulu ! heheh

2 comments:

coffeeaddict said...

aww awww.siapakah jodoh?xD

Ayu said...

ayu : pehhhh !! gila terharu ni. uhuk2. yg part menyibuk tu, TAK CANTEEEEKKKKK

mean : bemyw, terharu nyeww. aww~ shuwit sangats tau. ilebiulah :))

lynn : peh peh. ni yang rasa nak :') ni. haha kami ni kira pembagi restu la eh. CEHH smugsmug*