second blog

Monday, March 30, 2009

story about sabah later okay?

as we all know , i am part of Bulan Community's very own BulanBlogger. as team members of Bulan Community , as well as BulanBlogger , i have to speak and write in english every monday.

as my english is not really good[it was great before , but then after a year and a half without writing , my english become sucks right now , SERIOUSLY. infact in this sentence , i really thinks i have grammar problem right here and there. please forgive me for ruining the language] , so i prefer not to post an entry about my family's trip to sabah today. so you all have to wait and wait and wait. will you? HAHA !

but i really thinks the idea[BulanBlogger write in English every Monday] is a very good step to improve everyone's english and also brings us a new dimension in our writings as well.

to all BulanBlogger , happy writings ! don't even try to skip day to post a new entry. just try. if your english is sucks real bad , then Give Me Five !!

p/s : i miss Kota Kinabalu's Girls. Damn Hotttttt.

Thursday, March 26, 2009

cita cita.

semalam aku ym dengan bani. tiba-tiba satu soalan terpacul dari mulut dia [kat ym ada pulak mulut kan?].

'dah besar kau nak jadi apa?'

aku cakap dekat dia , nanti aku post entry dekat blog. dan inilah dia entry yang ditunggu tunggu oleh bani.

sejak dari kecil , aku ditanamkan minat terhadap kapal terbang oleh abah aku. dia dahulunya bercita-cita mahu menjadi seorang juruterbang atau dikenali sebagai pilot. tapi impiannya tidak kesampaian kerana sebab sebab tertentu.

jadi dia pass kan cita cita dia itu kepada aku. dari kecil aku dibiasakan dengan game flight simulator , aku dibawa masok kedalam cockpit , aku diceritakan tentang kehidupan pilot , dan macam macam lagi.

sehingga pada satu hari , perasaan minat terhadap kapal terbang itu muncul dalam diri aku. dari kecil , hanya satu cita cita aku , pilot. aku masih ingat semasa di bangku sekolah rendah , cikgu kelas bertanya untuk simpanan rekod peribadi aku , 'apa cita cita awak?'. aku jawab , juruterbang. 'cita cita kedua awak?' , aku jawab , juruterbang.

aku memang tiada cita cita lain selain daripada menjadi seorang juruterbang. sebabnya? sebab aku minat. bukan sebab gaji , kerana mustahil bagi seorang kanak kanak sudah tahu bilangan gaji besar atau tidak. bukan begitu?

bila aku menjejak kaki ke bangku sekolah menengah , aku tetapkan minda aku untuk cemerlang dalam subjek subjek yang berkaitan dengan pilot seperti matematik , sains dan juga bahasa inggeris. Alhamdulillah , aku cemerlang.

bila sudah masok era SPM , aku fokus terhadap fizik , matematik , matematik tambahan , bahasa inggeris dan kimia aku abaikan terus. kerana kimia bukanlah satu subjek yang ditekankan untuk menjadi seorang juruterbang. sebab itu kimia aku tidak kredit.

sebaik keluar keputusan SPM , subjek subjek tersebut aku dapat agak cemerlang. aku terus tunggu iklan MAS untuk jawatan pilot. sehinggala pada suatu hari , aku ternampak iklan di akhbar the star. aku terus bagitahu abah , dan terus buat resume dan hantar ke human resources MAS.

selang beberapa bulan , seutas surat tiba dihadapan rumah memanggil aku pergi ke ujian psychomotor. dimana dari 6000 orang yang hantar resume aku antara 100 yang dipanggil. ujian psychomotor adalah sebuah ujian untuk menguji IQ.

pada ketika ini , aku sudah berfikir dalam , mana mahu pilih , UiTM atau pilot. semestinya pilot menjadi pilihan. aku lulus ujian psychomotor. mereka suruh aku belajar dulu di UiTM. tunggu panggilan seterusnya untuk ujian berikutnya.

aku tunggu.

beberapa bulan kemudian , aku dipanggil untuk menduduki ujian psychometric. ujian ini ujian IQ juga. tapi kali ini jawab dalam kertas. tidak seperti psychomotor yang menggunakan komputer. kali ini keputusannya tidak diketahui serta merta , tetapi kena mereka hantar kertas itu untuk diperiksa di Singapura. tunggu panggilan lagi.

aku tunggu lagi.

selang beberapa minggu , aku dihubungi. aku diberitahu , aku lulus ujian psychometric. kena pergi interview dalam masa beberapa minggu lagi. aku ambil masa untuk study apa apa yang patot.

tiba hari interview. dalam bilik ada 3 orang. 2 orang pilot , satu orang kuat human resources MAS. aku ditenyeh , dilenyek dengan pelbagai soalan tentang MAS , prinsip kapal terbang dan pengetahuan am.

sebaik keluar dari bilik , aku memandang tepat pada mata umi dan abah , aku cakap , bukan rezeki dekat sini. sebab aku rasa aku macam apa saja dalam bilik itu tadi. mereka redha.

tapi

dua minggu selepas itu , satu panggilan telefon membuat aku rasa pelik.

'hello?'
'hello , mohd zulhelmie?'
'ya saya. siapa ni?'
'akak dari human resources MAS. tahniah adik , adik sekarang bergelar Cadet Pilot. sila datang untuk medical check up di kelana jaya'
'*gulp*... erk... okay'

sebaik meletak telefon , selepas beberapa saat terkedu , setelah puas melompat , aku berlari mendapatkan umi yang pada ketika itu sedang dibawah menonton tv.

