second blog

Saturday, February 7, 2009

siapa sahabat saya?

semalam ada yang bertanya pada aku , dimana letaknya dia dalam senarai sahabat handai aku. terdetik sebentar untuk aku berfikir.

siapa sebenarnya yang layak digelar sahabat? siapa pula yang hanya dianggap sebagai kawan.

aku tidak mahu mengecilkan hati sesiapa dengan membuat statement siapa sahabat dan siapa bukan. tapi jika anda mahu tahu juga siapa yang layak digelar sahabat , tekan sini. dekat sana , pada aku , semuanya sahabat. walau bilangannya agak ramai , tapi lagi ramai lagi bagus bukan?

sahabat.
apa erti sepatah perkataan itu?

pada aku , sahabat bermaksud , seseorang yang akan sentiasa berada dibelakang ketika aku sedang mengalami kejatuhan. sentiasa memberi sokongan. dan juga sentiasa membawa aku kejalan yang benar. menegur salah silap aku bila perlu. yang bertanya khabar bila berjauhan. yang tidak lupa mengucap selamat belajar , selamat mengambil peperiksaan , selamat pulang , selamat hari lahir walaupun mereka sendiri sibuk diwaktu itu.

sahabat bukan kawan yang hanya melepak saja dengan kita. tapi sahabat merupakan kawan yang mendalami hati budi kita.

itu maksud sahabat dari pandangan aku. aku tidak tahu pandangan orang lain bagaimana pula. aku beruntung punya ramai kawan yang boleh aku anggap sebagai sahabat.

terima kasih sahabat.
semoga kita bersahabat sehingga sampai syurga.

cuba kau bayangkan aku TIADA wahai sahabat.



* jangan lupa wahai sahabat , supaya buatlah survey yang aku suruh korang buat. HAHA !
** kepada kawan yang belum lagi menjadi seorang sahabat , mari menjadi sahabat.

2 comments:

scha said...

aku masih mencari sahabat..
ntah..bukan senang dowh nk carik yg sahabat..
bukan cam cinta..
senang je nak cari..
kan byk kat tv..

"mecari cinta..taip ON CINTA.."
wakakaka..
budush sial..

AmY said...

kawan, kawan jugak. cd masih tak sampai2. ape kes???

u promised!