assalamualaikum. entry hari ini aku ingin bercerita tentang plans aku yang tak jadi. sebab tanggungjawab yang aku rasa perlu lebih aku utamakan sebagai seorang anak lelaki , seorang anak sulung.
ibu aku sedang sarat mengandong 6 bulan. ayah aku tidak selalu berada dirumah. adik aku tidak boleh diharap , pemalas. adik kecil aku masih lagi kecil. jadi aku perlu step up. aku perlu lebih efisyen. tak boleh nak malas.
aku akan cuba perlahan-lahan bermula semalam untuk membasuh baju , mengemas rumah , menyidai kain dan lain-lain yang selama ini tak pernah aku buat akibat ego sebagai seorang lelaki. tetapi selepas ini aku cuba.
maknanya , selepas ini aku tidak boleh bangun lambat. paling lambat pon pukul 9.30 pagi. jadi aku tak boleh nak tidur lambat. paling lambat 3 pagi. lepas ini kalau nak keluar , kena lepas dah siap buat kerja-kerja rumah. itupun kalau Abah ada dekat rumah. takot apa-apa jadi dekat Umi. kalau keluar masa Abah tiada , kena keluar dekat-dekat saja.
jadi tiada Miri , tiada Kuching buat masa sekarang. maaf Ayesha , maaf Kara. next time okay? dan tiada juga perlawanan antara Liverpool dengan Singapura 27 Julai ini. tiada juga Indonesia Julai ini. perlu constant berada di rumah. menjadi anak berguna kepada ibu bapa.
doakan aku mampu melaksanakan tugas dengan secukup rasa tanggungjawab.
5 comments:
sudah baca!
ngeh2 wow! u lebih kurang cam kak long la ek?
:))))
smoge berjaye jage umi dan xpe,holiday plan u tuh..anytime bleh kn?
yg penting,family first!
jap,u tolong la basuh baju i skali
hahaha
tgkatkan usaha anda elmi!
heheh
sila pergi ke PT7489 jln BBN 9/3B Desa Anggerik untuk mengambil baju2 saya untuk dibasuh k.. =) ..sya pon sedang mengandung neh..hehe..
moja mengandung apa? hahaha
amin!
Post a Comment