'umi , MAS call. abang dapat pilot'

umi menerima berita itu dengan titisan air mata. air mata aku juga berguguran. cita cita aku dari kecil , akhirnya tercapai. aku bakal jadi seorang juruterbang. sepantas mungkin aku ajak abah pergi medical check up.

tapi korang tahu penghabisan cerita ini kan? aku masih di UiTM. tidak pon jadi pilot. kan? sebab masa medical check up , aku tidak lepas. aku rabun warna. rabun mata aku lulus saja , tapi tidak rabun warna.

puas aku mencuba , pergi hospital pakar mata hussein onn , masih tidak dapat berbuat apa apa. saat itu aku sedar , memang bukan rezeki aku disitu. memang tuhan sudah menakdirkan yang aku bukanlah salah seorang juruterbang yang di angkasa sana itu.

puas aku menangis. aku kecewa dengan diri aku. aku kecewa dengan tuhan masa itu. aku berhenti solat , aku berhenti berdoa. kerana aku rasa tuhan amat tidak adil masa itu. jumaat berikutnya , aku dipaksa pergi solat jumaat.

nak tahu apa khutbahnya? lebih kurang macam ini ayatnya.

'kenapa Allah tidak mahu kita jadi sesuatu yang kita mahu? mungkin Dia tahu yang kita akan jadi sombong suatu hari nanti , tu sebab Dia tak bagi kita jadi apa yang kita mahu'

'kenapa Allah halang kita dari capai apa yang kita nak? sebab Dia tahu nanti kita akan lupa dunia akhirat , syurga neraka akibat terlalu taksub dengan wang yang kita ada , itu sebabnya'

aku terus mengeluh dan kembali menerima keadaan dengan seadanya. sampai hari ini aku rasa yang abah dah call khatib tu suruh dia baca khutbah macam tu. aku kembali solat. dan sampai hari ini aku rasa yang rezeki aku memang ada dekat tempat lain. cuma belum jumpa.

aku tahu , ada sesuatu yang lebih baik dari cita cita aku. cuma aku sampai sekarang tidak tahu apa aku mahu jadi.

tapi aku tahu ia ada.

p/s : aku harap aku sudah menjawab soalan kau wahai bani. (:

Wednesday, March 25, 2009

Earth Hour 2009.

anggap saja ini iklan.


Tuesday, March 24, 2009

jatuh dan teros BANGUN !

aku mahu kongsi satu video dekat sini dengan semua sahabat , teman , kawan , kenalan , keluarga dan semua-semua. video ini aku tengok masa ceramah sabtu lepas. dan aku terpanggil untuk berkongsi video ini dengan semua orang.

ingat lagi entry aku yang sebelum ini , mengenai sesuatu yang baru. video ini macam ada kena mengena juga dengan entry tersebut.



kepada semua , kalau sudah jatuh TERSUNGKUR , tolong jangan PUTUS harap. terus BANGKIT segera.

'hidup ini terlalu singkat untuk merana. tolong enjoy hidup'.

Monday, March 23, 2009

aku happy SINGLE !

sumpah tipu siapa cakap 'aku happy jadi single , HAPPY !!'. 

aku percaya , tiada siapa pon yang akan happy bila sendiri. ya , mungkin kita punya ramai kawan , ramai teman , ramai sahabat. tapi kasih sayang seorang sahabat tidak akan sama dengan kasih seorang kekasih. kan?

aku happy bila aku single.

bila kau seorang diri pada suatu suatu masa , kau happy ke? bila kau sedar yang diri sudah semakin hari semakin menambah umurnya. kawan kawan yang lain , ada yang sudah mendirikan masjid. ada yang sudah punya anak yang comel. ada yang bakal melangkah ke jinjang pelamin. ada yang baru saja mengikat tali pertunangan. kau? masih lagi di takuk lama. masih dikatakan mencari cari.

tapi hakikatnya , setelah kau mencari cari , apa yang kau temu? tiada apa. so what's the point? tak perlu cari , duduk nganga? lagi kau membujang sampai hari tua. keluar mencari calon? nanti ada yang kata kau gatal , kau playboy , kau belom matang masih mahu play around. peduli apa kata orang , yang penting kata hati.

aku happy bila aku single. boleh keluar dengan siapa saja.

boleh ke kau keluar dengan siapa saja? ada ke yang mahu keluar dengan kau? kau kan LOSER. keluar dengan kawan? kawan semua dah busy dengan life masing masing. semua dah mula fikir masa depan. tiada masa untuk kau yang semakin hari semakin busan dengan hidup tanpa arah tuju.

aku happy jadi single. 

boleh percaya ke? sampai suatu tahap kematangan seseorang itu , dia mahukan diri dia dimanjakan oleh seseorang. walau dia punya teman yang ramai. ada juga terdetik dihati , ada yang call masa tengah lepak dengan kawan kawan , 'sayang , kereta i tak boleh start. nak buat macam mana ni?'. atau , 'baby , u dah dinner ke? jom dinner , i'll pick u up'. paling kurang pon , 'i miss you'. 

aku tahu , tiada siapa yang mahu lihat diri dia membujang sampai bila bila sedangkan orang lain bahagia. jadi jangan sekali cakap dekat aku yang kau suka hidup single. mungkin aku tidak tahu isi hati kau , tapi kau tidak boleh tipu diri sendiri.

sayangi orang tidak sama rasanya disayangi orang. suatu detik nanti kau pasti faham apa yang aku maksudkan.

aku sekarang sedang HAPPY gilaaaaaaaaaaa jadi SINGLE. [sedang membohong diri sendiri , menipu orang lain dan mengpowwwwwwwwwwwwww kau yang tengah baca tulisan aku ini. HAHA !]

