second blog

Monday, May 4, 2009

bayangkan versi tiga.

malam ini aku ingin mengajak semua untuk berangan. ya , sekali lagi berangan. untuk pengetahuan semua yang sedang membaca , aku ini memang kuat berangan. nak nak kalau jumpa si Shy. lagi la bertambah best angan-angan kitorang. pernah terpacul dari mulut kitorang yang kitorang akan ada tugu CAMNI CAP EHH dekat tengah-tengah dataran merdeka. merepek bukan? itulah angan-angan.

jom kita berangan malam ini.

lokasi : rumah ibu bapa Elmi dekat Nilai.
masa : sekitar selepas Isya' 11 Disember 2012.
situasi : ramai sangat orang yang tengah kelam-kabut sebab esok hari bersanding Elmi.

huraian angan-angan.
rumah aku di ketika ini sedang sesak dengan sanak saudara , sahabat handai serta kenalan keluarga yang datang dari pelusuk negara. semua mereka sedang sibuk dengan kerja masing-masing. ada yang sedang memasukkan telur ke dalam tempatnya. ada yang sedang mengemas rumah. ada yang sedang test pelamin. ada yang tengah busy bergosip. ada yang tengah memasang khemah di luar. ada yang sedang menganjing aku sebab aku bakal dah tak boleh keluar sesuka hati lagi sebab nak kena jaga isteri selepas ini.

tapi yang pasti keadaan meriah. dan aku pula sedang sibuk menghabiskan sisa-sisa bujang aku dengan umi. sebab lepas dah beristeri , memang tak boleh nak manja dengan umi sangat la kan? manja masih manja , tapi kena kurangkan sikit.

apa yang bestnya pada ketika ini adalah dimana kawan-kawan aku semua kena buat kerja dengan banyak malam itu. disamping ada yang kelihatan sedang menjaga stamina kerana akan menghadapi hari yang panjang esok hari. sebab nak kena jadi rakyat kepada raja sehari iaitu aku.

Shy semestinya pilihan pertama untuk menjadi pengapit aku hari itu. walaupun aku tahu saham aku akan jatuh kalau dia jadi pengapit. tapi aku dah ada isteri kot kat sebelah , peduli kan saja. tapi kalau ditakdirkan Shy kahwin dulu sebelum aku , aku pilih Aiman. tapi Aiman confirm kahwin dulu dari aku. jadi aku pilih Moja.

manakala yang lain-lain , seperti Alip , Paeh , Asrul , Ceghap , Tazo , Capyq , Ayie , Muaz , Afyq serta Lihin , mereka ditugaskan untuk menjadi penanggah di hari berprestij tersebut. dan Miraj ditugaskan menjadi pelayan bar[section air]. Ad , SidPaan , Najmi dan Fendy pula bertindak sebagai pencuci pinggan mangkok. Ming tentu sudah kahwin , jadi dia perlu jadi bos kepada yang lain. Emon pula akan bertindak sebagai pengacara majlis untuk hari berprestij itu yang dimana Hujan datang perform akustik siap berduet dengan Kak Fynn. manakala Zymn menjadi photographer.

kepada para gadis , jangan harap korang terlepas. Jeju , Moo Moo , Mean , Lynn dengan Ayu serta Dada bertindak hebat sebagai pemberi bunga telur. di mana Amy , Wany , Ezza , Lubby , Scha serta Gee dikehendaki menjadi penyambut tetamu.

kawan-kawan yang aku tak sebut tu , aku anggap korang dah kahwin dulu dari aku. dan korang datang sebagai tetamu yang wajib merenjis aku.

sanak saudara aku semua , mereka cuma relaks saja. chill. tak perlu buat kerja. dan adik aku yang paling kecil , AG , dia akan jadi maskot pada hari itu. baru 3 tahun lebih dia masa itu.

Penutup.
puas berangan malam ini. tak selalu aku kongsi angan-angan aku dengan orang. korang kira bertuah dapat tahu angan-angan aku malam ini. kalau ada yang tak puas hati dengan kerja yang diberi , boleh minta tukar section. HAHA !

11 comments:

budakijaupendek said...

kuat berangan sey...hahahaha

Syzwni A. said...

pergh!
i jd beri bg telur?
i bukan bg..i baling2 kt jeju
food fight!
muahahahahhahha
tibe2 i kawen dulu cane?

aLepAdonSaid said...

nama aku ada,
maknanya aku xkawen lg la tyme tue eh??hahaha

Unknown said...

siot seh.
aku nak kawen dulu sebelom kau ah elmO..
tayah aku wat keje.
huahahahahaha~

Moja [Bulan] said...

yey2,aku jadi pengapit!!!..haha..aku nk kipas a.k.a lempang muka kau pakai kipas pengantin tu k..
hehe..=p

9M-MFD said...

nmpk sgt aku kawen dl dr ko elmi...
hahaha....

AmY said...

mat jenin ni bai...berangan tak hengat...wakkaka

Ezza Narziefa said...

aku pn nk join berangan ah..heheh cam besh je berangan hari kawen nie... ;))

Lubby said...

kenapa i jadi penyambut tetamu??
cam konpius sekejap.
kalau cmtu i bayangkan masa i kawin u tlg basuh pinggan kotor.
oke??
hahaha

.amiey. said...

elmi boleh tk kalo aku maen baleng2 telor
wakakakak

*masa aku kawen, kau jadi dj oke? HAHAHAHAHHAHA

Anonymous said...

i time ni kat ner???
aahhh hate u ~!!