Sunday, March 22, 2009

mencari sesuatu yang BARU.

ya , aku ingin mencari sesuatu yang baru. sesuatu yang boleh membahagiakan aku sepanjang hidup aku. aku tidak lagi mahu bahagia yang sementara. sementara yang bermaksud betul-betul sementara.

bahagia yang FAKE. bahagia yang penuh dengan penipuan. bahagia yang penuh harapan palsu. bahagia yang menyakitkan hati.

tapi aku tahu korang semua tahu yang aku ini ELMI yang tidak pernah kecewa GILA dengan apa pon yang terjadi kan? aku jenis seorang yang bila jatuh , terus bangkit. tidak sekali dalam kamus hidup aku yang aku akan jatuh , mengenang nasib , menangis , meraung , meronta , berguling-guling dan mengambil masa selama mungkin untuk kembali berdiri.

dulu aku akui , pernah sekali aku begitu. tapi bila dikenangkan kembali , tak guna meraung untuk sesuatu yang sudah lepas. sesuatu yang tidak akan kita kembali peroleh. bukan begitu?

lebih baik terus bangkit mencari sesuatu yang baru , masa pun tidak dibuang begitu saja. life is toooooooo short for misery. let's have fun. tanpa dugaan-dugaan yang sebegini , hidup tak colourful. pasti bosan hidup ini kalau senantiasa hidup kita happy. tak rasa nikmat dunia la kalau macam itu.

kini aku bangkit. aku terus berlari. tidak toleh belakang lagi. di depan terlalu banyak benda yang aku mahu kejar.

selamat tinggal masa silam

tunggu aku masa depan

hari ini 22 mac. aku ucapkan selamat hari lahir untuk Eqbal. semoga panjang umur dan terus cool. HAHA !!

Friday, March 20, 2009

kereta bapak kau !

aku tak tahu , entry ini entry cemburu atau entry mengutuk. korang judge sendiri la.

aku bukan bengang , cuma aku rasa geram dekat segerombolan manusia yang bergelar pelajar dekat kampus aku ini. kerek gila bila drive kereta keluar masuk kampus. muka nak bangga. lepas itu , attitude masing-masing nak macam bagos saja.

come on lah , kereta yang korang duk bawak kehulu kehilir tu , duit mak bapak kau kott. bukan duit titik peluh kau kan? aku 100% sure , kereta tu bukan duit kau. kalau bukan duit mak bapak , mesti kereta abang kakak korang. kan kan? mustahil la pulak umur 20 , masih belajar , ada duit nak beli kereta.

yang buat aku betol-betol geram , dah lah kereta 'pinjam' , lepas tu nak kerek dengan orang lain. attitude teros berubah. dulu masa tak ada kereta , kau punyalah baik , ego cecah tanah. sekarang dah ada kereta , mak aihh perangai kau..... ego sampai nak menyentuh langit dah ! MACAM BAGOS !

then then , ada pula tu , yang pakai kereta 'pinjam' , lepas tu nak show off dekat orang. wtf? aku tak heran la weyh. duit mak bapak. apa aku kesah. SILA PERGI MAMPOS !

lagi yang tak boleh belah , pakai kereta 'pinjam' , lepas tu duk heret para gadis naik kereta. lepas tu , bila nampak kawan dekat mana-mana , teros buat tak tahu. pfffffffffffffffffft , sumpah aku menyesal gila la weyh kawan dengan kau selama ini.

lepas tu kan , ada pulakkkk gadis yang pakai kereta 'pinjam' ni kan , mak aiihhhh , poyo gila. keluar kereta , muka nak tinggi , gaya nak rich and famous , lepas tu jalan nak poyo gila. dia ingat dia bagos sangat? please la weyh , perempuan gedik macam kau tu , tak ingin aku nak pandang. cehh.

entry ini tidak menujukan kepada sesiapa. kepada siapa yang terasa tu , HAHA ! padan muka la kan kan kan? :P

ada juga yang ada kereta 'pinjam' , tapi very very humble. mengaku diri. low-profile. manusia macam ini la yang ada intelligence. bukan manusia yang sendiri poyo , tapi cakap orang lain poyo. mungkin mak bapak kau yang kaya raya tu lupa nak beli cermin letak dekat rumah. (:

sekian terima kasih.

p/s : abah , jangan belikan elmi kereta. biar elmi cari duit sendiri nak beli kereta. :)

Thursday, March 19, 2009

gadis idaman.

tadi aku borak dengan lubby dekat ym. tiba-tiba terdetik nak buat entry pasal ciri gadis idaman aku. memandangkan juga alip pon dah dapat baby , aku bertambah jeles sebab aku ni , girlfriend pon tak ada.

jadi , inilah dia , ciri-ciri gadis idaman aku :

* si dia hendaklah di approve oleh umi.
- kerana , restu seorang bonda itu amat sangat penting. tanpa restu bonda , pada aku , hubungan tak akan kemana. itu sebab setiap kali aku jumpa calon baru , aku akan tunjukkan dekat umi dulu. tanya pendapat dia. tapi aku tak perlu dengar pendapat dia , aku tengok reaksi dia saja , aku sudah tahu dia suka atau tidak. kalau dia cakap ya sekalipun , kadang-kadang , nampak di wajahnya yang dia tak suka.

* si dia hendaklah berambut panjang sekurang-kurangnya paras bahu.
- sebab sebab , aku memang suka membelai rambut seorang perempuan. pada aku , seseorang itu kelihatan sexy melalui rambutnya. kalau cantik rambutnya , sexy lah dia. kalau tidak , maaflah , anda bukanlah pilihan hati saya.
- bertudung? aku lebih prefer yang tidak bertudung. kerana pada aku , baik luaran , tidak semestinya baik dalaman. aku tengok ramai kat luar sana tu , harap pakai saja tudung , tapi tak solat pon. [aku tak kata semua , sesetengah saja. maaf kalau terasa] lagi satu , tak semestinya pakai tudung , dia pandai jaga diri. ramai je kot yang pakai tudung , tapi berpelukkan depan khalayak ramai. harap saja bertudung. aku tak mahu gadis bertudung sebab aku pasti berpelukkan dengan dia. kan? aku tak mahu orang kata yang gf aku macam yang aku sedang duduk mengata gf orang ni haa. HAHA ! dan lagi satu , pada mata pandangan aku , ramai antara kawan , teman , sahabat , kenalan aku yang tidak bertudung , tapi masih lagi berpegang pada prinsip sendiri. faham-faham sajalah. aku malas mahu explain.

* memiliki senyuman manis.
- aku tidak mahu gadis yang terlampau cantik. terlampau hawt. cukuplah sekadar biasa-biasa. tapi yang penting , miliki senyuman yang menawan hati. kalau terlampau hawt , terlampau cantik , binasa hati aku nanti. sebab ramai yang bakal mencabar kedudukan aku nanti. (:

* giggers but not clubbers.
- kerana aku juga seorang giggers. jadi nanti aku boleh bawa dia sekali. sudah selesai masalah nak pergi date dekat mana. pergi gig , layan music pon date juga kan?
- aku tak suka clubbers sebab.... korang suka ke gf korang kaki club? tak kan? kecuali kau kaki club , kau suka la kot. HAHA ! bukan aku tak pernah pergi , pernah. tapi , aku sendiri dah tengok gadis clubbers ni macam mana. jadi paham-paham sendiri lah.

* not a drunker.
- kalau nak smoke tak apa. minum janganlah. tapi tapi , kalau nak smoke , bertempat juga la ya? nanti slow slow aku suruh dia berhenti. sebab sekarang dah ramai gadis yang smoke. bukan jenayah pon smoke tu kan? kalau minum jenayah. minum sambil memandu. HUAHUA !!

* romantik gila.
- aku pernah ada seorang gf yang amat romantik gila. dan aku merindui dia. sebab sudah agak lama aku tidak jumpa seorang gadis yang seromantik dia. kalau ada pon , macam biasa , sudah berpunya. (:

* sangat manja.
- manja bukan bermaksud mengada-ada. kalau kau gedik , aku tanpa teragak-agak akan menyekeh kau. manja. paham ya manja tu macam mana?

* bertolak ansur.
- pernah dulu , aku punyai gf yang sedikit pon tidak mahu bertolak ansur. semua dia saja yang nak menang. aku busan hidup dengan kekasih yang sebegitu rupa. tiap-tiap hari , tiap-tiap malam , aku saja yang perlu bertolak ansur. oh tidak tahan. give and take please. memahami. tolonglah. aku juga manusia.

* sangat sporting dan juga supportive.
- sporting dalam teks ini bermaksud , tidak mengongkong. kerana aku juga bukanlah jenis seorang yang mengongkong. as long as we trust each other , that's enough. 
- supportive dalam apa juga yang aku buat , kecuali benda yang amat bodoh yang aku nak buat , jangan lah sokong pulak. tegah seeloknya. bayangkan kalau setiap kali aku pergi main futsal , dia akan ada di luar gelanggang. setia menunggu. perghhhh. bahagia. pastu pastu , selalu saja teman aku pergi mana-mana. best kan? haihhh.

* pandai bergaya.
- bukan pandai maksudnya pakai nak gempak. just nice lah. korang paham kan? ke korang nak aku tepek gambar contoh kat sini?

* mengambil berat dan sentiasa berada untuk aku bila aku perlu.
- semua orang nak pasangan dia macam ini kan? begitu juga aku. (:

orang kata , aku memilih. salahkah aku memilih untuk yang terbaik bagi diri aku? takkan aku nak main sebat saja apa yang ada depan mata. kan kan kan? kalau dijamin bahagia dunia akhirat tak apa juga.

tapi aku akui , aku agak choosy. jadi , siapa yang berjaya membuat aku fall in love , crush or what so ever , anda patot berbangga. HAHA ! [ayat aku bertambah poyo hari demi hari]

and and , before i forget , kepada sesiapa kehilangan hati , bolehlah cari saya di ym. bersedia memberi penampar nikmat. *tak ada kerja*

.selamat malam.

Wednesday, March 18, 2009

anak bulan menampakkan bumi hari ini.

tajuk entry agak pelik. tapi itulah kenyataannya. salah seorang sahabat aku , orang paling kuat Bulan Community , Bulan Clothing , si hidung paling besar , alip , telah selamat dikurniakan seorang anak.

tahniah aku ucapkan. nanti anak dia yang diberi nama Iqbal itu boleh member sama adik aku yang bakal dilahirkan awal bulan ogos nanti. HAHA ! siaplah adik aku buli anak kau alip. (:

aku dikesempatan ini , nak chup siap-siap panggilan Uncle Coklat. boleh tak? eh eh tak nak lah. panggil aku Uncle Elmi CAMNI CAP EHH ! wakakakaka !

macam yang kita duduk bincang dulu , akan aku senaraikan panggilan dari Iqbal untuk semua :

.shy : paklong.
.aiman : paklang.
.miraj : pak ulu.
.nadjmee : pakster.
.farlihin : pak ota.
.lihin : pakcik.
.moja : pak nge.
.zuher : pak sweet.
.elmi : uncle elmi.
.hasrul : pak nyum nyum.
.muaz : paksu.
.ikma : pak tap.
.paan : pak nget.
.geema : maksu.
.scha : maklong.
.seyza : mak rut.
.wanie : makcik.
.mary : mak nge.
.zek : maklang.
.ayu : mak ting.

so dah tak payah nak rebut rebut lagi okey? semua dapat panggilan yang korang nak kan? aku tahu semua puas hati kan? aku pon.

HAHAHAHAHA aku sungguh berpuas hati.

Iqbal , nanti uncle elmi ajar main winning kasik terer. ayah iqbal tak terer. harap hidung saja besar. :))

Tuesday, March 17, 2009

nota untuk si dia.

kepada si dia , aku rindu kau. maaf kalau usaha aku untuk mendapatkan kau tidak sesungguh yang kau harapkan. tapi aku mahu kau tahu yang aku benar-benar suka kau. aku benar-benar mahukan kau menjadi sebahagian dari hidup aku. tunggu satu hari nanti , akan aku luahkan perasaan aku pada kau. aku janji.

tapi tunggulah dulu bila aku rasa masanya sesuai. kerana aku tidak mahu terburu-buru. take it slow bak kata liyana fizi.

rantai yang aku bagi itu , penuh makna sebenarnya. cuma ego aku menghalang aku dari meluahkan segalanya. rantai itu sebenarnya aku mahu berikan kepada seseorang yang sangat amat aku mahu mendalami jiwa dan perasaannya. dan aku bagikan rantai itu kepada kau. walau ianya sangat murah , tapi cinta yang aku tawarkan ini tidak ternilai harganya.

tapi , kalau kau tidak mahu aku , katakan saja sejujurnya. aku terima. dan tak perlulah aku meletakkan harapan yang menggunung tinggi. nanti akhirnya aku kecewa. sudah cukup hidupku penoh kekecewaan.

aku harap kau baca nota ini. sebab keberanian aku untuk meluah belum lagi sampai.

ELMI bukan HELMIE yang dulu.

ya , aku bukan helmie yang sesetengah dari korang kenali dulu. aku kini elmi. sudah lebih dua tahun aku cuba transformasi kan , komersial kan si ELMI itu.

aku bukan lagi helmie yang dulu. yang mana helmie yang dulu itu seorang yang mampu menunggu seseorang itu amat lama. amat lama bagi seorang budak sekolah , iaitu setahun setengah. aku kini elmi yang kini menunggu 3 bulan pon sudah terlalu lama bagi aku. kadang-kadang sebulan pon aku sudah rasa malas. dimana kesabaran aku itu hilang? aku sendiri tidak tahu.

aku bukan lagi helmie yang dulu , dimana aku mampu membahagiakan 3 orang gadis sekaligus [sounds playboy , but that was me back then]. aku kini elmi yang seorang gadis pon aku tak mampu memberi kasih sayang yang sempurna. sebab itu aku rasa aku masih single.

aku bukan helmie yang dulu , yang punyai kekuatan untuk terus berdiri demi seorang gadis. walaupon direject beberapa kali , aku masih belum berputus asa. masih mampu untuk terus berusaha mendapatkan sebuah cinta. tapi elmi yang kini , kalau direject , aku pasti akan berkata dalam hati , 'dah bukan jodoh aku , nak buat apa'. tiada lagi kekuatan yang itu.

aku bukan helmie yang dulu , yang punya sifat jiwang [erti kata lain romantik] yang akan membuatkan seseorang itu merasakan dirinya disayangi sepenuh hati. aku kini elmi yang sudah tidak pandai bermain kata-kata azimat , membuatkan para gadis bosan apabila bersama aku.

aku bukan helmie yang pada suatu masa dulu , mampu menghantar pesanan ringkas pada seseorang itu pada setiap malam tanpa tertinggal satu hari pon walaupun seseorang itu tidak membalas. masih berfikiran positif , dan terus menerus menghantar. kadang-kadang mengarang puisi [pada masa itu puisi aku amat hebat , kerana ia datang dari hati] untuk seseorang itu. kini aku elmi yang bila pada satu hari seseorang itu tidak membalas , aku akan tidak mampu untuk menghantar lagi pesanan untuk dia esok hari. bila seseorang itu berkata 'tiada kredit' , aku akan menganggap dia tidak mahu layan aku.

aku bukan helmie yang dulu , yang banyak menghabiskan masa malamnya dihadapan game sampai tidak tidur 3 malam. aku kini elmi yang lebih gemar menghabiskan masa malamnya dengan kawan-kawan diluar sampai tidak cukup tidur tiap-tiap malam. game aku buang jauh-jauh. si PS2 , sudah hampir 6 bulan aku tidak bersetubuh dengannya.

aku bukan helmie yang dulu , yang banyak akan menegur rakan-rakan lamanya dimana-mana. aku kini elmi yang hanya menunggu rakan-rakan lama yang menegur aku dulu , atau aku akan cuba menyembunyikan diri. bukan kerana sombong , tetapi aku sendiri tidak tahu kenapa aku mengelak.

aku bukan helmie yang dulu , yang banyak menghabiskan masa di dalam rumah , pada sebelah petangnya bermain bola di padang. aku kini elmi yang suka merayau , pada sebelah petangnya , masih lagi merayau.

aku bukan helmie yang dulu sentiasa akan ikut umi dan abah kemana-mana. aku kini elmi yang selalu membazir masa emasnya dekat mana aku pon tak tahu.

aku bukan helmie yang dulu hanya ada kawan di sekitar nilai saja. aku kini elmi yang punya kawan di serata pelusuk malaysia.

aku bukan helmie yang dulunya happy-go-lucky. aku kini elmi yang semakin gila happy-go-lucky nya.

aku bukan helmie yang dulunya sombong gila sampai senyum pon tak mahu. aku kini elmi yang akan terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk bersalam.

aku bukan helmie yang dulunya poyo nak mampos. aku kini elmi yang poyo bersebab. HAHA !

aku bukan lagi helmie yang dulu mampu menolak segala masalah yang ada. aku kini elmi yang akan memikir sedalam-dalamnya masalah yang timbul.

aku bukan lagi helmie yang suka menikam belakang kawan-kawan. aku kini elmi yang sekarang tahu menghargai nilai seorang sahabat.

aku bukan lagi HELMIE yang dulu. aku kini ELMI yang baru.

ada baik buruknya ELMI yang baru ini dari HELMIE yang dulu. terimalah aku seadanya , kerana korang tahu yang aku terima korang seadanya kan?

Saturday, March 14, 2009

SURAT SULIT !

pada suatu malam yang indah , aku tak ingat tarikh hari itu , tapi tak silap aku , masa raya. sejurus selepas pergi beraya berhabis-habisan ke rumah-rumah makhluk bulan semua , ada sesuatu yang terjadi. dan akibat dari sesuatu itu , tercetusnya , SURAT SULIT !!

SURAT SULIT itu ditulis oleh beberapa orang manusia yang gila iaitu Alip , Shy , Afyq [sesat] , Moja , Asrol dan Fendy. ia ditujukan khas buat aku. dah la dengan wanginya surat ni , pukul 4 pagi pulak tu dorang tulis. gila dorang ni. sayang jugak dorang ni dekat aku. HAHA !

dah agak lama aku perap entry pasal SURAT SULIT ini. aku saja tak mahu publish awal-awal. sebab ini antara kenangan manis aku dengan makhluk-makhluk bulan. sampai sekarang aku senyum bila mengenangkan SURAT SULIT ini.

ini antara isi kandungan surat tersebut.


klik pada gambar untuk baca secara live !!

Kepada Sahabatku Helmi ,
Kami , Alif , Shy , Fendi , Asrul , Mujahid , dan Afiq , ingin memohon ampun dan maaf diatas kesulitan yang berlaku. segala kesulitan amatlah dikesali.

Janganlah sulitkan diri kami. Kami berasa amat bersalah diatas kesulitan ini. Kesulitan ini tidaklah disengajakan. Kami sedar , kesulitan ini disebabkan kami. Kami tahu kesulitan ini adalah penyebab kepada kesulitan dihati anda.

Janganlah sulitkan hati anda kerana kami. Kerana kami selalu sulit-sulit. Alat-alat sulit dan selulit kami telah menyebabkan kami sembelit hingga menyebabkan kesulitan di hati HELMI.

Kami tidak mahu anda bertolak ke penang dengan hati yang sulit , ia akan membuat kami sulit. Cukuplah dengan alat-alat sulit yang kami ada. Benda itupun sudah cukup menyulitkan kami.

Akhir kata , sungguh sulit untuk menulis surat ini , dan diselitkan ditempat yang sulit , bukan di alat sulit yer...!!

Ikhlas dalam kesulitan ,
Alip , Shy , Afyq , Mujahid , Hasrul , Affendi <- yang bersalah dan sulit.
p/s : kami xde copy , tolong bagi muaz ngan zuher taw.

Friday, March 13, 2009

pantun bulan versi dua.

sambungan kepada versi satu seperti yang dijanjikan.

eyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyhhhhhh !!

makan daging ayam panggang,
sambil makan minum air jambu,
ramai scandal keliling pinggang,
tak lain dan tak bukan , paan si jambu !

lumba motor pergi litar,
penat berlumba minum air tin,
hebat dota hebat main gitar,
untunglah siapa yang dapat encik farlihin.

main dota memanjang triple kill,
mana tak nya , asik main ks saja,
bawak kereta penuh skill,
siapa lagi kalau bukan tazo schumacher.

satu dua tiga one two three,
a b c alip ba ta,
bawak 125 sambil dengar mp3,
capyq kelip , emon la yang kata.

pergi bulan naik roket,
sampai sana jumpa badak,
knowledge bola semua dalam poket,
afyq kan , memang gila bola punya budak.

duduk tepi padang main lat tali lat,
asik kalah kepada cik ya,
suka senyum rajin online pandai silat,
acap si webmaster indie paling gempak malaya.

majlis perasmian potong reben,
dah rasmi jemput jemput makan mi,
bawak myvi bawak dslr pakai rayban,
orang kaya baru , ming lah siapa lagi !

pat pat siku lipat,
ting tong sana sini,
angan angan nak beli flash tak dapat dapat,
tak lepas dengan D40 , jeju jeju apa nak jadi ni?

jalan laju laju nak pergi mana?
macam takde tempat lain asik pergi gig je keje,
tinggi lampai , muka macam cina,
dulu amy myspace , sekarang amy facebook boleh ke?

kerja aku asik online saja,
kadang sampai tak minum tak makan,
duduk serumah , online semeja,
sid memang gaybian dengan bani tak boleh pisahkan.

pandu laju langgar traffic light,
kena kejar polis buat muka serius,
dah ada dua lens dengan flashlight,
damn zymn buat aku jeles !

weh mamat , hang nak pi mana?
jual sayuq ka pagi pagi naik lori?
buku shing shing dibawa kemana mana,
wany teka teki memang kejam tolong semua lari.

tengok gig minum air tebu,
pergi konsert nak tengok amuk,
dipanggil moo moo sebab suka lembu,
sorang lagi wany , tapi yang ni wany si gemok.


haaaa itulah dia. satu lagi versi pantun bulan. agak merepek , TAPI TAKPE , anggap saja ini satu hiburan semata okey? selamat malam.

Thursday, March 12, 2009

pantun bulan versi satu.

eyyyyyyyyyyyyyyyhhhhhhhhhhhh.................

elmi memang kuat berangan,
berangan pasal benda bukan-bukan,
pantun ini bukan pantun sebarangan,
ini pantun untuk makhluk bulan.

bangun pagi mamai-mamai,
gosok gigi basuh tangan,
muka emsem kegilaan ramai,
siapa lagi kalau bukan shy si kuat berangan!

makan kopok lekor cecah sos,
sos dibeli bersama sabun,
scooter vs rabak nak tanggal ekzos,
scooter siapa kalau bukan , scooter si hidung besar alip sa'adon.

kamera ditinggal tiada siapa yang punya,
dijumpa bersama sehelai kain,
terlalu taksub pada si dia miliknya,
si moja selenge tiada yang lain.

duduk dengar lagu si dia,
dengar sorang tersenyum-senyum,
senyum tu dah memang tabiat dia,
takkan miraj tentu hasrul lah yang suka senyum !

pergi masjid duduk berdoa,
balik masjid menunjuk perasaan,
kerja harian duduk berdota,
siapa lagi kalau bukan muaz yang tiada perasaan.

waktu kecil bakat diasah,
main bola badan sengal,
dua budak ini tak boleh dipisah,
mereka ialah lihin nadjmee kepala sengal.

pergi klcc usha gadis sana sini,
nampak gadis teros sweet sweet,
dah lama tak nampak mamat sorang ni,
si zuher muka yang macam along bittersweet.

pergi pasar beli petai satu tan,
makan petai sambil dengar nenek bercerita,
kancil hijau apple menjadi pengangkutan,
dia adalah aiman yang kini sebok dengan zek duduk bercinta.

pasang kuat-kuat lagu tanpa,
sambil dengar sambil berkelah,
dia ni pon dah boleh tahan susah nak jumpa,
sang pak lawak fendy bas sekolah.

semua orang bangga jadi rakyat malaysia,
nak masok piala dunia entah bila,
suara seksi taknak masuk akedemi fantasia,
scha si gadis bertudung tapi gila.

pakai baju yang orang taja,
baju dipakai berbasikal di pangkor,
pergi kemana nak bertiga saja,
wanie mary seyza memang bagai belangkas tiga ekor.

sampai sini saja aku type malam ni. aku janji esok lusa , aku update lagi satu entry pasal pantun bulan versi dua. untuk orang-orang yang namanya belom ada dalam ini lagi. nantikan !

Wednesday, March 11, 2009

dua minggu.



untuk dua minggu ini , aku dicabar untuk meletak gambar ini sebagai default di myspace , friendster , facebook , ym , blog , hujan.org dan dimana-mana saja yang aku online. cukup dua minggu , orang-orang yang berkenaan akan belanja aku makan.

ada siapa-siapa lagi yang nak mencabar? silakan. aku sedia dicabar. tak ada hal la wehh ! HAHA !!

untuk pengetahuan semua , aku juga sekarang sudah ada 'si dia' okay? hari itu aku buat entry puisi si dia , tapi masa itu aku tak ada perasaan. sekarang ada. dan si dia itu tak ada kena mengena dengan hari kekasih.

renung-renungkan. :P

Sunday, March 8, 2009

i'm such a LOSER. fullstop.

semalam ada benda jadi. tapi aku tak mahu cerita. sebab ia akan menunjukkan yang aku memang betol-betol loser.

tapi lepas tu , aku dapat meluangkan banyak masa untuk kawan-kawan aku. teros lupa dah benda tuh. best betol kawan-kawan aku ni. terima kasih pada shy , alip , tazo , capyq , eqbal , moja , asrol , miraj , muaz , gee , nadjmee , lihin , suresh , farlihin , fendy , ming , amy , jeju , sid , zymn , bani , yazan , wany abdah , wanie moo moo , wanie , scha , ayu , ikma , aiman , paan dan sulise.

korang MEMANG BEST GILA.

walaupon aku LOSER , bila ada korang , aku jadi LOSER yang AMAT STYLE ! haha

tadi masa dekat tepi pantai , pukul 4 pagi , aku duduk seorang , aku cipta ini. sumpah buruk. sumpah tak ada beza dengan sebelum ini punya.

Untitled

bunyi deruan ombak
ditemani sinaran kerdipan bintang.

cahaya bulan itu
melengkapkan kesunyian malam.

dingin angin malam itu
hanya mampu menghangatkan lagi tangisan air mata.

air mata darah sekalipun
tidak mampu mengubah rona hidupku ini
tajam bak duri kenangan pahit itu.

segunung harapan
dibalas segenggam kekecewaan.

dihatiku tiada lagi kamu
kerna dihatiku kini hanya aku.

selepas itu jeju datang kacau. tak sempat nak adjust , nak tambah. :P

Thursday, March 5, 2009

PERHATIAN kepada semua SAHABAT aku !

anda tahu siapa anda. aku mahu biodata penuh korang. penuh. paham? aku nak letak dalam official website aku. kalau korang tak nak biodata korang termaktub dalam website aku , tak payah la buat. ya?

hanya yang bagi respon terhadap entry ini saja yang akan dilayan. jadi tolong sebarkan. jangan nanti , ada yang tak puas hati tiada tentang dia dalam website aku nanti ya?

tiada tarikh tutup. selagi yang ada bagi respon terhadap entry ini , selagi itu aku masokkan tentang korang dekat website itu nanti.

sekian terima kasih.

Tuesday, March 3, 2009

tiba tiba.

secara matematiknya , aku sudah berkampus di UiTM Penang ini sudah hampir 3 tahun. aku tidak pernah sekali pon berbangga dengan status kerakyatan aku sebagai seorang pelajar UiTM Penang ini. kerana ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan aku rasa sebegitu.

tetapi

tiba-tiba. secara tiba-tiba...

tadi malam , selepas kelas , apabila aku keluar dari kampus , semasa tengah tunggu traffic light bertukar hijau , aku tiba-tiba merasa bangga menjadi pelajar UiTM Penang ini. entah kenapa. tiba-tiba saja.

sejak dari itu , otak aku asyik memikirkan tentang ijazah. padahal sebelum ini , aku memang sudah menetapkan hati aku untuk tidak menyambung pelajaran aku lagi selepas ini. tapi tiba-tiba , aku mahu sambung ijazah.

tetapi

aku tidak mahu sambung dalam bidang mekanikal. aku mahu sambung dalam bidang berkaitan multimedia. seperti grafik , IT , musik atau sebagainya. boleh ke?

aku sememangnya amat menyukai benda berkaitan dengan nombor. dari dulu lagi aku dijinakkan dengan nombor. bidang mekanikal memang banyak masa aku bermain dengan nombor. tetapi aku rasa aku nak menceburi bidang baru yang berkaitan dengan html codes , css dan lain-lain.

pasti ramai yang membantah. aku sendiri tidak tahu lagi arah tuju hidup aku.

semoga berjaya elmi.
tiba-tiba aku rasa aku cool.
*takde kena-mengena.

Sunday, March 1, 2009

satu hari yang indah.


pada suatu hari yang tenang , setelah semalaman tidak tidur akibat kerja edit video-video CAMNI CAP EHH Penang , aku teros bergegas ke kampus UiTM Penang Dihatiku. [gambar di atas]


aku ke kampus pada hari ahad , adalah untuk ke sesi pengenalan terhadap fotografi yang dianjurkan oleh Kelab Fotografi UiTM Pulau Pinang. aku disuruh untuk menjadi model sambilan seperti yang tertera di gambar atas bersama seorang lagi pelajar yang juga merupakan model yang agak berpengalaman dalam bidang ini.


aku telah cuba untuk memberikan yang terbaik untuk bergaya dihadapan kamera , tapi malangnya , gigil menghantui diri apabila bergandingan dengan seorang gadis tinggi lampai berkulit cerah ini.


tapi aku cuba juga yang terbaik. dan inilah hasil-hasilnya. buruk kan? kali pertama tak apa. maafkan aku. HAHA !


aku juga diberi peluang untuk menunjukkan skil-skil fotografi aku. gambar di atas merupakan salah satu gambar yang dirasakan terbaik oleh aku.


walaupun diberi model yang cantik jelita , aku tetap mengambil gambar-gambar yang macam tak ada kena mengena. macam gambar ini contohnya.


sekian saja entry aku kali ini , ini merupakan entry pertama aku menunjukkan skil-skil fotografi aku. diharap banyak lagi yang bakal muncul selepas ini. terima kasih kepada model diatas , yang namanya aku tidak ingat kerana memberi kerjasama yang paling best !

kepada sesiapa yang inginkan aku untuk mengambil gambarnya , bolehlah hubungi aku di myspace , facebook atau ym. dekat blog ini pon boleh juga.

sekian , selamat malam !

untukmu si dia.

sejak dua menjak ini , aku nampak ramai orang yang guna 'si dia' dekat blog mereka. kalau tak percaya , klik sini , sini dan sini.

haaa betol kan? jadi aku pon tidak mahu ketinggalan untuk menggunakan perkatan si dia dekat blog aku ini. tapi aku nak cuba buat puisi. boleh? tak selalu aku buat puisi. puisi aku selalunya teruk , tak macam fynn jamal.

aku cuba.

Untukmu Si Dia.

tika bulan mengambang
ditemani bintang
aku bermimpikan engkau

tika matahari menyinari siang
menerikkan dunia
aku angankan engkau

si dia yang aku cinta

tahukah engkau yang aku impikan hidup bersama engkau?
tahukah engkau yang hidupku bertambah ceria dengan kehadiran engkau?
tahukah engkau yang engkau telah mengembalikan segala cerita lama yang sudah lama aku cari?

aku tahu engkau tidak tahu

bagaimana harusku meluah rasa?
bagaimana harusku mengucap kata?
bagaimana harusku memberi cinta?

jika masa tiada memberi peluang

aku inginkan engkau bersama aku
sumpah
hidupku denganmu pasti memberi sinar baru kehidupan
sinar yang telah lama aku impikan

sejujurnya aku ingin memberitahu
yang aku cinta padamu
seikhlas hati yang murni
tiada penipuan hati dan naluri

seikhlasnya aku memberi seluruh hati dan perasaan
segenggam kepercayaan
secubit kejujuran
selangit kasih sayang

hanya untuk engkau

perlukah lagi aku memberitahu pada dunia yang aku cintakan engkau?
tidak
kerana dunia tidak perlu tahu perasaan aku
hanya kau yang perlu tahu

aku cinta padamu
aku tidak mahu kehilanganmu
akan aku berusaha untuk menjadikan engkau

kekasih abadiku
teman dunia dan syurgaku

sudikah dikau?

buruk? tidak apa. asalkan luahan hati terluah. walaupun tidak secara terus , tapi aku harap dia baca. si dia yang aku maksudkan adalah si dia yang menemani aku tika hari kekasih hari itu.

sekian. bulan sampaikan salam pada bintang. bintang tunggu aku esok malam. mungkin aku akan lebih tersenyum esok. selamat malam.